SYED MOKHTAR JUTAWAN PEMURAH

Pemilihan Tan Sri Syed Mokhtar, personaliti korporat negara sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 tahun ini adalah pemilihan yang bijak dan kena pada masanya. Walaupun ada persepsi bahawa anugerah berprestij tersebut layak diberikan hanya kepada tokoh agama sahaja, namun tanggapan seperti ini adalah tidak tepat kerana Islam itu bukan hanya bersifat ritual semata-mata, malahan merupakan satu cara serta gaya hidup yang lengkap, syumul dan holistik.

Sepertimana sedia maklum, Tan Sri Syed Mokhtar adalah antara manusia terkaya di Asia dan merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia. Kekayaan beliau tidak dijadikan milik peribadi bahkan dikongsikan dan diwakafkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Nama beliau begitu dekat di hati orang miskin, fakir, anak yatim dan OKU di negara kita oleh kerana sifat pemurah dan penyayang beliau kepada golongan tersebut. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk mengeluarkan golongan tidak bernasib baik ini dari belenggu kemiskinan, kebuluran, buta huruf dan kesengsaraan di mana sahaja mereka berada sehinggalah beliau telah menubuhkan sebuah yayasan khas untuk tujuan murni tersebut.

Ini adalah kerana sejarah awal beliau bukanlah datang dari keluarga yang senang namun beliau mampu bangkit dan berjaya memecah tembok kemiskinan keluarganya untuk muncul sebagai manusia paling berpengaruh di dalam dunia korporat di negara kita.

Bermula dengan perniagaan lembu dan beras, kini tidak satupun sektor penting yang menjadi injap ekonomi negara yang tidak diceburi oleh gergasi korporat ini yang meliputi sektor pembinaan, ICT, import-eksport, carigali minyak, perbankan, perhotelan, automotif dan sebagainya sama ada di dalam dan luar negara.

Aspirasi dan manifestasi hijrah telah meletakkan beliau berada di kedudukan sekarang dan beliau tidak lagi menoleh ke belakang ditelan sejarah lama, bahkan terus memecut kerjaya korporatnya dan tidak mustahil beliau bakal menjadi manusia terkaya di Malaysia suatu hari nanti. Menelusuri sejarah kejayaan dan sumbangan beliau mengingatkan kita kepada sirah sahabat jutawan seperti Uthman Ibnu Affan dan Abdul Rahman Bin Auf yang telah memperhambakan diri dan kekayaan mereka seluruhnya kepada Islam dan umat Islam.

Kekayaan dan kemewahan mereka tidak menjadikan mereka lupa diri, bongkak dan hilang rasa hormat kepada orang miskin, bahkan seluruh kekayaan mereka diwakafkan kepada pembangunan dan kebajikan Islam. Realiti inilah yang berlaku kepada tokoh yang bernama Syed Mokhtar Albukary ini di mana beliau telah menggunakan segala kekayaan beliau untuk membina rumah anak yatim dan fakir, rumah perlindungan kepada orang tidak bernasib baik, institusi khas untuk golongan OKU, membina institusi pendidikan khas kepada anak-anak miskin melalui pembiayaan biasiswa, tusyen percuma dan pelbagai lagi yang benar-benar memberi manfaat kepada pembangunan Islam di negara kita.

Pemilihan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 dan siri kejayaan serta kecemerlangan beliau sewajarnya menjadi motivasi dan inspirasi kepada rakyat Malaysia. Beliau telah membuktikan bahawa apa sahaja yang dihajati boleh diperolehi sekiranya kita kuat bekerja, tawakkal dan berdoa kepada Allah di samping mengaplikasikan segala keistimewaan dan kebijaksaan yang dikurniakan Allah serta bukannya bergantung kepada nasib dan takdir semata-mata.

Jika kita mengkaji dan menghayati sirah peristiwa agung hijrah Rasulullah, dapatlah kita fahami bahawa hijrah berlaku bersabitkan kebijaksaaan baginda yang merupakan salah satu sifat para nabi dan bukannya bergantung kepada mukjizat dan doa sahaja. Walaupun Allah berkuasa untuk memudahkan perjalanan hijrah Rasulullah sepertimana yang diberikan kepada para nabi dan para rasul terdahulu, namun dalam episod peristiwa hijrah ini, baginda terpaksa melalui pelbagai liku-liku, cabaran dan ranjau sebelum baginda berjaya menjejaki Madinah. Baginda telah berjaya mencipta teknik, taktik, helah dan perancangan yang sangat rapi serta sistematik sehinggalah dalam sejarah dunia moden, baginda diiktiraf oleh sarjana dan orientalis Barat sebagai pakar strategi, pakar motivasi, pakar perang saraf, pakar peperangan, pakar motivasi dan pelbagai pengiktirafan global lain melihat kepada keunikan peristiwa hijrah ini.

Di sini menunjukkan bahawa Rasulullah telah mengajar kita erti kehidupan yang sebenar, di mana kita terpaksa menghadapi realiti dan resam kehidupan sebagai hamba Allah dengan menggunakan kebijaksaan dan kepandaian yang dikurniakan secara total di samping tidak lupa bertawakal, sabar dan berdoa kepadaNya.

Umat hari ini tidak boleh berpuas hati setakat apa yang ada dan kejayaan yang dikecapi malahan perlu berusaha untuk mencapai kejayan yang lebih hebat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Perdana Menteri sendiri menasihatkan agar kita tidak mudah dan cepat berpuas hati dengan pencapaian yang ada sekarang walaupun kita telah berjaya menakluk angkasa lepas, kutub utara, gunung everest dan sebagainya, bahkan perlu konsisten mencipta kejayaan dan kecemerlangan yang lebih besar.

Misi dan visi agung hijrah tidak pernah berhenti dan menuntut seluruh umat Islam menghayatinya serta menjadikannya sebagai landasan kecemerlangan hidup dan seterusnya bagi memastikan agar kesinambungan Islam terus relevan, segar dan dinamik sepanjang zaman.

Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
Saya MUHAMMAD AHLAM FIRDAUS BIN ABDULLAH CHEK merupakan seorang pelajar malaysia yang sedang menuntut pengajian saya di UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MEDAN SUMATERA UTARA INDONESIA dalam bidang syariah islamiyah.

Saya ingin membuat sedikit permohonan kepada pihak tuan/puan/encik/cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi disini.

Ini kerana saya tidak lah mendapat mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,memandangkan kos sara hidup sekarang amatlah tinggi.

Bapa saya seorang jaga keselamatan di sebuah kilang papan,manakalah ibu saya suri rumah sepenuh masa,gaji bapa saya tidak cukup untuk menampung 7 adik beradik saya yang masih di bangku persekolahan,dulu bapa saya menanggung 8 adik beradik saya ini kerana abang saya baru sahaja pergi meninggal kan kami sekeluarga pada bulan lepas akibat menghidap penyakit kanser tulang tahap 4.

Saya menghadap kan jasa baik tuan / puan / encik / cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam mènyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi sekarang,pengajian saya sepatut nya di tamatkan dalam bulan lepas,aakan tetapi saya pulang untuk menjaga abang saya di hospital sehinggalah nafas dia yang terakhir

Saya memohon agar pihak tuan / puan / encik / cik /datuk /datin dapat membantu saya dengan segera jika diberi sebagai pinjaman saya tidak mengapa,saya akan tetap membayar kembali dengan kadar segera.

Sekian terima kasih

Boleh berhubung dengan saya melalui whatsapp saya (+60193211420)

Unknown said…
Saya Noor Hayati binti zainol memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM60,000 untuk menyelamatkan rumah saya yang akan dilelong oleh bank kerana bankrupcy. Saya mencari hamba Allah yang pemurah yg sedia menghulurkan bantuan. Saya boleh dihubungi di talian 0195156781 atau akaun maybank saya 157250010390.Sumbangan anda amat berharga untuk saya yang daif ini.
Assalammualaikum dan salam sejahtera . Saya Muhd Danish Irfan Bin Abd Ghani , baru baru ini saya di tipu sebanyak rm7000 . Pada awalnya niat saya hanya ingin membuat ibu saya gembira tetapi tidak sangka pengakhirannya begini . Duit tersebut hasil saya buat grab part time dan ada sedikit pinjaman dari kawan kawan saya . saya masih lagi belajar . saya betul betul memerlukan bantuan . Minta jasa baik tuan/puan yang sudi memberi bantuan kepada saya walaupun sedikit saya sangat sangat bersyukur . Tuan/Puan boleh menghubungi saya di talian 0196097796 . Ini pula akaun bank saya , 162085811853 ( maybank ) . Semoga Allah permudahkan segala urusan tuan/puan dan dimurahkan rezeki .
Betul ke boleh membantu

Popular Posts