Sunday, September 21, 2008

FORMULA LAILATUL QADAR

(Petikan dari Ruangan Bicara Agama – Bersama : USTAZ MOHD. YUSOF ABAS)

Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.

Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan.

Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21.

Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.

Sumber : Mingguan Malaysia, 21 September 2008 [ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0921&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm ]

2 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

dalam kesibukan politik dan ekonomi yang tidak tenteram..alangkah baiknya kita mencari malam yang penuh dengan kemuliaan ini..

mohamadsofee said...

Salam Lailatul Qadar,
Benar En. Azli, sama-sama kita mengejar malam bertuah tersebut, insya Allah.