Tuesday, April 28, 2009

MALAYSIA HAB KEWANGAN ISLAM MEGA

Sektor kewangan Islam Malaysia dilihat sebagai antara yang paling maju dan menarik di dunia, berdasarkan pelbagai insentif yang dirancang selain pelaksanaan lebih banyak dasar liberalisasi di mana Malaysia yang mempunyai penduduk seramai 26 juta, ialah pasaran kewangan dan perbankan Islam terbesar di dunia yang mencatatkan jumlah aset perbankan Islam bernilai RM113.5 bilion manakala aset takaful pula sebanyak RM6.2 bilion.

Sehubungan itu, tidak lama lagi Malaysia bakal menjadi negara pertama di dunia yang akan mempunyai institusi kewangan Islam mega yang dikuatkan dengan portfolio pelaburan, kepakaran sumber manusia dan sistem kawal selia sistem kewangan biarpun ahli ekonomi mendakwa sistem kewangan Islam yang wujud ketika ini memerlukan sekurang-kurangnya 50 tahun lagi untuk menjadi sebuah sistem kewangan yang setanding dan stabil seperti sistem kewangan konvensional sedia ada.

Pengumuman pakej meliberalisasikan sektor kewangan yang akan dilaksanakan sehingga 2012 tepat pada masanya. Pakej tersebut menawarkan dua lesen perbankan Islam baharu kepada peserta asing yang kukuh dan bertaraf dunia tahun ini dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion (RM3.6 bilion) diharap mampu merancakkan lagi pembangunan hab dan sistem kewangan Islam di negara kita.

Pasaran kewangan dan modal di negara maju terutama di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) ketika ini begitu tidak stabil kesan daripada kelembapan ekonomi global, memberi peluang kepada sistem kewangan Islam yang memiliki kelebihan tersendiri dan dengan peluang yang ada mampu menjadi sebagai sumber pertumbuhan bagi pasaran kewangan alternatif baru menggantikan sistem konvensional.

Sistem kewangan Islam seperti Sukuk, Takaful, Ar Rahnu dan pelbagai instrumen lain ternyata telah menjadi alternatif terbaik ketika berhadapan dengan krisis semasa. Ketika ini masalah dan cabaran utama yang dihadapi oleh sektor kewangan Islam adalah sistem pencukaian yang tidak mempunyai spesifikasi bersesuai dan kerajaan perlu merangka serta memastikan struktur insentif cukai yang jelas dan bersesuaian dalam hal ini bagi memudahkan transformasi berlaku dan berkembang.

Oleh yang demikian, langkah liberalisasi yang akan dilaksanakan berupaya menggalakkan lagi perubahan struktur dalam sistem kewangan serta mempelbagaikan sumber pertumbuhan bagi memacu ekonomi negara. Dasar bijak ini juga akan memperkukuh potensi perniagaan dan meningkatkan prospek perkembangan institusi kewangan melalui kepakaran antarabangsa dan rangkaian hubungan global pemilik asing di negara kita.

Sehubungan itu, pemegang lesen baharu perbankan berkenaan akan diperbadankan di Malaysia dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia serta dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 di mana entiti bank dibenarkan memiliki kepentingan ekuiti asing sehingga 100 peratus. Manakala, bagi pengendali takaful keluarga baharu pula akan didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dengan modal diterbitkan dan berbayar minimum kekal RM100 juta.

Dengan kepakaran, pengalaman dan sumber yang dimiliki oleh entiti baharu kewangan Islam ini boleh memanfaatkan pasaran kewangan Islam global dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa. Di samping itu, dapat mempertingkat kedalaman dan keluasan pasaran; membangunkan modal insan dan keperluan infrastruktur operasi bagi pengembangan serantau dan antarabangsa.

Oleh itu, adalah diharapkan pakej rangsangan liberalisasi institusi kewangan ini akan menjadi sebahagian inisiatif terbaik kerajaan untuk menangani kegawatan ekonomi negara dan global yang sedang melanda di samping membantu usaha kerajaan menjadikan negara ini sebagai hab kewangan Islam mega bertaraf global serta menjadi peneraju trend kewangan Islam dengan bertindak sebagai hab mempromosikan kewangan Islam kepada negara lain di dunia.

Rujukan:

Malaysia hab perantara dana kewangan Islam, Berita Harian, 3 Mei 2009
Malaysia perlu jadi peneraju trend kewangan Islam, Utusan Malaysia, 30 April 2009
Malaysia pertama miliki institusi Islam mega, Utusan Malaysia, 28 April 2009
Malaysia hab kewangan Islam, Utusan Malaysia, 28 April 2009
Liberalisasi kewangan, Utusan Malaysia, 28 April 2009
Perbankan Islam masih goyah, Utusan Malaysia, 13 April 2009
Sukuk diterbitkan dalam mata wang tempatan, Utusan Malaysia, 19 Mac 2009

Tuesday, April 21, 2009

MEMPERKASA INDUSTRI HARTA INTELEK NEGARA

Industri dan inovasi harta intelek di Malaysia walaupun masih baru, namun telah berkembang dengan begitu pesat dan pertumbuhannya dijangka mampu menjadi pemangkin kepada sektor pelaburan, ekonomi dan teknologi negara pada masa hadapan setanding dengan negara maju lain di peringkat antarabangsa.

Perbincangan berkaitan harta intelektual rancak pada akhir abad ke-20 di Barat setelah munculnya isu hak cipta, globalisasi, k-ekonomi, perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan sebagainya yang menjadikan permasalahan serta aktiviti harta intelek menjadi semakin penting dalam industri dan perdagangan di seluruh dunia terutamanya negara maju dan membangun.

Harta intelek secara umumnya meliputi hasil kreativiti seperti sastera dan seni, karya muzik, rekacipta, simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten, rekabentuk perindustrian, petunjuk geografi dan reka bentuk susun atur litar bersepadu yang merupakan asas utama pembentukan dan perlindungan harta intelek serta diiktiraf dunia.

Pada dasarnya pemilik atau pemegang harta intelek mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek kepunyaannya yang mereka cipta dan didaftarkan menurut undang-undang di mana negara telah mencatatkan penambahan lebih 70 peratus jumlah paten misalnya yang difailkan pada peringkat antarabangsa iaitu dari 60 ke 103 pada tahun 2007 dan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Industri harta intelek negara kita dilindungi undang-undang termasuklah Akta Cap Dagangan 1976, Akta Paten 1983, Akta Hakcipta 1987 dan Akta Rekabentuk Ciptaan Industri 1996 jika berlaku sebarang pertikaian dan perlanggaran hak serta bagi memastikan pembangunan harta intelek negara seiring dengan inovasi, dinamik ekonomi dan transformasi yang berasaskan ekonomi pengetahuan.

Islam turut mengiktiraf harta intelek dan menurut perspektif Islam, jumhur ulama berpendapat harta intelek dianggap sebagai harta yang boleh dijual beli, dipindah milik dan sebagainya kerana harta dicipta Allah bagi faedah manusia. Atas dasar ini, harta intelek mempunyai asas yang kukuh untuk dilindungi atas sifatnya sebagai harta, sama ada kepunyaan individu, syarikat atau lain-lain. (Dr. Abdul Karim Zaidan, Nazarat fi al-Shariah al-Islamiyyah).

Atas dasar yang sama juga, sebahagian ulama dalam karya dan perbincangan mereka mengharuskan jual beli harta intelek dan hasil kepakaran, seperti hasil ciptaan buku, cop perniagaan, program komputer, cakera padat video (VCD) dan lain-lain. Hak pengkarya buku dan lain-lain tidak boleh dicerobohi, setelah dilindungi undang-undang dan akta-akta tertentu.

Pemikir Islam terkenal Dr. Yusuf al-Qaradawi pula menambah beberapa alasan lagi yang mewajarkan pengkarya dan empunya harta intelek mengambil faedah daripada hasil kepakarannya di mana sesebuah buku adalah milik pengarangnya dan dipertanggungjawab sepenuh kepadanya serta hak miliknya diiktiraf undang-undang di seluruh dunia.

Malahan pengarangnya mempunyai hak sepenuhnya untuk mengubah, menokok tambah dari semasa ke semasa. Di samping itu, tidak mudah untuk menghasilkan sesebuah karya di mana pengarang terpaksa berusaha lebih gigih mengkaji dan menyelidik sehingga masa yang diambil untuk menyiapkan sesebuah buku, ada yang bertahun-tahun lamanya sebelum ia berjaya dilahirkan di alam nyata.

Tambahan pula, bukan suatu yang mudah untuk hidup sebagai seorang ilmuwan yang produktif, bersusah payah ketika orang lain berehat dan memerlukan perbelanjaan yang besar membeli buku-buku dan alat-alat tulis. Bahkan pengarang buku misalnya perlu menyemak dan mengubah kandungan bukunya dari semasa ke semasa, kadang-kadang cadangan yang pernah dimajukannya dahulu perlu ditarik balik dan diganti dengan yang lain, pendapat yang dahulunya relevan, mungkin kini tidak relevan lagi dan perlu ditukar dengan idea-idea baru dalam cetakan-cetakan yang berikutnya.

Sepertimana industri lain, harta intelek di negara kita juga berdepan dengan cabaran jenayah di dalam bidang ini di mana sebanyak 274 kes berkaitan kesalahan harta intelek telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi sehingga Ogos tahun 2008 berbanding 142 kes sepanjang tahun sebelumnya. Namun dengan kemantapan sistem perundangan dan komitmen kerajaan, industri harta intelek mampu bersaing di peringkat global.

Menurut Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), walaupun berlaku peningkatan jumlah kes jenayah harta intelek yang dilaporkan namun tahap kesedaran rakyat mengenai kepentingan mempatenkan sesuatu produk yang dicipta masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara lain dan keadaan ini sudah tentu akan merugikan banyak pihak.

Pada tahun 2008, MyIPO menerima sejumlah 26,034 permohonan di mana 13,472 pemohon adalah orang luar dan setakat ini telah mendaftar 27,847 permohonan di mana hanya 9,049 ialah dari warga Malaysia. Ini menunjukkan bahawa usaha dan inisiatif memperkasakan lagi industri ini perlu ditingkatkan agar rakyat negara ini tidak tertinggal di belakang.

Sehubungan itu, agensi kerajaan, media massa, pusat industri, orang perseorangan, NGO dan universiti terutamanya perlu memainkan peranan membantu industri dalam hal ini untuk memastikan produk keluaran negara tidak ditiru atau dicetak rompak di dalam dan di luar negara secara berleluasa yang kesudahannya akan merugikan negara serta merosakkan imej sektor harta intelek.

Terdapat juga cadangan sebelum ini untuk memasukkan tanda nama bukan tradisional (NTM) bagi meluaskan skop Akta Cap Dagangan 1976 di mana individu atau perniagaan boleh mendaftarkan cap dagangan seperti bunyi, warna, bau, rasa dan tekstur atau gabungan satu atau lebih daripada elemen-elemen ini dalam usaha untuk membantu sektor perniagaan terus mengukuhkan jenama mereka.

Mengikut laporan agensi antarabangsa Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) mengenai perkembangan paten umpamanya di Asia, China, Korea Selatan dan Jepun merupakan negara yang berada di tempat 10 teratas sebagai negara yang paling banyak menfailkan paten memandangkan wujudnya kesedaran yang tinggi terhadap industri ini negara berkenaan di samping kemantapan sistem perundangan, penyampaian dan perlaksanaannya.

Di negara kita, MyIPO merupakan badan terpenting yang bertanggungjawab untuk memantau hal ehwal yang melibatkan pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek merangkumi paten, tanda niaga, rekaan industri, hak cipta dan perlindungan rekaan di Malaysia. Ironinya,banyak produk yang dihasilkan daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) di negara ini tidak dikomersialkan sewajarnya. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana melalui pemilikan paten, penyelidik dapat memastikan pulangan maksimum daripada R&D menerusi royalti apabila hasil ciptaan mereka berjaya dikomersialkan.

Biarpun begitu, Pertubuhan Harta Intelek Dunia telah menyatakan bahawa kadar permohonan untuk mengkomersilkan hasil penyelidikan di seluruh dunia telah meningkat pada kadar purata 4.75 peratus setahun. Kadar ini setanding dengan kadar purata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia iaitu 5.6 peratus membuktikan bahawa industri harta intelek mampu berkembang pada masa hadapan.

Walaubagaimanpun, sejak Rancangan Malaysia Ke-lapan (RMK8) hingga kini, pembiayaan penyelidikan dikeluarkan melalui dana Peningkatan Penyelidikan di dalam Bidang Keutamaan yang kini dikenali sebagai ScienceFund dan TechnoFund dan sebanyak 148 projek telah di kenal pasti berpotensi untuk dikomersilkan manakala 53 projek telah dikomersilkan.

Manakala untuk Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK9) pula, kerajaan memperuntukkan dana bagi R&D sebanyak RM1.988 bilion untuk tujuan berkenaan yang merupakan peluang terbaik kepada pemain utama industri ini merealisasikannya melalui konsep penyelidikan dan pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C) untuk memastikan kadar pengkomersilan harta intelek meningkat dari setahun ke setahun di negara kita.

RUJUKAN

Arief Salleh Rahman, 2002. Harta Intelektual Menurut Fiqh Islam. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

MyIPO luaskan skop Akta Cap Dagangan 1976, Utusan Malaysia, 5 Mac 2009
Banyak hasil penyelidikan negara ini tidak lengkap, Utusan Malaysia, 14 Januari 2009
Produk baru perlu dipaten, Utusan Malaysia, 3 Desember 2008
Islam dan harta intelek, Mingguan Malaysia, 3 Jun 2001

Laman web:

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) - http://www.mipc.gov.my/
Wikipedia - http://ms.wikipedia.org/wiki/Harta_intelek

Sunday, April 19, 2009

MEMBACA PRA SYARAT NEGARA MAJU


Lautan pengunjung dan ulat buku yang hadir di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang dijangka bakal mencecah sasaran 2.5 juta pelawat tahun ini iaitu hampir 10 peratus populasi penduduk Malaysia membuktikan rakyat negara ini sememang masyarakat yang cintakan buku dan perkembangan ini mampu memberi impak positif kepada industri dan pasaran buku dalam memupuk minat membaca yang tinggi di samping menjadi momentum penting kepada tahap literasi negara pada masa hadapan.

Ini dikuatkan lagi dengan perangkaan terkini Jabatan Statistik Negara 2008 bahawa kadar literasi atau celik huruf rakyat Malaysia adalah tinggi berbanding negara Asia Tenggara lain dan usaha berterusan perlu ditingkatkan lagi bagi meningkatkan lagi kadar literasi rakyat agar setanding dengan negara maju lain di dunia. Berdasarkan kepada statistik tersebut menunjukkan kadar literasi rakyat negara ini yang berumur 15 tahun ke atas ialah 93.2 peratus, satu kejayaan kepada negara setakat ini.

Statistik ini berkemungkinan besar berkait rapat dengan transformasi sistem pendidikan negara yang sedang dilaksanakan di samping kewujudan Dasar Buku Negara (DBN) serta amalan dan tabiat membaca rakyat Malaysia yang dilihat semakin meningkat berbanding laporan dan kajian akademik sebelum ini di mana kajian profil pembaca pada tahun 2005 mendapati rakyat Malaysia berumur di bawah 40 tahun kurang membaca iaitu sekadar membaca hanya dua buah buku sahaja setahun.

Sementara itu, bagi kumpulan berumur 10 tahun dan ke atas pula, daripada 85 peratus rakyat yang membaca, 77 peratus hanya membaca akhbar, manakala tiga peratus membaca majalah, tiga peratus lagi membaca buku dan 1.6 peratus membaca komik jelas menunjukkan rakyat negara ini masih lagi cenderung membaca bahan bacaan ringan berbanding rakyat negara maju lain yang lebih gemarkan membaca bahan bacaan lebih berat dalam bentuk buku termasuklah generasi muda mereka seawal sekolah rendah lagi.

Oleh itu, tabiat ini perlu diperbaiki lagi dari masa ke semasa melalui dasar sedia ada yang lebih menyeluruh dan dipertingkatkan seiring dengan tahap literasi rakyat negara ini kerana menurut Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, objektif pengembangan budaya membaca di kalangan rakyat wajar dilihat dari aspek memperkasa agenda nasional yang harus dilaksanakan secara bersepadu dengan proses pembinaan tamadun negara, bangsa dan pembangunan modal insan tanpa kompromi.

Kadar literasi yang tinggi di kalangan penduduk di negara ini juga menunjukkan lebih banyak bahan bacaaan tradisional seperti buku dan lain-lain termasuklah kerancakkan aktiviti penterjemahan serta penerbitan diperlukan bagi menampung peningkatan indeks celik huruf di negara kita walaupun lambakan bahan bacaan digital secara percuma yang begitu meluas serta mudah diakses di internet. Kehadiran aplikasi e-book, blog dan sebagainya tidak menggugat industri penerbitan bahan bacaan bercetak bahkan merancakkan lagi budaya membaca serta tradisi ilmu di negara kita.

Manakala Laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) 2007/2008 pula menunjukkan kadar literasi rakyat Malaysia berada di belakang negara maju seperti Jepun, Britain, Amerika Syarikat, Australia dan Jerman yang mempunyai kadar literasi tinggi pada tahap 99 peratus. Lazimnya semakin negara menempah kemajuan menjadikan rakyatnya lebih banyak dan kuat membaca. Ini adalah kerana budaya membaca menjadi trend dan tradisi masyarakat negara maju sejak dahulu lagi.

Tambahan pula kedudukan Malaysia dalam Indeks Pembangunan Pendidikan Untuk Semua meningkat ke tangga 45 daripada 129 negara yang terlibat dalam kaji selidik Laporan Pemantauan Global 2009 berbanding kedudukan 56 yang dicapai pada tahun 2008 menjadi bukti bahawa kerajaan komited menuju negara maju tidak lama lagi dan pencapaian itu bermakna Malaysia sebagai antara penyokong kuat Agenda Pendidikan Untuk Semua (EFA) menjelang 2015 bagi merealisasikan misi buta huruf sifar.

Rujukan

'Dasar buku perlu dinilai semula', Berita Minggu, 19 April 2009
Kadar celik huruf rakyat tinggi, Mingguan Malaysia, 19 April 2009
Ubah amalan beri hadiah mahal kepada bahan bacaan, Berita Minggu, 19 April 2009
Membina industri terjemahan, Utusan Malaysia, 22 November 2007

Sunday, April 05, 2009

4 THINGS YOU PROBABLY NEVER KNEW YOUR MOBILE PHONE COULD DO


There are a few things that can be done in times of grave emergencies.

Your mobile phone can actually be a life saver or an emergency tool for survival.

Check out the things that you can do with it:

FIRST

Emergency
The Emergency Number worldwide for Mobile is 112.

If you find yourself out of the coverage area of your mobile; network and there is an emergency, dial 112 and the mobile will search any existing network to establish the emergency number for you, and interestingly this number 112 can be dialled even if the keypad is locked. Try it out.

SECOND
> Have you locked your keys in the car?
> Does your car have remote keyless entry?
> This may come in handy someday.

Good reason to own a cell phone: If you lock your keys in the car and the spare keys are at home, call someone at home on their mobile phone from your cell phone.

Hold your cell phone about a foot from your car door and have the person at your home press the unlock button, holding it near the mobile phone on their end. Your car will unlock.

Saves someone from having to drive your keys to you. Distance is no object. You could be hundreds of miles away, and if you can reach someone who has the other 'remote' for your car, you can unlock the doors (or the boot).

Editor's Note: It works fine! We tried it out and it unlocked our car over a mobile phone!'

THIRD

Hidden Battery Power

Imagine your mobile battery is very low. To activate, press the keys *3370#
Your mobile will restart with this reserve and the instrument will show a 50% increase in battery.

This reserve will get charged when you charge your mobile next time.

FOURTH

How to disable a STOLEN mobile phone?

To check your Mobile phone's serial number, key in the following digits on your phone: * # 0 6 #

A 15 digit code will appear on the screen. This number is unique to your handset.
Write it down and keep it somewhere safe. When your phone get stolen, you can phone
your service provider and give them this code. They will then be able to block your handset so even if the thief changes the SIM card, your phone will be totally useless.

You probably won't get your phone back, but at least you know that whoever stole it
can't use/sell it either.

If everybody does this, there would be no point in people stealing mobile phones.

ATM - PIN Number Reversal - Good to Know

If you should ever be forced by a robber to withdraw money from an ATM machine, you can notify the police by entering your PIN # in reverse.

For example, if your pin number is 1234, then you would put in 4321. The ATM system recognizes that your PIN number is backwards from the ATM card you placed in the machine.

The machine will still give you the money you requested, but unknown to the robber, the police will be immediately dispatched to the location.

This information was recently broadcast on CTV by Crime Stoppers however it is seldom used because people just don't know about it.

Please pass this along to everyone.

This is the kind of information people don't mind receiving, so pass it on to your family and friends.

Wednesday, April 01, 2009

AL BAI BITHAMAN AJIL (BBA) SAH DAN TIDAK TERBATAL

Mahkamah Rayuan sah kontrak BBA patuhi syariah
Berita Harian, 2 April 2009



PELANGGAN dan bakal pelanggan pembiayaan perumahan berlandaskan kontrak Bai Bithaman Ajil (BBA) di bank Islam kini tidak perlu lagi berasa sangsi dengan pematuhan produk berkenaan dari segi perundangan Islam kerana Mahkamah Rayuan telah memutuskan kontrak itu adalah sah dan mematuhi Syariah.

Perkara ini diputuskan sebulat suara oleh hakim Mahkamah Rayuan kelmarin dalam satu prosiding yang membabitkan Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam).

“Dengan keputusan ini, ia mengesahkan amalan Bank Islam yang berkaitan dengan kontrak BBA adalah mematuhi Syariah dan sah,” kata bank itu dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, Mahkamah Rayuan turut menegaskan bahawa kontrak BBA adalah urus niaga jualan, justeru, tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana urus niaga pinjaman.

Kontrak BBA, kaedah pembiayaan membabitkan tiga pihak iaitu pemaju, bank dan pembeli (pelanggan pembiayaan), yang diamalkan perbankan Islam di Malaysia, sebelum ini dipertikai beberapa pihak, terutama perban-kan Islam di Asia Barat.

Pihak terbabit mendakwa kaedah itu, terutama jika dilaksanakan bagi pembiayaan perumahan adalah tidak mengikut perundangan Islam kerana ia boleh disamakan dengan salinan kepada sistem riba dalam perbankan konvensional.

Di bawah prinsip BBA, seseorang yang mahu mendapatkan pembiayaan pembelian rumah perlu terlebih dulu menandatangani Per-janjian Jual-Beli (S&P) dengan pemaju serta membayar wang pendahuluan antara lima hingga 10 peratus daripada harga pembelian sebelum boleh mendapatkan pembiayaan bank.

Apabila diluluskan, bank akan membeli hak pelanggan menerusi S&P dan kemudian membayar keseluruhan harga rumah itu kepada pemaju sebelum menjualnya kembali kepada pelanggan pada harga tertangguh lebih tinggi daripada harga asal rumah itu.

Pihak yang mempertikaikan konsep berkenaan mendakwa perbezaan antara harga tertangguh dengan harga asal rumah itu boleh membawa kepada unsur riba.