Monday, August 31, 2009

SOLAT TARAWIH DARI SEGI SAINTIFIK



Antara keistimewaan dan kelebihan bulan Ramadan yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain ialah solat Tarawih. Umat Islam berpeluang mengerjakan solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan dan tidak boleh dilakukan pada bulan-bulan lain memandangkan solat ini eksklusif di bulan puasa sahaja. Lazimnya ada yang mengerjakannya sebanyak lapan rakaat sahaja dan sebahagian besar mengerjakan dua puluh rakaat serta ditambah dengan tiga rakaat solat witir. Ini adalah kerana di bulan inilah masanya untuk meningkat dan memantapkan ibadah sunat berkenaan yang hanya datang sebulan dalam setahun.

Menarik dan hebatnya, di samping ganjaran pahala serta kebaikan yang berlipat kali ganda, solat sunat tarawih seperti mana solat-solat sunat dan fardu lain sebenarnya memberi kesan positif terhadap tubuh badan manusia secara fizikal, emosi dan mental. Kajian saintifik yang telah dilakukan mengesahkan hal ini terhadap hasil dan kesan solat ke atas kesihatan seseorang individu. Ini meliputi kesihatan fizikal, emosi dan mental pengamalnya, termasuklah kesan ke atas sistem kardiovaskular, komposisi tubuh badan, isyarat otak, dan aktiviti otot.

Kajian sepertimana yang direkodkan dalam buku Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains mendapati pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan. Kajian juga menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna. Solat lima kali sehari semalam misalnya selain merupakan ibadah wajib, dapat mengurangkan kadar lemak dalam badan. Maka di bulan puasa ini, solat tarawih sudah tentu dapat membantu merawat mereka yang mengamalkan sikap 'membalas dendam' dengan berlebihan makan ketika berbuka.

Tambahan pula, tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk menurut kajian dapat melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan menjadi lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang. Ibadat solat dalam masa yang sama juga dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan seseorang, membuktikan ibadah solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar. Apatah lagi ketika berpuasa, seseorang perlu menahan lapar dan dahaga di samping mesti bersabar dalam apa jua keadaan, berfikiran kreatif serta sentiasa berada pada tahap produktiviti yang tinggi.

Lebih menakjubkan lagi ialah solat juga merupakan satu terapi yang memberikan kesan yang sangat positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki. Kajian menunjukkan aktiviti solat boleh melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk di kalangan orang lelaki dewasa ini. Penemuan serta petua dan amalan ini sudah tentu tidak boleh dilepaskan oleh mereka yang mementingkan kesihatan batin. Oleh yang demikian, penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan menunaikan solat dan tidak boleh meninggalkannya sama sekali.

Firman Allah dalam Surah Al-Mukminun, ayat 1 dan 2 yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya."

Menurut Profesor Dr. Mohamad Khazani Abdullah mantan Ketua Makmal Optik Telekom Malaysia dan pensyarah sains fizik di Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kehebatan solat yang khusyuk setanding dengan tahap kelajuan cahaya yang mencapai 300,000 meter sesaat. Jika itu dapat dicapai, masyarakat Islam tidak perlu mengguna kepakaran kafir untuk meraih kejayaan dan menangani permasalahan. Sebaliknya, Islam dan Muslimlah yang akan menjadi sumber rujukan dan bantuan kaum kafir untuk mentadbir dan menguruskan alam semesta. Itulah yang telah dilaku dan tunjukkan oleh Rasulullah SAW, para Sahabat serta ahli tabie silam dan pejuang moden Islam.

Sehubungan itu, melihat kepada keutamaan dan keunikan yang terdapat pada ibadah solat, maka di bulan Ramadan yang mulia ini sewajarnyalah menjadi medan penumpuan utama memperkasakan ibadah wajib dan sunat dalam usaha merebut ganjaran kebajikan yang dijanjikan oleh Allah di bulan yang penuh keberkatan ini. Biarlah pengisian Ramadan kali menjadi lebih baik daripada Ramadan yang lepas dan jangan persiakan segala ruang serta peluang yang ada kali ini.

Rujukan

Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas & Ng Siew Cheok, 2009. Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Khairunnisa Sulaiman, 2009. Membongkar khasiat solat secara saintifik. Utusan Malaysia, 30 Julai

W. Rahimah Draman, 2008. Solat bezakan Muslim atau kafir. Utusan Malaysia, 5 Ogos

Saturday, August 29, 2009

PERSIAPAN & PERSEDIAAN SAMBUT LAYLATUL QADAR


Rasulullah pakai baju indah malam al-Qadar

oleh Saidul Amin Usman
dipetik dari [ http://www1.bharian.com.my/Misc/RamadanAlMubarak/Puasa/Hari/Ihya/20041012144120 ]

DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: “Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu.”

Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:

Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.

Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi’in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadahnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”

Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.

Baginda tidak akan melalui ayat-ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat-ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir bulan Ramadan sehingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata : “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apalagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim, bermaksud :”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

Memperbanyak doa.

Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadah. Doa juga kunci daripada semua ibadah. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.

Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi : “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: "Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”

Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata: “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.”

Demikianlah amalan sebaiknya dilakukan pada malam itu.

Semoga kita termasuk orang yang mendapat keberkatan malam itu hingga selepas Ramadan, seakan-akan anak yang baru lahir dari rahim ibunya, bersih daripada segala dosa.

Wednesday, August 26, 2009

SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL


1.
RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA
Tarikh Sah Sijil : 01/05/2008 - 30/04/2010

2.
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
UDA ANCASA SDN BHD
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

3.
Bangi Hotel Sdn Bhd
OFF PERSIARAN BANDAR
BANDAR BARU BANGI
43650 SELANGOR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

4.
BAYVIEW HOTEL GEORGETOWN PENANG
25-A , FARQUHAR STREET,10200 PENANG.
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

5.
BERJAYA GEORGETOWN HOTEL (PENANG) SDN BHD
1-STOP MIDLANDS PARK,
JALAN BURMAH
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

6.
BEST WESTERN PREMIER SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
SERI PACIFIC CORPORATION SDN BHD
JALAN PUTRA, P O BOX 11468, 50746 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

7.
BRISDALE INTERNATIONAL HOTEL SDN BHD
NO. 65, JALAN HJ. HUSSEIN
OFF JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50300 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

8.
BUTCHERY (PUTERI PACIFIC HOTEL)
THE KOTARAYA,
P.O. BOX 293,
81730 JOHOR BAHRU JOHOR

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

9.
CALINTA MAJU SDN. BHD. ( HOTEL PONTIAN)
JALAN DELIMA,
PUSAT PERDAGANGAN PONTIAN,
82000 PONTIAN, JOHOR

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

10.
CHANDEK KURA HOTEL SDN. BHD.
KAMPONG CHANDEK KURA,
MUKIM KEDAWANG,
07000,PULAU LANGKAWI.
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

11.
CITIVIEW HOTEL SDN BHD
LOT 113, SEKSYEN 19,
JALAN HAJI ABDUL AZIZ,
25200 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

12.
CRYSTAL CROWN HOTEL (NIKMAT MAJU DEVELOPMENT SDN BHD)
NO 12 LORONG UTARA A,
OFF JALAN UTARA
46200 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

13.
CRYSTAL CROWN HOTEL KUALA LUMPUR
NO 3 JALAN JAMBU MAWAR
OFF JALAN KEPONG
JINJANG SELATAN
52000 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

14.
DAMANSARA INDAH SDN BHD- EASTIN HOTEL
13 JALAN 16/11
PUSAT DAGANG SEKSYEN 16
46350 PETALING JAYA
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

15.
DYNASTY HOTEL
(KAFE ROSITA)
ARAS BAWAH DAN SATU
LOT 683, BLOK 9, JALAN PUJUT-LUTONG
98000 MIRI, SARAWAK
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

16.
DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR
DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR
(DYNAWELL CORPORATION (M) SDN BHD)
NO, 218, JALAN IPOH,
51200 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

17.
EMERALD PUTERI HOTEL
NO: 50 JALAN PERMATANG GEDUNG,
TAMAN SEJATI INDAH,
08000, SUNGAI PETANI.
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

18.
EVERGREEN LAUREL HOTEL (PENANG)
53, PERSIARAN GURNEY,
10250 PENANG,
MALAYSIA
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

19.
FABULOUS HOTELS MANAGEMENT SDN BHD.
18, PERSIARAN GURNEY
10250 PULAU PINANG
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

20.
FALCON POINT SDN BHD (CITRUS HOTEL KL)
51,JALAN TIONG NAM,
MELALUI JALAN RAJA LAUT,
50350, KUALA LUMPUR.

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

21.
G HOTEL SDN BHD
168A PERSIARAN GURNEY, 10250 PENANG, MALAYSIA.
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

22.
GHAZAIN HOTEL MANAGEMENT SDN BHD
TELUK DALAM RESORT
32300 PULAU PANGKOR

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

23.
GRAND BLUEWAVE HOTEL JOHOR BAHRU
NO. 9 R JALAN BUKIT MELDRUM,
80300 JOHOR BAHRU, JOHOR.
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

24.
GRAND DORSETT LABUAN HOTEL
VICTORIA'S BRASSERIE
LOT 462, JALAN MERDEKA
87029 LABUAN ST
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

25.
GRAND ISLAND HOTEL (LANGKAWI) SDN BHD
NO. 398, MUKIM KUAH, KELIBANG, 07000
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

26.
GRAND PACIFIC HOTEL
JALAN TUN ISMAIL
50400 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

27.
GRAND PACIFIC HOTEL
JEWEL VIEW SDN BHD
52 - 58 JALAN TUN ISMAIL
OFF JALAN IPOH
51200 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

28.
Grand Palace Hotel
LOT 638, BLOCK 7, MCLD PELITA COMMERCIAL CENTRE
2-KM, JALAN MIRI-PUJUT
P.O.BOX 1525
98008 MIRI
SARAWAK
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

29.
Grand Riverview Hotel
D/A PANDANGAN WAWASAN SDN BHD
JALAN POST OFFICE LAMA
15000 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012



30.
GRAND SEASONS HOTEL
NO 72, JALAN PAHANG,
53000, KUALA LUMPUR.

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

31.
HARVARD HOTEL (JERAI) SDN BHD
08100 BEDONG
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

32.
HOLIDAY VILLA HOTELS & RESORTS SUBANG
NO. 9, JALAN SS12/1,
47500 SUBANG JAYA,
SELANGOR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

33.
Hotel Armada Petaling Jaya
LORONG UTARA C, SECTION 52
P.O BOX 691
PEJABAT POS JALAN SULTAN
46200 PETALING JAYA
SELANGOR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

34.
HOTEL BELLEVUE SDN BHD
NO. 215, JALAN MCALISTER, 10450 PULAU PINANG
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

35.
HOTEL CAPITOL
HOTEL CAPITOL SDN BHD
JALAN BULAN ,
OFF JALAN BUKIT BINTANG

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

36.
HOTEL CASA DE LA ROSA
LOT 48, JALAN CIRCULAR,
39000 TANAH RATA,
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

37.
HOTEL CONTINENTAL SDN.BHD.
NO 5, JALAN PENANG
10000 PULAU PINANG
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

38.
HOTEL EAGLE BAY
PERSIARAN PUTRA,
07000,KUAH,
PULAU LANGKAWI
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

39.
HOTEL EQUATORIAL PENANG
NO. 1 JALAN BUKIT JAMBUL
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

40.
HOTEL GRAND CONTINENTAL KEDAH
134-141 JALAN SULTAN BADLISHAH
05000 ALOR STAR
KEDAH
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

41.
HOTEL GRAND CONTINENTAL KUALA LUMPUR
JALAN BELIA / JALAN RAJA LAUT
50350 KUALA LUMPUR

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

42.
HOTEL GRAND CRYSTAL
NO: 40, JALAN KAMPONG PERAK,
05100, ALOR SETAR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

43.
HOTEL HALLMARK LEISURE SDN BHD
68, JALAN PORTUGIS, OFF JALAN KUBU, 75200 MELAKA

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

44.
HOTEL LANGKASUKA SDN. BHD.
BATU 3/4, A-14-15, POKOK ASAM,
KUAH,
07000, PULAU LANGKAWI
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

45.
HOTEL MALAYA SDN. BHD
JALAN HANG LEKIR,
50000 KUALA LUMPUR.
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

46.
HOTEL ROYAL PENANG
3,JALAN LARUT, 10050, PENANG, MALAYSIA
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

47.
HOTEL SELESA SDN BHD
JALAN BANDAR
81700 PASIR GUDANG
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

48.
HOTEL SERI MALAYSIA (ALOR SETAR)
MARIOTT MANAGEMENT HOLDINGS SDN. BHD.
HOTEL SERI MALAYSIA ALOR SETAR
JALAN STADIUM, 05100, ALOR STAR.
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

49.
HOTEL SERI MALAYSIA (BAGAN LALANG)
LOT 979, 980, PANTAI BAGAN LALANG
SUNGAI PELEK, SEPANG
43950 SUNGAI PELEK
SELANGOR

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

50.
HOTEL SERI MALAYSIA (GENTING HIGHLANDS)
EMMY SURAYA ENTERPRISE
NO 11,JALAN JATI 1
GOHTONG JAYA
69000 GENTING HIGHLANDS
PAHANG DARUL MAKMUR
MALAYSIA
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

51.
HOTEL SERI MALAYSIA (IPOH)
GHAZALI MANAGEMENT SERVICES
HOTEL SERI MALAYSIA IPOH
JALAN STURROCK
OFF JALAN TAMBUN
30350 IPOH
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

52.
HOTEL SERI MALAYSIA (JOHOR BAHRU)
D/A ASSET FRONTIER SDN BHD
LOT PTB 17648, JLN LANGKASUKA
80350, LARKIN JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TAKZIM
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

53.
HOTEL SERI MALAYSIA (KUALA TERENGGANU)
GATEWAY INN MANAGEMENT SDN BHD
LOT 1640, JALAN HILIRAN ( BALIK BUKIT )
20100 KUALA TERENGGANU
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

54.
HOTEL SERI MALAYSIA (KUANTAN)
HOTEL SERI MALAYSIA KUANTAN
BAZLI JAYA SDN BHD
JALAN TELOK SISEK
25000 KUANTAN
PAHANG, MALAYSIA
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

55.
HOTEL SERI MALAYSIA (KULIM)
RANGKAIAN HOTEL SERI MALAYSIA,
NO. 2, TAMAN TASIK PUTRA,
09000 KULIM
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

56.
HOTEL SERI MALAYSIA (MARANG)
PRIM AR (M) SDN. BHD
LOT 3964,KAMPUNG PAYA
21600 MARANG
TERENGGANU DARUL IMAN
MALAYSIA
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

57.
HOTEL SERI MALAYSIA (MELAKA)
NILAM PERTIWI SDN BHD
LEBUH AYER KEROH 75450, AYER KEROH
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

58.
HOTEL SERI MALAYSIA (MERSING)
LOT PTB 641
JALAN ISMAIL
86800, MERSING
JOHOR DARUL TAKZIM
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

59.
HOTEL SERI MALAYSIA (PENANG)
PRISMA LAMUNI SDN BHD
NO 7, JALAN MAYANG PASIR 2
BANDAR BAYAN BARU,
11950. PULAU PINANG

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

60.
HOTEL SERI MALAYSIA (PORT DICKSON)
MZMR RESORT SDN. BHD
LOT PT 49, BATU 4, JALAN PANTAI,
71050 PORT DICKSON,
NEGERI SEMBILAN
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

61.
HOTEL SERI MALAYSIA (ROMPIN)
SAMS GITU ENTERPRISE
HOTEL SERI MALAYSIA ROMPIN,TANJUNG GEMUK,
26280 ROMPIN,PAHANG DARUL MAKMUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

62.
HOTEL SERI MALAYSIA (SEREMBAN)
RESILIENT SERVICES SDN.BHD
HOTEL SERI MALAYSIA (SEREMBAN)
JALAN SUNGAI UJONG 70200
SEREMBAN
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

63.
HOTEL SERI MALAYSIA (SUNGAI PETANI)
SEKSYEN 21, JALAN PASAR,08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

64.
HOTEL SERI MALAYSIA (TAIPING)
TUNAS LARUT ENTERPRISE
NO. 4, JALAN SULTAN MANSUR
34000 TAIPING,
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

65.
HOTEL SERI MALAYSIA (TEMERLOH)
(VIAVESTEL LINES)
LOT PT 370/6/92, JALAN HAMZAH
28000 TEMERLOH
PAHANG DARUL MAKMUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

66.
HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG
MOHAMED SHUKOR BIN MOHD ZAKARIA ENTERPRISE
(HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG)
LOT 979 & 980 PANTAI BAGAN LALANG
SG PELEK SEPANG
SELANGOR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

67.
HOTEL SERI MALAYSIA KUALA TERENGGANU
LOT 1640, JALAN HILIRAN (BALIK BUKIT)
20100 KUALA TERENGGANU

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012



68.
Hotel Singgahsana Petaling Jaya
PERSIARAN BARAT OFF JALAN SULTAN
46760 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

69.
Hotel YT Midtown
NO. 30, JALAN TOK LAM
20100 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

70.
KINGWOOD HOTEL (SIBU) SDN BHD
NO. 12, LORONG LANANG 4
P.O. BOX 1201
96008 SIBU
SARAWAK
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

71.
KL AIRPORT HOTEL SDN BHD (PAN PACIFIC KLIA)
JALAN CTA 4B, KUALA LUMPUR
INTERNATIONAL AIRPORT,

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

72.
LANGKAWI SEAVIEW HOTEL
LOT: 40, JALAN PENARAK,
KUAH,
07000, LANGKAWI.
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

73.
LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA)
SELESA INN KUALA LUMPUR
285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50100 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

74.
MAYOR HOTELS BERHAD
T/A CITY VILLA KUALA LUMPUR
69 JALAN HAJI HUSSIEN
OFF JALAN T.A.R
50300 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

75.
METROPLEX HOLDINGS SDN BHD (LEGEND HOTEL KL)
TKT 33, PUTRA PLACE OFFICE TOWER
100 JALAN PUTRA
50350 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

76.
MIDAH HOTEL KUALA LUMPUR
NO 8, JALAN KAMPUNG ATTAP,
50460 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

77.
Ming Court Hotel (KL) Sdn Bhd (Corus Hotel, Kuala Lumpur)
JALAN AMPANG, 50450 KUALA LUMPUR


Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

78.
MITC ANCASA HOTEL (M) SDN BHD
LOT 15232 & 15233, JALAN FOOD CITY
MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE
75450 AYER KEROH
MELAKA
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

79.
NAZA HOTEL MANAGEMENT SDN. BHD.
555, JALAN CM HASHIM,
TANJUNG TOKONG,
11200 PULAU PINANG.
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

80.
NAZA HOTEL MELAKA (NAZA HOTEL MANAGEMENT SDN BHD)
177 JALAN TUN ALI
75300 MELAKA
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

81.
NILAI HOTEL SDN BHD
PT 9999, JALAN BBN 1/3D,
PUTRA POINT PHASE 2A,
PUTRA NILAI, 71800
NILAI NEGERI SEMBILAN
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

82.
ONE WORLD HOTEL SDN BHD
FIRST AVENUE, BANDAR UTAMA CITY CENTRE
BANDAR UTAMA,
47800 PETALING JAYA
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

83.
ORIENTAL CRYSTAL HOTEL SDN. BHD
LOT 13, JALAN S10/3,SECTION 10,
OFF JALAN BUKIT,
43000 KAJANG.
SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

84.
PAYANG PURI HOTEL (SARIKEI) SDN. BHD.
NO.1 & NO.2, JALAN MERDEKA, 96100, SARIKEI, SARAWAK
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

85.
Pearl International Hotel
BATU 5, JALAN KLANG LAMA
58000 KUALA LUMPUR

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

86.
PG HOTEL SDN BHD
NO. 30, JALAN RADIN ANUM
BANDAR BARU SRI PETALING
57000 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

87.
PRESCOTT HOTEL SDN BHD
NO:18A, LEBUH ENGGANG OFF PERSIARAN SULTAN IBRAHIM
41050 KLANG
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

88.
PRESIDENT HOTEL SDN BHD T/A PARKROYAL KUALA LUMPUR
PARKROYAL KUALA LUMPUR
JALAN SULTAN ISMAIL
50250 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

89.
PUTERI PARK HOTEL
LOT PT 1537-39
JALAN RAJA LAUT & LORONG HAJI TAIB 3
50350 KUALA LUMPUR


Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

90.
QUALITY HOTEL CITY CENTRE
(PERANGSANG HOTEL & PROPERTIES SDN BHD)
JALAN RAJA LAUT
P.O BOX 11586
50350 KUALA LUMPUR


Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

91.
QUALITY HOTEL SHAH ALAM
PLAZA PERANGSANG, PERSIARAN PERBANDARAN
SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

92.
QUEENSPARK HOTEL
NO 43,45,47, JALAN TMR 24,
TAMAN MELAKA RAYA,
75000 MELAKA
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

93.
RANGKAIAN HOTEL SERI MALAYSIA SDN BHD
NO 6, TINGKAT 3, JALAN 27/70A,
DESA SRI HARTAMAS,
OFF JALAN BUKIT KIARA
50480 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

94.
RED ROCK HOTEL SDN BHD
202 A, JALAN MACALISTER
10400
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

95.
RESIDENCE HOTEL AT UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
RESIDENCE HOTELS & RESORTS S/B
SUITE 1.03 LEVEL 1, WISMA E&C, LORONG DUNGUN KIRI,
DAMANSARA HEIGHT,
KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

96.
RESIDENCE HOTELS & RESORTS SDN BHD
NO. 51, JLN TIONG NAM, OFF
JLN RAJA LAUT
50100 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

97.
SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

98.
SERAI HOTEL & RESORTS SDN. BHD.
C/O SAUJANA GCC
SAUJANA RESORT, SEKSYEN U2
SHAH ALAM
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

99.
SHANGRI-LA HOTEL KUALA LUMPUR
NO 11,JALAN SULTAN ISMAIL,50250 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

100.
SHERATON SUBANG HOTEL AND TOWERS
SHERATON SUBANG HOTEL AND TOWER
JALAN SS12/1, 47500
SUBANG JAYA SELANGOR DARUL EHSAN

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

101.
STAR POINTS HOTEL KUALA LUMPUR
ETA STAR HOSPITALITY SDN BHD
149, JALAN MASJID INDIA
50100 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

102.
SUMAI HOTEL APARTMENT SDN BHD
LOT 4479 JALAN PERSINGGAHAN
BATU BURUK
20400 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

103.
SUNWAY HOTEL (PENANG) SDN BHD
33, NEW LANE, 10400 PENANG
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

104.
SUNWAY HOTEL (SEBERANG JAYA) SDN BHD
11, LEBUH TENGGIRI DUA, PUSAT BANDAR SEBERANG JAYA, SEBERANG JAYA, 13700 PERAI, PENANG
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

105.
TANJUNG BUNGAH BEACH HOTEL (C/O PLENITUDE HEIGHTS SDN BHD)
505, JALAN TANJUNG BUNGAH
TANJUNG BUNGAH
11200 PENANG
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

106.
TASEK AMPANG HOTEL SDN BHD
NO 5, TASIK AMPANG
JALAN ULU KELANG
68000 AMPANG
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

107.
TELANG USAN HOTEL
TELANG USAN HOTEL
LOT 2431, BLOCK 1, 2.5 KM, AIRPORT ROAD
98000 MIRI
SARAWAK
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

108.
The City Bayview Hotel Langkawi
BAYVIEW HOTEL SDN BHD
25-B LEBUH FARQUHAR
10200 PENANG
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

109.
THE HERITAGE STATION HOTEL KUALA LUMPUR
THE HERITAGE STATION HOTEL K.LUMPUR
BANGUNAN STESEN KERETAPI
JALAN SULTAN HISHAMUDDIN
50050 KUALA LUMPUR

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

110.
THE PARAMOUNT HOTEL
3,LORONG 9A
JALAN KAMPUNG DATO
96000 SIBU
SARAWAK

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

111.
THE PLAZA HOTEL KUALA LUMPUR
THE PLAZA HOTEL KUALA LUMPUR
JALAN RAJA LAUT

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

112.
THE SUMIT HOTEL BUKIT MERTAJAM
566, JALAN ARUMUGAM PILLAI,
14000 BUKIT MERTAJAM,
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

113.
THE SUMMIT HOTEL BUKIT MERTAJAM
566, JALAN ARUMUGAM PILLAI,
BUKIT MERTAJAM
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

114.
THE SUMMIT HOTEL BUKIT MERTAJAM
566 JALAN ARUMUGAM PILLAI,
14000 BUKIT MERTAJAM,
PULAU PINANG.
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

115.
THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
PERSIARAN KEWAJIPAN USJ1
47600, UEP SUBANG JAYA

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

116.
TIARA LABUAN HOTEL
JALAN TANJUNG BATU
87007 LABUAN
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

117.
TRADERS PENANG HOTEL
TRADERS HOTEL, PENANG
MAGAZINE ROAD
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

118.
TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD
THR HOTEL (LANGKAWI) SDN BHD
MERITUS PELANGI BEACH RESORT & SPA, LANGKAWI, PANTAI CENANG,07000 LANGKAWI
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

119.
TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD
THR (JOHOR) SDN BHD
MUTIARA JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN
TAMAN CENTURY KB 779
80990 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TAKZIM
MALAYSIA
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

120.
TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD
LADA ECO-TOURISM SDN BHD
TELUK BURAU
PULAU LANGKAWI
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

121.
TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN. BHD
(CROWNE PLAZA MUTIARA KUALA LUMPUR)
JALAN SULTAN ISMAIL 50250
KUALA LUMPUR
Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

122.
TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN. BHD.
HOTEL ISTANA
73, JALAN RAJA CHULAN

Tarikh Sah Sijil : 01/08/2009 - 31/07/2012

SUMBER: http://www.halaljakim.gov.my/hotel_halal.php

Thursday, August 20, 2009

JOM MASUK SYURGA



Setiap orang yang beriman pasti mengharapkan agar di akhirat kelak ditempatkan di dalam syurga. Tiada seorang pun di dunia ini yang tidak mempunyai cita-cita atau impian untuk memasuki syurga yang kekal abadi itu. Ini adalah kerana Allah SWT telah menjanjikan syurga kepada mereka yang beriman dan syurga adalah kemuncak kehidupan setiap insan di dunia ini. Oleh itu, setiap masa dan ketika umat Islam tidak pernah putus asa berdoa kepada Allah SWT agar dijadikan ahli syurga dan dapat bersama-sama dengan para nabi, rasul, sahabat nabi, syuhada dan seluruh penghuni syurga lain.

Terdapat banyak ayat al-Quran yang mencerita dan mengambar keindahan syurga seperti dalam surah Muhammad, ayat 15 yang bermaksud: "Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur?(sudah tentu tidak sama!)."

Dalam buku Syurga Firdaus Idaman Istimewa tulisan Abdullah Al-Qari Salleh menerangkan syurga ialah sebuah `negara' yang penuh nikmat berkekalan dan semulia-mulia syurga ialah syurga Firdaus. Begitulah nikmat pemberian, kesukaan, kesejukan mata dan kegembiraan hati, perkara yang memecahkan selera keinginan berupa makan minum, pakaian, kahwin dan apa-apa penglihatan yang indah, cantik, pohon-pohon dan binaan yang terhias merupakan persediaan Allah kepada bakal penghuni syurga.

Syurga Firdaus menanti mereka yang bergelar pejuang, para syahid, orang yang awal dan segera dalam kebaikan, elok akhlaknya, penghafal dan pengamal al-Quran, ilmuwan Islam dan pembenar para Rasul. Oleh demikian, sebagai pra-syarat ahli syurga maka umat Islam perlulah menjauhi kemungkaran, sikap sambil lewa dan tidak khusyuk dalam sembahyang, bercakap dan berbuat perkara sia-sia, tidak mengeluarkan zakat, tidak memelihara keaiban, tidak amanah, tiada memelihara sembahyang fardu dalam waktunya dan lain-lain sifat mazmumah yang dilarang agama.

Manakala dalam buku Keindahan Syurga karya Kasmuri Selamat pula menerangkan bahawa keindahan abadi syurga yang digambarkan di dalam al-Quran sememangnya belum pernah dilihat oleh sesiapa mahupun didengar telinga atau terlintas di hati sepertimana maksud sebuah hadis Rasulullah. Ini menjadikan syurga adalah destinasi agung yang ditunggu-tunggu dan setiap umat Islam tidak sabar memasukinya. Menariknya kedatangan penghuni syurga kelak akan disambut oleh para malaikat, Hurul-Aini dan kanak-kanak yang meninggal semasa kecil.

Biarpun begitu, bukan mudah untuk memasuki syurga kerana terdapat beberapa syarat dan kriteria lain yang perlu dipenuhi oleh setiap orang beriman di mana antara ciri-ciri calon penghuni syurga ialah gemar bersedekah, berwakaf, yakin kepada kebenaran kitab al-Quran, percaya kepada kitab-kitab yang diturunkan Allah, yakin akan kehidupan akhirat, penyabar, sentiasa menyerah diri kepada Allah SWT dan banyak lagi amal kebaikan serta kebajikan yang perlu dilaksanakan di dunia ini sebelum dihitung di akhirat sebagai lesen atau anak kunci memasuki syurga.

Malahan seperti juga keadaan di muka bumi, digambarkan syurga juga mempunyai bangunan dan segala kelengkapan yang diperlukan untuk kehidupan seharian di sana. Ini termasuklah peralatan rumah, pakaian dan pasar. Dalam surah Al-Furqan ayat 10, Allah SWT berfirman: "Maha suci (Allah) yang jika Dia menghendaki, nescaya dijadikanNya bagimu yang lebih baik dari yang demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikanNya (pula) untukmu istana-istana."

Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. pula bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali, maka Allah akan membangunkan baginya rumah di syurga". (Riwayat Muslim).

Melihat kepada rahsia, strategi dan panduan eksklusif menjadi calon ahli syurga di atas maka isunya adalah sejauhmanakah kita telah membuat persediaan serta persiapan bagi memastikan diri kita, keluarga dan masyarakat Islam seluruhnya diterima masuk sebagai penghuni syurga yang kekal abadi itu. Adakah kita masih selesa dengan prestasi iman dan KPI ibadah kita selama ini atau adakah kita sudah merasakan kita sememangnya layak didaftarkan sebagai ahli syurga. Pertanyaan tersebut perlu dan boleh dijawab dengan berpandukan kayu ukur iman dan amalan kebajikan yang telah dilakukan selama ini.

Mungkin benar pepatah ada mengatakan "tepuk dada, tanya iman dan amal soleh kita".

Rujukan

Abdullah Al-Qari Salleh, 2002. Syurga Firdaus Idaman Istimewa. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher

Kehidupan yang menakjubkan, Utusan Malaysia, 3 Ogos 2001

Wednesday, August 19, 2009

KEMUDI 2009

KEMUDI 2009

KEMUDI ringkasan kepada Kem Membina Keunggulan Diri. Amat sesuai untuk mereka yang istiqamah menyumbang kepada dakwah dan kebajikan untuk beruzlah dan membina kekuatan. KEMUDI 2009 khas untuk keluarga duat. Konsep KEMUDI menekankan kekeluargaan di atas peningkatan kekuatan rohani, jasmani dan minda. Daerah-daerah berentap untuk menjadi Juara KEMUDI 2009. Tarikhnya 15 & 16 Ogos 2009 di Sedim Eko Team Park, Kedah. Anjuran Jawatan Kuasa TPSM JIM Pulau Pinang.



Team Kemudi JIMSPU 2009



Antara ahli pasukan Ironman JIMSPU



Semua membantu membina rakit



Pasukan Ironlady JIMSPU – juara kategori



Lagi… buat rakit

[gambar ehsan sdr Yusof Zaki, YDP JIM SPU]

Monday, August 10, 2009

BERSAMA MENJAYAKAN BULAN ZAKAT 2009

Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan (BZK) yang telah diadakan bermula tahun 2008, diteruskan lagi sepanjang bulan Syaaban 1430H tahun ini bersempena mengambil keberkatan di bulan yang mulia ini. Sambutan BZK kali ini adalah bercorak pendidikan dan pendedahan dengan motonya ‘Zakat 1 Kewajipan, 1 Juta Harapan’, menunjukkan kewajipan dan kepentingan berzakat mampu memberi harapan baru kepada jutaan orang yang layak menerimanya.

Biarpun begitu, ia tidak sepatutnya berhenti setakat bulan Syaaban sahaja kerana tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak yang menjanjikan ganjaran yang lebih besar kepada pengeluar dan pembayar zakat. Mengenai perkara ini, daripada riwayat at-Tirmizi bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada Ramadan.” Manakala menurut riwayat Al-Baihaqi daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah jika masuk Ramadan membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta.”

Melalui sistem penyampaian zakat yang baik mampu menjadi alternatif kepada ketidakstabilan ekonomi yang sedang melanda dunia dan negara ketika ini di samping agen pembasmi kemiskinan yang sangat efisien. Sebagai pemangkin utama kepada struktur pembangunan ekonomi negara serta kestabilan jaringan sosial, maka sistem dan mekanisme zakat hendaklah diperbaiki dan dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa. Oleh itu, objektif utama sambutan BZK 2009 adalah menyebarluaskan maklumat dan meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan berzakat dan meningkatkan keyakinan mereka terhadap institusi serta pengurusan zakat di negara ini.

Organisasi zakat sejak dahulu lagi telah diakui dan terbukti keberkesanannya dalam memperkasa pembangunan fiskal umat Islam. Inisiatif dan langkah bijak ini seharusnya disokong semua pihak memandangkan pembayaran zakat kini begitu menggalakkan sehingga mencecah RM1 bilion di seluruh negara tahun lalu melalui pengurusan dan pentadbiran bijak agensi yang bertanggungjawab dalam urusan zakat. Ini adalah satu kejayaan dan pencapaian yang besar kepada institusi zakat di seluruh negara dan juga petunjuk kesedaran tinggi di kalangan masyarakat terhadap kepentingan zakat dalam pembangunan negara. Peningkatan jumlah kutipan zakat itu juga menunjukkan umat Islam mempunyai kekuatan luar biasa untuk menunaikan kewajipan masing-masing walaupun ketika ekonomi negara dilanda kegawatan.

Kekukuhan institusi zakat sememangnya mampu memberi momentum positif kepada kekuatan ekonomi dan pembangunan negara dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan sistematik. Ini adalah kerana zakat adalah mekanisme terbaik kepada aliran perkembangan ekonomi negara. Elemen zakat sebenarnya adalah kekuatan dan teras utama kepada keutuhan ekonomi umat Islam dan merapatkan jurang kemiskinan yang sedia wujud. Melalui dana dan pelaburan zakat, kita mampu membina kembali tamadun serta zaman kegemilangan umat Islam suatu ketika dahulu yang pernah memerintah dua per tiga dunia melalui sistem Khalifah yang begitu gagah lagi dikagumi dunia. Melalui kekuatan zakat juga kebajikan dan jaminan sosial umat Islam menjadi lebih kukuh serta terpelihara jika diurus dengan sempurna.

Kewujudan sistem jaminan sosial dalam zakat boleh diperhatikan melalui beberapa contoh. Dalam satu peristiwa, Rasulullah SAW melantik Muaz bin Jabal sebagai Gabenor di Yaman. Baginda SAW bersabda kepada Muaz: “Berdakwahlah (serulah) kepada mereka supaya mengucap bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah. Jika mereka mentaati kamu pada perkara tersebut maka khabarkanlah bahawa Allah mewajibkan mereka solat pada setiap siang dan malam. Jika mereka mentaati kamu dalam perkara tersebut, maka khabarkanlah bahawa Allah mewajibkan kepada mereka supaya bersedekah iaitu yang diambil daripada orang kaya di kalangan mereka dan diberi kepada orang fakir di kalangan mereka.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Merujuk kepada hadis tersebut menunjukkan bahawa satu jaminan ekonomi dan sosial yang dijanjikan Islam kepada golongan fakir dan miskin melalui proses agihan zakat yang telah disyariatkan dan mampu mewujudkan keseimbangan taraf hidup, jurang kemiskinan dan bebanan ekonomi antara yang kaya dan miskin di samping mekanisme agihan zakat tersebut juga turut memberi faedah yang besar kepada masyarakat setempat. Selain itu, Islam tidak menafikan golongan lain yang turut berhak menerima wang zakat yang dikhususkan kepada lapan asnaf iaitu fakir, miskin, amil, mualaf, hamba, orang yang berhutang, fisabilillah dan orang musafir yang keputusan belanja. (Surah at-Taubah: 60)

Melalui zakat dan aspirasinya, maka ledakan serta transformasi ekonomi dapat dipercepatkan dan dikawal secara yang lebih sistematik dan efisien. Dengan peratusan umat Islam di Malaysia menjadi antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi dan perubahan sosial, maka zakat perlu direformasikan semaksima mungkin bagi mencapai kestabilan ekonomi negara dan keadilan sosial melalui jentera zakat dalam usaha merombak struktur masyarakat dan negara. Melalui kefahaman ini, diharapkan agar masyarakat Islam akan lebih meyakini fungsi dan peranan institusi-institusi zakat di negara kita dan seterusnya menggalakkan masyarakat untuk menjadi pembayar zakat yang setia serta aktif.

Ini akan memberi nilai tambah kepada institusi zakat sebagai penyumbang kepada kerancakan ekonomi negara dengan adanya mekanisme khusus dan usaha memperkasa serta memperlengkapkan sistem zakat di negara kita perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa. Dalam keadaan ekonomi global dan domestik yang masih lemah, maka potensi zakat perlu ketengahkan sebagai alternatif negara menjana ekonomi dan pembangunan negara, malahan menjadi pengimbangan kepada jurang sosial yang semakin meluas ekoran ketidakstabilan ekonomi negara. Sehubungan itu, semua aspek zakat wajar dihebahkan melalui pameran, promosi, kempen, wacana dan sebagainya bagi membangkitkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan dan peranan zakat dalam memantapkan sosio-ekonomi umat Islam secara keseluruhannya.

Inilah hikmah disebalik kewajipan berzakat dan ianya menjadi teras kepada rukun Islam yang mesti ditunaikan sebagai bukti bahawa Islam amat menitik beratkan soal ekonomi, kebajikan dan kemajuan umat. Oleh yang demikian, melalui peruntukan undang-undang khusus mewajibkan berzakat juga diharapkan mampu mengubah minda dan paradigma masyarakat Islam agar bersama-sama komited membangunkan negara melalui sumbangan zakat dan orang bukan Islam juga akan lebih hormat kerana mereka juga telah menyumbang dalam proses pembangunan negara melalui cukai pendapatan di LHDN. Ia perlu bagi meningkatkan kemampuan sistem zakat dalam memberi jaminan sosial kepada umat Islam. Sejarah telah merekodkan pada era emas pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, kerajaan ketika itu terlalu sukar mencari golongan asnaf yang layak menerima zakat memandangkan tahap keimanan rakyat ketika itu adalah tinggi dan semuanya tidak mahu menerima zakat, sebaliknya mahu menjadi pembayar zakat.

Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan zakat adalah instrumen terunggul di dalam sektor ekonomi Islam dan pemangkin kepada kemajuan serta kemakmuran umat Islam di seluruh dunia. Untuk itu, institusi zakat perlu ditadbir dan diurus dengan efisien dan sistematik memandangkan sejak sekian lama zakat menjadi medan dan medium terpenting kepada pentadbiran ekonomi di negara umat Islam.

Rujukan

Ab. Rahim Zakaria, 2009. Bulan Zakat Kebangsaan 2009. Utusan Malaysia, 5 Ogos
Sumber sewaan wajar dizakat, Utusan Malaysia, 25 November 2008

Wednesday, August 05, 2009

Prasangka Buruk Terhadap Imej Islam



Episod hitam tuduhan seorang ahli Parlimen bukan Islam terhadap sebuah NGO Islam dan seorang ahlinya baru-baru ini bahawa syariat Islam sebagai ekstremisme adalah sangat melampau, berbaur jahat dan menimbulkan salah faham terhadap Islam. Ini adalah kerana mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan merupakan aspirasi setiap umat Islam, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia sampai bila-bila. Malahan Islam adalah agama rasmi Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan negara kita.

Oleh yang demikian, tindakan itu adalah satu bentuk penghinaan dan tuduhan yang sangat serius kepada Islam. Perlakuan sedemikian tidak boleh dibiarkan begitu sahaja jika kita benar-benar sayang serta sentiasa bersedia mempertahankan Islam daripada dituduh dan digambarkan sedemikian rupa oleh mereka yang jelas menentang agama suci ini. Apa yang berlaku menunjukkan wujudnya rasa tidak puas hati atau sengaja cuba mencetus polemik atau isu dangkal dan bukti hilangnya sensitiviti sebahagian orang bukan Islam terhadap Islam dan umatnya.

Perbuatan serta tindakan kurang ajar, angkuh dan sombong ahli Parlimen berkenaan jelas melambangkan kejahilannya tentang ajaran Islam yang begitu komprehensif di mana secara tidak langsung telah menimbulkan kemarahan dan keresahan umat Islam di negara ini. Keadaan ini juga membuktikan bahawa orang bukan Islam masih jahil dan mempunyai prasangka buruk terhadap Islam walaupun Islam telah lama bertapak di negara kita. Mungkin ini adalah masa yang sangat sesuai kepada semua NGO, pendakwah, pemimpin dan jentera dakwah Islam meningkatkan lagi usaha serta strategi memperjelaskan imej Islam yang sebenar kepada masyarakat bukan Islam.

Sungguhpun begitu, orang kafir terutamanya Yahudi dan Nasrani sememangnya tidak akan redha dan setuju dengan segala kebaikan yang dilakukan oleh umat Islam biarpun ianya turut bermanfaat kepada mereka. Ini adalah kerana mereka sentiasa berdendam dengan umat Islam dan senantiasa mencari kesalahan serta kesilapan umat Islam di samping mengambarkan wajah hodoh umat Islam kepada masyarakat dunia dengan pelbagai label dan tuduhan. Sesungguhnya mereka tidak akan sama sekali merasa tenteram dan aman selagi mana Islam menjadi tunjang serta asas pegangan hidup manusia dan negara.

Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".

Sikap buruk dan jijik golongan pelampau ini bermula sejak zaman Rasulullah lagi dan berterusan sehingga ke hari kiamat jika umat Islam masih lagi alpa dengan segala perancangan jahat Yahudi dan Nasrani atau masih boleh berbaik sangka dengan mereka di kala ditekan dan diperlakukan sepertimana yang berlaku sekarang ini. Umat Islam hari ini digambar dan dicorakkan dengan imej yang sangat buruk di mata dunia di mana Islam sendiri dianggap agama kolot, tidak bertamadun, ekstrem, menolak kemajuan, anti bukan Islam dan sebagainya. Melalui agenda jahat mereka yang dirancang sejak sekian lama, maka tujuan mereka ialah memastikan Islam dan umatnya pupus di muka bumi ini.

Namun begitu, janji dan perancangan Allah SWT terhadap kemenangan Islam dan umatnya pasti akan tetap berlaku dan kita akan mencapai kemenangan ke atas musuh Islam juga akhirnya. Ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan pertunjuk dan agama yang sebenar (Islam) untuk mengatasi atas seluruh agama sekaliannya meskipun orang musyrik membencinya." (Surah al-Taubah ayat 33). Manakala dalam satu ayat lain yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah Ar-Ra'du ayat 11).

Ini adalah cabaran dan agenda terbesar umat Islam hari ini mengubah prasangka buruk masyarakat bukan Islam terhadap imej Islam.

PERLU KHATAM TERJEMAHAN DAN TAFSIR AL-QURAN



Ramai di kalangan kita yang telah khatam atau tamat membaca Al-Quran sejak kecil lagi dan bagi mereka yang mempunyai daya ingatan serta kemahuan yang kuat pula mampu menghafal keseluruhan isi kandungan Al-Quran itu sendiri sehinggalah digelar sebagai al-Hafiz. Namun begitu, berapa ramai di kalangan kita yang telah dan berusaha menghafal atau khatam kitab terjemahan Al-Quran atau sekurang-kurangnya habis sekali membaca sebuah al-Quran beserta terjemahan misalnya Tafsir Pimpinan Al-Rahman, Tafsir Quran Karim oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus dalam bahasa Melayu dan lain-lain kitab terjemahan yang popular di negara kita sekali seumur hidup.

Malahan juga berapa ramai di kalangan kita yang telah habis atau khatam membaca sekurang-kurangnya sekali sebuah kitab tafsir al-Quran yang muktabar seperti Tafsir At-Tabari, Tafsir Al-Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Fi Zilal al-Quran oleh Syed Qutb dan banyak lagi yang kini diterjemahkan dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Walaupun amalan membaca al-Quran sangat digalakkan dan mendapat pahala yang banyak kepada yang menghafalnya namun adalah lebih baik lagi jika dalam masa yang sama kita berusaha memahami apa yang dibaca serta mendalami pengertian dan segala isi kandungannya yang begitu komprehensif sebagai panduan hidup.

Ini adalah kerana Al-Quran merupakan kitab induk yang sangat lengkap merangkumi dan mencakupi segala aspek kehidupan manusia sama ada ianya merujuk kepada urusan ekonomi, politik, sosial, teknologi, sains, sejarah, ketenteraan, undang-undang dan sebagainya. Hakikat ini hanya dapat diketahui dan diterokai sekiranya kita tahu makna setiap ayat yang dibaca. Jadi amat rugi jika sekiranya kita tidak memahami apa yang dibaca, sedangkan Al-Quran adalah perlembagaan hidup umat Islam dan mengandungi pelbagai hikmah, rahsia, petunjuk, pengajaran dan pedoman terunggul umat Islam sehinggalah ke akhir zaman nanti.

Perkara ini adalah janji dan sumpah Allah sendiri yang ditegaskan melalui firman-Nya yang bermaksud: “Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang keraguan padanya (tentangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa.” (al-Baqarah: 2). Malah bagi menguatkan lagi peranan dan kedudukan Al-Quran sebagai mukjizat, syafaat, sumber agung dan aset terpenting umat Islam sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW dalam khutbah Haji Wada’ yang bermaksud: “Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara di mana kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepadanya, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah-Ku (hadis)”.

Oleh yang demikian, adalah menjadi keperluan kepada kita sebagai generasi Al-Quran dan golongan pendakwah terutamanya wajar memahami serta menghayati apa yang dibaca dengan menelaah terjemahan dan tafsir Al-Quran sebanyak mungkin dan seterusnya melaksanakan segala ajarannya dalam kehidupan kita. Sehubungan itu, kita perlu memiliki sekurang-kurangnya sebuah kitab terjemahan Al-Quran dan juga koleksi kitab tafsir Al-Quran yang muktabar di rumah serta di pejabat dengan harga yang sangat berpatutan di took-toko buku. Jika kita boleh membeli sebuah buku yang berharga ratusan ringgit, maka adalah tidak adil sekiranya kita tidak mampu membeli sebuah kitab terjemahan dan tafsir Al-Quran sebagai bekalan pelaburan di dunia dan akhirat.

Dalam realiti hari ini yang begitu mencabar dan rencam, maka kitab terjemahan dan tafsir Al-Quran sangat mustahak kepada umat Islam sebagai asas rujukan serta kompas kehidupan. Ini adalah kerana menurut ulama terkenal Dr. Yusuf Al-Qardhawi bahawa manusia dewasa ini amat perlu kepada tafsir al-Quran sehingga kefahamannya betul dan menepati kehendak Allah serta dapat beramal dengan lebih sahih lagi. Justeru Allah menuntut daripada mereka agar sentiasa bertadabbur al-Quran. Ini membuktikan bahawa di samping kita membaca dan menghafal Al-Quran, maka sudah tentu segala kandungannya juga perlu difahami dan direalisasikan agar kita dapat melihat dan merasai sendiri dengan jelas keindahan serta keunikan yang terdapat pada Al-Quran.

Manakala mengikut Imam as-Suyuti dalam Itqan pula bahawa telah ijma' ulama bahawa belajar ilmu tafsir adalah fardu kifayah dan semulia-mulia ilmu yang tiga, iaitu tafsir, hadis dan fikah. Begitu juga pendapat al-Asbahani dalam perkara ini sehinggakan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah ketika ditanya nama-nama kitab tafsir yang paling hampir kepada kitab dan sunah menegaskan bahawa tafsir Muhammad bin Jarir at-Tabari adalah yang paling tinggi, yang memuatkan segala kenyataan salaf dan sanad-sanad yang thabit tanpa ada unsur-unsur bidaah di dalamnya. Ini adalah disiplin mempelajari dan mendalami kitab terjemahan atau tafsir Al-Quran yang betul agar kita tidak merujuk kepada kitab-kitab yang menyeleweng dan mengelirukan.

Di samping itu dengan kecanggihan teknologi dan kemajuan ICT yang ada, umat Islam juga perlu berhati-hati apabila membaca atau membuat rujukan kepada terjemahan dan tafsir Al-Quran maya yang begitu mudah diperolehi di internet kerana terdapat ratusan laman web sedemikian yang menyediakan kandungan yang ditokok tambah, sesat dan meragukan oleh musuh-musuh Islam di luar sana. Malahan terdapat juga laman web golongan yang mendakwa berideologi Islam Liberal serta gerakan intelektual dari kalangan mereka yang terpengaruh dengan Orientalis yang giat menghasut umat Islam agar menolak kitab terjemahan dan tafsir Al-Quran sedia ada bagi membolehkan kitab suci itu diterjemah dan ditafsir semula mengikut kehendak dan realiti semasa dan bukannya bertaklid buta kepada kitab warisan ulama terdahulu yang tidak lagi relevan dan praktikal.

RUJUKAN

Dr. Danial Zainal Abidin, 2007. Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains. Selangor: PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 2004. Tafsir al-Quran - Kenapa jumlahnya mencecah ribuan?. Utusan Malaysia, 25 Oktober