Tuesday, December 01, 2009

Seramai 10,248 orang punyai kelayakan PhD

KUALA LUMPUR 1 Dis — Persidangan Dewan Rakyat diberitahu bahawa sehingga Jun tahun ini, ada 10,248 orang dalam negara yang mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dr Hou Kok Chung berkata daripada jumlah itu 8,132 orang adalah dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 2,116 orang lagi dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

"Pada tahun 2008, keluaran graduan PhD di IPT tempatan ialah seramai 840 orang di mana IPTA mengeluarkan 785 orang dan IPTS 55,” katanya menjawab soalan Datuk Siringan Gubat (BN-Ranau) yang ingin tahu bilangan pemegang PhD yang terkini dan kesahihan kesemua pemegang PhD.

Hou berkata sehingga Mac 2009, terdapat 13,361 orang pelajar sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD di IPTA.

"Sehingga hari ini, kesemua pemegang PhD yang diketahui kementerian adalah sahih,” tambahnya. — Bernama

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm

No comments: