Program PRODUCE - XCELL 2010














Program PRODUCE yang pertama 2010 iaitu XCELL 2010 telah berjaya diadakan pada 14-16 Mac 2010 yang lalu. Seramai 81 orang peserta dari seluruh semenanjung Malaysia telah hadir. XCELL 2010 kali ini telah diadakan di Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Antara objektif utama XCELL 2010 ialah:

1. Memastikan para remaja memahami konsep “Cemerlang Dakwah Cemerlang Akademik“
2. Memberi persediaan kepada para remaja untuk menjadi pemimpin.
3. Memberi focus kepada kecemerlangan SPM 2010.
4. Merangsang para remaja agar meminati bidang diniah.



Program XCELL 2010 ini telah dirasmikan oleh YDP JIM Pulau Pinang iaitu Tuan Haji Taufek Bin Abd Rahman. Diantara slot yang telah dilalui oleh para peserta ialah Minda super, Talk Show : cemerlang Dakwah Cemerlang Akademik, Tokoh Ilmuwan, Lawatan ke USM & Pusat Falak, tayangan filem : Laskar Pelangi, Motivasi : Aku Mesti Hebat & Impian Melangit. Para peserta kali ini berpeluang untuk bersama dengan Dr Danial zainal Abidin di dalam slot Tokoh Ilmuwan.



Slot Minda Super lebih menekankan tentang skil & teknik berkesan untuk focus dalam SPM, slot ini telah disampaikan oleh Puan Sharlina. Talk Show “ Cemerlang Dakwah Cemerlang Akademik “ pula member input yang baik & berkesan kepada para peserta tentang kejayaan-kejayaan aktivis dakwah yang suatu ketika dahulu aktif dalam program dakwah di IPT dan juga cemerlang di dalam akademik. Dr Danial zainal Abidin selaku Penulis Buku & pakar perubatan turut meluangkan masa bersama program XCELL melalui slot Tokoh Ilmuwan, slot Aku Mesti Hebat pula telah menyuntik semangat para peserta agar lebih bersungguh-sungguh dalam menempah kejayaan di dalam SPM 2010 nanti, dalam masa yang sama para peserta turut dibawa ke USM Minden & Pusat Falak Sheikh Tahir sebagai pendedahan ilmu yang lebih meluas kepada mereka.



Tahniah diucapkan kepada KRJ Pulau Pinang yang telah Berjaya menjadi tuan rumah XCELL 2010 buat kali kedua. Berdasarkan komen beberapa peserta, program XCELL 2010 ini telah pun membuka minda para peserta dan telah Berjaya menyampaikan objektifnya kepada para peserta.

Akhir kata, jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua pengurus KRJ Negeri, AJK KRJ Pulau Pinang & Jk Pelaksana XCELL 2010, Para peserta XCELL 2010, JIM Pulau Pinang serta semua yang telah terlibat secara langsung demi menjayakan program XCELL 2010 ini.

“Kami Remaja Excellent“

Hafiz Bai
Pengarah KRJ Pusat
19 Mac 2010

Comments

Popular Posts