Dana Islam teknologi hijau


Dana Islam teknologi hijau

WASHINGTON 27 April - Para pegawai dari Bank Dunia dan Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) akan ke Kuala Lumpur bulan depan bagi membincangkan penubuhan kemudahan pembiayaan Islam untuk sektor teknologi hijau, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Isnin.

Pegawai-pegawai berkenaan akan berada di Kuala Lumpur mulai 10 Mei ini untuk mengadakan perbincangan dengan Bank Negara serta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi membangunkan model yang bersesuaian dalam usaha mewujudkan dana bernilai AS$200 juta (RM620 juta) yang mematuhi Syariah.

Sebagai dana Islam yang pertama seumpamanya di Asia, kemudahan pembiayaan itu akan memberi tumpuan kepada sektor mesra alam, kata beliau kepada Bernama dalam temu bual susulan siri pertemuan dengan para pegawai Bank Dunia dan IFC, pegawai kanan AS dan rakan sejawat dari Iran dan Mesir.

Menteri itu selesai mengadakan lawatan kerja ke Washington DC pada Isnin selepas mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia dan Dana Monetari Antarabangsa (IMF) mulai 23 April.

IMF mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 5.7 peratus pada 2010 dengan pertumbuhan dalam bidang sasaran utama baru yang termasuk minyak dan gas, elektrik dan elektronik, pertanian, pelancongan dan perkhidmatan kewangan.

Husni berkata, dalam pertemuannya dengan pegawai kanan AS dan sektor swasta Amerika, terdapat minat kukuh untuk mewujudkan hubungan ekonomi yang lebih erat antara AS-Malaysia susulan lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu baru-baru ini.

"Terdapat minat yang kukuh di pihak AS untuk memajukan hubungan erat dengan Asean dari segi perdagangan dan pelaburan. Dalam hal ini, Malaysia dilihat sebagai rakan strategik AS," katanya.

Syarikat-syarikat Amerika nampak teruja dengan Model Ekonomi Baru Malaysia dan melihatnya sebagai pendorong untuk peluang baru dalam pelbagai sektor termasuk perkhidmatan serta penyelidikan dan industri berasaskan pengetahuan, kata Husni.

Beliau antara lain mengadakan pertemuan dengan Timbalan Wakil Perdagangan AS Demetrios Marantis, Setiausaha Bahagian Perbendaharaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa Lael Brainard, dan Penolong Setiausaha Negara Untuk Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik Kurt Campbell.

Dalam rundingan dua hala degan rakan sejawatan dari Iran, Seyed Shamsuddin, mereka membincangkan cara-cara untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Iran.

Husni berkata, Iran mahu Malaysia meningkatkan pelaburannya di negara itu terutama dalam kewangan dan perbankan Islam.

Sementara itu, Menteri Pelaburan Mesir Mahmoud Mohiedin berminat untuk kerjasama yang lebih erat antara Malaysia-Mesir dalam pembiayaan Islam. - Bernama

sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_04.htm

Kemudahan pinjaman Islam teknologi hijau dibincang


2010/04/28

Pegawai Bank Dunia, IFC mahu wujud dana bernilai AS$200j

PEGAWAI Bank Dunia dan Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) akan ke Kuala Lumpur bulan depan bagi membincangkan penubuhan kemudahan pembiayaan Islam untuk sektor teknologi hijau, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, pegawai institusi berkenaan akan berada di Kuala Lumpur mulai 10 Mei ini untuk berbincang dengan dengan Bank Negara serta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi membangunkan model yang bersesuaian dalam usaha mewujudkan dana bernilai AS$200 juta yang mematuhi Syariah.

Sebagai dana Islam pertama seumpamanya di Asia, kemudahan pembiayaan itu akan memberi tumpuan kepada sektor mesra alam, katanya kepada Bernama dalam temu bual di Dubai susulan siri pertemuan dengan pegawai Bank Dunia dan IFC, pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) dan rakan sejawat dari Iran dan Mesir.

Menteri itu selesai mengadakan lawatan kerja ke Washington DC Isnin lalu selepas mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) mulai 23 April.

IMF mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 5.7 peratus tahun ini dengan pertumbuhan dalam bidang sasaran utama baru termasuk minyak dan gas, elektrik dan elektronik, pertanian, pelancongan dan perkhidmatan kewangan.

Husni berkata, dalam pertemuannya dengan pegawai kanan AS dan sektor swasta negara itu, terdapat minat kukuh untuk mewujudkan hubungan ekonomi lebih erat antara AS-Malaysia susulan lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu baru-baru ini.
“Terdapat minat yang kukuh di pihak AS untuk memajukan hubungan erat dengan Asean dari segi perdagangan dan pelaburan. Dalam hal ini, Malaysia dilihat sebagai rakan strategik AS,” katanya.

Katanya, syarikat AS tertarik dengan Model Ekonomi Baru Malaysia dan melihatnya sebagai pendorong untuk peluang baru dalam pelbagai sektor termasuk
perkhidmatan serta penyelidikan.

Sementara itu, Menteri Pelaburan Mesir, Mahmoud Mohiedin, berminat untuk kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Mesir dalam pembiayaan Islam.

Beliau antara lain mengadakan pertemuan dengan Timbalan Wakil Perdagangan AS Demetrios Marantis, Setiausaha Bahagian Perbendaharaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa Lael Brainard, dan Penolong Setiausaha Negara Untuk Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik Kurt Campbell.

Dalam rundingan dua hala dengan rakan sejawatan dari Iran, Seyed Shamsuddin, mereka membincangkan cara meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Iran.

Husni berkata, Iran mahu Malaysia meningkatkan pelaburannya di negara itu terutama dalam kewangan dan perbankan Islam.

Sementara itu, Menteri Pelaburan Mesir, Mahmoud Mohiedin, berminat untuk kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Mesir dalam pembiayaan Islam.

sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KemudahanpinjamanIslamteknologihijaudibincang/Article

Comments

Popular Posts