Monday, May 31, 2010

The Government of Malaysia is urged to condemn Israeli raid on the Lifeline4Gaza humanitarian aid flotilla






Assalamualaikum

PRESS RELEASE
Isnin 31hb Mei 2010

The Government of Malaysia is urged to condemn Israeli raid on the Lifeline4Gaza humanitarian aid flotilla.

Latest Development on the Lifeline4Gaza Flotilla:

1. As have been widely publicised, the Lifeline4Gaza flotilla has come under attack by the Israeli armed forces. Israeli aggressors have boarded the capital ship Mavi Marmara and open fire resulting in 3 volunteers dead and more than 30 others seriously injured. Mavi Marmara is one of the 7 strong flotilla enroute to Gaza to deliver the much awaited material aids to the besieged people of Gaza.

2. Twelve volunteers including media representatives from Malaysia is on board the capital ship Mavi Marmara. Their participation is purely humanitarian in nature.

3. All the objectives and movement of the flotilla is in compliance with the UN Security Council Resolution 1860 (2009) and all relevant maritime regulations. Resolution 1860 stated among others:

a) Appeal for deliverance of humanitarian aid to Gaza including food, fuel and medical assistance.
b) Urge efforts to ease passage and other mechanisms for the unimpeded deliverance of aids.
c) Call for all nations to support such efforts at the international level to alleviate the dire humanitarian and economic situation in Gaza
d) condemns acts of agression and attacks on civilians and all forms of acts of terrorism.

Every Malaysian participants in the flotilla are holding fast to the international regulations and laws and vow to uphold the goodname of Malaysia and our national aspirations.

4. The flotilla is laden with 10,000 tonnes of material aid. Over 540 volunteers are on board Mavi Marmara, including Parliamentarians, academics, journalists, scholars, an infant less than a year old and a senior citizen over 80 years old. No weapons were brought in this flotilla even for self defense which testifies to the wholly humanitarian nature of the mission.

5. Based on these facts it is very clear indeed that Israel has violated international laws.

Whatmore the raid took place in international waters and on an unarmed aid ship on a humanitarian mission. Israeli rash action deserve a worldwide condemnation in the strongest possible term.

6. We appeal to the Government of Malaysia under the premiership of YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak and Datin Seri Paduka Rosmah Mansor in her capacity as patron for the Palestinian Aid Donations Drive to issue a statement condemning Israel for the murderous aggression on a peaceful flotilla whose objective is to deliver aid to the beseiged people of Gaza.

7. We call for the UN to convene an emergency assembly to pass a strong resolution against Israel and to summon Israeli leaders to the international court of justice for crime against humanity.

8. We call upon the Malaysians from all walks of life to express their utmost concern of the grave situation and to be ready to respond to any need for action and calls for our support in dealing with the incident.

9. We appeal to all political leaders, NGOs and the Malaysia people to join together in coming to the aid of the volunteers.

10. We also call upon every strata of the society to continue to supplicate and pray for the success of this mission and the safety of the volunteers from further untoward incidence.

Zulkifli Mohd Nani
Chairman
Crises Management Team for LL4G Malaysia

Sunday, May 30, 2010

Samseng Zionis sedia gempur flotila Islam


BEBERAPA bot membawa anggota polis laut Hamas menjalankan rondaan dalam persediaan menyambut 'Flotila Kebebasan', semalam. - AP

Zionis sedia gempur flotila

HAIFA, Israel 29 Mei - Kapal perang Israel belayar menuju ke laut semalam bagi menghalang flotila aktivis pro-Palestin daripada memasuki perairan Genting Gaza, dalam tindakan yang meningkatkan kemungkinan berlakunya insiden dramatik di laut lepas.

Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menyatakan negara Yahudi itu bersiap sedia untuk menghalang flotila itu 'walau apa pun yang berlaku'.

"Kami benar-benar bertekad dan mempunyai kesungguhan politik untuk menghalang provokasi ini dan saya rasa kami bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," kata Lieberman.

Pegawai tentera berkata, kumpulan kapal perang pertama belayar ke laut semalam namun rancangan untuk mengerahkan kapal perang tambahan ditangguhkan semalam ekoran laporan yang menyatakan flotila itu mengalami masalah mekanikal.

Sementara itu, maklumat terkini dari Pengerusi Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) Palestin, Noorazman Mohd. Samsuddin menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Mingguan Malaysia, flotila sudah memasuki perairan Gaza pada 4.30 petang tadi waktu Mesir (pukul 10.30 malam waktu Malaysia).

Beliau yang mengetuai konvoi Malaysia dalam Life Line for Gaza (LL4G) berkata, misi kemanusiaan itu akan berdepan dengan komando Israel yang dijangka turun ke kapal dengan menaiki helikopter untuk merampas kapal.

Katanya lagi, pasukan konvoi LL4G Malaysia dan Indonesia diamanahkan untuk menjaga keselamatan kapal konvoi tersebut.

Noorazman juga turut meminta agar rakyat Malaysia sama-sama berdoa dan menunaikan sembahyang hajat agar objektif misi kemanusiaan ini tercapai. - AP/Utusan

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0530&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

Saturday, May 29, 2010

Ekonomi Islam: Mitos atau Realiti?


Ulul Albab: Ekonomi Islam: Mitos atau Realiti?



Oleh Abdurrahman Haqqi
2010/05/23

Aktiviti moral, akhlak dilaksana tidak berasaskan kepada sifat negatif manusia

AKHIR-AKHIR ini penggunaan kata ‘mitos’ dan ’realiti’ dalam perbincangan berkaitan Islam kerap digunakan. Baru saja berlalu ialah syarahan yang disampaikan seorang tokoh intelektual Islam antarabangsa, Prof Dr Ali Al’Amin Mazrui di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Selasa lalu. Dalam Syarahan Perdana Putrajaya itu, Prof Mazrui menjelaskan isu bertajuk ‘Abad Islam: Mitos atau Realiti’.

Dua dekad yang lalu, seorang intelektual Barat, John L. Esposito menulis buku yang menjadi topik perbincangan hangat akademik masa itu dengan tajuk The Islamic Threat: Myth or Reality.

Sempena Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-6 yang baru saja tamat Khamis lalu di Kuala Lumpur, pertanyaan di minda penulis mengikut jejak ’mitos’ dan ’realiti’ ialah ‘Ekonomi Islam: Mitos atau Realiti?’
Sejarah kajian dan perbincangan ekonomi Islam pada kacamata kajian moden mungkin relatif singkat. Ia baru beberapa dekad saja selari dengan perkembangan sejarah dunia yang mengamalkan ekonomi kapitalis dan sosialis.

Tetapi dari segi amalannya, ia tidak baru bahkan bukan hanya bermula pada zaman kenabian Muhammad saw saja tetapi sudah bermula dari zaman Nabi Adam as. Hakikat ini dengan satu catatan bahawa Islam adalah agama semua nabi yang diutus oleh Allah SWT. Ertinya, ketika Nabi Adam mengamalkan ekonomi maka ia adalah ekonomi Islam; ketika Nabi Yusuf as melaksanakan kebijakan ekonomi negeri Mesir kala itu maka ia adalah ekonomi Islam dan seterusnya.

Ekonomi Islam yang berlandaskan wahyu untuk pertama kali diturunkan dalam satu panduan Ilahi berbentuk suhuf atau lembaran adalah diturunkan kepada Nabi Syith bin Adam as. Dalam suhuf Syith yang berjumlah 60 lembar itu diajarkan perkara utama yang diperlukan manusia termasuk bidang ekonomi.
Persembahan korban oleh kedua-dua anak Nabi Adam as, Qabil dan Habil sebagai wakil petani dan penternak adalah satu bukti contoh keberhasilan amalan ekonomi pada zaman itu walaupun salah satu pengorbanan itu dicederakan oleh sifat ketamakan manusia.

Kebijakan Nabi Yusuf as dalam mengelola aset pertanian negara menerusi rancangan tujuh tahunannya adalah satu bukti contoh keberhasilan amalan ekonomi pada zaman itu yang diterapkan berasaskan ‘good governance, intregrity , and leadership’.

Ekonomi Madinah yang diterapkan Nabi Muhammad saw sehingga membawa masyarakat itu kepada ’khaira ummah’ atau sebaik-baik umat adalah satu contoh bukti keberhasilan amalan ekonomi yang wajib dijadikan asas oleh umat yang datang kemudian kerana ekonomi Madinah itu berasaskan wahyu Allah SWT semata-mata.

Jadi, di mana mitos dan realiti ekonomi Islam? Apakah mitos itu berada dalam anggapan bahawa Islam tidak lagi sesuai dengan kenyataan atau realiti? Atau realitinya berada dalam anggapan bahawa Islam tidak lagi sesuai kerana ia sudah menjadi mitos?

Ekonomi Islam adalah ekonomi tauhidi dengan pengertian bahawa semua aktiviti ekonomi adalah pelaksanaan amanah yang diserahkan kepada manusia oleh Allah agar mereka melaksanakannya mengikut peraturan pemberi amanah. Manusia dalam ekonomi Islam adalah pemegang amanah bukan pemilik.

Ekonomi Islam adalah ekonomi ibadah dengan pengertian bahawa dalam melakukan aktiviti ekonomi manusia tidak terlepas hubungan daripada Allah SWT. Ketika mereka beraktiviti ekonomi, maka di sana ada taqarrub atau pendekatan diri kepada Allah dengan satu pengisytiharan bahawa aktiviti itu adalah hanya untuk Allah semata.

Ekonomi Islam adalah ekonomi akhlak atau moral dengan pengertian bahawa ia dilaksanakan tidak berasaskan kepada sifat negatif manusia dan kemanusian. Malah ia berasaskan kepada sifat mahmudah atau terpuji yang membawa manusia kepada saling tolong menolong dalam kebaikan, bertimbang rasa dan keadilan sosial.

Ulama Islam silam rahimahumullah menulis permasalahan ekonomi dalam kitab mereka walaupun tidak secara jelas dinyatakan bahawa ia adalah kajian ekonomi. Dalam kitab tauhid ada kajian ekonomi; dalam kitab tafsir ada kajian ekonomi; dalam kitab hadis ada kajian ekonomi; dalam kitab fikah ada kajian ekonomi; bahkan dalam kajian akhlak pun ada juga kajian ekonomi.

Maka tidak hairanlah jika kita dapati bahawa mereka telah menyentuh permasalahan yang berkaitan dengan ekonomi pertanian, ekonomi perindustrian, ekonomi pendidikan, ekonomi kesihatan, ekonomi ibadah bahkan ekonomi politik sekali pun.

Ini kerana ulama yang menjelaskan ajaran agama Islam yang berasaskan al-Quran dan Sunnah dalam khazanah kitab berkenaan telah mengkaji tindakan setiap individu dalam urusan mengatur dan mentadbir kehidupannya; penggunaan secara alternatif bahan-bahan yang ada yang mempunyai kekurangan secara berbanding, persoalan mengenai harta kekayaan dalam pelbagai peringkat penggunaan, pengagihan dan penentuan peranannya; dan menentukan sama ada memberi hak milik alat pengeluaran ataupun tidak kepada individu ataupun sektor swasta.

Dalam tesis Ijazah Kedoktoran Universiti Paris pada 1967 yang dikemukakan Muhammad Syauqi al-Finjari ada dibuktikan bahawa sesungguhnya ahli fikir Islam mendahului orang lain dalam membuat perakuan mengenai teori ekonomi di samping membuktikan sikap sederhana Islam dalam usaha menonjolkan keistimewaannya daripada teori lain; iaitu bahawa teori Islamlah yang paling adil dan unggul daripada sudut kemanusiaan. Jika demikian halnya, adakah ekonomi Islam mitos atau realiti? Wallahu alam.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UlulAlbab_EkonomiIslam_MitosatauRealiti_/Article

Monday, May 24, 2010

Federal Court’s decision in MACC case is disappointing


Malaysian Bar Council
____________________________________

No. 13, 15 & 17, Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2031 3003 (Hunting Line) Fax: 03-2034 2825, 2026 1313, 2072 5818
E-mail: council@malaysianbar.org.my
Website: http://www.malaysianbar.org.my

--------------------------------------------------------------------------------

Press Release

Federal Court’s decision in MACC case is disappointing

The Malaysian Bar is disappointed by the Federal Court’s ruling last week that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) can continue to interrogate witnesses beyond office hours. Its decision in the Tan Boon Wah case negates the fundamental liberties of witnesses and does not safeguard their interests.

The courts play a crucial role as the arbiter of disputes between individuals and the State, and functions as a check-and-balance mechanism. However, the ruling, which gives the MACC too much leeway, bears testament that the courts have failed in that role.

A law enforcement agency’s powers to interrogate both witnesses and accused persons cannot be unfettered. Such powers must be subject to the rule of law and must uphold an individual’s fundamental liberties.

Witnesses who aid law enforcement agencies in investigations should surely, at a minimum, be accorded the same protection and rights as accused persons, whose right to be allowed adequate rest is guaranteed by Rule 20 of the Lockup Rules 1953. Witnesses would then be encouraged to be forthcoming in assisting with investigations, as they would have no reason to fear the interrogation process or dread being unduly detained for long and unreasonable hours.

The Malaysian Bar had earlier expressed its disappointment when the Court of Appeal overturned the High Court’s commendable ruling that the MACC can only undertake interrogation of witnesses from 8:30 am until 5:30 pm. The High Court’s decision was a positive step forward in safeguarding human rights and improving the practices of law enforcement agencies.

We welcome the MACC Chief Commissioner’s reported statement that MACC officers have been directed to conduct their investigations during office hours and that the officers have to provide justification for “taking evidence after office hours”.

We reiterate our position that witnesses can be interrogated outside of office hours if the witnesses agree to do so, and attend the interview with their legal counsel. Both the appellate courts’ decisions, however, permit the MACC to compel witnesses to appear and be questioned, including for long periods of time that stretch beyond office hours, with no option for them to decline.

The Malaysian Bar urges the Government to take immediate steps to protect the rights of witnesses and to promote transparent and accountable investigations, which, in the long run, will enhance the credibility of the law enforcement agencies.

Ragunath Kesavan
President
Malaysian Bar

24 May 2010

Sunday, May 23, 2010

Mahasiswa sebagai Tabib Sosial serta agen transformasi ummah


Ketika ini ramai di kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telahpun mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi sama ada awam atau swasta. Kejayaan ini adalah hadiah yang cukup bermakna kepada ibubapa dan guru-guru yang tidak pernah mengenal penat dan lelah mendidik serta membentuk generasi muda menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Bagi mereka yang telah mendapat tawaran berkenaan membuktikan kerja keras dan usaha gigih mereka selama ini memang berbaloi, puas dan menyeronokkan. Namun perlu diingatkan bahawa kejayaan ini bukanlah satu destinasi akhir dalam hidup tetapi hanyalah satu permulaan baru suatu perjalanan panjang yang lebih mencabar di satu lembah intelektual yang juga dikenali sebagai menara gading iaitu destinasi impian semua.

Tiket kejayaan yang ada dan peluang keemasan untuk memasuki menara gading ini perlulah digunakan sebaiknya dan bukannya sekadar sambil lewa sahaja atau hanya untuk suka-suka memandangkan di luar sana masih ramai yang tidak bernasib baik. Ini adalah kerana mereka bakal menempuh suatu alam baru yang sangat mengujakan serta penuh dengan cabaran yang tidak dapat dibayangkan kerana ianya sangat berbeza dengan alam persekolahan yang dialami sebelum ini.

Jika di alam persekolahan semuanya diuruskan oleh ibubapa dan guru-guru, namun di menara gading semuanya adalah atas inisiatif sendiri dan bergantung kepada kemampuan serta kebolehan diri masing-masing dalam mengurus serta mengatur corak hidup di alam serba baru ini. Ketika ini ibubapa hanya mampu memantau dari jauh sahaja dan pensyarah pula hanya sebagai pembimbing dan bukan lagi berperanan sebagaimana guru di sekolah.

Oleh itu, mereka terpilih dan cemerlang ini perlu bersedia secara fizikal, mental dan spiritual agar dapat mengharungi segala cabaran serta dugaan di menara gading kerana di sini hanya mereka yang benar-benar komited, ikhlas, bermotivasi tinggi dan bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi sahaja yang dapat mendiaminya serta mampu mencipta kegemilangan di akhir siri pelayaran intelektual kelak.

Istilah putus asa, lemah semangat, takut gagal, tiada keyakinan diri, mudah mengalah dan banyak lagi sifat negatif seolah-olah tidak pernah wujud di dalam diari setiap penghuni lembah intelektual ini yang juga dikenali sebagai mahasiswa. Sifat dan tabiat lemah ini hanya akan membantut misi dan visi besar sepanjang bergelar mahasiswa jika masih dibiarkan membelenggu diri.

Sebagai agen perubahan dan juru bicara umat pada masa hadapan, maka mahasiswa perlu mempunyai jiwa kental dan berfikiran terkehadapan serta kreatif agar mereka dapat menjadi penyambung warisan generasi lama serta membawa masyarakat dan negara berada di landasan yang betul. Golongan ini sememangnya telah memainkan peranan yang sangat besar dalam pembinaan bangsa yang mapan dan negara yang dihormati sejak dahulu lagi.

Dengan suara keramat yang ada dalam membela ummah, integriti yang tinggi dan wibawa utuh yang dibentuk di menara gading telah melahirkan generasi pemimpin, tokoh agama dan korporat serta aktivis sosial hebat yang dapat dilihat pada hari ini. Aset berharga negara ini dicerna dan dicanai sejak di menara gading lagi melalui aktivisme, kelangsungan dan perjuangan golongan mahasiswa.

Mereka telah berjaya terjun ke kancah masyarakat dalam menterjemahkan semangat perubahan, merealisasikan anjakan paradigma dan menjadi model kepada generasi sebelum dan selepas mereka. Hakikat ini perlulah dihayati dan dicontohi oleh generasi baru dan lebih-lebih lagi mereka yang kini memegang amanah serta tanggungjawab sebagai mahasiswa. Oleh itu, integriti, kualiti dan identiti serta personaliti mahasiswa juga perlu diperkasakan lagi dari masa ke semasa.

Dalam usaha transformasi dan inovasi ummah, di samping berjaya menggenggam ijazah tertinggi dan kerjaya berprestij, kita juga ingin melihat golongan mahasiswa juga mampu berperanan memandu masyarakat kepada cara hidup serta budaya Islami yang komprehensif dan membudayakan ruh dakwah yakni 'amar makruf nahi mungkar' di dalam kampus sebagai medan awal sebelum terjun ke dalam realiti sebenar masyarakat.

Ini adalah bagi memastikan generasi muda Islam terutamanya di negara ini bebas daripada segala macam gejala sosial menjelang 2020 di kala mana Malaysia telah menjadi negara maju. Ketika ini kita begitu dibebani dengan variasi masalah kronik anak muda seperti dadah, rempit, pelacuran, buang bayi dan sebagainya yang sudah tentu memerlukan sentuhan ajaib golongan mahasiswa sebagai tabib sosial serta agen transformasi ummah.

Maher Zain Baraka Allahu Lakuma

Thursday, May 20, 2010

Sukuk jadikan Malaysia pusat intelektual aktiviti kewangan Islam global


Pertumbuhan sukuk yang dilihat agak lembap sejak beberapa bulan lepas ekoran keadaan pasaran kredit yang kurang memberangsangkan mampu ditingkatkan dengan terbitan Sukuk 1Malaysia dan Sukuk Global dalam dolar Amerika Syarikat (AS) kedua negara. Pelancaran dua inovasi sukuk berkenaan menjadikan terbitan bon Islam untuk tahun ini kembali rancak sebaik sahaja keadaan pasaran kembali pulih seperti sedia kala, dirangsang oleh pelaburan dan pembiayaan besar terutamanya di negara-negara Asia dan Teluk.

Kesan penstrukturan semula ekonomi kuasa besar seperti AS dan China juga diharapkan akan memberi impak besar kepada pertumbuhan ekonomi negara sebaik sahaja keyakinan kembali yang akan menjadikan terbitan sukuk negara akan mempamerkan semula aliran aktif penguasaannya dan kembali kukuh mencatat pertumbuhan sepertimana tahun-tahun lepas serta terus menerajui pembangunan pasaran modal terutamanya dalam kewangan Islam yang didahului oleh Malaysia sejak 1980an lagi.

Pasaran modal Islam negara mencapai mercu tanda penting pada tahun ini dengan terbitan ulung dan penyenaraian Sukuk 1Malaysia 2010 berjumlah RM3 bilion pada 21 Jun ini dan Bank Negara Malaysia (BNM) dilantik untuk membuat terbitan itu. Sukuk tanpa skrip itu merupakan instrumen pelaburan tambahan untuk rakyat Malaysia itu turut menawarkan pulangan sebanyak lima peratus setahun dengan tempoh matang selama tiga tahun.

Pelabur yang berumur 21 tahun ke atas layak untuk melanggan Sukuk 1Malaysia 2010 dan permohonan langganan bermula 20 Mei hingga 9 Jun ini. Jumlah minimum Sukuk bagi setiap pelabur adalah RM1,000 dengan pelaburan maksimum sebanyak RM50,000. Sukuk 1Malaysia 2010 berkenaan mempunyai ciri penjualan semula yang memberi fleksibiliti kepada pelabur untuk menjual dan membeli Sukuk sebelum tarikh matang.

Bon Islam berlandaskan Syariah itu boleh dilanggani di kebanyakan bank perdagangan dan bank Islam, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd., Bank Simpanan Nasional dan Agrobank di mana peruntukan Sukuk akan dilakukan setelah tamatnya tempoh langganan. Semua pelanggan akan diperuntukkan kurang daripada atau sehingga jumlah yang dilanggani, bergantung pada jumlah bilangan pelanggan dan keseluruhan langganan yang diterima. Keuntungan akan dibayar pada setiap suku tahunan melalui akaun pemegang Sukuk di bank ejen masing-masing.

Manakala terbitan Sukuk Global dalam dolar Amerika Syarikat (AS) kedua negara pula adalah di bawah inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC). Sukuk global yang distruktur di bawah prinsip Ijarah itu berasaskan kepada penjualan dan sewa balik 12 aset terpilih, akan menjadi penanda aras harga baru bukan hanya bagi terbitan sukuk pada masa depan, tetapi juga terbitan bon konvensional Malaysia. Sukuk global ini akan dikenali sebagai ‘Emas’ yang menjadi simbol nilai dan jaminan sejagat.

Malaysia adalah negara pertama melancarkan Sukuk Global yang diterbitkannya pada 2002, dan selepas lapan tahun, negara ini kini berada dalam kedudukan baik untuk penyertaan keduanya dalam pasaran sukuk global. Barclays Capital, CIMB dan HSBC diberikan mandat sebagai pengurus akaun bersama dan pengurus utama bersama tawaran Sukuk Global yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia, Bursa Kewangan Labuan dan Bursa Saham Hong Kong. Sukuk Global itu juga dijangka diberikan penarafan A- oleh agensi penarafan terkemuka dunia, Standard and Poor’s dan penarafan A3 oleh Moody’s.

Mengikut agensi penarafan berkenaan, penarafan kredit kedaulatan Malaysia itu disokong oleh kecairan dan kedudukan kreditor luarnya yang mantap serta kepelbagaian dan daya saing ekonomi negara. Negara kini tergolong dalam 10 negara paling berdaya saing dunia dengan menduduki tempat kesembilan, tahun ini berbanding tempat ke-18, tahun lalu. Mengikut laporan World Competitiveness Yearbook 2010 yang diterbitkan Institute for Management Development (IMD), Malaysia mencapai nilai indeks 87.228 tahun ini, meningkat daripada 77.162 tahun lalu. Ia meletakkan Malaysia sebaris Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, Switzerland, Australia, Sweden, Kanada, Taiwan dan Norway, sebagai negara paling berdaya saing dunia.

Sukuk Global Malaysia itu dijangka akan menarik minat pelabur asing susulan kedudukan kukuh ekonomi dan kewangan negara ini di sebalik keadaan tidak menentu pasaran antarabangsa berikutan masalah hutang di Eropah ketika ini. Walaupun saiz sukuk itu belum ditetapkan, namun ia berkemungkinan lebih besar daripada saiz sukuk pertama yang diterbitkan pada tahun 2002 sebanyak AS$600 juta.

Berikutan Malaysia sudah lama tidak menerbitkan bon global, terbitan sukuk ini dijangka menerima permintaan yang tinggi di mana menjadikannya sebagai penanda aras serta bertujuan menjana minat di kalangan pelabur global terhadap pembangunan yang berlaku di negara ini. Ia lebih kepada menjadikannya sebagai penanda aras kerana pasaran kewangan negara memiliki kecairan mencukupi untuk kita menjana modal daripada sumber dalam negara.

Malaysia kini berada pada kedudukan ketiga terbesar di Asia dalam pasaran bon dengan saiz sukuk dan pasaran hutang korporat pada tahun lalu berjumlah sebanyak RM699 bilion di mana ini menunjukkan peningkatan berjumlah RM114 bilion berbanding RM585 bilion yang dicatat pada tahun 2008. Dengan jumlah penerbitan Sukuk sebanyak RM31.7 bilion pada tahun lalu, Malaysia kekal sebagai penerbit terbesar bon Islam berkenaan, bermakna 47 peratus daripada penerbitan Sukuk dunia adalah dari negara ini.

Adalah diharapkan agar Sukuk 1Malaysia dan Sukuk Global oleh Kerajaan Malaysia ini akan mencapai kejayaan yang sama seperti Sukuk Global Berdaulat yang diterbitkan pada lapan tahun lalu. Kita berasa bangga kerana penerbitan model inovatif sukuk-sukuk berkenaan yang bakal mewujudkan penanda aras harga baru, bukan sahaja bagi penerbitan sukuk masa depan tetapi juga terbitan bon konvensional Malaysia akan datang dengan mengambil kira kepakaran serta pengalaman Malaysia selama lebih 30 tahun dalam kewangan Islam.

Pembangunan dalam pasaran sukuk ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat originasi sukuk dan sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa, malahan menjadi momentum mempromosi dan membangunkan produk pelaburan Islam lain seperti dana kecairan Islam, nota struktur Syariah dan lain-lain lagi di kalangan penyedia kewangan Islam global ke arah meletakkan Malaysia sebagai pusat intelektual bagi aktiviti kewangan Islam global.

Rujukan:

Pasaran modal Islam negara terserlah, Utusan Malaysia, 25 Mac 2010
Ekonomi 9% tahun ini - RAM, Utusan Malaysia, 7 Mei 2010
Bon: Malaysia pasaran ke-3 terbesar, Utusan Malaysia, 8 Mei 2010
Sukuk 1Malaysia 2010 RM3 bilion diterbit, Utusan Malaysia, 11 Mei 2010
Sukuk 1Malaysia diterbit, Berita Harian, 11 Mei 2010
PM lancar terbitan Sukuk Global dolar AS kedua, Berita Harian, 20 Mei 2010
Penanda aras Sukuk Global dilancar, Harian Metro, 20 Mei 2010
Pembaharuan, perubahan melonjak kedudukan Malaysia di dunia, Utusan Malaysia, 20 Mei 2010
Malaysia antara 10 negara paling berdaya saing dunia, Berita Harian, 20 Mei 2010

Sukuk Global dolar AS kedua dilancar


PM lancar terbitan Sukuk Global dolar AS kedua





Oleh Kamarulzaidi Kamis dan Syuhada Choo Abdullah
bhbiz@bharian.com.my
2010/05/20
Bon Islam dikenali Emas jadi simbol nilai, jaminan sejagat

DATUK Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan terbitan Sukuk Global dalam dolar Amerika Syarikat (AS) kedua negara di bawah inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).

Berucap pada majlis pelancaran itu, Perdana Menteri berkata, sukuk atau bon Islam global yang distruktur di bawah prinsip Ijarah itu akan menjadi penanda aras harga baru bukan hanya bagi terbitan sukuk pada masa depan, tetapi juga terbitan bon konvensional Malaysia.
“Sukuk global ini akan dikenali sebagai ‘Emas’ yang menjadi simbol nilai dan jaminan sejagat,” katanya.
Najib menegaskan, Malaysia adalah negara pertama melancarkan Sukuk Global yang diterbitkannya pada 2002, dan selepas lapan tahun, negara ini kini berada dalam kedudukan baik untuk penyertaan keduanya dalam pasaran sukuk global.

“Hari ini, saya gembira untuk memulakan pameran bergerak bagi Sukuk Global Malaysia ini dan berharapkan kejayaannya,” katanya.

Turut hadir pada pelancaran semalam ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak; dan Ketua Eksekutif HSBC Amanah, Mukhtar Hussain.

Barclays Capital, CIMB dan HSBC diberikan mandat sebagai pengurus akaun bersama dan pengurus utama bersama tawaran Sukuk Global yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia, Bursa Kewangan Labuan dan Bursa Saham Hong Kong itu.
Sukuk Global itu dijangka diberikan penarafan A- oleh agensi penarafan terkemuka dunia, Standard and Poor’s dan penarafan A3 oleh Moody’s.

Mengikut agensi penarafan berkenaan, penarafan kredit kedaulatan Malaysia itu disokong oleh kecairan dan kedudukan kreditor luarnya yang mantap serta kepelbagaian dan daya saing ekonomi negara.

Pengarah dan Ketua Negara Barclays Capital, Steve R Clayton semasa ditemui selepas pelancaran itu berkata, Sukuk Global Malaysia itu dijangka akan menarik minat pelabur asing susulan kedudukan kukuh ekonomi dan kewangan negara ini di sebalik keadaan tidak menentu pasaran antarabangsa berikutan masalah hutang di Eropah.

Beliau juga menjelaskan, walaupun saiz sukuk itu belum ditetapkan, namun ia berkemungkinan lebih besar daripada saiz sukuk pertama, iaitu AS$600 juta.

“Saiz dan harganya masih belum dapat tentukan sehingga proses binaan bida selesai, namun ia mungkin lebih besar daripada sukuk terdahulu.

“Berikutan Malaysia sudah lama tidak menerbitkan bon global, terbitan sukuk ini dijangka menerima permintaan yang tinggi,” katanya.

Sementara itu Zeti menjelaskan, terbitan Sukuk Global itu bukan dibuat kerana kerajaan memerlukan dana tetapi lebih kepada menjadikannya sebagai penanda aras serta bertujuan menjana minat di kalangan pelabur global terhadap pembangunan yang berlaku di negara ini.

“Ia lebih kepada menjadikannya sebagai penanda aras kerana pasaran kewangan negara memiliki kecairan mencukupi untuk kita menjana modal daripada sumber dalam negara.

“Di samping itu, ia juga bertujuan menjana minat pelabur global terhadap pembangunan yang berlaku di negara ini,” katanya.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PMlancarterbitanSukukGlobaldolarASkedua/Article

Tuesday, May 18, 2010

Lapan IPT terima swaakreditasi












Lapan IPT terima swaakreditasi
Oleh Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my
2010/05/18

Universiti punyai sistem kualiti dalaman menetapi kelayakan dianugerah

PUTRAJAYA: Lapan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta menerima status (self-accreditation) yang membolehkan masing-masing mengakreditasi sendiri program pengajian sendiri secara dalaman tanpa melalui proses yang ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). IPT terbabit ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Monash University kampus Sunway, Kampus University of Nottingham Malaysia, Swinburne University of Technology Sarawak dan Curtin University of Technology Sarawak. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pengiktirafan bagi IPT itu hasil kerjasama MQA dan sebuah panel dianggotai 15 ahli akademik dari dalam dan luar negara.

“Pada 27 November 2008, kementerian menyerahkan surat pelawaan kepada empat universiti penyelidikan tempatan dan universiti cawangan kampus luar negara mendapatkan anugerah swaakreditasi ini.

“Audit yang dijalankan mendapati mereka bukan saja memenuhi keperluan kualiti yang ditetapkan, malah mempunyai sistem kualiti dalaman pada tahap menepati kelayakan yang dianugerahkan,” katanya selepas mengumumkan status swaakreditasi di pejabatnya, semalam.

Pada majlis yang sama, Mohamed Khaled menyampaikan anugerah swaakreditasi kepada wakil semua IPT terbabit. Turut hadir, Pengerusi MQA, Tan Sri Dr Mohamed Salleh Mohamed Yassin dan Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Datuk Dr Syed Ahmad Hussein.
Mohamed Khaled berkata, MQA akan mengaudit sistem akreditasi dalaman IPT berkenaan dalam tempoh setahun selepas tarikh penganugerahan dan seterusnya melaksana audit pemantauan sekurang-kurangnya lima tahun sekali mengikut Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007.

“Dengan adanya swaakreditasi ini, IPT terbabit dapat mengakreditasi program sendiri kecuali program profesional yang perlu melalui proses ditetapkan badan profesional berkenaan.

“Ini juga dapat memudahkan graduan lulusan IPT itu mendapatkan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam, tajaan daripada badan korporat dan swasta,” katanya.

Ditanya sama ada lebih banyak IPT akan dipelawa mendapatkan anugerah swaakreditasi itu, beliau berkata, mana-mana IPT yang layak digalakkan memohon untuk memperoleh swaakreditasi itu, selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan di rantau ini.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LapanIPTterimaswaakreditasi/Article

Yayasan Wakaf Malaysia bina lima hotel bernilai RM100j


Yayasan Wakaf Malaysia bina lima hotel bernilai RM100j

KUALA LUMPUR 17 Mei - Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) membina lima hotel bertaraf tiga bintang dengan kos lebih RM100 juta dalam usaha membangun dan mengembangkan harta wakaf untuk kepentingan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, hotel-hotel itu dibina di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.

"Dua hotel telah dibina dan kini hampir siap sementara pembinaan tiga yang lain akan dimulakan tidak lama lagi. Kita menjangkakan kesemuanya akan siap sepenuhnya menjelang akhir 2012,'' katanya.

Jamil Khir yang juga Pengerusi YWM berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara yayasan itu dengan Amanah Raya Berhad (ARB) di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji di sini hari ini.

MoU itu ditandatangani bersama oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri (Jawhar) menerusi Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sohaimi Mohd. Salleh sementara Amanah Raya Legacy Services Sdn. Bhd. (ARLS) pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rafie Omar.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Jamil Khir; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Pengerusi ARB, Datuk Dusuki Ahmad.

YWM merupakan badan yang dinaungi Jawhar.

Jamil Khir berkata, projek pertama pembinaan hotel bernilai RM25.6 juta di Tanjung Kling, Melaka dimulakan tahun lalu dan dijangka siap September tahun ini.

"Sementara itu projek di Taiping, Perak yang bernilai RM19 juta telah dimulakan pada Mei tahun lalu dan dijangka siap November nanti,'' katanya.

Menurut beliau, pembinaan hotel di Kuala Terengganu pula menelan belanja RM39.95 juta manakala di Teluk Kemang, Negeri Sembilan dianggarkan bernilai RM18 juta dan di Kota Bharu, Kelantan membabitkan kos RM20 juta.

Jamil Khir berkata, YWM akan menyerahkan hotel-hotel tersebut kepada majlis agama negeri berkenaan untuk diuruskan apabila siap sepenuhnya nanti.

"YWM hanya membina hotel-hotel tersebut tetapi majlis agama di negeri berkenaan akan menentukan pihak yang boleh menguruskannya secara profesional.

"Walau apa pun, kita mahu hotel-hotel itu nanti menjadi berdaya maju dan bukannya projek gajah putih supaya ia menjadi kebanggaan kepada umat Islam,'' tegasnya.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

Tuesday, May 11, 2010

Sukuk 1Malaysia RM3 bilion diterbit


Sukuk 1Malaysia 2010 RM3 bilion diterbit

KUALA LUMPUR 10 Mei - Kerajaan akan menerbitkan Sukuk 1Malaysia 2010 berjumlah RM3 bilion pada 21 Jun ini dan Bank Negara Malaysia (BNM) dilantik untuk membuat terbitan itu.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, Sukuk tanpa skrip itu merupakan instrumen pelaburan tambahan untuk rakyat Malaysia itu menawarkan pulangan sebanyak lima peratus setahun dengan tempoh matang selama tiga tahun.

Pelabur yang berumur 21 tahun ke atas layak untuk melanggan Sukuk 1Malaysia 2010 dan permohonan langganan bermula 20 Mei hingga 9 Jun ini.

Jumlah minimum Sukuk bagi setiap pelabur adalah RM1,000 dengan pelaburan maksimum sebanyak RM50,000.

Sukuk 1Malaysia 2010 mempunyai ciri penjualan semula yang memberi fleksibiliti kepada pelabur untuk menjual dan membeli Sukuk sebelum tarikh matang.

Bon Islam berlandaskan Syariah itu boleh dilanggani di kebanyakan bank perdagangan dan bank Islam, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd., Bank Simpanan Nasional dan Agrobank.

Peruntukan Sukuk akan dilakukan setelah tamatnya tempoh langganan.

Tambah Kementerian Kewangan, semua pelanggan akan diperuntukkan kurang daripada atau sehingga jumlah yang dilanggani, bergantung pada jumlah bilangan pelanggan dan keseluruhan langganan yang diterima.

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh ejen bank jumlah Sukuk 1Malaysia 2010 yang diperuntukan kepada mereka.

Keuntungan akan dibayar pada setiap suku tahunan melalui akaun pemegang Sukuk di bank ejen masing-masing.

Mengulas mengenai penjualan semula Sukuk itu, Kementerian Kewangan berkata, mulai 22 Jun 2010, pelabur boleh menjual dan membeli Sukuk di bank ejen dan pembelian berdasarkan siapa dulu, dia dapat tanpa menetapkan had pegangan maksimum kerana ia tertakluk kepada Sukuk yang dijual oleh pemegang sedia ada.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat Sukuk 1Malaysia 2010 yang boleh dilanggan beserta harga harian melalui laman web www.mbond.bnm/gov.my atau membuat semakan dengan bank ejen.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi BNM Telelink di 1300 88 5465 atau lawati www.treasury.gov.my dan www.bnm.gov.my/sukuk1Malaysia.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

Saturday, May 08, 2010

Kezaliman Yahudi masih berterusan


Perutusan Pengerusi Aqsa Syarif (Mei 2010)

Tiada yang layak mendapat setinggi pujian melainkan Allah S.W.T. Kasih dan sayang kita kepada Allah menyebabkan kita memilih untuk mengikut syariat Nabi Mohammad S.A.W. Lantaran itu kita sentiasa mendoakan baginda, ahli keluarga baginda. Sahabat baginda dan pengikut baginda sehingga hari kiamat.

Kezaliman Yahudi masih berterusan. Mereka melepaskan gas beracun ke terowong-terowong penyelamat, satu tindakan yang langsung tidak boleh diterima akal yang waras. Apakah mereka mengaanggap saudara-saudara kita bagaikan tikus atau lipas yang layak untuk diperlakukan dengan sebegitu hina?

Namun bila merenung ayat yang saya percaya ramai yang telah menghafaznya, kita menereima hakikat semulajadi Yahudi. Allah telah menghukum mereka sedemikian rupa

“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitan itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan Sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh Dengan melampau” ( ayat 4 surah al-Isra’)

Percayalah kezaliman yang mereka lakukan tidak berhenti setakat itu sahaja. Mereka akan bertindak lebih biadap apabila mereka semakin terdesak.

Allah telah mengatur percaturan hidup dengan penuh hikmah dan sebegitu seni. Surah al-Mulk yang menjadi wirid kita setiap malam, mengingatkan kehidupan ini bagaikan pentas ujian, siapakah yang paling elok amalannya di dunia ini.

Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat); (ayat 2 surah al-Mulk)

Rupa-rupanya kita dan saudara kita masyarakat Palestin sama-sama sedang diuji. Mereka diuji dengan kepayahan berhadapan dengan Yahudi. Kita pula diuji, sama ada untuk membantu atau memerhatikan sahaja, Atau lebih buruk untuk tidak mengambil tahu atau mengambi peduli.

Bayangkan suasana di Gaza yang sedang terkepung itu. Pada bila-bila masa boleh berlaku serangan dan letupan bom atau peluru berpandu. Disamping itu mereka juga terdedah kepada senjata pemusnah besar-besaran dan senjata yang diharamkan termasuk fosforus puteh yang amat mengazabkan bagi mangsa-mangsanya. Bayangkan apa yang tergambar dalam fikiran seorang kanak-kanak Palestin tentang masa depan mereka. Bandingkan pula dengan seorang kanak-kanak Malaysia yang gagal atau kecundang bukan kerana kepayahan hidup, tetapi kerana letih akibat kekenyangan.

Kedua-duanya masyarakat Malaysia mahupun masyarakat Palestin sedang diuji. Ketika saya ke perkhemahan Palestin samada di Jordan atau di Lubnan, saya melihat bangunan yang sempit dan berselirat dengan saluran air dan eletrik yang amat membahayakan keselamatan penghuni-penghuniny a. Saya, isteri dan sahabat-sahabat dari Yaman yang berada di sana sesak nafas kerana kekurangan oksijen. Bayangkan hampir 60 tahun mereka hidup dan anak-anak mereka dibesarkan dalam suasana begitu.

Di perkhemahan Palestin, selepasa mereka hidup penuh sengsara semata-mata untuk ‘survive’ dan membesarkan anak-anak sehingga tamat pengajian di mana-mana university di dalam atau di luar Lubnan, ketahuilah mereka kemudiannya menghadapi pula larangan untuk menjawat 70 jenis pekerjaan di Lubnan.

Atas alasan kepentingan rakyat Lubnan, kerajaan Lubnan melarang warga Palestin untuk bekerja sebagai, doktor, jurutera, peguam dan 63 pekerjaan lainnya. Mereka tidak boleh memiliki tanah dan bangunan, tidak boleh memiliki syarikat perniagaan. Mereka tidak dibenarkan berkahwin dengan penduduk setempat. Kalau curi-curi berkahwin juga, anak-anak mereka tidak berhak untuk mewarisi harta peninggalan.

Namun bangsa yang diuji Allah ini tahan lasak. Bila bertemu dan ditanyakan mereka dari mana? Mereka dengan penuh rasa kemuliaan mengatakan “saya warga paletin” yang tinggal samada di Lubnan atau Jordan atau Syria.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas kejahatan Yahudi, kerana itulah sifat dan perangai semulajadi mereka seperti yang ditegaskan oleh al-Quran. AQSA SYARIF lebih berminat untuk membentang agenda amal kepada warga Malaysia supaya mereka melepasi ujian membantu saudara mereka dari warga Palestin.

Harta dan rezeki atau gaji yang Allah berikan setiap bulan kepada kita, sebenarnya ada hak mereka didalamnya. AQSA SYARIF membuka peluang untuk membantu anak-anak yatim dan keluarga miskin dari kalangan warga Palestin. Hari ini AQSA SYARIF mencapai sasaran 100 penajaan anak-anak yatim dari Palestin. Tahniah kepada warga Malaysia yang pemurah. Ini memberikan dorongan kepada AQSA SYARIF untuk terus membuka ruang amal bagi menetapkan sasaran berikutnya iaitu 200 anak yatim lagi.

Teruskan kempen kepada sesiapa sahaja yang anda temui untuk membantu anak-anak yatim yang merupakan masa depan bumi Palestin, Mereka hilang tempat pergantungan , hilang ayah untuk menjalani kehidupan penuh pancaroba di bawah penindasan dan kezaliman Yahudi Zionis..

Perancangan seterusnya ialah AQSA SYARIF sedang membuka projek menampung keluarga miskin di Palestin. Keluarga miskin ini ditinggalkan oleh suami atau ayah yang direnggut dari keluarga mereka oleh egim Zionis Israel dan dipenjarakan sehingga bertahun-tahun lamanya. Bahkan ada yang dijatuhkan hukuman penjara sehingga ratusan tahun. Akibatnya keluarga mereka terbiar tanpa pembelaan. Tanpa bantuan dan sokongan rakyat Malaysia, perjuangan mempertahankan Masjidil Aqsa dan bumi Palestin yang diterajui oleh rakyat Palestin yang kini menderita akan terjejas. Oleh kerana itu seruan untuk membantu anak yatim dan keluarga miskin ini adalah seruan jihad yang tidak boleh diabaikan oleh umat Islam yang sedar tanggungjawab mereka untuk membela Masjid al-Aqsa dan membebaskan bumi suci Baitul Maqdis.

Aqsa Syarif membuka peluang ini kepada semua dengan sumbangan serendah USD10 untuk sekurang-kurangnya sebulan, untuk satu unit sesaham sumbangan bagi memenuhi satu lot sumbangan buat keluarga miskin yang memerlukan dari USD500 sehingga USD800 bagi menjalani kehidupan yang serba sederhana. Jumlah sebanyak hanya USD10 sebulan adalah amat rendah. Dengan cara berpakat dan berkongsi menaja sebuah keluarga miskin kita boleh menebus ketidakhdiran kita di sana untuk membantu mereka.

AQSA SYARIF membuka peluang ini kepada anda. Hebahkanlah kepada semua demi Masjidil Aqsa dan demi saudara kita di Palestin. AQSA SYARIF berpegang teguh dengan prinsipnya “satu ringgit yang disumbangkankan satu ringgit akan sampai ke Palestin”

Wassalam

Ust. Hasanuddin Mohd Yunus
Pengerusi
Aqsa Syarif Berhad

Tuesday, May 04, 2010

MEMPERINGATI ULANGTAHUN NAKBAH KE 62



MEMPERINGATI ULANGTAHUN NAKBAH KE 62

Apabila Israel melancarkan serangan teramat biadap ke atas Gaza pada penghujung bulan Disember 2008 dan berakhir pada 23 Januari 2009, seluruh dunia amat terkejut dan bangkit membuat bantahan yang terbesar pernah disaksikan. Bantahan dan kemarahan ini tiba-tiba reda dan berakhir apabila Israel menghentikan operasi ‘Cast lead’nya di Gaza. Meskipun media masih memberi liputan tentang kemusnahan dan penderitaan rakyat Gaza terutama pendirian Mesir yang terus menutup sempadan dan menyekat rakyat Gaza yang tercedera menyeberang di sempadan Rafah untuk mendapat rawatan, namun tumpuan kepada isu ini dalam media antarabangsa hanya bertahan sekitar dua minggu sebelum ia dilupakan samasekali. Kini isu Gaza bahkan isu Palestin kembali kepada status qou iaitu satu konflik yang berpanjangan sejak 1948 tanpa menunjukkan sebarang petanda ia dapat diselesaikan dalam masa beberapa tahun bahkan beberapa dekad akan datang. Realiti inilah yang mungkin menjadikan tumpuan terhadap isu ini turun dan naik seiring dengan insiden serangan besar-besaran atau pencerobohan regim Israel ke atas mana-mana wilayah Palestin dari masa ke semasa.

Kebetulan bulan Mei ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 62. Peristiwa Nakbah atau ‘Malapetaka besar’ dalam Bahasa Arab secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei atau disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan ‘War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan) ke atas wilayah Palestin yang mereka rampas dan kuasai dengan cara-cara penuh biadap dan kebinatangan. Apa yang berlaku, Negara Israel yang diistiharkan pada 15 Mei 1948 itu adalah kemuncak kepada penderitaan rakyat Palestin yang diusir dan terdedah kepada aksi-aksi terorisme, gerombolan bersenjata Yahudi yang di bekalkan oleh penjajah British.. Maka peristiwa Nakbah merujuk kepada pengusiran 800,000 rakyat Palestin dari rumah dan kampong halaman mereka lalu mencari perlindungan di wilayah sempadan Syria,. Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Kini enam puluh satu tahun peristiwa Nakbah berlalu, namun penderitaan yang ditanggung oleh 800,000 pelarian asal kini diwarisi pula oleh tidak kurang 5 juta anak-anak dan cucu-cucu mereka. Bererti, selama enam puluh tahun mereka masih menunggu dengan penuh harapan bila mereka dibenarkan pulang ke rumah-rumah mereka di Palestin. Setidak-tidaknya mereka mengharapkan waris mereka mendapat hak untuk pulang ke tanah air demi memenuhi hasrat mereka yang tidak kesampaian kerana ajal telah menjemput mereka. Jika pahlawan kemanusiaan dan hak asasi manusia terulung diraikan oleh seluruh masyarakat antarabangsa iaitu Nelson Mandela kerana sanggup menanti 30 tahun di dalam penjara untuk mengembalikan hak dan kebebasan bangsa kulit hitam Afrika Selatan yang terbelenggu akibat Sistem Apatheid, maka pejuang dan rakyat Palestin yang mendiami khemah-khemah pelarian sejak enam puluh tahun lalu lebih wajar untuk dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan kecewa.

Kini yang menjadi masalah dari kemelut kemanusiaan ini adalah sikap dan pendirian masyarakat antarabangsa. Seluruh Negara bangsa mempunyai pandangan umum yang dibentuk hasil dari prapoganda regim zionis Israel terhadap isu ini. Yang pertama, Israel mempunyai hak untuk wujud dan keselamatan Israel dari jiran-jirannya dan sebarang usaha yang dilihat boleh mengancam keselamatan Israel, walau sekecil manapun tidak boleh dibenarkan. Kedua, rakyat Palestin yang tidak mengiktiraf Israel dan menentang pendudukan Israel dilihat sebagai musuh kepada proses damai dan ancaman kepada keamanan di timur tengah dalam konteks yang lebih luas. Ketiga Israel punya hak untuk melaksanakan program keselamatannya termasuklah melancarkan ‘pre-emptive’ strike ke atas mana-mana sasaran di timur tengah untuk menjamin keselamatannya.

Inilah cabaran terbesar yang perlu diatasi oleh masyarakat antarabangsa untuk mencabar pandangan umum yang amat berat sebelah dan memihak secara melulu kepada Israel. Kecelaruan berfikir ini digambarkan dengan baik sekali oleh Mahaguru ilmu Sejarah Barat yang bernama Arnold Toynbee di mana beliau mengatakan

“Benar dan salah di Palestin adalah sama sebagaimana di tempat-tempat lain. Masaalahnya, dunia memilih untuk mendengar pihak yang melakukan kezaliman (Israel) dan memilih untuk memekakkan telinga dari mendengar dari pihak mangsa (rakyat Palestin)”

Sesuai dengan pengamatan ini, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat madani (civil society) untuk menilai isu ini secara objektif dan berdasarkan fakta. Isu ini tidak akan diselesaikan dengan menggunakan pendekatan memihak atau ‘sektarianism’ samada dari sudut keagamaan, kebangsaan atau politik kesukuan. Seluruh dunia harus keluar dari melihat isu ini dari perspektif ‘muslim’ lawan ‘yahudi’ atau perebutan rakyat Palestin dan rakyat Israel ke atas satu wilayah di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan, atau perebutan ke atas Baitul Maqdis yang menempatkan Haram al-Sharif dan Masjid al-Aqsa bagi muslim dan Jerusalem dan Temple Mount bagi Yahudi.

Ia harus dilihat dari sudut undang-undang antarabangsa sebagaimana yang termaktub dalam piagam bangsa-bangsa Bersatu 1945, hak asasi sebagaimana yang dipertahankan oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 dan Konvensyen Geneva ke IV, 1949. Jika diteliti tingkah-laku regim zionis semenjak ia berdiri sebagai sebuah entiti bernama Israel, maka jelas siapa yang melakukan pelanggaran undang-undang dan konvensyen antarabangsa. Asas inilah yang digunakan dalam menilai tindak-tanduk Israel sejak 61 tahun yang lalu.

Meskipun PBB telah meluluskan Resolusi 181 yang membenarkan 55% wilayah Palestin diserahkan kepada pendatang Yahudi, namun perlaksanaan resolusi ini tidak pernah mewajarkan pendudukan Israel ke atas 45% wilayah Palestin yang selebihnya iaitu Baitul Maqdis timur, Tebing barat dan Genting Gaza. Bahkan PBB telah meluluskan Resolusi 242 dan 338 supaya Israel berundur kembali ke garisan hijau yang dilakarkan oleh Rhodes Armistice pada tahun 1949. Ini bermakna Israel wajib keluar dari wilayah Palestin yang diduduki pada tahun 1967 dan tidak ada sebarang kewajaran sedikitpun untuk Israel menguasai wilayah tersebut. Juga PBB telah meluluskan Resolusi 194 pada tahun 1949 mengizinkan pelarian Palestin pulang. Apa yang berlaku kini ialah Israel bukan sahaja tidak akur kepada resolusi-resolusi utama ini (landmark resolutions) bahkan puluhan dan ratusan resolusi yang menegaskan kembali tentang hak rakyat Palestin, bahkan telah mencabul hak rakyat Palestin di wilayah yang diduduki pada tahun 1967 dengan mendirikan kawasan perumahan ekslusif untuk kaum yahudi di atas tanah rakyat Palestin, mengusir dan merampas tanah rakyat Palestin dan kini membina tembok pemisah dari utara ke selatan Tebing Barat dalam wilayah Palestin.

Kini setelah Hamas muncul sebagai juara memperjuangkan hak rakyat Palestin yang tertindas, regim zionis melaksanakan pula program mengepung Gaza dari semua arah dan menukarnya menjadi penjara terbesar di dunia.

Dalam memperingati Nakbah pd bulan Mei 2010 ini, adalah amat penting bagi seluruh masyarakat antarabangsa mendedahkan hakikat sebenar di Palestin, supaya regim zionis tidak boleh lagi berselindung dan mempertahankan tindakan biadapnya atas alasan mempertahan ‘hak’ dan ‘keselamatn’ Israel

Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd NoorPengarah
PACE
Palestine Centre of Excellence