Samseng Zionis sedia gempur flotila Islam


BEBERAPA bot membawa anggota polis laut Hamas menjalankan rondaan dalam persediaan menyambut 'Flotila Kebebasan', semalam. - AP

Zionis sedia gempur flotila

HAIFA, Israel 29 Mei - Kapal perang Israel belayar menuju ke laut semalam bagi menghalang flotila aktivis pro-Palestin daripada memasuki perairan Genting Gaza, dalam tindakan yang meningkatkan kemungkinan berlakunya insiden dramatik di laut lepas.

Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menyatakan negara Yahudi itu bersiap sedia untuk menghalang flotila itu 'walau apa pun yang berlaku'.

"Kami benar-benar bertekad dan mempunyai kesungguhan politik untuk menghalang provokasi ini dan saya rasa kami bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," kata Lieberman.

Pegawai tentera berkata, kumpulan kapal perang pertama belayar ke laut semalam namun rancangan untuk mengerahkan kapal perang tambahan ditangguhkan semalam ekoran laporan yang menyatakan flotila itu mengalami masalah mekanikal.

Sementara itu, maklumat terkini dari Pengerusi Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) Palestin, Noorazman Mohd. Samsuddin menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Mingguan Malaysia, flotila sudah memasuki perairan Gaza pada 4.30 petang tadi waktu Mesir (pukul 10.30 malam waktu Malaysia).

Beliau yang mengetuai konvoi Malaysia dalam Life Line for Gaza (LL4G) berkata, misi kemanusiaan itu akan berdepan dengan komando Israel yang dijangka turun ke kapal dengan menaiki helikopter untuk merampas kapal.

Katanya lagi, pasukan konvoi LL4G Malaysia dan Indonesia diamanahkan untuk menjaga keselamatan kapal konvoi tersebut.

Noorazman juga turut meminta agar rakyat Malaysia sama-sama berdoa dan menunaikan sembahyang hajat agar objektif misi kemanusiaan ini tercapai. - AP/Utusan

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0530&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

Comments

Popular Posts