Tuesday, June 29, 2010

Perbankan Islam dibenar laksana denda lewat


Berita Harian Online | Perbankan Islam dibenar laksana denda lewat

Pelanggan lunaskan hutang lebih awal turut nikmati rebat

MAJLIS Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia memutuskan bahawa bank yang menyalurkan pembiayaan di bawah perbankan Islam boleh mengenakan ta’widh atau bayaran ganti rugi terhadap peminjam yang lewat membayar balik pembiayaan yang diberikan.

Bank Negara dalam kenyataannya semalam berkata, ta’widh atau ganti rugi itu boleh dikenakan bagi kelewatan pembayaran balik pembiayaan yang dibuat berasaskan kontrak jual beli, pembiayaan sewa beli serta qard atau hutang.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuaratnya yang ke-95 pada 28 Januari lalu.

“Ta’widh itu bagaimanapun hanya boleh dikenakan selepas tamat tempoh melunaskan hutang yang dipersetujui kedua-dua pihak,” katanya.

Bank Negara berkata, jumlah bayaran ta’widh yang diterima itu boleh diambilkira oleh bank sebagai pendapatan bagi menggantikan kerugian sebenar yang ditanggung.

Mengikut kenyataan bank pusat itu lagi, sejajar dengan keperluan menjaga kepentingan umum serta memastikan keadilan terhadap pembiaya dan pelanggan, majlis itu turut memutuskan bank yang menyalurkan pembiayaan di bawah perbankan Islam kini dikehendaki memberikan ibra’ atau rebat kepada pelanggan yang melunaskan hutangnya lebih awal.

Bagi mengelak ketidakpastian berhubung hak pelanggan untuk menerima ibra’ daripada institusi perbankan, pemberiannya perlu dimasukkan sebagai salah satu klausa dalam dokumentasi undang-undang pembiayaan berkenaan, katanya.

“Penentuan formula ibra’ ini akan diselaraskan Bank Negara,” tegas kenyataan itu.

Sementara itu, bagi mengelak berlaku kes pelanggan tidak melunaskan hutang bagi kontrak yang dibuat secara Islam, Bank Negara berkata, majlis itu turut membenarkan pengenaan caj pembayaran lewat oleh bank merangkumi konsep gharamah (denda atau penalti) serta ta’widh.

Katanya, gharamah bagaimanapun tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan bank terbabit dan perlu disalurkan kepada badan kebajikan.

“Bagi melindungi kepentingan pelanggan, pengenaan caj pembayaran lewat itu harus mengambil kira keupayaan kewangan pelanggan. Kadar maksimum bagi gharamah dan ta’widh yang boleh dikenakan pula akan ditentukan Bank Negara,” katanya.

Bank Negara berkata, tarikh melaksanakan resolusi berkaitan ibra’ dan mekanisme caj pembayaran lewat itu bakal ditentukan dalam garis panduan yang akan dikeluarkan kelak.

berita berkaitan:

BNM: Lewat bayar kontrak Islam boleh kenakan ganti rugi

KUALA LUMPUR 29 Jun - Ta'widh atau ganti rugi mungkin dikenakan terhadap kelewatan pembayaran dalam kontrak kewangan seperti jual beli dan sewa beli serta hutang berlandaskan Syariah Islam.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataannya di sini, ta'widh hanya boleh dikenakan selepas tamat tempoh pelunasan hutang yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang berkontrak.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Penasihat Syariah (MPS) BNM semalam.

BNM berkata, jumlah ta'widh yang diterima boleh diambil kira sebagai pendapatan oleh penjual/pembiaya/pemiutang atas dasar ganti rugi bagi kerugian sebenar yang ditanggung oleh penjual/pemberi biaya/pemiutang.

BNM berkata, mekanisme kadar pembayaran lewat bagi institusi perbankan Islam itu bertujuan pencegahan kes-kes kemungkiran oleh pelanggan dalam melunaskan obligasi kewangan hasil dari kontrak yang dibuat secara Islam.

Katanya, pengenaan kadar berkenaan oleh institusi perbankan Islam yang merangkumi kedua-dua konsep gharamah (denda atau penalti) dan ta'widh (ganti rugi) adalah dibenarkan.

Bagaimanapun, BNM berkata, gharamah tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan dan perlu disalurkan kepada badan-badan kebajikan tertentu.

Bagaimana pun, katanya institusi perbankan Islam boleh mengiktiraf ta'widh sebagai pendapatan atas dasar ia dikenakan kepada pelanggan sebagai ganti rugi bagi kerugian sebenar yang ditanggung oleh institusi perbankan Islam.

Untuk melindungi kepentingan para pelanggan, pengenaan bayaran lewat bayar oleh institusi kewangan Islam harus mengambil kira aspek keupayaan kewangan pelanggan.

Kadar maksimum gharamah dan ta'widh yang boleh dikenakan oleh institusi kewangan Islam akan ditentukan oleh BNM.

Selain itu, BNM berkata, semasa mesyuarat MPS sebelum ini pada 20 Mei 2010, majlis itu memutuskan bahawa institusi kewangan Islam dikehendaki memberikan ibra' kepada pelanggan bagi yang melunaskan hutang lebih awal bagi pembiayaan berdasarkan kontrak jual beli dan sewa beli (seperti Bai' Bithaman Ajil atau Murabahah).

Bagi mengelakkan ketidakpastian berhubung dengan hal pelanggan untuk menerima ibra' dari institusi kewangan Islam, pemberian ibra' perlu dimasukkan sebagai salah satu klausa dalam dokumentasi undang-undang pembiayaan tersebut, katanya.

Bagaimanapun, penentuan formula ibra" akan diselaraskan oleh BNM.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0630&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_04.htm

related news:

'Islamic financing rebate mandatory'

Malaysia's central bank has ordered syariah banks to give borrowers a rebate for early settlement under new rules designed to prevent legal disputes and restore confidence in Islamic financing contracts.


The ruling from Bank Negara Malaysia's syariah advisers will standardise the use of rebate, or ibrar, in bai bithaman ajil and murabaha financing contracts which are widely used in Malaysia's US$95 billion (RM308 billion) Islamic finance market.

Unlike conventional loans which levy interest on the accrued portion upon default, Islamic contracts are often asset sales where banks are entitled to the entire sum based on the whole tenure of the contract, regardless of when default occurs.

In practice, Islamic banks can grant a rebate to waive their right to the unaccrued sum but such discounts are discretionary, resulting in legal disputes. If a rebate is not given, syariah financing contracts can be more costly than conventional loans.

"In line with the need to safeguard maslahah (public interest) and to ensure justice to the financiers and customers, Islamic banking institutions are obliged to grant ibrar to customers for early settlement of financing based on buy and sell contracts," the ruling said.

The ruling, effective June 7, requires the right of rebate to be specified in contracts. The method of computing the rebate will be determined by the central bank.

Ibrar is derived from the traditional Islamic notion of loans where charitable financing is extended to the poor and the lender writes off the debt if the borrower can't afford to repay.

Some practitioners said the ruling would resolve uncertainties relating to the use of ibrar but was difficult to reconcile with the syariah's tenets.

"It throws into doubt the legal principle which has traditionally been that ibrar cannot be compelled because it is at the discretion of the creditor," said Mohamad Illiayas, an Islamic banking lawyer in Kuala Lumpur.

"In murabaha, bai bithaman ajil and bai ina contracts the price is one of five critical elements, the absence of which, or uncertainty or ambiguity with regard to any of the five elements would render a contract void." Figures on the value of bai bithaman contracts are hard to come by but Malayan Banking had earlier estimated that these contracts, along with bai inah and bai al dayn (debt trading contract) account for over 80 per cent of the Islamic banking portfolio in Malaysia.

Islamic banking assets in Malaysia, which has the world's largest bond market, totalled about US$95 billion (RM308 billion) or 19.6 per cent of total banking system assets as at December 2009, according to central bank data.

Figures were not available on the number of Islamic financing defaults in Malaysia. - Reuters

Read more: 'Islamic financing rebate mandatory' http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/rebato/Article/#ixzz0tzJQQKyn

No comments: