Saturday, July 31, 2010

MEMBASMI LOGO DAN SIJIL HALAL PALSU


Sikap segelintir masyarakat peniaga yang masih tidak prihatin dengan isu haram dan halal sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna sangatlah mengecewakan semua pihak. Ini termasuklah sektor keperluan pengguna seperti makanan, perkhidmatan, kesihatan, kecantikan dan sebagainya. Buktinya masih ada hotel, restoran pilihan, kopitiam, barangan kosmetik dan sebagainya yang menjadi tumpuan masyarakat Islam masih tidak mematuhi piawaian serta standard halal yang ditetapkan.

Bagi masyarakat Islam status halal dan haram sesuatu produk yang digunakan sangat penting kerana ia adalah tuntutan agama yang perlu dipatuhi serta amat berkait rapat dengan kualiti hidup serta ibadah seharian seseorang. Oleh yang demikian, semua pihak yang terlibat dalam sektor tertentu perlu memahami hakikat kepentingan halal dan haram ini dan menghormatinya agar umat Islam tidak dibelenggu kebimbangan, kekeliruan serta dilema terhadap sesuatu produk yang ingin digunakan terutamanya industri makanan di negara ini.

Sehubungan itu, golongan pengeluar dan peniaga yang masih ingkar, tidak serius serta sensitif dengan segala kehendak dan tuntutan masyarakat Islam apabila gagal memastikan produk mereka berstatus halal sepenuhnya perlu dipantau dan dikenakan tindakan tegas berlandas segala peruntukan undang-undang sedia ada. Ini adalah ekoran penggunaan elemen yang tidak patuh Syariah di dalam produk masing-masing seperti wujudnya unsur-unsur zat haiwan terlarang seperti babi, penggunaan bahan beracun dan memabukkan, kaedah yang tidak suci serta lain-lain bahan yang dilarang.

Ini adalah kerana ada juga pihak yang sanggup menipu pelanggan setia mereka dengan menggunakan logo serta sijil halal palsu bagi mengaburi mata pelanggan dan memperdaya pihak berkuasa. Penyalahgunaan logo dan sijil palsu berkenaan serta sikap yang tidak bertanggungjawab ini tidak boleh dibiarkan berleluasa di negara kita dan tindakan segera perlu diambil bagi membasminya serta memastikan jenayah perniagaan moden ini tidak berlarutan dan merugikan masyarakat Islam yang merupakan kelompok terbesar kuasa pengguna di negara ini.

Dalam keadaan negara yang aman dan makmur yang membolehkan semua pihak berniaga serta menawarkan segala produk kepada pengguna dan selanjutnya melebarkan empayar perniagaan masing-masing, namun sikap acuh tak acuh segelintir yang biadap dan kurang ajar ini dalam mempermainkan aspek halal dan haram sesuatu barangan keperluan pengguna sangatlah menyedihkan kerana mereka hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata tanpa peka dengan piawaian ketat yang ditetapkan oleh Islam dan undang-undang sedia ada.

Atas dasar itu, premis perniagaan yang menggunakan sijil halal selain dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bakal berdepan hukuman lebih berat berbanding hukuman sedia ada apabila pindaan Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 dibawa ke Parlimen, Oktober tahun ini. Peruntukan sedia ada akta berkenaan bagi kesalahan penipuan sijil dan logo halal menetapkan denda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi individu, manakala bagi syarikat denda maksimum RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

Mengikut cadangan pindaan Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 (Pindaan 2010) yang akan dibentangkan nanti di mana peniaga yang menyalahguna sijil dan logo halal boleh didenda sehingga RM500,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya dan meningkat kepada RM1 juta serta 10 tahun penjara jika mengulangi kesalahan sama. Syarikat yang melakukan kesalahan sama juga dikenakan denda RM1 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, manakala denda RM5 juta atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya, bagi kesalahan seterusnya.

Pindaan itu juga memperuntukkan hanya JAKIM dan JAIN yang diberi kuasa mengeluarkan sijil dan logo halal bagi mengelak sebarang kekeliruan di kalangan pengguna Islam, sekali gus syarikat swasta tidak lagi boleh berbuat demikian dan hanya produk import yang memiliki sijil halal daripada badan dunia perlu diiktiraf JAKIM sebelum dibenar memasuki pasaran negara ini. Oleh itu, agensi yang berkaitan perlu memiliki kepakaran, peralatan dan teknologi canggih, termasuk makmal pemprosesan yang boleh memuktamadkan ujian kandungan bahan dalam produk makanan dan kosmetik misalnya.

Ketika ini logo halal juga turut dikeluarkan oleh enam syarikat terpilih dengan syarat dan piawaian yang ketat iaitu Bahtera Lagenda Sdn. Bhd., Majlis Penyelidikan Makanan Islam (IFRC), SAS-H Consultancy, Persatuan Pegawai-Pegawai Agama Perak, Majlis Makanan Halal Asia Tenggara dan IFANCA International. Namun begitu, sijil dan logo halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta berkenaan bagaimanapun menimbulkan kekeliruan, kesangsian dan ketidakyakinan pelanggan terhadap kesahihannya.

Malahan ketiadaan akta khusus berkaitan pentadbiran dan pengurusan aspek halal dan haram di negara ini juga menjadi antara penyebab utama berlakunya isu yang seringkali dibangkitkan sehingga menyebabkan masalah penyalahgunaan dan ketiadaan sijil halal terus berlarutan sehingga ke hari ini kerana akta sedia ada termasuk Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Kawalan Mutu Makanan 1985 dan lain-lain akta atau enakmen berkaitan tidak memadai serta relevan untuk mengatasi masalah kronik yang semakin hari semakin parah ini.

Oleh yang demikian, penggubalan Akta Halal seperti yang dicadangkan dilihat mampu menjadi mekanisme yang dapat menghalang menyalahguna sijil dan logo halal, sekali gus menjamin kesucian makanan dan produk kegunaan umat Islam di negara ini. Biarpun begitu, sementara menunggu rang undang-undang Akta Halal dibentangkan di Parlimen, pengguna tidak boleh berdiam diri sahaja dan perlu mengguna hak dan kuasa mereka untuk memberi tekanan kepada pengusaha yang masih berdegil dan belum memiliki sijil halal supaya berbuat demikian secepat mungkin. Ini adalah kerana, isu halal dan haram bukanlah kes terpencil atau boleh dipermainkan sewenang-wenangnya oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan ini.

RUJUKAN

Hanya JAKIM, JAIN keluar sijil halal, Berita Harian, 26 Julai 2010
Hanya Jakim berhak keluar sijil, Utusan Malaysia, 27 Julai 2010
Pengeluaran ketat sijil halal ikut prosedur, Berita Harian, 28 Julai 2010
Denda RM1 juta ulangi salah guna sijil, logo halal, Berita Harian, 28 Julai 2010
Jakim gubal akta, Harian Metro, 31 Julai 2010

Undang-undang bankrap dipinda


Berita Harian Online | Undang-undang bankrap dipinda

Undang-undang bankrap dipinda
Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my
2010/07/31

Usaha kurangkan muflis muda, elak pemiutang bertindak sewenang-wenang

PUTRAJAYA: Pembaharuan undang-undang kebankrapan di negara ini antara lain bakal menyaksikan pihak pemiutang tidak boleh lagi sewenang-wenangnya memfailkan petisyen kebankrapan terhadap penghutang sebelum beberapa langkah perundingan dibuktikan kepada mahkamah.

Cadangan itu antara usaha mengurangkan mereka yang muflis dan menambahbaik pengurusan kes. Pada masa sama, Jabatan Insolvensi (MdI) juga mahu menjadikan kegagalan mereka yang diisytiharkan bankrap memfailkan Penyata Hal Ehwal (PHE) dengan jabatan berkenaan dalam tempoh 21 hari selepas menerima perintah itu sebagai satu kesalahan. Mereka yang melakukan kesalahan berkenaan boleh dikenakan hukuman khusus berbanding hanya tuduhan menghina mahkamah pada masa ini mengikut Seksyen 16 (3) Akta Kebankrapan 1967.

Timbalan Ketua Pengarah MdI, Haini Hassan, berkata cadangan berkenaan akan membolehkan isu kebankrapan diuruskan dengan lebih berkesan sama ada oleh pemiutang atau jabatan, selain berupaya mengurangkan kadar kebankrapan di negara ini.

Beliau berkata penambahbaikan undang-undang kebankrapan juga bakal menyaksikan Akta Syarikat 1965 `disatukan’ dengan Akta Kebankrapan 1967 untuk memudahkan pengurusan kes kebankrapan dan penggulungan syarikat yang dikendalikan oleh jabatan itu.

"Kita tidak mahu pemiutang mudah memufliskan penghutang tanpa perlu membuktikan langkah yang diambil untuk mendapatkan semula hutang di luar mahkamah. Ada cadangan tempoh dua atau tiga tahun diberikan kepada pemiutang untuk mendapatkan semula hutangnya sebelum memfailkan petisyen bankrap terhadap penghutang," katanya.

Katanya, mengikut cadangan itu, pemiutang perlu membuktikan kepada mahkamah bahawa langkah awal sudah dilakukan untuk menuntut semula hutang sebelum petisyen bankrap dikemukakan terhadap penghutang.

Selain itu, beliau berkata, cadangan pindaan terhadap Seksyen 16 (3) pula bagi memastikan pengurusan kes kebankrapan dengan lebih baik memandangkan lebih 60 peratus atau 131,136 dari 218,561 kes bankrap sehingga Jun lalu tidak memfailkan PHE dengan MdI.

“Justeru dicadangkan supaya kegagalan memfailkan PHE dijadikan satu kesalahan yang mempunyai hukuman khusus berbanding hanya menghina mahkamah pada masa ini," katanya.

sambil menambah semua perkara itu masih pada peringkat cadangan sebelum diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Mengikut rekod, Selangor mencatatkan kes bankrap tertinggi sehingga Jun lalu iaitu 46,251 diikuti Wilayah Persekutuan, 39,867 dan Johor, 26,118 kes.

Majoriti mereka yang muflis di negara ini berusia antara 35 hingga 44 tahun diikuti antara 45 hingga 54 tahun.

Sehingga Jun lalu, 8,953 kes bankrap kerana pinjaman perniagaan direkodkan oleh MdI.

Friday, July 30, 2010

MENJADIKAN AL-QURAN MODEL PERLEMBAGAAN HIDUP


MENJADIKAN AL-QURAN MODEL PERLEMBAGAAN HIDUP

oleh Madzlina Haji Nordin

Kejayaan Malaysia menganjurkan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali yang ke-52 dengan tema ‘Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah' yang berlangsung 27 Julai hingga 3 Ogos ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur saban tahun adalah bukti kejayaan dan komitmen besar negara dalam mendaulatkan Al-Quran sebagai sumber perlembagaan hidup umat Islam serta menjadikan bacaan Al-Quran secara global diiktiraf di persada dunia.

Dengan seramai 76 peserta dari 47 negara mengambil bahagian pada Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 ini menunjukkan kesungguhan negara merapatkan jurang serta membina jaringan ukhwah sesama umat Islam dalam memperkasakan lagi ummah di seluruh dunia melalui panduan kitab agung Al-Quran. Jumlah itu meningkat berbanding 66 peserta dari 43 negara tahun lalu termasuk empat negara yang pertama kali menghantar peserta, Kazakhstan, Surinam, Zambia dan Djibouti. Semoga pada tahun-tahun mendatang kita akan melihat lebih ramai peserta dan negara yang akan mengambil bahagian di dalam acara penuh gilang gemilang ini.

Ini juga membuktikan Al-Quran mampu menjadi mekanisme yang positif dan berkesan dalam menyatukan umat Islam di seluruh dunia. Tidak dinafikan Al-Quran adalah syafaat dan mukjizat agung yang dianugerahkan kepada umat manusia. Ianya kekal sehingga ke hari ini dan juga sehinggalah hari akhirat. Kita sedia maklum bahawa para nabi serta rasul dikurniakan mukjizat dan keistimewaan tertentu sebagai hujah dan bukti kenabian dan kerasulan mereka. Maka Al-Quran yang ada hari ini adalah mukjizat kekal Nabi Muhammad yang boleh ditatap, dibaca dan dilaksanakan segala suruhan di dalamnya.

Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang dijanjikan Allah bahawa tidak akan berlaku sebarang pindaan, pengubahsuaian atau kerosakan padanya. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya hanya Kami yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang akan memeliharannya." (Surah al-Hijr, ayat 9). Keistimewaan ini tidak terdapat pada kitab lain sebelumnya seperti Zabur, Taurat dan Injil yang kini telah diselewengkan, diubah dan ditokok tambah oleh pengikutnya. Ini adalah bagi memastikan bahawa Al-Quran kekal relevan dan komprehensif sebagai panduan hidup yang lengkap kepada seluruh manusia di muka bumi ini.

Al-Quran juga adalah kitab agung yang sangat sempurna kerana di dalamnya mengandungi segala pengajaran berguna sebagai bekalan di sepanjang perjalanan hidup sama ada ianya merangkumi aspek pendidikan, politik, ekonomi, kesihatan, teknologi, seni, sains, falsafah dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa Al-Quran bukanlah buku sejarah atau salinan daripada kitab-kitab purba seperti yang telah diperjuangkan oleh golongan orientalis dan musuh Islam di Barat.

Oleh itu, umat Islam perlu bersatu memperbetulkan persepsi salah tersebut dan menjawab semua dakwaan palsu terhadap kitab suci ini bagi memastikan ketinggian serta kemuliaan Al-Quran terjamin dan terpelihara. Tuduhan yang tidak adil dan bersifat jahat sedemikian hendaklah dihentikan segera sama ada dilakukan secara akedemik seperti dialog, wacana, perdebatan atau sebagainya dan melalui apa jua saluran seperti undang-undang yang dibenarkan serta tindakan yang lebih tegas diambil sebagai amaran kepada mereka yang terlibat.

Ketika ini juga sudah ada gerakan yang secara terbuka mengaitkan Al-Quran dengan isu keganasan global, penyebab utama aktiviti terorisme, tentangan terhadap homoseksual, penindasan serta diskriminasi terhadap wanita, anti kemodenan, kolot dan sebagainya. Musuh Islam dan puak orientalis ini juga dengan terancang telah memanupulasi serta eksploitasi pengertian ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran dalam mempengaruhi pemikiran serta budaya hidup umat Islam di seluruh dunia.

Melalui media cetak dan elektronik serta kecanggihan Internet memudahkan lagi usaha jahat mereka dalam mengajak umat Islam yang lemah imannya serta kurang ilmu tentang Islam meragui serta meninggal ajaran Al-Quran atau sekadar menjadikannya sebagai bahan perhiasan sahaja di rumah atau di premis masing-masing. Ini adalah cabaran yang sangat besar kepada umat Islam hari ini dalam usaha mendaulat Al-Quran sebagai model perlembagaan dan kompas kehidupan.

Namun agak malang sekali kerana umat Islam hari ini seolah-olah melupakan Al-Quran di dalam hidup mereka kerana dilalaikan dengan kehidupan dunia sehinggakan tidak mempunyai masa untuk membaca atau menatapnya walaupun sekadar beberapa minit. Kadang-kadang kita boleh berada di hadapan televisyen dan komputer berjam-jam lamanya tetapi tidak mampu untuk membaca, meniliti, menelaah dan mengkaji Al-Quran walaupun sekadar beberapa minit sahaja sehari.

Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana Al-Quran adalah mukjizat yang sangat istimewa kerana ketika membacanya seolah-olah kita sedang berdialog dan berinteraksi secara langsung dengan Allah. Suatu yang sangat merugikan juga sekiranya kita mempunyai masa untuk membaca bahan-bahan tidak berfaedah seperti kisah hiburan yang melalaikan tetapi tidak berusaha mencari masa untuk membaca Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan seharian.

Sehubungan itu, dalam fasa menuju bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi yang mana sangat banyak ganjaran di dalamnya, maka kita perlu berusaha bersungguh-sungguh membaca Al-Quran sebanyak mungkin dan kita tidak perlu menunggu sehingga sehingga tibanya Ramadhan tetapi memulakannya mulai hari ini dan seterusnya berazam agar bacaan berkenaan akan berkekalan sampai bila-bila dan bukannya bermusim atau ketika berlakunya musibah dan kematian sahaja.

Semoga roh Ramadhan dan motivasi Al-Quran mampu menjadi agen transformasi paling berkesan kepada umat Islam dalam membuat perubahan diri dari sifat negatif (mazmumah) kepada positif (mahmudah) serta mampu melonjak aktivisme amal ibadah ketahap paling maksima dan anjakan paradigma serta momentum dakwah dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba dan segala macam fitnah mehnah yang boleh melemahkan jika kita masih lalai dan alpa dalam apa jua yang dilakukan.

Ini adalah kerana tanpa panduan Al-Quran umat Islam tidak akan ke mana dan tidak berguna kerana akan terus berada di dalam kegelapan, kesesatan serta jauh daripada rahmat Allah. Oleh yang demikian, kita hendaklah berusaha mendekati Al-Quran, membacanya serta bertadabbur agar segala intipati, aspirasi dan pengajaran yang terkandung di dalamnya menjadi indikator dalam menentukan halatuju kehidupan kita sepanjang berada di muka bumi Allah ini sama ada dari segi ekonomi, undang-undang, prinsip kenegaraan dan sebagainya.

Thursday, July 29, 2010

Akta Halal akan dibentangkan di Parlimen, Oktober depan


Akta halal diwujudkan

SEREMBAN 29 Julai – Pemantauan serta penguatkuasaan berhubung soal penggunaan status halal di kalangan penjual serta pengeluar makanan di negara ini akan diperkemaskan menerusi kewujudan Akta Halal yang akan dibentangkan di Parlimen, Oktober depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom

berkata, akta baru itu telah selesai dibincang dan akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang sebelum ia dikuatkuasakan.

‘‘Akta Halal ini akan dibentangkan menerusi pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 menerusi kajian, penelitian dan hasil pembentangan yang dijalankan bersama rakan saya, Datuk Seri Ismail Sabri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

‘‘Lanjutan daripada itu, kita akan mempunyai satu akta baru yang boleh berdiri secara sendiri dalam usaha memperkemas serta memantapkan penguatkuasaan dan proses perundangan bagi memantau soal halal di negara ini,” katanya.

Jamil berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Warisan Nabawi 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, penguatkuasaan serta tindakan bagi memantau penggunaan status halal diyakini dapat ditingkatkan menerusi struktur perundangan yang diwujudkan di bawah akta berkenaan.

‘‘Ini bermakna, dengan wujudnya akta ini, penguatkuasaan serta pemantauan terhadap premis perniagaan serta peniaga yang terlibat dengan pengusahaan berteraskan produk halal akan dapat dimantapkan.

‘‘Untuk itu, pihak saya akan menjalinkan kerjasama erat dengan KPDNKK termasuk Kementerian Kesihatan untuk mempergiatkan usaha bagi memastikan pihak terlibat mematuhi kriteria halal,”

‘‘Bahkan, saya juga telah mengarahkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk meneliti akta yang telah siap dibincangkan itu sebelum ia dibentangkan nanti,” ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, Jamil yang diminta mengulas berhubung penubuhan sekolah khas bagi menempatkan remaja hamil luar nikah memberitahu, langkah itu perlu dikaji dan dirumuskan melalui pandangan dari pelbagai pihak sebelum ia boleh dilaksanakan.

‘‘Bagi saya, kewajaran untuk menubuhkan sekolah ini tertakluk kepada rumusan yang dibuat dari kajian, penelitian dan pandangan semua pihak.

‘‘Ini kerana ada pihak yang bersetuju dan ada pihak yang tidak, maka kita perlu kumpulkan semua pandangan itu sebelum ia boleh dilaksanakan,” katanya.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Monday, July 26, 2010

50 years is more than enough: Abolish the ISA and other detention without trial and outdated security laws


Press Release

50 years is more than enough: Abolish the ISA and other detention without trial and outdated security laws

1 August 2010 marks the 50th Anniversary of the coming into force of the Internal Security Act 1960 (ISA). ISA allows for power to detain a person without trial and contravenes the right to be presumed innocent until proven guilty.

On 19 July 2010 the Bar Council submitted a memorandum to the Ministry of Home Affairs calling for the abolition of ISA and other laws that allow for detention without trial, namely the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 and the Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985. The memorandum also calls for the Malaysian Government to abolish the Restricted Residence Act 1933, Prevention of Crime Act 1959 and Banishment Act 1959.

The Bar Council’s memorandum draws attention to the archaic nature of these laws. It highlights how laws that allow for detention without trial offend the fundamental principles of human rights provided for within the Universal Declaration of Human Rights 1948 and subsequent international conventions. It further draws comparisons with anti-terrorism legislation in other jurisdictions such as Australia, Canada, the United Kingdom and USA, all of which provide for comprehensive protection of the security of their respective nations without foregoing safeguards to individual liberties and protection of basic human rights. This has been achieved through a combination of automatic sunset clauses, strict judicial oversight and supervision with secrecy provisions and right to counsel. Malaysian laws must provide no less protection and safeguards.

The Bar Council memorandum points out that Malaysia’s own enhanced counter-terrorism provisions within the Penal Code and the Criminal Procedure Code, couple with present immigration and anti-money laundering and anti-terrorism financing legislation, provide our law enforcement agencies with sufficient powers to confront the challenges posed by such criminal activity, and to subject a person so suspected to prosecution within the due process of the law. The power to detain without trial and to restrict free movement is wholly unnecessary and only leads to lackadaisical investigations, and misuse and abuse of the law.

The Malaysian Bar calls on the Malaysian Government to respect and uphold the human rights of its people. As a member of the United Nations Human Rights Council from 2010-2013, Malaysia has committed herself to maintaining the highest standards of human rights. This can only be achieved by removing all laws contravening basic human rights principles, such as ISA and other legislation that provide for detention without trial and restrictions in the free movement of peoples within our borders. 50 years of living under ISA (and longer under some of the other legislation) is more than enough. The time to free Malaysians from such unjust and unfair laws is now.

Ragunath Kesavan
President
Malaysian Bar

26 July 2010

Friday, July 23, 2010

Tingkatkan taraf hidup Orang Asli


Tingkatkan taraf hidup Orang Asli

Oleh NURUL ANUAR KARI dan NUR NAZLINA NADZARI
pengarang@utusan.com.my

HULU SELANGOR 22 Julai - Peruntukan hampir RM1 bilion untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli di Semenanjung Malaysia sejak lima tahun lalu membuktikan komitmen kerajaan membela nasib masyarakat pribumi di negara ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, peruntukan besar yang disalurkan antara 2006 hingga 2010 itu bertujuan meningkatkan taraf sosioekonomi Orang Asli supaya mampu bersaing dengan masyarakat lain.

Menurutnya, untuk tujuan itu, kerajaan turut menghantar sembilan pelajar Orang Asli ke luar negara untuk menyambung pelajaran sementara seorang lagi yang ditawarkan peluang sama menolak atas pilihan peribadi.

"Saya sedih bila ada pandangan negatif yang masih mengatakan kerajaan meminggirkan masyarakat Orang Asli di Semenanjung terutamanya daripada parti politik pembangkang yang berterusan mencari salah dan keburukan kerajaan.

"Penduduk pribumi di negara lain sebenarnya jauh lebih teruk kehidupan mereka berbanding Orang Asli di negara ini yang berterusan diperjuangkan nasib mereka sehingga kini.

"Memang mudah untuk mereka mengkritik sedangkan tidak tahu apa yang kita rancang dan lakukan sehingga lahirnya ramai cerdik pandai Orang Asli yang menjadi profesor, doktor, jurutera dan pensyarah," katanya selepas merasmikan fasa pertama projek bekalan air bersih di Kampung Orang Asli Songkok di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara, Senator Muhammad Olian Abdullah, Ketua Pengarah Hal Ehwal Orang Asli, Datuk Mohd. Sani Mistam dan Tok Batin kampung tersebut, Alam Supah.

Sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk fasa pertama projek tersebut yang bermula Ogos lalu dan melibatkan 209 perkampungan Orang Asli dengan 111 daripadanya di Kelantan, 13 di Selangor, 66 di Pahang dan 19 di Perak.

Fasa kedua projek tersebut dijangka melibatkan 60 perkampungan Orang Asli di Negeri Sembilan, Johor dan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia dengan kos RM63 juta.

Projek sistem rawatan air dari pelbagai sumber untuk perkampungan Orang Asli itu dilaksanakan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang bertujuan mempertingkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar.

Keseluruhan projek tersebut dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung 2010 sementara rancangan menyediakan bekalan elektrik untuk semua perkampungan Orang Asli akan bermula tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2012.

Dalam pada itu, Hasan memaklumkan kerajaan akan meneruskan usaha membasmi kemiskinan di kalangan Orang Asli tetapi memerlukan sedikit masa merancang dan melaksanakan program untuk meningkatkan sosioekonomi masyarakat pribumi negara ini.

"Apa yang diminta mereka akan diaturkan kerajaan tetapi berilah sedikit masa untuk kita melaksanakan apa yang perlu dan mereka pasti akan mendapatnya.

"Seperti mana projek kemudahan air bersih dan elektrik akan memanfaatkan sekitar 17,000 Orang Asli seluruh negara, kerajaan juga akan terus membangunkan modal insan, tahap kesihatan, ekonomi dan ilmu warisan masyarakat pribumi kita.

"Kita juga tidak mahu mana-mana pihak memandang rendah kepada Orang Asli kelak kerana mereka sendiri mempunyai banyak ilmu dan kemahiran yang boleh dikembangkan sehingga mampu bersaing dengan mana-mana masyarakat lain di Malaysia," tegasnya.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

Sunday, July 18, 2010

Penanda aras sukuk global


ALIm berpotensi sebagai penanda aras sukuk global

2010/07/19

PROGRAM bon Islam Sukuk al-Amanah Li al-Istithmar (ALIm) yang dibangunkan Al Rajhi Malaysia berpotensi menjadi penanda aras utama industri sukuk global serta merangsang penerbitan program penjanaan modal menerusi pasaran hutang Islam pada masa depan.

Naib Presiden Kanan Bahagian Perbendaharaan Al Rajhi, Eqhwan Muhammad Mokhzanee, berkata program ALIm yang dirangka untuk tempoh tujuh dan 30 tahun itu, sesuai untuk dilabur oleh institusi tempatan yang mencari produk pelaburan Islam berlandaskan pematuhan Syariah.

Ia juga, katanya, penting untuk menarik pelaburan asing, khususnya dari Asia Barat, yang menitikberat mengenai halal haram terbitan bon sedia ada di pasaran.

“ALIm adalah sukuk pertama dunia yang mengetepikan sepenuhnya unsur bercanggah dengan syariah, iaitu ‘inah’ atau jualan dan belian balik), ‘bai’dayn’ iaitu urus niaga hutang dan ‘wa’ad’ iaitu persetujuan.

“Pengenalan program ini bukan untuk mencabar produk pelaburan sedia ada di pasaran tetap untuk memenuhi keperluan, melengkapi syarat pematuhan pihak berkuasa kewangan tempatan, serta prinsip Syariah kumpulan Al Rajhi yang menggunapakai pematuhan peraturan sangat ketat,” kata Eqhwan ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau menambah, Sukuk ALIm adalah produk pelaburan Islam yang setaraf dengan Sukuk sedia ada di pasaran.

ALIm dibangunkan dengan mengetengahkan elemen yang terdiri daripada ‘al-ijarah’ (urus niaga pajakan), ‘al-baie’ (jualan aset), ‘al-wakalah’ (kontrak agensi) dan ‘al-bai’bithaman ajil’ (jualan aset dengan bayaran tertangguh).
Eqhwan menambah, bon Islam itu juga dibangunkan berikutan pihak pengurusan kumpulan Al Rajhi yang tidak mengiktiraf sukuk yang berada di pasaran kerana masing-masing memiliki sama ada satu atau lebih daripada tiga elemen bercanggah dengan syarak.


“Namun, dari aspek karektor, sifat dan profil risiko, Sukuk ALIm adalah setaraf dengan sukuk lain yang berada di pasaran,” kata Eqhwan sambil menambah kumpulan pengurusan Al Rajhi mengambil masa hampir satu setengah tahun untuk menyiapkan konsep program sukuk berkenaan.

Struktur program ALIm mematuhi pelbagai standard syariah termasuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Pertubuhan Perakaunan dan Audit bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) dan beberapa institusi kewangan Asia Barat.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ALImberpotensisebagaipenandaarassukukglobal/Article

Saturday, July 17, 2010

BANK DNA MEMUDAHKAN KAJIAN FORENSIK


Penubuhan Bank Data Forensik Asid Deoksiribonukleik (DNA) adalah seiring dengan kemajuan sains dan teknologi forensik di mana dilihat mampu menyelesaikan banyak masalah yang semakin kronik serta bermanfaat kepada pihak berkuasa terutamanya pihak Polis mengesan penjenayah di samping memberi hak dan keadilan kepada suspek dalam sesuatu kes jenayah. Kemudahan dan inovasi ini juga apabila dilaksanakan mampu membantu pihak mahkamah di negara ini misalnya membuat sesuatu keputusan penghakiman dan hukuman yang lebih adil dan memuaskan semua pihak.

Peruntukan Akta Identifikasi DNA 2009 umpamanya adalah dikehendaki menyimpan dan menyelenggarakan profil DNA daripada indeks seperti indeks suspek, indeks tempat kejadian jenayah dan indeks orang hilang. Objektif utama Bank Data DNA sedia ada adalah menyimpan dan menyelenggara indeks ini bagi maksud pengenalpastian manusia berhubung dengan penyiasatan forensik. Profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang disimpan dan diselenggarakan dalam Bank Data DNA boleh digunakan untuk membantu dalam penemuan atau pengenalpastian jasad manusia daripada sesuatu bencana dan pengenalpastian orang yang masih hidup atau yang telah mati.

Keputusan DNA yang mempunyai ketetapan hampir 99.9 peratus mampu menjadi mekanisme menyelesaikan pelbagai kes jenayah berat yang semakin berleluasa di negara kita di mana melalui kewujudan Bank Data DNA Forensik Malaysia membolehkan pihak berkuasa mengambil dan menyimpan sampel DNA, menganalisis sampel DNA dan menggunakannya untuk tujuan kemanusiaan dan proses keadilan di mahkamah memandangkan data DNA cukup membantu dalam mengenal pasti identiti jasad manusia, malahan juga haiwan dan sebagainya dalam kejadian seperti malapetaka, bencana alam, kemalangan, kehilangan atau kebakaran serta mangsa dan pesalah jenayah berat di negara kita.

Bank DNA memberi kemudahan kepada pihak berkuasa seperti polis untuk menyimpan profil DNA seseorang suspek untuk dijadikan bahan rujukan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu kes jenayah pada masa akan datang. Ini sudah tentu memudahkan pihak berkuasa memandangkan bukti cap jari, gambar dan beberapa kaedah forensik lain masih gagal membantu menangani kes-kes jenayah di negara kita. Dalam perkara yang sama, memang tidak dapat dinafikan bahawa data DNA dan segala maklumat seseorang dapat membantu pihak berkuasa menyelesaikan variasi kes jenayah seperti bunuh, liwat, rogol, sumbang mahram serta lain-lain kes jenayah berat di negara kita.

Kadar kejadian jenayah yang tinggi setiap tahun, begitu juga dengan kompleksitinya memerlukan teknik dan peralatan canggih bagi membantu penyiasatan kes oleh agensi terlibat dengan cepat dan adil. Penggunaan DNA semakin berkembang di seluruh dunia dan mengikut pengalaman perlaksanaan dan kejayaan di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) membuktikan banyak kes jenayah di sana dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah di mana teknologi ini telah digunakan secara meluas di negara berkenaan sejak tahun 1980-an lagi. Oleh demikian, Malaysia perlu dari masa ke semasa perkemaskan segala peruntukan undang-undang berkenaan DNA melalui undang-undang identifikasi DNA seiring dengan kemajuan forensik.

Kejayaan dalam sesuatu kaedah penyelesaian sesuatu kes jenayah adalah bergantung pada siasatan yang dijalankan dan salah satu mekanisme pendekatan yang efisien dalam mengendalikan kes jenayah berat ialah melalui ujian forensik DNA. Terdapat beberapa kes di Malaysia berjaya diselesaikan menggunakan forensik DNA termasuklah kes-kes berprofil tinggi seperti pembunuhan dan rogol Noor Suzaily Mokhtar pada 2000, kes Canny Ong pada 2003 dan banyak lagi. Secara realistiknya, aplikasi dan teknologi DNA berjaya merungkai bukti prima facie yang diperoleh daripada hasil penyiasatan dan ujian yang dilakukan.

Di samping itu juga, dalam kes-kes terpencil yang melibatkan pembuangan bayi umpamanya akan dapat diselesaikan dengan mudah kerana sampel DNA bayi berkenaan boleh dianalisis terus dan keputusan ujiannya boleh mengesan kedudukan, latar belakang dan identiti ibu serta bapa bayi berkenaan di mana sahaja mereka berada serta boleh ditangkap untuk dibawa ke muka pengadilan pada bila-bila masa bagi menjalani hukuman yang sewajarnya.

Ini adalah berikutan kes pembuangan bayi semakin bertambah dan dengan tahap kemajuan teknologi yang semakin canggih, trend jenayah berat lain juga semakin kompleks dan memerlukan pendekatan yang diambil mestilah lebih profesional, sofistikated dan moden bagi menangani kes-kes yang masih banyak tertangguh di mahkamah agar mereka yang bersalah diberikan hukuman setimpal manakala bagi yang tidak bersalah pula boleh dilepaskan melalui ujian DNA dilakukan tanpa perlu menunggu masa yang lama seperti mana sekarang.

Biarpun begitu, menguatkuasakan penggunaan bank DNA secara drastik supaya semua rakyat di negara ini mempunyai rekod DNA adalah tidak praktikal dan belum tiba masanya lagi kerana melibatkan kos yang sangat tinggi, masalah ketiadaan prasarana yang lengkap serta kekurangan kepakaran dan lain-lain lagi. Namun mekanisme ini sememangnya diakui boleh digunakan untuk mengesan dan menyelesaikan sesuatu kes jenayah berprofil tinggi yang berlaku di negara kita di mana adalah antara langkah yang boleh diwujudkan pada masa hadapan agar semua mempunyai akaun serta profil DNA masing-masing, di mana ketika ini bukanlah satu keperluan pada masa ini untuk menyimpan profil DNA semua rakyat di Malaysia.

RUJUKAN

Bank data DNA beri suspek keadilan, Utusan Malaysia, 27 Ogos 2008
Bank Data DNA mampu selesai kes kemanusiaan, Berita Harian, 27 Ogos 2008
DNA Identification Bill tabled despite protests, The Star Online, 26 Ogos 2008
Tiada keperluan untuk simpan profil DNA semua rakyat, Utusan Online, 16 Jun 2010

Thursday, July 15, 2010

Recognise greater freedom of the people through wider freedom of information


Press Release

Recognise greater freedom of the people through wider freedom of information

The Malaysian Bar applauds the much-awaited move by the Selangor State Government to table the Freedom of Information (State of Selangor) Enactment 2010 Bill before the Dewan Negeri Selangor on 14 July 2010.

This ground-breaking piece of draft legislation seeks to “enhance disclosure of information for the public interest, to provide to every individual an opportunity to access to information made by every department of the State Government”, to quote from the preamble to the Bill.

The Bill promotes greater transparency and more accountability by the authorities of their expenditure of taxpayers’ money and execution of public projects. By this, both the public and the media will be more aware of the activities of the State Government and will be able to keep a watchful eye. The kind of public scrutiny that such a Bill would permit is unprecedented in Malaysian history.

It will also empower the public by giving them hitherto unparalleled rights of access to information held by the State Government and its departments. Indeed a freedom of information officer is to be appointed in each State Government department in order to assist the public to have access to the information to which they are rightly entitled.

The introduction of the Freedom of Information (State of Selangor) Enactment 2010 Bill is the third of three recent developments in the area of freedom of information. The first was the passage of the Data Protection Act 2010 by the Malaysian Parliament, which also gives rights of access to the public to information. However, a significant failing of this Act is that this right of access has not been extended vis-à-vis the Federal and state governments.

The second was the 28 June 2010 Kuala Lumpur High Court (Appellate and Special Powers) ruling by YA Judicial Commissioner (JC) Hadhariah Syed Ismail that the water concession agreement between Syarikat Bekalan Air Sdn Bhd (Syabas) and the Federal and Selangor State Governments could be disclosed to the Malaysian Trades Union Congress and 13 other co-applicants. This ruling extended to an audit report said to have been presented to the Cabinet. YA JC Hadhariah opined that the information was of public interest and therefore needed to be disclosed so that the public could be informed on the workings of government as well as promote discussion of public affairs. She further stated that it was nonsensical to treat any information as automatically secret, in relation to Section 2A of the Official Secrets Act 1972. In this light, the move by the Federal Government to obtain a stay and to appeal the decision is deeply regrettable. It reflects the failure of the Federal Government to recognise the primary right of the rakyat to information.

YA JC Hadhariah added that since water is essential to life, an agreement that affected the supply of water impliedly affected the right to life. This decision to give greater meaning to the constitutionally-guaranteed right to life and to link it with the right to information is greatly welcomed.

While we welcome the move by the Selangor State Government, the Bill can be criticised for being weak in some of its proposals. An earlier, and more determined, legislative proposal was apparently rejected. Indeed the Bill defines “information” to exclude a document which has been classified under the Official Secrets Act 1972, which highlights the issue YA JC Hadhariah referred to in her decision in the Syabas case. The Bill includes many considerations that are still protective of the State Government’s right to effective formulation or development of policy away from public scrutiny, or to safeguard any disclosure that is prejudicial to the administration or security of the State Government. We therefore welcome the year-long public consultative process that the State Government will embark upon, including the establishment of a Select Committee comprising cross-party representatives from amongst members of the Dewan Negeri Selangor, which will enable feedback to be gathered on the Bill. We trust that the pro-openness provisions will eventually make their way back into the Bill in place of the pro-State Government protective features.

We encourage the Federal Government as well as other state governments to follow the Selangor State Government’s exemplary lead in legislating towards widening access by the public to officially-held information. Such openness can only be for the greater public good. By allowing the light of day to shine on the workings of government and those in authority, we can begin to banish the darkness under the cover of which foul and corrupt deeds have been perpetrated in the past.

Lim Chee Wee
Vice-President
Malaysian Bar

15 July 2010

Wednesday, July 14, 2010

Bank perlu kebenaran mahkamah tarik kereta


Berita Harian Online | Bank perlu kebenaran mahkamah tarik kereta

Oleh Sariha Mohd Ali, Mohd Anwar Patho Rohman dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
2010/07/15

Penarik ingkar didenda RM25,000 atau penjara tiga tahun

KUALA LUMPUR: Institusi kewangan perlu mendapat kebenaran mahkamah jika hendak menarik kereta yang pemiliknya gagal membuat bayaran bulanan tetapi sudah melunaskan 75 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman sewa beli.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peraturan yang memberi perlindungan kepada pengguna itu akan dikuatkuasakan seperti yang terkandung dalam Akta Sewa Beli (Pindaan) 2010.

Beliau berkata, menerusi pindaan itu juga, penarik kereta akan diwajibkan mendaftar dan mendapat permit daripada kementerian untuk beroperasi.

Katanya, penarik kereta yang didapati tidak mengikut prosedur ditetapkan termasuk bertindak ganas ketika menarik kenderaan akan didenda RM25,000 atau penjara tiga tahun bagi kesalahan pertama dan denda RM50,000 atau penjara lima tahun bagi kesalahan kedua.

“Pindaan akta ini akan lebih melindungi pengguna yang terbabit dengan perjanjian sewa beli dan pada masa sama mengelak tindakan ganas penarik kereta.

“Dengan adanya permit dan pelantikan penarik kereta diluluskan kementerian, kita boleh mengadakan peraturan jelas supaya tindakan keganasan penarik kereta dapat dielakkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010 di Parlimen, semalam.

Dewan kemudian meluluskan rang undangundang itu menerusi undian suara. Akta Sewa Beli 1967 pernah dipinda pada 1968, 1969, 1975, 1976 dan kali terakhir pada 1992 bertujuan diperbaiki kelemahannya.

Peraturan sebelum ini membolehkan pemilik kenderaan iaitu institusi kewangan menarik kenderaan penyewa yang gagal membayar satu pertiga daripada ansuran bulanan tanpa perlu mendapat kebenaran mahkamah.

Penarik kereta juga boleh menarik sesuka hati kenderaan pengguna selepas mendapat arahan institusi kewangan untuk berbuat demikian.

Ismail Sabri berkata, peruntukan terkandung dalam akta sedia ada tidak memberi perlindungan menyeluruh kepada pengguna, malah menyebabkan kerugian besar kepada pemilik kenderaan.

Industri Takaful punya potensi berkembang


Industri Takaful punya potensi berkembang

14/07/2010 4:04pm

KUALA LUMPUR 14 Julai - Industri takaful mempunyai potensi yang besar untuk terus berkembang pada masa depan berikutan bertambahnya permintaan terhadap produk takaful, bukan sahaja di kalangan umat Islam malah bukan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pada masa ini industri itu mencatatkan penembusan pasaran sebanyak lapan peratus berbanding enam peratus pada tiga tahun yang lepas.

"Walaupun industri takaful masih dianggap baharu berbanding industri insurans, penembusan pasaran sebanyak lapan peratus itu sudah cukup besar bagi industri yang masih dianggap baharu itu," katanya.

Jamil Khir berkata, industri takaful di negara ini menyumbang sebanyak RM3.5 bilion pada tahun 2009, dengan sumbangan takaful keluarga sebanyak RM2.1 bilion.

Beliau juga berkata, pada tahun lepas, jumlah ejen takaful di Malaysia seramai 88,895, dengan 55,898 daripadanya terdiri daripada ejen takaful keluarga. - Bernama

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm

Firma Jepun terbit sukuk RM332 juta


Berita Harian Online | Firma Jepun terbit sukuk RM332 juta

BURSA Malaysia menerima penyenaraian asing sukuk keduanya bernilai AS$100 juta (RM332 juta) yang diterbitkan Nomura Holdings Inc.

Ia penyenaraian sukuk pertama Asia oleh sebuah entiti antarabangsa Jepun.

Bursa Malaysia dan Nomura dalam kenyataan bersama di Kuala Lumpur berkata, sukuk itu distrukturkan berasaskan prinsip syariah Ijarah (pajakan) yang diterima di seluruh dunia.

Kuwait Finance House (Malaysia) Bhd adalah Pengatur Utama bagi melaksanakan penyenaraian itu.

Ketua Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff dalam kenyataan itu berkata, Malaysia kekal sebagai pasaran tunggal sukuk korporat paling aktif pada masa ini.

“Kita sememangnya telah mencapai satu lonjakan besar dalam pasaran sukuk dan penyenaraian sukuk Nomura ini menggambarkan lagi keyakinan peserta asing terhadap sekuriti dan instrumen Islam yang diterbitkan dari Malaysia,” katanya.

Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Nomura, Takumi Shibata pula berkata, melalui transaksi mercu tanda ini, Nomura mempelbagaikan sumber pembiayaannya dan meraih pasaran pembiayaan Islam yang semakin berkembang bagi pertama kalinya.
Katanya, terbitan itu sebahagian daripada usaha berterusan Nomura bagi memacu pertumbuhan ekonomi.

"Pelabur Islam dan kewangan Islam adalah sangat penting dan satu sektor yang berkembang dengan pesat di seluruh dunia dan transaksi ini sangat penting bagi Nomura dan bagi korporat Jepun," katanya.

Nomura adalah satu kumpulan perkhidmatan kewangan utama dan bank pelaburan berpangkalan di Asia yang unggul dengan jangkauan di seluruh dunia.

Dengan penyenaraian itu, Bursa Malaysia mencatatkan sejumlah program sukuk AS$20.9 bilion dengan 15 sukuk disenaraikan oleh 13 penerbit yang mana dua daripadanya adalah penerbit antarabangsa.

PENINGKATAN JUMLAH KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH MEMBIMBANGKAN


Peningkatan jumlah kelahiran anak luar nikah di negara ini begitu membimbang dan menakutkan semua pihak. Angka yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini merupakan perkembangan yang memerlukan satu tindakan segera dilakukan untuk menanganinya iaitu melalui pelan tindakan yang berkesan. Ini adalah kerana sekiranya jumlah yang berdaftar sudah mencecah angka tersebut, bagaimana pula dengan yang tidak berdaftar dan sudah tentu angkanya lebih tinggi lagi.

Sementara itu, dalam jangka waktu lapan tahun iaitu dari 2000 hingga 2008 merekodkan sejumlah 257,000 kanak-kanak di negara ini yang lahir dan didaftarkan sijil kelahirannya tanpa nama ayah bayi berkenaan. Setiap tahun, kelahiran sedemikian semakin meningkat misalnya pada tahun 2007 terdapat sejumlah 16,100 telah meningkat kepada 16,541 setahun kemudian dan pada tahun lalu mencapai ke tahap 17,303. Jika mengambil kiraan purata, bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau 84 kes setiap hari atau 7 orang anak luar nikah dilahirkan bagi setiap dua jam.

Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun 2009 di mana bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) manakala pada 2007 seramai 16,100 orang. Dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam dan ini sungguh memalukan serta perlu dibendung segera agar tidak menjadi virus dalam masyarakat.

Sepanjang tempoh ini juga iaitu tahun 2004 sehingga 2009, krisis moral yang berlaku menjadi lebih parah lagi dalam masyarakat kita apabila rekod menunjukkan sejumlah 214,033 bayi dari pelbagai bangsa di negara ini iaitu angka yang sangat besar telah didaftarkan secara rasmi dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa seramai 104,834 orang dan juga 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).

Mengikut Seksyen 13 Akta 299, seseorang bayi itu boleh dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara dan ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Malahan bayi yang dilahirkan kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama menurut peruntukan undang-undang berkenaan.

Selanjutnya, bagi anak atau bayi pasangan bukan Islam pula, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa. Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009 juga, pendaftaran anak luar nikah membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Sementara itu, kebiasaannya bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam akan diletakkan nama mereka diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan daripada Asma Al-Husna iaitu nama-nama Allah seperti Abdul Rahman, Abdul Rahim, Abdul Malik dan sebagainya. Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

Berdasarkan kajian Institut Integriti Malaysia (IIM), antara punca yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial yang membawa kepada masalah kelahiran anak luar nikah tersebut ialah penyaluran maklumat tanpa batasan dan perubahan budaya masyarakat di mana sebanyak 55 peratus rakyat Malaysia dilaporkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai 'gila Internet' dan mereka mempunyai akses terhadap penyaluran maklumat melalui alam maya yang begitu luas.

Perkenalan melalui Facebook dan laman sosial lain seperti Twitter, My Space, laman berbual maya di samping SMS dan MMS yang akhirnya mengundang kepada pergaulan bebas dan sebagainya sehingga membawa kepada keterlanjuran sehingga berlakunya perzinaan yang diharamkan agama. Masalah ini berlaku jika masyarakat hari ini hilang nilai agama serta tidak lagi memiliki benteng dan integriti diri yang kuat dalam era globalisasi kini. Akibatnya, perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencatatkan sejak tahun 2004, sebanyak 506 kes membuang bayi dengan jumlah terbesar sebanyak 102 kes pada tahun 2008.

Penyebaran dan penyaluran maklumat secara berleluasa serta tidak terkawal juga menyebabkan masyarakat terutama golongan muda lebih mudah terdedah kepada budaya buruk yang bertentangan dengan ajaran agama serta amalan masyarakat di negara ini. Keadaan ini tanpa disedari secara perlahan meresap dan berakar ke dalam diri mereka serta mempengaruhi cara hidup dalam pergaulan mereka seharian. Fenomena negatif ini sangat mengerikan kerana ianya turut melibatkan generasi muda di negara ini yang bakal menjadi peneraju dan pemimpin negara ini pada masa hadapan.

Dalam hal itu, semua pihak dalam masyarakat perlu memberi tumpuan kepada didikan agama yang komprehensif bagi melaksanakan usaha pengukuhan integriti golongan belia yang merangkumi 11.8 juta atau 42 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia dengan menanamkan nilai-nilai terpuji dalam kehidupan seharian mereka seperti mengamalkan budi bahasa yang baik, berakhlak mulia, amanah dan tinggi tahap akauntabiliti masing-masing bagi mengelak menjalarnya amalan zina dalam masyarakat serta pergaulan bebas tanpa batasan.

Sehubungan itu juga, dalam usaha menangani masalah serius yang sedang membelenggu masyarakat kita ketika ini maka kerjasama bersepadu melibatkan semua pihak termasuklah beberapa jabatan terlibat termasuk polis, Jabatan Agama Islam, NGO Islam serta jawatankuasa belia dan sukan negeri perlulah ditingkatkan. Di samping itu, program motivasi, penerangan dan kursus keagamaan sedia ada hendaklah ditambah nilai dalam usaha meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda agar tidak terdedah serta terjebak dengan gejala negatif dan keji tersebut.

RUJUKAN

81,000 anak luar nikah berdaftar membimbangkan – IIM, Utusan Malaysia, 30 Jun, 2010
Bahaya bahan lucah di Internet, Utusan Malaysia, 11 Julai 2010
Kerjasama bersepadu tangani gejala anak luar nikah, Utusan Malaysia, 7 Julai 2010
17,303 anak luar nikah didaftar 2009, Berita Harian, 21 Mac 2010

Cagamas to issue new sukuk worth RM5b


Cagamas to issue new sukuk worth RM5b
By ELAINE ANG
elaine@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: Cagamas Bhd aims to issue the first tranche of its newly launched Sukuk al-Amanah Li al-Istithmar (Sukuk ALIm) – said to meet the most stringent syariah requirements including those of Middle Eastern investors – worth some RM1bil in a month’s time.

President and chief executive officer Steven Choy said the plan was “to do it within a month but it depends on circumstances and everything falling into place.”

He said the sukuk would initially target investors in the local market, for example, the more discerning investors such as the Middle Eastern banks that had set up operations here as well as Cagamas’ existing sukuk investors before turning towards the Middle Eastern markets.

“We have had some early indications and response has been very good,” he said after the launch of Sukuk ALIm under Cagamas’ RM5bil Islamic commercial paper (ICP) and Islamic medium-term note (IMTN) programmes yesterday.

The ICP and IMNT programmes have a tenure of seven and 30 years respectively and a combined aggregate limit of RM5bil.

Al Rajhi Bank Malaysia chief executive officer Ahmed Rehman said the bank had been working closely with Cagamas on the sukuk for more than a year.

He added that Sukuk ALIm was tradable in the secondary market and was expected to meet the requirements of a wider range of investors since it precluded certain principles which might be contentious to syariah.

“The significance of this sukuk is that it adheres to the strictest of compliance standards from the Middle East. As a result, it opens up the opportunity to unlock the liquidity that is in the Gulf market.

“Based on such a structure we can approach audiences in the Gulf for flow of funds into Malaysia. However, this is just the start and it has to be developed,” he said.

Sukuk ALIm could set the benchmark for future sukuk issuances particularly those targeting the Middle Eastern markets.

For the sukuk to be tradable, tangible assets must make up at least 50% of the total assets the sukuk represents with the balance made up of financial assets. The tangible assets to be considered will be property based.


The sukuk programmes have been rated AAA or equivalent by Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) and RAM Rating Services Bhd.

MARC has also maintained a stable outlook on the ratings.

“The stable outlook on the ratings incorporates Cagamas’ strong financial profile, enhanced risk management as well as the strong support framework in place,” it said in a statement.

RAM Ratings said in a statement that the ratings reflected Cagamas’ systemic importance in the domestic capital markets, robust receivables profile and solid capitalisation.

Al Rajhi Bank together with RHB Investment Bank Bhd have been appointed joint principal advisers and joint lead arrangers for the sukuk programmes.

Al Rajhi Bank and Amanie Business Solutions Sdn Bhd are the syariah advisers.

The joint lead managers are Al Rajhi Bank, RHB Investment Bank and The Royal Bank of Scotland.

In terms of issuance of sukuk, Cagamas Islamic securities represent 24.1% of the total AAA sukuk outstanding of RM13.5bil as at end June 2010.

source: http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/14/business/6657389&sec=business

related news:

Cagamas lancar sukuk ALIm

Oleh Zainab Mohd Yatim
zmy@bharian.com.my
2010/07/14
Had agregat terkumpul RM5 bilion

CAGAMAS Bhd menambah kepada pilihan pelaburan instrumen berlandaskan Syariah di negara ini, terutama untuk institusi kewangan Islam serta pelabur Asia Barat, dengan melancarkan Sukuk al-Amanah Li al-Istithmar (ALIm) dengan had agregat terkumpul RM5 bilion.

Presiden dan Ketua Eksekutif Cagamas, Steven Choy, berkata program kertas komersial (CP) dan nota jangka sederhana Syariah (IMTN) dengan tempoh matang tujuh dan 30 tahun itu juga bakal menjadi penanda aras utama industri sukuk di Malaysia.

Beliau berkata, terbitan pertama Sukuk ALIm yang dibangunkan Al Rajhi Bank Malaysia itu akan dibuat dalam tempoh sebulan dengan nilai RM1 bilion.

“Sukuk ALIm diberi penarafan ‘AAA’ atau bersamaan dengannya oleh Malaysian Rating Corporation Bhd dan RAM Rating Services Bhd itu bukan saja diterima lebih meluas dan didagangkan dalam pasaran sekunder, tetapi turut menepati kehendak pelabur yang tegas dengan pematuhan Syariah.

“Ini mencerminkan komitmen Cagamas untuk menyumbang kepada pembangunan pasaran modal Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam sejagat yang unggul.

“Kami yakin Sukuk ALIm yang berinovatif dan dibangunkan bersama dengan Al Rajhi Malaysia, akan menjadi penanda aras bagi industri sukuk di Malaysia.
“Kami percaya program yang memenuhi standard Syariah Al Rajhi sangat ketat dan rangka kerja sukuk itu juga akan diterima pelabur yang tegas dengan pematuhan berkenaan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran program baru itu, di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran program itu diikuti majlis memeterai perjanjian terbitan sukuk ALIm antara penasihat utama dan penyusun utama bersama serta pengurus utama bagi program berkenaan.

Al Rajhi bersama RHB Investment Bank (RHB) adalah Penasihat Utama dan Penyusun Utama Bersama untuk Sukuk itu, manakala penasihat syariah bagi produk berkenaan adalah antara Al Rajhi Bank dan Amanie Business Solutions Sdn Bhd.

Al-Rajhi juga akan menjadi pengurus utama program berkenaan, bersama RHB Investment dan The Royal Bank of Scotland (RBS).

Pada perjanjian itu Cagamas diwakili oleh Choy, Al Rajhi oleh Ketua Eksekutifnya, Ahmed Rehman, RHB Investment oleh Pengarah Urusannya, Chay Wai Leong dan RBS oleh Pengarah Urusannya, Andrew Sill.

Perjanjian itu disaksikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Choy berkata, sebagai penerbit utama bagi sekuriti hutang dengan penarafan AAA, selain menjadi salah satu penerbit Sukuk utama dunia, tawaran Sukuk ALIm melengkapkan terbitan program CP dan IMTN Cagamas yang kini berjumlah RM60 bilion.

Sejak memulakan operasi pada 1986, secara terkumpul Cagamas telah menerbitkan sekuriti hutang konvensional dan Islam berjumlah RM243.56 bilion.

Hingga akhir Jun lalu, jumlah terbitan dalam pasaran berjumlah RM28.2 bilion yang mana daripada jumlah itu 30.9 peratus terdiri daripada sekuriti hutang dengan penarafan AAA, manakala bagi terbitan sukuk pula berjumlah RM13.5 bilion dan 24.1 peratus adalah terbitan AAA.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CagamaslancarsukukALIm/Article/index_html

Tuesday, July 13, 2010

MENGEKANG BUDAYA VANDALISME DI DALAM MASYARAKAT


Aktiviti dan budaya vandalisme yang semakin berleluasa di negara kita adalah perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali oleh semua masyarakat serta tidak boleh dimaafkan begitu sahaja kerana ianya jelas berlawanan dengan moral dan akhlak serta ajaran agama. Perbuatan merosakkan harta benda awam dengan niat jahat ini atau lebih dikenali dikenali sebagai vandalisme kini dilihat semakin meruncing dan bagaikan tidak boleh dibendung lagi terutamanya di sekitar bandar-bandar besar di negara kita.

Aktiviti vandalisme ini begitu menyakitkan hati dan memalukan semua pihak terutamanya kepada masyarakat luar seperti pelancong yang datang bertandang ke negara kita. Antara contoh-contoh vandalisme yang terdapat di sekitar bandar-bandar besar di negara kita adalah seperti perbuatan merosakkan telefon awam, tandas awam, peralatan permainan di taman rekreasi, menconteng dinding, membuang sampah merata-rata, mencuri kabel, mencuri besi termasuklah kepala paip, meter air, penutup longkang, pagar besi penghadang jalan dan sebagainya.

Kamus Dewan Edisi Empat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendefinisikan vandalisme sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Manakala dari segi sejarah, perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah iaitu vandals yang telah membinasakan kota Rom pada tahun 445 Masihi. Secara umumnya vandalisme juga membawa maksud membuat sebarang perubahan seperti melukis, menanda, mengecat, menampal, merosakkan atau mengotorkan harta benda awam tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Perbuatan yang tidak beretika dan tidak berperikemanusiaan ini perlu dikekang segera dan semua pihak hendaklah mencari jalan penyelesaiaan yang terbaik bagi mengatasi masalah sosial ini, apatah lagi aktiviti negatif ini juga turut melibatkan generasi muda termasuklah pelajar sekolah. Golongan pelajar yang merupakan modal insan dan asset penting negara ini tidak boleh dibiarkan terdedah dengan budaya negatif vandalism yang merugikan serta tidak berfaedah ini dan mereka juga perlu dipantau dari masa kesemasa agar menjauhi serta membencinya.

Perbuatan vandalisme juga perlu diperangi oleh semua pihak agar ianya tidak menjadi budaya di dalam masyarakat kita dan merugikan banyak pihak yang terlibat serta menyusahkan orang ramai kerana melibatkan kepentingan dan keperluan awam termasuklah sekolah, pusat rekreasi, stesen perhentian awam seperti bas, kereta api, komuter dan sebagainya di mana vandalisme menyebabkan pihak berkuasa terpaksa memperbaiki dan mengganti kerosakan serta kecurian yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab ini.

Islam sendiri menghalang dan menegah perbuatan vandalisme yang boleh dikategorikan sebagai perbuatan fasad (kerosakan) seperti mana yang ditegaskan di dalam al-Quran di mana Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya". (Al Baqarah: ayat 11-12)

Oleh yang demikian, bagi mengekang budaya dan aktiviti songsang ini, maka penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang yang tegas perlu dilaksanakan terhadap pesalah vandalism di mana di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991 memperuntukkan sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan. Walaupun peruntukan undang-undang ini nampak agak ringan, namun mungkin sudah tiba masanya kita mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah vandalisme seperti yang telah dilaksanakan di negara-negara maju lain.

Pelaksanaan undang-undang lain seperti menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat sosial dan masyarakat misalnya seperti mencuci dan mengecat tandas awam, membersih kawasan awam seperti taman permainan dan sebagainya juga wajar dilaksanakan di mana mereka juga boleh diarahkan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme sebagai pengajaran kepada mereka yang terlibat agar tidak mengulangi perbuatan tersebut di masa hadapan serta menjadi teladan kepada semua. Ini adalah kerana aktiviti vandalisme bukan perkara main-main dan boleh dianggap mudah oleh segelintir masyarakat kita terutamanya generasi muda.

Tiada kesedaran sivik dan kurangnya nilai murni di kalangan segelintir masyarakat serta pengaruh rakan sebaya juga menjadi faktor kes vandalisme membabitkan harta benda awam terus berlaku di mana memerlukan kerjasama semua pihak dalam usaha mengatasinya. Peranan ibu bapa, guru-guru, tokoh masyarakat, alim ulama, ahli politik dan sebagainya wajar digembleng bagi mencari formula paling berkesan mengekang budaya kuning yang tidak sihat ini. Pihak media juga sama ada cetak atau elektronik perlu memainkan peranan dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat tentang masalah kronik ini agar tidak menjadi barah di dalam masyarakat di negara kita.

Rujukan

Terjemahan al-Quran
S.M Mohamed Idris. 2008. Kita masih bergelut dengan vandalisme, Utusan Malaysia, 24 April
Vandalisme kian meruncing, Utusan Malaysia, 13 Julai 2010

Monday, July 12, 2010

Vandalisme di Kalangan Remaja


Vandalisme di Kalangan Remaja

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme

i. Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

ii. Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

iii. Pengaruh Media Massa

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat

Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Langkah-langkah

i. Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.

ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.

iv. Peranan Media Massa

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.

Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.

sumber: http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=BM&b=FEB&m=1&r=m&i=NOTA

Thursday, July 08, 2010

Malaysia mungkin terkena tempias kemelesetan ekonomi berganda: Dr M


Berita Harian Online | Malaysia mungkin terkena tempias kemelesetan ekonomi berganda: Dr M

KUALA LUMPUR: Malaysia kemungkinan berdepan dengan kemelesetan ekonomi berganda sekiranya keadaan ini berlaku di negara Eropah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang baru pulang dari lawatan ke England, berkata terdapat tanda-tanda akan berlakunya kemelesetan ekonomi berganda di negara Eropah dan perkara ini secara tidak lansung akan mempengaruhi keadaan ekonomi negara.

"Saya baru balik (dari England). Di Eropah (kemelesetan ekonomi berganda) akan berlaku. Kalau jadi di sana, kita pun mungkin berjangkit jugalah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Kontrak antara Iris Corporation Bhd dan Koperasi Atlet Malaysia Bhd di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan ramai ahli ekonomi dan penganalisis bahawa akan berlaku kemelesetan ekonomi global berganda pada separuh kedua tahun ini dan sama ada ekonomi Malaysia akan menerima nasib yang sama.

Walaupun pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai pelan ekonomi dan langkah-langkah yang progresif termasuk Model Baru Ekonomi (MBE), Dr Mahathir berkata adalah sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan kerana apa juga yang berlaku di luar negara, tempiasnya akan terkena juga pada Malaysia.

"Kerajaan telah melakukan pelbagai langkah tetapi kita tak boleh meramalkan (apa yang akan berlaku pada masa akan datang) kerana apa yang berlaku di luar turut mempengaruhi kita," katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kemungkinan akan berlaku kelembapan pada separuh kedua tahun ini berikutan faktor luaran.

Seorang ahli perbankan terkemuka juga telah menyatakan bahawa data yang diumumkan baru-baru dari Amerika Syarikat dan Eropah menjangka berlaku kemelesetan di dalam ekonomi global. - BERNAMA

Judge: Adviser, arranger of private debt securities just as liable as issuer


Court decision will impact future private debt security issues

PETALING JAYA: In a judgement that will likely send ripples in the private debt securities (PDS) market, the High Court ruled that the adviser and arranger of such issues were just as liable as the issuer for losses suffered by bondholders.

The Singapore Business Times in a recent report said the judgement by Justice Mary Lim, based on an RM149mil lawsuit filed by 10 local financial institutions against bond issuer Pesaka Astana (M) Sdn Bhd, would “radically raise the bar on standards governing private debt issues in Malaysia.”

Although Pesaka Astana and related companies, which were associated with Rafie Sain, had entered into a consent judgement in favour of the financial institutions back in 2008, the lawsuit was unprecedented because it also named the deal’s independent advisers as defendants.

Others named in the suit included Mayban Trustees Bhd and KAF Discounts Bhd, the arranger of the deal, both of whom have opted to go to trial.

Malaysian Rating Corp Bhd chief executive officer Razlan Mohamed said the case underscored the importance of corporate governance.

“I think this case goes to show that the parties advising the bond issues, including the rating agencies, have to emphasise the importance of governance,” he told StarBiz.

According to the newspaper, the plaintiffs’ core argument was that they had gone into the deal on the basis of an information memorandum by KAF Discounts that was “false and misleading” while Mayban failed to exercise the necessary care and due diligence expected of a trustee.

Lim said in a verbal judgement that the plaintiffs had depended on the information memorandum to make informed investment decisions.

She said the information was in the memorandum and “therefore it is KAF’s liability in the event of any misstatement therein.”

In a statement to StarBiz, Mayban said it was reviewing the decision made by the High Court on June 30 in awarding judgement against it and another defendant in a suit filed in 2005 by holders of the bonds issued by Pesaka Astana, and “is actively considering the appropriate course of action.”

Mayban said the judgment delivered by the High Court “has no impact to the business operations of the company and that it has in place a strong team of professionals with priority chiefly on protecting the interest of all stakeholders and upholding best standards of service and management practice.”

Meanwhile, Aberdeen Asset Management Sdn Bhd managing director Gerald Ambrose said it looked like a clear case of a misallignment of the advisers’ and investors’ objectives.

“The judgement is a landmark because the traditional rule of ‘caveat emptor’ has been overruled as the adviser and arranger of the issue were also held culpable. The judge has ruled that the original issue documents were misleading and that the trustees were irresponsible,” he noted.

The local financial institutions had filed the suit in late 2005 against Pesaka Astana, a company that supplied fire-fighting and military vehicles to the Defence Ministry.

The company had defaulted in September 2005 on RM140mil worth of Islamic debt securities issued in April 2004.

According to the newspaper, despite the consent judgement, nothing had been paid and the decision by the court took as long as it did due to claims and counterclaims by various parties.

The 10 plaintiffs included Malaysia Discounts Bhd, CIMB Bank Bhd, Abrar Discounts Bhd, Avenue Invest Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Commerce Life Assurance Bhd, Malaysian Assurance Alliance Bhd, Southern Investment Bank Bhd, Universal Trustee (M) Bhd and BHLB Trustee Bhd.

The Singapore Business Times said the suit underscored a newly-found ruthlessness in Malaysian financial litigation as at least two of the litigants on both sides of the suit were government-linked companies.

“Malayan Banking Bhd and CIMB are both majority state-owned and might have resorted to quiet, and state-brokered, mediation in less competitive times,” the newspaper said.

source: http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/8/business/6625242&sec=business

Thursday, July 01, 2010

Aktiviti pasaran sukuk semakin baik


Berita Harian Online | Aktiviti pasaran sukuk semakin baik

AKTIVITI dalam pasaran sukuk semakin baik selepas berakhirnya krisis kewangan global, didorong oleh pengukuhan kecairan dan pasaran mudah tunai, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Tan Sri Zarinah Anwar.

Beliau berkata, langkah menambah baik struktur secara konsisten serta usaha mengembangkan konsep syariah juga memberi sedikit kesan kepada pasaran sukuk. “Kita sudah melihat pembangunan pasaran sukuk yang positif pada akhir krisis kewangan yang mana terbitan pasaran global tahun lalu meningkat kepada AS$23 bilion (RM74.52 bilion) daripada AS$19 bilion (RM61.56 bilion) pada 2008.

“Daripada jumlah terbitan 2009, sebanyak AS$9.7 bilion (RM31.42 bilion) datangnya dari Malaysia dan ini menunjukkan permintaan bagi sukuk secara amnya amat memberangsangkan,” katanya pada Forum Pasaran Modal Islam Antarabangsa yang keempat di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengarah Urusan SC, Datuk Dr Nik Ramlah Mahmood.

Forum berkenaan meliputi pelbagai isu berkaitan pertumbuhan dan pembangunan sukuk secara global, dari rangka kerja kawal selia sukuk termasuk isu rentas sempadan, cukai dan perakaunan, rangka kerja tadbir urus syariah dan pelbagai komponen yang menjadikan sukuk sebagai pelaburan berkesan.

Zarinah berkata, pertambahan minat mengumpul dana menerusi terbitan sukuk di pasaran industri pengurusan dana Islam global juga menunjukkan pertumbuhan kukuh.
“Terbitan terkini sukuk kedaulatan Malaysia mendapat sambutan tinggi dengan lebihan langganan sebanyak hampir lima kali ganda daripada pelabur Asia Barat, Asia, Amerika Syarikat dan rantau lain,” katanya.

Situasi itu, katanya, mengukuhkan lagi penerimaan pelabur antarabangsa terhadap terbitan bon Islam sebagai instrumen pelaburan alternatif yang berdaya maju, walaupun masih terdapat cabarannya.

Katanya, antara cabaran dalam penerbitan sukuk membabitkan hak pelabur dan tuntutan ke atas aset mereka, serta tanggungjawab penerbitnya untuk bertindak secara telus dan adil.

“Pasaran sukuk turut berdepan dengan cabaran lain termasuk menetapkan piawaian dan kaedah menganalisis umum. Ia bagi membolehkan sukuk dinilai secara standard daripada hanya dinilai menerusi kajian ketekunan,” katanya.

Sementara itu, pada sidang medianya, Zarinah berkata, SC setakat ini sudah menerima dan menyiasat 40 kes salah laku dan salah urus syarikat senaraian awam.

Katanya, sejak SC mempertingkatkan langkah kawal selia dan pemantauan, terdapat peningkatan tinggi dari segi kesedaran mengenai isu salah laku korporat.

“Sejak beberapa tahun ini, kami sudah menerima banyak maklumat berhubung salah laku dan salah urus syarikat membabitkan syarikat senaraian awam.

“Kami juga mendapati pemegang saham lebih berhati-hati dan lebih bertanggungjawab dalam menyalurkan maklumat yang lebih tepat. Perkara ini menunjukkan pembangunan yang baik dalam mewujudkan pasaran yang berdisiplin,” katanya.

Zarinah turut menjelaskan siasat yang dijalankan terhadap 19 saksi termasuk wartawan berhubung isu salah laku korporat, Kenmark Industrial Company (Malaysia) Bhd adalah prosedur biasa bagi memperoleh bukti.

Katanya, soal siasat berkenaan telah dijalankan dengan baik oleh pegawai SC yang terlatih dan profesional.

“SC telah ditetapkan untuk melindungi pelabur dengan memastikan pasaran kita telus dan adil dalam usaha memastikan tahap keyakinan pelabur dalam pasaran tempatan adalah tinggi,” katanya SC telah menerima kerjasama yang sangat baik daripada saksi termasuk pihak media.