Industri Takaful punya potensi berkembang

Industri Takaful punya potensi berkembang 14/07/2010 4:04pm KUALA LUMPUR 14 Julai - Industri takaful mempunyai potensi yang besar untuk terus berkembang pada masa depan berikutan bertambahnya permintaan terhadap produk takaful, bukan sahaja di kalangan umat Islam malah bukan Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pada masa ini industri itu mencatatkan penembusan pasaran sebanyak lapan peratus berbanding enam peratus pada tiga tahun yang lepas. "Walaupun industri takaful masih dianggap baharu berbanding industri insurans, penembusan pasaran sebanyak lapan peratus itu sudah cukup besar bagi industri yang masih dianggap baharu itu," katanya. Jamil Khir berkata, industri takaful di negara ini menyumbang sebanyak RM3.5 bilion pada tahun 2009, dengan sumbangan takaful keluarga sebanyak RM2.1 bilion. Beliau juga berkata, pada tahun lepas, jumlah ejen takaful di Malaysia seramai 88,895, dengan 55,898 daripadanya terdiri daripada ejen takaful keluarga. - Bernama sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm

Comments

Popular Posts