Saturday, January 08, 2011

Chile, Brazil, Argentina, Bolivia, Ecuador dan Uruguay iktiraf Palestin negara 'berdaulat'


Chile iktiraf Palestin negara 'berdaulat'

2011/01/08

SANTIAGO: Chile hari ini menyusuli beberapa negara Amerika Selatan dengan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka dan berdaulat, kata Menteri Luarnya, Alfredo Moreno.

“Kerajaan Chile hari ini menerima resolusi untuk mengiktiraf negara Palestin sekarang sebagai negara bebas, merdeka dan berdaulat," katanya dengan membaca deklarasi Kementerian Luar. Beliau berkata, President Chile, Sebastian Pinera akan melawat Israel dan Palestin pada 4 dan 5 Mac ini.

Tahun lalu, Brazil, Argentina, Bolivia dan Ecuador mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka. Uruguay pula dilaporkan akan menyusul tahun ini.

Dalam deklarasi itu, kerajaan Chile bagaimanapun tidak menyebut 'sempadan' wilayah negara Palestin seperti jirannya yang lain yang menyatakan ia "dalam lingkungan sempadan pada 1967".

Sempadan 1967 adalah sempadan yang asal sebelum Israel menawan Tebing Barat, termasuk east Jerusalem dan Semenanjung Gaza yang mencetuskan konflik Arab-Israel atau lebih dikenali senagai "Perang Enam Hari" (Six Day War).

Cuba, Venezuela, Nicaragua dan Costa Rica sebelum ini turut mengiktiraf negara Palestin. - AFP

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ChileiktirafPalestinnegara_berdaulat_/Article/index_html

2 comments:

Insan Marhaen said...

sekadar iktiraf aje la, ya..

mohamadsofee said...

biasa la, sheikh...