Wednesday, February 09, 2011

Banduan Hafiz Al-Quran akan diberi pengampunan


Banduan Hafiz Al-Quran akan diberi pengampunan

Manama: Banduan yang menghafal al-Quran layak diberikan pengampunan, kata Kementerian Hal Ehwal Agama Islam di Kuwait.

Keputusan terbabit adalah sebahagian daripada usaha untuk memulih banduan dan membantu mereka untuk berhadapan dengan masyarakat.

“Kuwait memilih program pendekatan agama sebagai sebahagian daripada dasar memulih banduan,” kata kementerian terbabit yang dipetik media tempatan.

“Di bawah program terbabit, tahanan menghadiri kuliah dan pembelajaran al-Quran untuk memberikan latihan kepada sikap mereka. Kejayaan mereka akan membolehkan mereka untuk menerima pengampunan ketua negara.”

Kementerian itu berkata, 137 tahanan terbabit dalam program itu, berkurangan daripada lebih 200 dalam program yang sama tahun sebelumnya.

Pada masa ini, tiada peraturan khusus membenarkan tahanan yang mengingati ayat dalam kitab suci itu untuk dimasukkan dalam senarai pengampunan, kata Kementerian Kehakiman. – Agensi

sumber: Berita Minggu, 6 Februari 2011

No comments: