Bahaya Qazaf: Masyarakat Perlu Berpegang dengan Adab dan Akhlak Mulia -IKRAM


Kenyataan Media Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) 20 Rabiul Akhir 1432 bersamaan Jumaat 25 Mac 2011 Masyarakat Perlu Berpegang dengan Adab dan Akhlak Mulia Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang berat tuduhan salahlaku seks terhadap ketua pembangkang. Isu yang ditimbulkan dan cara pendedahannya mencerminkan keaiban masyarakat kita. Ia menimbulkan persoalan sama ada masih wujud saluran amr makruf nahi mungkar. Ia bagaikan tidak mengutamakan pandangan agama, adab dan tata susila. Apa pun motif pendedahan ini, IKRAM ingin mengingatkan, dalam Islam, tuduhan melakukan zina memerlukan bukti dan persaksian yang kukuh dan kegagalan membawa saksi yang cukup mendedahkan penuduh kepada jenayah Qazaf. IKRAM juga memandang berat perbuatan membuat, memperoleh, memiliki dan menayangkan video lucah. Ia merupakan satu jenayah menurut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. Maruah semua yang terlibat dan berkaitan harus dijaga. Penuduh bertanggungjawab membuktikan tuduhannya. Jika penyiasatan membawa kepada pendakwaan, tertuduh perlu diberi hak untuk membela diri. Kita perlu berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahannya (Innocent until proven guilty) IKRAM menggesa supaya: 1. pihak Polis menjalankan penyiasatan yang rapi, 2. institusi-institusi media rasmi dan persendirian menyebarkan maklumat-maklumat secara tepat, adil dan bertanggungjawab, 3. masyarakat menghindar dari membuat sebarang tanggapan sehingga penyiasatan dan proses undang-undang (due proses) selesai, 4. masyarakat berpegang teguh dengan adab dan akhlak yang mulia di dalam kehidupan. Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Comments

Popular Posts