Thursday, June 30, 2011

Keluarga 'sandwich' hadapi tekanan


Keluarga 'sandwich' hadapi tekanan

Oleh Norakmah Mat Youb
norakmah@bharian.com.my
2011/06/30

Satu daripada empat keluarga di empat negeri berdepan masalah emosi kerana wang

KUALA LUMPUR: Sebanyak 111,401 atau satu bagi setiap empat keluarga di ibu kota didapati menghadapi tekanan emosi dan mental yang teruk kerana tergolong dalam keluarga 'sandwich' kerana kemampuan kewangan mereka terhad.

Sindrom keluarga ‘sandwich’ adalah istilah digunakan bagi pasangan yang perlu menanggung anak sendiri disamping terpaksa menjaga ibu bapa mereka, iaitu tiga generasi duduk dalam satu rumah. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Banci Penduduk Perumahan Malaysia 2010 juga mendapati selain Kuala Lumpur, masalah itu turut serius di Selangor, Perak dan Terengganu.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata saiz isi rumah keluarga di Kuala Lumpur yang rendah iaitu purata empat orang setiap keluarga turut menyebabkan beban untuk menjaga ibu bapa mereka terpaksa dikongsi jumlah anak yang sedikit.

Beliau berkata, situasi itu akan menjadi lebih serius dan membimbangkan terutama bagi pasangan muda yang tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menguruskan keperluan anak dan ibu bapa serentak.

"Cabaran itu tidak boleh diambil ringan kerana tuntutan keluarga dan kerjaya memberi tekanan emosi dan mental sekiranya khidmat sokongan keluarga tidak disediakan pihak berwajib," katanya kepada pemberita selepas taklimat Dasar Keluarga Negara di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi LPPKN, Tan Sri Napsiah Omar.

Sehubungan itu, Aminah menyarankan kerajaan supaya menyediakan khidmat sokongan lebih komprehensif seperti mempermudahkan peraturan bagi pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas, selain mengkaji semula dasar yang tidak mesra keluarga di tempat kerja.

Katanya, semua dasar kerajaan berhubung isu kekeluargaan perlu diambil kira dalam setiap perancangan dan pembangunan bagi memperkasakan ketiga-tiga generasi keluarga sandwich itu.

LPPKN kini mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan mengenai Dasar Keluarga Negara (DKN).

Aminah berkata, cadangan dan maklumat yang diperoleh sepanjang sesi jelajah di seluruh negara itu akan disampaikan kepada kerajaan sama ada bagi menambah baik dasar sedia ada atau menggubal dasar baru.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Keluarga_sandwich_hadapitekanan/Article

Tuesday, June 28, 2011

THE RIGHT TO HOLD PEACEFUL ASSEMBLIES


SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA
HUMAN RIGHTS COMMISSION OF MALAYSIA

Tel: 603-2612 5600

TINGKAT 11, MENARA TH PERDANA, Fax: 603-2612 5620
JALAN SULTAN ISMAIL, Email:humanrights@suhakam.org.my
50250 KUALA LUMPUR Web:www.suhakam.org.my

“Hak Asasi Untuk Semua”
“Human Rights For All”


EDITOR, NEWS DESK FOR IMMEDIATE RELEASE
PRESS STATEMENT

THE RIGHT TO HOLD PEACEFUL ASSEMBLIES
MUST BE PROTECTED


The Human Rights Commision of Malaysia (SUHAKAM) refers to the peaceful assembly being planned by the Coalition for Free and Fair Elections (Bersih), scheduled for 9 July 2011, and also to those reportedly planned by UMNO Youth & Perkasa, and reiterates its position that it is the right of members of the public to assemble and to express their views in a peaceful manner, as provided under Article 10(1)(b) of the Federal Constitution, as well as Article 20(1) of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR).

The Commission recalls the recommendations it had made in the past for the Government to respect the freedom of assembly, as contained in, among others, its Annual Reports to Parliament, as well as its requests for the repeal of of sub-sections (2), (2A)-(2D),(4),(4A), (5),(5A)-(5C),(7) and (8) of Section 27 and Section 27A of the Police Act 1967, and its recommendation that where the Police finds it necessary to control or disperse a crowd during an assembly, proportionate and nonviolent methods should be employed.

The Commission calls on the authorities to allow the planned peaceful assemblies to be held, and on the parties intending to hold these assemblies to exercise their rights in a peaceful and responsible manner. The Commission shall duly monitor the event.

TAN SRI HASMY AGAM
Chairman
The Human Rights Commission of Malaysia

28 June 2011

Sunday, June 26, 2011

Respect the right for a clean and peaceful walk


Press Release



Respect the right for a clean and peaceful walk

Much has been said about the proposed BERSIH 2.0 rally calling for a clean and fair electoral process. This is scheduled to take place on 9 July 2011. Other groups have also announced their own plans for a rally to take place on the same day. Police reports have been lodged against BERSIH 2.0 opposing the rally, and there have been calls to arrest the organisers of the BERSIH 2.0 march under the Internal Security Act 1960.

It should be recalled that it was the United Malays National Organisation (“UMNO”), led by Dato’ Onn Jaafar, the then-President of UMNO and the grandfather of our present Minister for Home Affairs, which led the public to the streets nationwide to protest the setting up of the Malayan Union. Subsequent UMNO leaders have also led street demonstrations, for example to call for independence, and those in support of the Palestinians.

Public rallies have therefore been very much a part and parcel of our history, whether to protest against the injustices of colonial administration, or other injustices, such as those we are currently experiencing with respect to our electoral system. Those who say that street protests are not a part of our culture are clearly ignorant of our nation’s rich history.

A public march is very different from an event held in a stadium or other fixed venue. The purpose of a public demonstration is to invite public attention to a particular cause or concern. The right to advocate one’s views and opinions in the public arena in a peaceful manner is a foundational human rights principle.

The response in the past, and the response which ought to be adopted today, is to respect the right to assemble and walk in support of a cause. This is a fundamental feature of democracy, contained in the Universal Declaration of Human Rights (“UDHR”), which was passed by the General Assembly of the United Nations in 1948. Malaya in 1957, and Malaysia in 1963, embraced and accepted the UDHR when admitted to the United Nations. Our Federal Constitution enshrines the right to freedom of assembly and expression in Article 10.

The Royal Commission to Enhance the Operation and Management of the Royal Malaysia Police (headed by Tun Mohd Dzaiddin), which reported in May 2005, recommended to the Yang Di-Pertuan Agong that section 27 of the Police Act 1967 – requiring a permit for a public rally – be abolished. The Human Rights Commission of Malaysia, SUHAKAM, has made a similar recommendation to the government on several occasions.

The Malaysian Bar supports and defends this fundamental freedom, and calls upon the government to do likewise. We point to the positive and salutary examples that the Polis DiRaja Malaysia (“PDRM”) demonstrated in cooperating with the organisers of the “Walk and Rawk for Change” (held on 26 March 2011), and the two anti-Lynas rallies (on 30 March 2011 and 20 May 2011). In these three events, PDRM allowed a public rally and demonstration to take place, notwithstanding that no police permit had been applied for. The police monitored the routes and managed traffic flows in order to allow those participating in these marches to walk and express their viewpoints in safety.

PDRM has therefore shown that it is possible for peaceful public rallies to take place when organisers of such gatherings and the police cooperate with each other. This occurs regularly in more mature democracies, and it has happened in Malaysia. We should allow such practices to continue.

With proper liaising and co-operation, we feel that it IS possible for PDRM and the organisers of the BERSIH 2.0 march, and any other walks, to work together to allow for the public to exercise their fundamental rights in a clean, peaceful and responsible manner. Let us use this opportunity to promote, enhance and celebrate democracy.

Lim Chee Wee
President
Malaysian Bar

23 June 2011

Friday, June 24, 2011

IKRAM sokong tuntutan BERSIH


KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyokong penuh tuntutan lapan perkara yang diperjuangkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), demikian ditegaskan Ahli Jawatankuasa IKRAM Pusat, Hj Nahar Mohd Nor. Beliau berucap di hadapan lebih 700 hadirin yang penuh sesak di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dalam majlis pelancaran Himpunan BERSIH 2.0 pada Ahad lalu.

Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah:

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas dan adil
5. Tempoh berkempen minimum 21 hari
6. Perkukuh institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor



Hj Nahar (kanan) yang berucap mewakili IKRAM menegaskan bahawa semua tuntutan tersebut penting bagi memastikan keputusan pilihan raya selepas ini tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Ia juga bagi memastikan pihak yang menang mendapat mandat yang jelas daripada rakyat untuk memerintah negara.

"Sekiranya proses pilihan raya dan keputusannya diragui, IKRAM khuatir akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti di Ivory Coast (dan Kenya)," ujarnya.

IKRAM merupakan anggota BERSIH 2.0 yang turut disertai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, manakala Setiausaha Agung IKRAM, Hj Zaid Kamaruddin adalah salah seorang daripada 14 ahli jawatankuasa induknya.

BERSIH 2.0 telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan perhimpunan besar-besaran kali kedua pada 9 Julai depan bagi menuntut lapan perkara asas tersebut. Ia bertujuan membersihkan proses pilihan raya di negara ini dan memastikan ia dijalankan secara telus dan adil.

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkali-kali menegaskan bahawa gabungan kali ini tidak dipengaruhi 'tangan-tangan politik' di belakangnya kerana BERSIH 2.0 adalah gerakan rakyat untuk rakyat.

Beliau turut memberi jaminan kepada polis bahawa perhimpunan yang dirancang nanti adalah aman sepertimana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan BERSIH pertama pada November 2007.

Ambiga mengajak semua pihak termasuk Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) menyertai perhimpunan tersebut bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

"Ia sebenarnya bagus untuk BN juga kerana akan menaikkan kredibiliti BN," katanya.

Perhimpunan pada 9 Julai ini akan melibatkan tiga lokasi iaitu pusat membeli belah Sogo, Masjid Kampung Baru dan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.



Lebih menarik, ia turut akan diadakan serentak oleh warga Malaysia di luar negara iaitu di Canberra dan Sydney, Australia, di London, England dan di Taiwan.

Selain Hj Nahar, wakil-wakil NGO lain yang berada di atas pentas turut diberi peluang untuk menyuarakan pandangan masing-masing. Sasterawan Negara, A Samad Said (Pak Samad) yang dijemput khas juga berucap menyatakan sokongan tidak berbelah bahaginya kepada Himpunan BERSIH 2.0.



Walaupun BERSIH 2.0 tidak melibatkan parti-parti politik, wakil-wakil mereka dari PAS, Parti Keadilan Rakyat, DAP, SAPP dan Parti Rakyat Malaysia turut hadir dan berucap. Bagaimanapun, tiada wakil dari pihak yang menentang BERSIH tampil ke hadapan apabila dijemput oleh pengerusi majlis, Haishamuddin Rais.

Majlis diakhiri dengan perarakan simbolik membawa masuk lapan sepanduk yang setiap satunya tertera tuntutan BERSIH 2.0 diiringi paluan gendang yang menggegarkan segenap pelosok dewan.

Tuesday, June 21, 2011

Pembantu rumah lulus diploma OUM

Pembantu rumah lulus diploma OUM
Oleh R Sittamparam
sittam@nstp.com.my
2011/06/20



SARMINI menunjukkan surat jemputan ke majlis konvokesyen kepada Phooi Khuan dan anak majikannya di rumah mereka di Damansara Utama, kelmarin.Warga Indonesia belajar separuh masa dapat CGPA 3.39.

KUALA LUMPUR: Warga Indonesia, Sarmini Muhyadi, 28, yang bekerja sebagai pembantu rumah sejak tujuh tahun lalu bersama sebuah keluarga di Damansara Utama di sini, berjaya menamatkan pengajian bidang pengurusan secara separuh masa di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) hujung tahun lalu.

Anak kelahiran Kampung Banyumas, Jawa Tengah itu yang memperoleh mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39 akan menerima Diploma Pengurusan pada hari ketiga Konvokesyen ke-10 OUM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Majikannya, Tan Choo Tang, 56, yang juga pensyarah bidang reka bentuk industri dan isteri, Wee Phooi Khuan, 47, bersama anak serta beberapa ahli keluarga mereka yang lain banyak membantu Sarmini menamatkan pengajiannya terutama dari segi pengajaran bahasa Inggeris.

“Majikan sentiasa menganggap saya sebagai ahli keluarga mereka selain memberi layanan baik sehingga sanggup membiayai sebahagian daripada kos pembelajaran di OUM. Tanpa mereka tidak mungkin saya mengecapi kejayaan ini.

“Saya datang bekerja ke Malaysia sebagai pembantu rumah bertujuan mengumpul duit dan mahu menyambung pelajaran sebelum menjadi guru dalam bidang keagamaan di salah sebuah sekolah kerajaan di Indonesia.

“Hari ini, saya gembira kerana mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris selain mempelajari penggunaan komputer dan turut mahir dalam teknologi maklumat dan komunikasi, ” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Sarmini berkata, adik ipar Choo Tang, Wee Chooi Khean yang bekerja sebagai pengurus syarikat buku turut membantunya dalam tugasan pengajian selain sanggup menghantarnya ke OUM untuk menduduki peperiksaan.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PembanturumahlulusdiplomaOUM/Article/index_html

Sunday, June 19, 2011

Di sebalik kejayaan Erdogan


Di sebalik kejayaan Erdogan

Oleh Zin Mahmud

Walaupun parti pimpinan Recep Tayyip Erdogan memenangi pilihan raya umum Turki Ahad lalu, tetapi kegagalannya untuk memperoleh majoriti bagi mengubah perlembagaan membuatkannya berlembut dengan pihak pembangkang.

“Rakyat telah memberikan mesej bahawa perlembagaan baru harus digubal melalui tolak ansur, rundingan dan kesepakatan,” ujar Perdana Menteri itu selepas pengumuman keputusan pilihan raya bermakna itu.

Sebenarnya, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) atau Adalet ve Kalkinma Partisi itu hanya kekurangan empat kerusi untuk memperoleh 330 kerusi majoriti baginya membolehkan mengubah perlembagaan.

Namun keputusan pilihan raya itu merupakan paling cemerlang bagi mana-mana parti politik dalam sejarah Turki.

AKP meraih 49.9 peratus undi yang merupakan prestasi terbaiknya dan menjadikannya satu-satunya parti Turki yang memenangi tiga kali pilihan raya berturut-turut di samping memperbaiki kedudukannya sejak ia berkuasa pada tahun 2002.

Perlembagaan baru yang diperjuangkan AKP bersifat liberal yang boleh diterima oleh Kesatuan Eropah (EU) bagi menggantikan legasi rampasan kuasa tentera tahun 1980.

Walaupun banyak pihak politik di EU memandang serong kepada Turki, apatah lagi AKP sendiri yang disifatkan sebagai parti Islam bertopengkan liberal, Erdogan meneruskan agenda demokratiknya.

Tetapi setelah dua penggal mentadbir Turki, terdapat tanggapan bahawa walaupun perlembagaan liberal berjaya digubal oleh AKP kelak, EU tidak akan menerima negara itu.

EU menolak Turki bukan kerana negara itu tidak demokratik seperti yang sering dijadikan alasan, tetapi negara itu disifatkan sebagai sebahagian daripada dunia Islam yang tidak menepati dengan jati diri Eropah.

Dalam hal ini pula, Erdogan berpendirian jelas dalam soal jati diri Turki sebagai sebuah negara Islam. Sokongannya terhadap Palestin adalah jelas dengan hubungan baiknya dengan negara-negara Islam lain, termasuk Iran, yang dimusuhi Barat.

Maka tidak hairanlah jika Erdogan berjaya menerapkan perlembagaan baru kelak, maka beliau akan mendedahkan kepada dunia tembelang Barat. Iaitu betapa negara-negara Barat khususnya EU walaupun melaungkan gagasan liberal dan demokrasi, tetapi hakikatnya mereka masih terperangkap dengan sifat perkauman dan keagamaan.

Demokrasi

Nampaknya Barat tidak akan menerima Turki sebagai sebuah negara Eropah walaupun ia mengamalkan demokrasi, liberalisme dan sekularisme yang serupa dengan nilai-nilai Barat. Penolakan mereka adalah kerana Turki beragama Islam dan berketurunan Asia. Tidakkah itu sifat perkauman dan tidak demokratik?

AKP sendiri adalah sebuah parti berfahaman konservatif, tengah-kanan dan mendokong liberalisme ekonomi.

Walaupun Erdogan serta banyak pemimpin dan pendokongnya memulakan penglibatan mereka dalam politik sebagai aktivis Islam tetapi beliau mengisytiharkan bahawa AKP ”tidak berteraskan pada agama”.

Beliau mahu dunia mengetahui bahawa AKP bukannya sama dengan parti-partinya sebelum ini.

Ini kerana Erdogan bermula sebagai aktivis gerakan politik Islam. Bukan saja beliau datang daripada keluarga yang kuat berpegang pada agama tetapi juga adalah merupakan lulusan Sekolah Tinggi Vokasional Agama Imam Hatip.

Di Universiti Marmara, beliau aktif dalam Kesatuan Pelajar Kebangsaan Turki yang anti-komunis. Pada tahun 1976, ketika berusia 18 tahun, beliau menjadi pemimpin pemuda Parti Penyelamat Kebangsaan atau Milli Selamat Partisi (MSP) yang berasaskan Islam.

MSP ditubuhkan pada tahun 1972 oleh Necmettin Erbakan. Ia dibubarkan selepas rampasan kuasa tentera tahun 1980 yang menghalang demokrasi dan mengharamkan parti Islam.

Erbakan kemudian menggantikan MSP dengan Parti Kebajikan (Parti Refah) pada tahun 1983 yang menetapkan fahamannya sebagai Islamis.

Erdogan menyertai Parti Refah dan memenangi kerusi di parlimen pada tahun 1991 tetapi dihalang oleh pihak tentera.

Apabila beliau menang pilihan raya Datuk Bandar Istanbul atas tiket Parti Refah, banyak pihak bimbang beliau akan mengenakan undang-undang Islam. Tetapi sebaliknya beliau bersikap pragmatik dan tumpuannya adalah pada soal kebajikan rakyat Istanbul.

Bagaimanapun, Parti Refah diisytiharkan haram kerana dianggap bercanggah dengan sekularisme pada tahun 1998. Erdogan pula dipenjarakan atas dakwaan membaca puisi Islamis dan diharamkan aktif sehingga tahun 1999.

Justeru Erdogan menubuhkan AKP yang menang besar dalam pilihan raya tahun 2002. Bagaimanapun beliau hanya boleh menjadi perdana menteri setahun kemudian,

Banyak tafsiran tentang fenomena Erdogan dan AKP kepada bukan saja politik Turki tetapi dunia.

AKP adalah parti yang mewarisi parti-parti Islam Turki sebelumnya, iaitu Parti Refah, MSP dan Parti Kaedah Kebangsaan atau Milli Nizam Partisi, MNP.

Parti ini ditubuhkan oleh Erbakan pada tahun 1970 dengan fahaman apa yang disebut sebagai Milli Gorus, iaitu fahaman bagi pelaksanaan Islam di peringkat kebangsaan, MNP diharamkan setahun kemudian kerana dianggap bercanggah dengan sekularisme. Selepas inilah Erbakan menubuhkan MSP.

Erbakan boleh dianggap sebagai pelopor politik keislaman Turki. Erbakan berjaya menjadi Perdana Menteri pada tahun 1997 melalui Parti Refah. Tetapi beliau dipaksa melepaskan jawatan setahun kemudian.

Pengalaman Erbakan dan parti-parti pimpinannya dalam berdepan dengan pihak tentera dan fahaman sekularisme mendorong Erdogan memikir kaedah lain untuk mendapatkan kuasa.

Sudah tentu jika berpegang kepada fahaman politik Islam, mereka akan terus diganggu, ditekankan dan diharamkan oleh pihak tentera, maka Erdogan mengambil langkah berbeza apabila menubuhkan AKP.

Parti beliau diisytiharkan sebagai tidak berasaskan pada agama bagi mengelakkan pengharaman seperti mana parti-parti islam terdahulu. Inilah kaedah Erdogan yang telah juga dikritik oleh rakan-rakan seperjuangannya dalam Parti Refah dahulu.

Tetapi ternyata setelah berjaya memegang kuasa selama dua penggal dan menang pilihan raya ketiga, ditambah pula dasar-dasarnya dianggap pragmatik serta popular, baik semasa menjadi Datuk Bandar Istanbul mahukan semasa perdana menteri ini, maka tentu beliau menarik perhatian dunia.

Adakah cara Turki ini lebih berjaya berbanding Iran? Dalam pemerintahannya, Turki tetap mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Tetapi dunia tahu bagaimana Erdogan membuat bantahan jelas apabila beliau keluar dewan forum di Davos kerana soal Palestin.

Bintang Erdogan mula cerah kerana kejayaannya ketika menjadi Datuk Bandar Istanbul dari tahun 1994 hingga 1998.

Beliau mengatasi masalah kekurangan air, pencemaran dan kesesakan lalu lintas. Ratusan kilometer paip baru dipasang. Masalah sampah diatasi dengan kemudahan kitar semula termoden. Bas-bas lama digantikan dengan jenis mesra alam. Lebih daripada 50 jambatan, jejambat dan lebuh raya dibina.

Kejayaan beliau di Istanbul itu memudahkan AKP menang pilihan raya di peringkat negara. Beliau tidak menggunakan slogan Islam. Tetapi apa yang dilakukan dapat dilihat dan dirasakan manfaatnya.

Apabila menjadi Perdana Menteri, cabaran beliau lebih besar. Tetapi komitmennya terhadap demokrasi adalah jelas walaupun sentiasa dicemuh dan diperli oleh media Barat.

Untuk rakyatnya, penekanan adalah kepada perkhidmatan kesihatan dan keselamatan sosial.

Apa yang dilakukan oleh Erdogan adalah melaksanakan Islam tanpa menyebut Islam.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Saturday, June 11, 2011

KETAATAN ISTERI KEPADA SUAMI BUKAN KETAATAN YANG MEMBUTA TULI


KENYATAAN MEDIA

WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

10 Jun 2011 bersamaan 8 Rejab 1432 H

KETAATAN ISTERI KEPADA SUAMI BUKAN KETAATAN YANG MEMBUTA TULI

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia terpanggil untuk memberikan pandangan terhadap penubuhan Kelab Taat Suami yang dilancarkan baru-baru ini. Pada dasarnya sebagai pertubuhan dakwah, dan kebajikan yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat, Wanita IKRAM mengalu-alukan usaha pelbagai pihak termasuk Kelab ini yang ingin mendatangkan kebaikan kepada masyarakat. Namun Wanita IKRAM begitu kesal dengan kenyataan Dr. Rohaya Mohamad, Naib Presiden kelab tersebut yang mengumpamakan isteri sebagai objek seks dan perlu menjadi pekerja seks bagi suami sebagai tanda ketaatan kepada suami disamping mengelakkan suami daripada berlakucurang. Dalam majlis pelancaran itu juga, Dr Rohaya dilaporkan sebagai berkata isteri harus baik dan taat kepada suami walaupun didera sebagai tanda ketaatan kepada suami.

Kenyataan seperti ini sebenarnya tidak tepat, menghina dan merendahkan martabat wanita serta boleh mengakibatkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap kedudukan dan peranan sebenar wanita sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam. Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 juga menunjukkan faktor utama perceraian ialah tiada persefahaman, curang dan enggan dimadukan, tidak bertanggungjawab, campur tangan mentua atau ipar duai, disebabkan ketagihan dadah atau alkohol, masalah kewangan, terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan serta didera.

Wanita IKRAM ingin menegaskan bahawa:

1. Ajaran Islam selaku sistem hidup yang lengkap, adil dan menyeluruh serta rahmat bagi sekalian alam telah memartabatkan wanita sebagai rakan kongsi lelaki yang mempunyai hak-hak yang sama walaupun mungkin berbeza peranan dalam pelbagai bidang kehidupan baik dari sudut individu, berkeluarga dan kehidupan bermasyarakat.

2. Ketaatan wanita kepada suaminya adalah dalam rangka dan batasan ketaatan kepada Allah. Ini bukanlah suatu ketaatan membuta tuli sehingga merelakan segala perbuatan suami walaupun ternyata suami telah berbuat kedurhakaan terhadap Allah. Rasulullah SAW bersabda “Tiada ketaatan dalam kemaksiatan kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara makruf” (Sahih Bukhari dan Muslim).

Peringatan Allah dalam surah An Nisa 4:34 wajar menjadi ingatan bagi kita semua

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

3. Meletakkan kesalahan semata-mata kepada isteri dalam memberikan layanan seksual kepada suami sebagai punca lelaki berlaku curang adalah satu pandangan yang amat dangkal. Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati tiada persefahaman, tidak bertanggungjawab, masalah akhlak dan sosial, masalah ekonomi dan masalah seksual adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam. Kajian dibuat syarikat Pfizer pada tahun 2008 pula menunjukkan 62 peratus lelaki dan 73 peratus wanita di negara ini yang tidak berasa puas dengan kehidupan seksual mereka. Dengan itu, kepentingan untuk para suami menjalankan peranan mereka dengan sempurna dan memberikan perhatian yang lebih teliti dalam memenuhi keperluan lahir dan batin isteri mereka juga perlu ditekankan.

4. Wanita IKRAM menerima dan menyedari bahawa poligami dibenarkan dalam Islam sebagai satu institusi yang mempunyai pelbagai hikmah dan kebaikan sekiranya dijalankan dengan betul berlandaskan syarat yang digariskan syara’ dalam semua peringkat perlaksanaannya. Persepsi masyarakat perlu diperbetulkan selain pengamal poligami terutama golongan lelaki perlu mendapat pendidikan dan latihan sebelum mengamalkannya.

5. Semua pihak lelaki dan wanita, suami dan isteri haruslah kembali berpegang dan mengamalkan ajaran Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana hadisnya yang masyhur; “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” ( Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban). Al Quran menunjukkan kita “ Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” At Taubah 9:71

Semoga dengan ini kita dapat membetulkan persepsi kita tentang peranan wanita dalam Islam disamping memperbaiki kehidupan berkeluarga dalam usaha kita untuk mempertahankan institusi keluarga ini sebagai unit asas dalam pembinaan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Datin Paduka Che Asmah Ibrahim
Timbalan Ketua Wanita
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pemaju gagal boleh didakwa


Pemaju gagal boleh didakwa

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
pengarang@utusan.com.my

IPOH 9 Jun – Pindaan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) bagi menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai bakal menyaksikan kerajaan mengenakan syarat yang ketat ke atas pemaju.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, usul pindaan tersebut yang akan dibentangkan di Parlimen Disember ini adalah berikutan tiada peruntukan undang-undang yang dikenakan ke atas pemaju yang lewat menyiapkan projek ketika ini selain disenarai hitam.

“Apabila pindaan ini dibuat, wang deposit yang dikenakan untuk mendapatkan lesen pemaju bernilai RM200,000 akan dinaikkan kepada tiga peratus daripada kos keseluruhan projek pembinaan.

“Selain itu, bagi pemaju yang telah mendapat projek dan kemudiannya lari serta tidak menyiapkannya, ia akan dilihat sebagai satu perbuatan jenayah seterusnya boleh didakwa di mahkamah sekiranya mempunyai bukti kukuh,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau tapak Taman Putra Indah, Bercham di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Dalam pada itu, Chee Heung berkata, tindakan tegas itu dibuat setelah kementerian mengadakan perbincangan dan mendapat persetujuan daripada beberapa pertubuhan berkaitan termasuk Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (Rehda).

Menurut beliau, langkah yang bertujuan mendidik bakal pemaju supaya lebih bersikap profesional itu dapat mengelak orang ramai daripada terus menjadi mangsa sekiranya projek perumahan terbengkalai.

Selain itu, katanya, ia mampu mengelakkan penggunaan duit rakyat apabila sesebuah projek terbengkalai tersebut terpaksa diambil alih oleh kerajaan apabila ditinggalkan oleh pemaju.

“Ketika ini terdapat 161 projek perumahan terbengkalai dengan sebanyak 72 daripadanya telah berjaya dipulihkan oleh kerajaan,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, beliau berkata, masalah kelewatan pembinaan rumah di Taman Putra Indah di sini selesai apabila pemaju memberi jaminan untuk menyerahkan kunci kepada pembeli 98 unit rumah bagi fasa pertama pada penghujung bulan ini.

Beliau berkata, bagi fasa kedua pula, pembinaan rumah tersebut sudah 55 peratus siap dan sijil layak untuk menduduki (CF) dijangka bakal diperoleh menjelang hujung tahun ini.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0610&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm&arc=hive

Forex perniagaan kontroversi


Forex perniagaan kontroversi

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

PASTINYA ramai di antara kita pernah mendengar dan terjebak dalam perdagangan matawang asing atau lebih dikenali sebagai 'forex'.

Sememangnya perniagaan tersebut cukup popular di kalangan masyarakat hari ini kerana pulangannya yang cukup lumayan sehingga mampu mencecah ribuan ringgit sebulan.

Forex ialah aktiviti yang melibatkan urusniaga satu matawang kepada matawang yang lain. Para peniaga matawang asing mendapat keuntungan melalui perbezaan harga beli dan harga jual sesuatu matawang.

Secara umumnya aktiviti tersebut dilakukan dengan beberapa kaedah. Antaranya melabur dalam syarikat yang menjalankan forex di mana suatu jenis perdagangan atau transaksi yang memperdagangkan matawang sesuatu negara terhadap matawang negara yang lain selama 24 jam secara berterusan.

Atau kaedah lain pula ia dijalankan secara sendirian. Iaitu dengan melantik satu platform atau syarikat untuk menjalankan jual beli wang asing dan simpan.

Namun, tidak ramai yang mengetahui hukum menyertai perniagaan tersebut sama ada dibolehkan atau sebaliknya.

Sebenarnya banyak pakar kewangan Islam ada membincangkan berkenaan menyertai aktiviti tersebut. Bagaimanapun akibat tiada fatwa khusus yang dikeluarkan.

Berdasarkan Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam Malaysia yang bersidang baru-baru ini ada membincangkan secara langsung hukum perniagaan itu.

Muzakarah tersebut dibahaskankan oleh dua kumpulan melalui tiga pembentangan iaitu kumpulan pertama terdiri daripada penyelidik Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA), Profesor Madya Dr. Muhammad Som, Dr. Marjan Muhammad, Luqmanul Hakim Hussain dan Wan Norhaziki Wan Abdul Halim.

Kumpulan kedua pula dianggotai penyelidik dari Universiti Utara Malaysia iaitu Profesor Madya Dr. Asmadi Mohd Naim, Dr. Hasniza Mohd Taib dan Dr. Muhammad Nasri Hussain.

Hasil daripada pembentangan kedua-dua kumpulan itu telah membangkitkan beberapa isu penting yang menyebabkan aktiviti tersebut tidak dibenarkan dari segi hukum syarak kerana terdapat unsur-unsur riba dan perjudian yang jelas dilarang dalam Islam.

Muzakarah oleh kumpulan pertama itu membincangkan mengenai perdagangan matawang individu secara lani (individual spot forex) yang dijalankan melalui platform Internet.

Secara umumnya, untuk seseorang individu memulakan perdagangan matawang asing secara dalam talian (online), beberapa perkara perlu disediakan iaitu talian Internet, platform matawang asing dan akaun kewangan.

Lalu isu syariah yang timbul daripada spot forex itu apabila diperincikan kepada syarat-syarat jual beli matawang asing antaranya pinjaman (leverage atau qard), caj broker (rollover interest), penerimaan (Qabd), menjual matawang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian ternyata ia tidak mengikut landasan syarak yang telah digariskan berhubung jual beli matawang (bay' al-Sarf).

Di dalam feqah (ilmu yang menerangkan segala hukum syarak yang diambil daripada Al-Quran dan Sunnah Rasululllah s.a.w.), ia meletakkan syarat akad jual beli lain tidak boleh disekalikan dengan akad pinjaman. Ia dikenali dengan permasalahan 'bayn wa salaf' iaitu jual beli berserta dengan pinjaman.

Pengharaman jual beli itu disepakati seluruh ulama berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: Tidak halal salaf (pinjaman) beserta jual beli". (riwayat Abu Daud).

Hadis itu secara nyata menunjukkan haram menghimpunkan antara akad pinjaman dan akad jual beli dalam satu akad.

Di dalam konteks perdagangan forex, ia didapati termasuk di dalam umum larangan ini kerana broker hanya menyediakan pinjaman di atas nama leverage kepada pedagang yang membuka posisi di platformnya sahaja.

Dan dimaklumi bahawa perdagangan forex adalah satu bentuk jual beli iaitu pertukaran wang dengan wang, yang dinamakan 'bay Sarf', dan ia termasuk dalam umum jual beli yang disebut dalam hadis.

Unsur kombinasi antara dua akad tersebut dikemukakan sebagai hujah oleh Akademi Fiqh Islam yang memutuskan tidak membenarkan perniagaan berdasarkan margin dalam satu resolusi yang dibuat pada persidangan ke-18 pada 12 April 2006.

Isu yang yang timbul daripada kewujudan unsur pinjaman daripada broker ialah terdapatnya riba yang jelas melalui faedah atau bunga.

Selain itu, persidangan tersebut juga memutuskan bahawa caj rollover yang dikenakan oleh penyedia platform spot forex terdapat unsur riba melalui penerimaan atau pemberian faedah rollover oleh pedagang forex.

Selain isu halal dan haram, perdagangan matawang asing juga melibatkan undang-undang Malaysia.

Sejak dahulu lagi, Malaysia tidak mengiktiraf sebarang urusniaga matawang asing yang dibuat melalui saluran-saluran yang tidak sah.

Malah, terdapat peruntukan perundangan yang jelas berhubung larangan tersebut, iaitu melalui Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1), (2) dan (3) Akta Kawalan Pertukaran Wang (AKPW) 1953 yang melarang individu berurus niaga matawang asing, kecuali setelah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Asing, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia.

Manakala, muzakarah oleh kumpulan kedua pula merumuskan mengenai perdagangan matawang asing dalam talian (forex online) adalah tidak dibenarkan dalam Islam kerana terdapat perkara yang menyalahi hukum iaitu pembelian wang tunai dilakukan secara kredit adalah terang-terangan bertentangan dengan kontrak sarf (perdagangan matawang asing) dan mengandungi unsur riba.

Unsur pemberian pinjaman yang terdapat dalam forex online oleh broker turut tidak dibenarkan kerana mengandungi unsur riba apabila broker itu mendapat manfaat daripada pinjaman seperti syarat yang dikenakan.

Dalam masa sama, didapati juga urusniaga tersebut mengandungi unsur perjudian apabila ia secara jelas bergantung kepada turun naik harga atau angka yang ternyata dilarang oleh syarak.

Melalui perbincangan ilmiah itu kesedaran mengenai bahaya perniagaan yang mempunyai unsur-unsur riba adalah untuk menjaga kemaslahatan umat Islam daripada memperoleh sumber rezeki yang meragukan dan bukannya berdasarkan perasaan iri hati atau pun mempunyai kepentingan peribadi.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Wednesday, June 08, 2011

Jadikan Interlok model buku teks Sejarah, kata pakar


Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 8 Jun — Novel kontroversial Interlok sepatutnya dijadikan “model” buku teks sejarah kerana ia bersifat “inklusif” untuk menggambarkan masa silam orang bukan Melayu, kata seorang pakar sejarah.

Profesor Anthony Milner dari Jabatan Kajian Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, bantahan terhadap novel Melayu itu kerana merasakan penulisnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain cuba membawa idea hubungan antara masyarakat Melayu dan komuniti Cina dan India.

“Saya berpeluang membaca Interlok versi Bahasa Inggeris, jadi saya tidak tahu jika dari pandangan orang Melayu ia memberi makna lain tetapi cerita yang benar-benar berlaku harus dimasukkan dalam subjek Sejarah.

“Novel ini lebih menjurus kepada orang Melayu, India dan Cina, secara fakta tidak kepada British,” katanya pada forum yang diajurkan Kumpulan Kajian Kairos di sini malam tadi.

“Interlok ada sedikit mengenai sejarah, ia sepatutnya dijadikan contoh kepada orang Cina, India... itu yang fikirkan bagaimana sejarah patut diajar, gunakan Interlok sebagai model,” jelas Milner.

Novel Interlok menjadi buku teks wajib untuk komponen sastera dalam sukatan pelajaran sekolah menengah mulai tahun ini.

Ia menjadi kontroversial apabila masyarakat India mendakwa ia menggunakan fakta-fakta yang salah selain menyinggung kaum itu.

Walaupun bantahan wujud, namun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap mengekalkan novel Interlok dengan meminda bahagian-bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.

Selain itu pakar sejarah Malaysia juga mendesak kerajaan memilih buku teks sejarah yang lebih baik untuk pelajar sekolah menengah.

Menjelaskan lebih lanjut, Milner berkata buku teks Sejarah perlu mempunyai lebih banyak “pendekatan emotif” untuk menarik minat pelajar dalam satu debat bestari yang lebih rancak dan mewujudkan lebih banyak nilai sejarah.

Beliau berkata buku teks Sejarah semasa mempunyai satu fokus kepada sejarah orang Melayu, yang mana ia juga perlu diberi penekanan terhadap sejarah orang Cina dan India.

Milner juga merasakan buku-buku teks yang digunakan sekarang terlalu terperinci dan mencadangkan agar penulis lebih fokus kepada topik tertentu dan tokoh-tokoh sejarah seperti ahli politik sebelum kemerdekaan Ibrahim Yaacob dan Datuk Onn Jaafar.

sumber: http://my.news.yahoo.com/jadikan-interlok-model-buku-teks-sejarah-kata-pakar-002110551.html