Thursday, July 28, 2011

Suratku kepada suami muslim yang mulia


Suratku kepada suami muslim yang mulia


Assalamu’alaikum wr.wb.

Aku suka memanggil kamu dengan nama di atas. Ia bukan satu panggilan tradisi, sebaliknya ia satu panggilan yang disukai dan digemari Rasulullah s.a.w. Aku akan beritahu kamu selepas ini dengan izin Allah, kenapa nama ini dipilih.

Adapun sebab aku menulis surat ini ialah beberapa aduan daripada akhawat anggota jamaah IM telah sampai kepadaku. Begitu juga aduan daripada akhawat yang bukan anggota IM. Meskipun aku rasa bertuah kerana diberi peluang hadir di muktamar akhawat yang diadakan beberapa minggu yang lalu di dewan muktamar university al-Azhar di bawah slogan: al-mar’ah al-Misriyyah… min athaurah ila an-nahdhah (Wanita Mesir.. dari revolusi kepada kebangkitan memajukan negeri), dan aku telah berbicara kepada mereka tentang kewajipan wanita di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, tetapi kita mesti tahu bahawa di sana terdapat hak-hak mereka daripada lelaki yang merupakan tanggungjawab aku dan tanggungjawab kamu.

Sesungguhynya aku memilih untuk berbicara kepada kamu secara langsung, mengingatkan kamu peranan yang dipikulkan Allah ke atas bahu kamu, yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kamu ketika baginda berada di ambang kematian.

Ia merupakan wasiat terakhir yang paling berharga pernah diungkapkan oleh orang yang berwasiat.

Tuhan yang memiliki kebesaran berpesan kepada kamu supaya menjadikan hubungan kamu dengan isteri kamu bertunjangkan mawaddah dan rahmat, dibaluti kesedaran akan masuliah (pertanggungjawaban).

Maka kamu adalah pengemudi bahtera keluarga. Kepimpinan kamu adalah kepimpinan yang berupa pertanggungjawaban, bukan penghormatan. Tuhan kamu berpesan supaya kamu jangan lupa kerana jika kamu lupa, kamu akan dilupakan. “… dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Al-Baqrah:237).

Al-fadhl ialah kamu memberi lebih banyak daripada kamu meminta, kamu mengambil hak kamu lebih sedikit daripada yang sepatutunya.

Dia berkata kepada kamu, bahawa kamu melindungi isteri, anak-anak daripada kemudaratan dan perkara yang membahayakan sama ada dari aspek kebendaan dan maknawi, juga usaha kamu membawa manfaat kebendaan dan maknawi kapada mereka merupakan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu kamu sejak mula dijadikan ayah kamu Adam dan ibu kamu Hawwa sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.” (Ta Ha:117)

Dan Rasulullah Musa a.s. telah merealisasikannya secara amali, sebagai mematuhi tuntutan Ilahi yang penuh dengan hikmah yang sangat mendalam maknanya “Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya: Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: Penunjuk jalan.” (Ta Ha:10).

Ayat ini mahu menyampaikan bahawa Musa seoalah-olah berkata kepada keluarganya: kamu tunggu di sini! Aku akan meninjau keadaan sekitar untuk mengelakkan kamu daripada bahaya dan perkara yang memudaratkan. Dan aku akan bawa kepada kamu perkara yang bermanfaat dari segi maddi dan maknawi.

Dan Allah juga telah menjadikan ikatan hubungan suami isteri ini dengan aqad yang kukuh yang diikat sendiri oleh kamu. Kamulah yang wajib memeliharanya.

Allah akan menghisab kamu faktor-faktor yang menjadi ikatan itu kekal kukuh atau terburai “Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?” (an-Nisaa’:21)

Adapun kesalahan wanita atau keaipan mereka, ia seumpama keaipan kamu dan kesalahan kamu. Kedua-dua kamu perlukan kesabaran untuk merawatnya. Namun tali kekangannya tetap berada di tangan kamu agar kapal ini hanya dikemudikan oleh seorang individu sahaja.

rusan keluarga bukan tempat untuk berebut kuasa atau beradu tenaga untuk jadi ketua sabagaimana yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam dan musuh-musuh kemanusiaan untuk mencarikkan ikatan yang suci ini.

Mereka cuba menyalakan api pertentangan antara lelaki dan perempuan dengan mengunakan setengah kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian suami dan mengaitkan kesalahan itu dengan sistem Islam, syariah rabbaniah yang telah meletakkan tanggungjawab kepimpinan di bahu lelaki, semua lelaki ke atas semua wanita, demi memelihara kesejahteraan masyarakat.

Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan dengan ringkas dan padat semua sistem-sistem yang diperlukan oleh manusia. Semua itu tersimpul di dalam beberapa ayat yang sangat ringkas.

“Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); (Maksud al-Lail:1-3)

Malam dan siang, lelaki dan perempuan, saling bergandingan, lengkap melengkapi. Bukan berebut dan bersaing. Tiada kelebihan yang satu ke atas yang lain kecuali dengan melaksanakan peranan masing-masing.

Sebagai contoh, lihat isteri Firaun. Firaun mendakwa dirinya sebagai tuhan. Namun dakwaan itu sedikitpun tidak menjejaskan iman isterinya. Sebaliknya dua orang wanita lain yang menjadi isteri kepada dua orang nabi yang mulia, tidak mendapat apa-apa kelebihan di sisi Allah di sebabkan keingkaran mereka.

Dan Maryam pula, seorang wanita solihah yang tidak bersuami. Jadi setiap individu mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah. Ia dihisab secara berasingan daripada pasangan masing-masing. Setiap orang mempunyai masuliah fardiah yang tidak boleh dipikul oleh orang lain.

Ketika Nabi s.a.w. menyebut bahawa wanita seperti tulang rusuk yang bengkok, itu tidak bermakna keaipan bagi wanita kerana wanita tidak menciptakan dirinya sendiri. Dari sisi lain kita dapati tulang rusuk yang bengkok itulah sebenarnya bentuk yang paling baik dan paling ideal.

Kalaulah tidak kerana tulang rusuk itu bengkok, jantung tidak akan berada dalam keadaan yang selesa dan tidak akan dapat menjalankan pungsinya membekalkan darah ke seluruh anggota. Sepasang paru-paru juga begitu. Jika tulang rusuk tidak bengkok, seluruh tubuh tidak dapat bernafas, insan tidak akan hidup sihat dan sejahtera, tidak akan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke atasnya.

Justeru, Allah Azza wa Jalla berkata, ketika kamu tidak suka kepada sesuatu perkara yang ada pada isteri kamu – kesempurnaan itu hanyalah milik Allah jua - kamu juga tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Dalam kontek ini Allah berfirman maksudnya: “… Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa’:19)

Rasulullah s.a.w. pula telah menghuraikan perkara ini dengan terperinci dan praktikal yang kamu boleh laksanakan dengan segera. Kamu yang mesti laksanakan, bukan dia (isteri kamu) kerana kamu adalah pengemudi, kamu yang bertanggungjawab. Baginda bersabda maksudnya: “Janganlah seorang mu’min itu (suami) membenci seorang mu’minah (isterinya) kerana boleh jadi dia tidak suka pada sesuatu perangainya, dia suka perangainya yang lain”.

Maksudnya di sini, jika kamu melihat sesuatu yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip iman, maka kamu mesti mengubah mood kamu sendiri, sehingga kamu dapat melihat dan mengiktiraf kelebihannya dari aspek yang lain yang pastinya terlalu banyak yang kamu sukai. Maka dengan itu perasaan benci dengan segera akan bertukar menjadi sayang.

Aku ingin mengingatkan kamu satu maklumat yang simple yang kadang-kadang kita lupa. Tidakkah zakat fitrah isteri kamu, anak-anak dan khadam kamu yang bayar walaupun isteri kamu seorang yang kaya raya? Itu merupakan lambang pertanggungjawaban yang dipikulkan ke atas kamu kerana itu bukan zakat harta.

Zakat harta yang dimiliknya adalah tanggungjawab dia sendiri. Dia yang mesti tunaikan secara berasingan daripada kamu. Awas kamu! Jangan ambil sedikitpun daripada hartanya tanpa izinnya dan jangan halang dia berbuat baik kepada keluarganya mengikut sukanya. Jika kamu berbuat demikian maka hisab kamu di sisi Allah amat sukar.

Allah mengharamkan kezaliman ke atas diriNya dan menjadikan kezaliman itu haram ke atas sesama hambaNya.

Jadilah kamu orang yang sentiasa setia kepada isteri kamu kerana Rasulullah s.a.w. sentiasa setia kepada isterinya Khadijah r.a., kesetiaan yang sungguh indah sehingga selepas Khadijah meninggal dunia. Ia menjadi contoh bagi seluruh umat manusia.

Begitu juga baginda tidak menyembunyikan perasaan cintanya kepada Aishah r.a. ketika baginda ditanya siapakah manusia yang paling baginda cintai. Maka dengan spontan baginda menjawab dengan terang dan tegasa: “Aishah!” Lalu sahabat berkata bahawa mereka bukan tanya tentang wanita, dan sekali lagi baginda menjawab: “Ayahnya!”. Baginda tidak berkata “Abu Bakar”, sebaliknya berkata: “Ayahnya”. Ia memberikan gambaran hubungan mesra dan intim antara baginda dan Aishah dan secara tidak langsung menggambarkan kedudukan Abu Bakar di sisi baginda.

Adakah kamu fikir ada ungkapan yang lebih indah daripada ini bagi menggambarkan rasa cinta seorang suami kepada isterinya? Unggkapan yang begitu tulus lahir dari bibir suami pastinya mampu memadam apa-apa kesilapan dan perselisihan antara kamu berdua.
Seandainya masalah yang kamu hadapi, na’uzubillah, sudah sampai ke tahap bercerai, dan cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah, isteri yang diceraikan itu berhak tinggal di rumah kamu, hak yang ditentukan sendiri oleh Allah, agar dengan keberadaannya di rumah itu, hati kamu dan hatinya akan jadi lembut, dan perselisihan yang berlaku sebelumnya akan lebur.

Tidakkah kamu nampak, dalam keadaan yang begitu genting sekalipun, Allah tetap menghendaki kamu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Perhatikan ayat-ayat berkaitan dengan talaq, kebanyakannya dibasahi dengan ciri-ciri kelembutan dan kebajikan. Lihat surah at-Talaq ayat 1 hingga 3.

Akhirnya jangan kamu lupa wasiat perpisahan kekasih kita s.a.w. “Hendaklah kamu berpesan agar berbuat baik kepada wanita…”. Sungguh mengkagumkan, wasiat ini digandingkan dengan wasiat supaya menjaga solat. Tidakkah kamu rasa bahawa ia merupakan suatu perkara yang sangat penting?

Justeru, wahai saudaraku para suami, di manapun kamu dan dalam keadaan apapun, maka setia dan setialah kepada isteri kamu! Berbuat baik dan berbuat baiklah kepada isteri kamu! Beri perhatian dan beri perhatianlah kepada perasaan isteri kamu! Berbakti dan berbaktilah kepada keluarga isteri kamu! Bantu dan bantulah isteri kamu untuk berbakti kepada keluarganya.

Bawalah isteri kamu memikul bersama kamu beban keluarga dan beban dakwah. Jadikan dia sandaran belakang kamu supaya dia dapat berjalan seiring kamu sambil membawa risalah dakwah yang diwajibkan Allah ke atas kamu.

Awas dan awas daripada mengambil hartanya tanpa kerelaannya. Adapun jika dia rela, Allah telah jelaskan hukumnya di dalam firmanNya yang bermaksud: “… Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (An-Nisaa’:4)

Ingat neraka dan neraka! Selamatkan isteri kamu darinya. “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka…” (At-Tahrim:6)

Ingat syurga dan syurga. Bawalah dia bersama kamu serta anak-anaknya. “Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;” (Ya Sin:56)

Dan ingatlah juga bahawa orang yang terbaik dalam kalangan kita ialah yang paling baik kepada isterinya. Dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. orang yang paling baik kepada isterinya dalam kalangan seluruh umat manusia. Maka adakah kita mencontohinya?

Akhirnya, Rasulullah s.a.w. menamakan kamu suami yang mulia (zauj karim) selama kamu melaksanakan wasiatnya yang bermaksudnya: “Tidak memuliakan wanita kecuali orang (suami) yang mulia, dan tidak menghina wanita kecuali orang yang tercela!”.

Maka jadilah kamu wahai saudaraku suami muslim yang mulia. Semoga Allah berkati kamu pada isteri kamu, harta kamu dan anak-anak kamu. Semoga Allah rahmati ibu bapa kamu dan ibu bapa isteri kamu sama ada mereka masih hidup di dunia ini atau telah berpindah ke alam abadi. Semoga Allah himpunkan kamu berdua dalam kebaikan dunia dan akhirat.

Semoga Allah berkati zuriat kamu berdua.

Sesungguhnya aku telah berbicara kepada para isteri dalam muktamar lepas dengan membawakan satu Hadis yang menjamin pahala untuk mereka, iaitu seorang wanita yang melayan suami dengan baik pahalanya menyamai jihad, solat jamaah, solat jumaat dan mengiringi jenazah. Dan redanya kamu kepada mereka merupakan pintu untuk mereka masuk syurga.

Aku berharap kamu tidak lupa kepada kami dalam doa-doa kamu yang baik-baik.

Was-salamu’alaikum wr.wb.

Saudara kamu,
Dr. Muhammad Badi’
Murshid Am Ikhwan Muslimin.

Wednesday, July 20, 2011

UKHUWAH ISLAMIYAH TERAS MASYARAKAT PROGRESIF


Ukhuwah Islamiyah atau persaudaraan Islam adalah teras terpenting ke arah melahirkan sebuah masyarakat yang progresif dan bertamadun atau lebih dikenali sebagai masyarakat madani iaitu masyarakat sivil yang berdaya saing, dinamik serta mempunyai semangat juang yang tinggi.

Masyarakat yang progresif adalah masyarakat yang bersedia menerima segala perubahan sama ada dari aspek sosial, ekonomi serta politik ke arah mewujudkan satu sistem kehidupan bermasyarakat yang lebih adil, berwawasan dan terbaik.

Masyarakat yang progresif memerlukan struktur persaudaraan yang utuh dan tanpa prasarana ukhuwah Islamiyah yang kental dan stabil hanya akan meletakkan Islam dan umatnya berada dalam situasi genting dan berhadapan dengan kancah perpecahan, kekacauan, tribulasi serta perselisihan yang kritikal.

Sehubungan itu, kekuatan persaudaraan yang mantap dan kukuh akan menjadi umat Islam berada dalam suasana yang cukup bersatu padu, saling faham memahami, semangat tolong menolong antara satu sama lain, sikap tolak ansur yang tinggi serta sedia berkorban demi kepentingan orang lain walaupun seseorang itu berada jauh di luar negara dan tidak pernah berjumpa sekali pun.

Inilah keunikan dan kehebatan roh ukhuwah Islamiyah itu sendiri.

Sehubungan itu, atas dasar persaudaraan Islam yang kukuh menjadikan kita begitu sensitif dengan nasib dan masa hadapan umat Islam di negara lain sepertimana yang berlaku di Palestin, Sudan, Thailand dan lain-lain negara lagi sedangkan mereka bukanlah dari keturunan atau sebangsa dengan kita, malahan jauh sekali mempunyai hubungan kekeluarga atau tali persaudaraan dan sebagainya tetapi ianya diikat dengan ikatan ukhuwah Islamiyah yang sejati.

Oleh itu, perspektif persaudaraan Islam bukanlah terbatas kepada hubungan kekeluarga, darah daging, persahabatan, perkahwinan atau apa jua ikatan, namun ianya adalah atas dasar iman dan aqidah yang sama.

Menurut Imam Hasan Al-Banna, ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah yang luhur di mana hakikat sejatinya adalah suatu nikmat dari Allah SWT yang tidak terhingga dan merupakan arahan Rabbani yang mencermin kekuatan iman kita.

Terdapat empat tahap penting ke arah penjanaan ukhuwah Islamiyah yang komprehensif iaitu Taaruf (Kenal-Mengenal), Tafahum (Faham-Memahami), Taawun (Tolong-Menolong) dan Takaful (Saling Memikul Bebanan) atau lebih dikenali sebagai ‘formula 4T’. Resepi formula 4T ini adalah ramuan terbaik dalam usaha penjanaan ukhuwah Islamiyah yang benar-benar kukuh dan berkesan di dalam masyarakat.

Sirah telah menukilkan bagaimana Nabi Muhammad SAW telah mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansar serta Aus dan Khazraj di Madinah. Antara rentetan kemuncaknya ialah ketika Rasulullah mempersaudarakan antara Saad bin Rabi’ dan Abdul Rahman bin Auf di mana ketika itu Saad telah sedia menawarkan setengah daripada harta kekayaannya kepada Abdul Rahman dan memberikan salah satu dari dua rumahnya.

Bahkan beliau juga sanggup menceraikan salah seorang isterinya untuk dikahwinkan dengan Abdul Rahman.

Namun ditolak oleh Abdul Rahman dan berkata, “Biarkanlah harta, rumah, dan isterimu bersamamu tetapi tunjukkanlah kepadaku di mana pasar di kota Madinah ini”, yang akhirnya menjadikan Abdul Rahman bin Auf muncul sebagai seorang jutawan terkaya di kota Madinah di kalangan sahabat Rasulullah SAW.

Sejarah telah merekodkan rentetan contoh unggul bagaimana para sahabat telah berjaya merealisasi dan mempraktikkan model ukhuwah Islamiyah yang telah diterap dan ditanam oleh Rasulullah SAW kepada mereka sejak era awal Islam di Mekah lagi.

Walaupun tindakan semulia Saad bin Rabi’ terhadap Abdul Rahman bin Auf kelihatan agak sukar dan mustahil untuk dilakukan oleh umat Islam hari ini yang mana kebanyakannya lebih mementingkan diri sendiri berbanding orang lain biarpun berada dalam kekayaan yang melimpah ruah serta disediakan dengan segala kemewahan hidup.

Atas dasar ukhuwah Islamiyah yang tinggi juga menyebabkan para sahabat ketika era emas umat Islam juga saling bantu membantu dan ringan meringankan bebanan sahabat yang lain di mana dalam sirah juga dinukilkan bahawa salah seorang sahabat Rasulullah bernama Masruq yang memiliki hutang yang banyak, namun atas ikatan ukhuwah yang cukup tebal menyebabkan beliau apabila mendapat tahu bahawa saudaranya bernama Khaitsamah juga berhadapan dengan masalah berhutang, maka Masruq tanpa pengetahuan Khaitsamah telah melangsaikan hutangnya. Sedangkan Khaitsamah pula mengetahui bahawa sahabatnya Masruq juga memiliki hutang yang banyak, lantas beliau pun bertindak membayar hutang yang membelenggu Masruq tanpa pengetahuannya.

Beginilah contoh tauladan hebat dan mulianya para sahabat yang telah mendapat tarbiyah agung dari Rasulullah SAW sehingga mereka sanggup berkorban apa sahaja dan memikul bebanan demi kebaikan dan kebajikan saudaranya yang lain biarpun pada hakikatnya diri sendiri berhadapan dengan masalah yang sama.

Kisah-kisah mulia ini wajar menjadi inspirasi dan aspirasi umat Islam hari ini dalam usaha menyemarakkan semangat ukhuwah Islamiyah sesama kita ke arah mewujudkan sebuah masyarakat madani yang lebih progresif dan dinamik tanpa membelakang atau menggadaikan ikatan ukhuwah dengan masyarakat bukan Islam yang lain yang telah sekian lama terbina selama ini.

IKRAM: Hormati keputusan kerajaan Kedah


oleh Ustaz Rosli Yusuf

Tindakan kerajaan Negeri Kedah untuk membenarkan premis hiburan terus beroperasi di bulan Ramadan dengan syarat pemilik-pemilik premis hiburan memastikan premis mereka tidak dikunjungi oleh orang Islam wajar disokong oleh semua pihak.

Ia menggambarkan sifat Islam yang menghormati hak orang-orang bukan Islam sewaktu umat Islam berusaha untuk mempraktikkan ajaran agama Islam dalam kehidupan seharian khususnya dalam bulan Ramadan yang diberkati ini.

Oleh itu, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) negeri Kedah menyeru semua pihak supaya menghormati keputusan kerajaan negeri Kedah yang telah mengambil kira kedudukan agama Islam, hak rakyat Kedah yang berbilang bangsa dan agama selagi ianya tidak bertentangan dengan landasan syara'.

IKRAM negeri Kedah menyeru semua pihak supaya tidak mempolitikkan keputusan kerajaan negeri Kedah ini yang hanya akan menjejaskan imej Islam dan penganutnya.

IKRAM juga mencadangkan supaya pengharaman ke atas orang Islam daripada mengunjungi tempat-tempat hiburan tidak dihadkan dalam bulan Ramadan sahaja tetapi meliputi juga bulan-bulan yang lain.

Sepatutnya peraturan ini dilaksanakan bukan sahaja di negeri Kedah tetapi juga di negeri-negeri yang lain jika sekiranya aktiviti hiburan yang dijalankan adalah bertentangan dengan batasan syariah.

Perlu ditegaskan bahawa Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada semua. Ia bukan satu agama yang menafikan hak orang lain apatah lagi bersifat diskriminatif.

Islam tidak akan mengambil satu jalan yang menindas mana-mana kelompok dalam masyarakat. Ia bersikap adil dan menjamin semua pihak akan mendapat keadilan dan kesaksamaan.

Dalam pada itu Islam juga menimbangkan sesuatu perkara berdasarkan kepada keutamaan dan kemaslahatan umum.

Apabila bertembung di antara kemaslahatan ramai (majoriti) dan hak sebahagian masyarakat untuk memenuhi kehendak mereka, maka kemaslahatan ramai akan diutamakan mengatasi kehendak kelompok yang lebih kecil.

Pertubuhan IKRAM negeri Kedah menyeru semua pihak supaya menghormati kedudukan agama Islam di negara ini dan kedudukan Sultan dan Raja sebagai ketua agama Islam serta tidak mempolitikkan isu ini bagi kepentingan mana-mana pihak.

Penulis adalah Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Cawangan Negeri Kedah

Tuesday, July 19, 2011

Gabungkan perbankan Islam

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
bisnes@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Julai - Bilangan bank Islam di negara ini dilihat terlalu banyak dan perlu digabungkan kepada empat atau lima bank Islam yang besar.

Berikutan itu, Bank Negara Malaysia (BNM) dicadangkan supaya memperkenalkan insentif bagi menggalakkan penggabungan bank-bank Islam.

Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Bhd., (Bank Islam), Datuk Seri Zukri Samat berkata, penggabungan perbankan Islam membolehkan industri perbankan Islam tempatan menikmati skala ekonomi sebenar dan lebih kompetitif.

Menurutnya, pada masa ini Malaysia sudah mempunyai 21 buah perbankan Islam dan jumlah yang banyak itu menyebabkan perbankan Islam tidak memainkan peranan sebenar.

''Perbankan Islam yang ditawarkan oleh bank-bank sedia ada sahaja sudah berjumlah 17 buah tidak termasuk bank koperasi serta bank-bank asing dan lesen baru yang dikeluarkan oleh BNM.

''Jumlah ini terlalu banyak dan sewajarnya ia digabungkan menjadi empat atau lima bank Islam yang besar,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Ditanya adakah penggabungan perbankan Islam menjadi salah satu agenda dalam Pelan Induk Kewangan Kedua, Zukri berkata, ia tidak pasti.

Bagaimanapun, beliau menaruh harapan agar bank pusat turut mengambil kira galakan penggabungan bank-bank Islam dalam pelan induk itu nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Asian Finance House, Datuk Mohamed Azhari Kamil berkata, idea penggabungan perbankan Islam itu memang baik dan wajar dipertimbangkan oleh BNM.

Bagaimanapun katanya, dalam melaksanakan penggabungan itu, syarat-syarat mesti betul supaya ia mampu mewujudkan sinergi dan memberi nilai lebih baik kepada perbankan Islam.

''Banyak aspek yang perlu diberi perhatian dalam memastikan penggabungan (perbankan Islam) berjaya.

''Aspek yang perlu dikenal pasti adakah penggabungan tersebut mampu melebarkan operasi bank tersebut ke luar negara, menawarkan produk dan perkhidmatan berbeza, kalau sekadar di dalam negara dan berkongsi asas pelanggan yang sama, penggabungan itu tidak membawa apa-apa faedah.

''Sebaliknya, dalam penggabungan itu kita perlu menilai perkara-perkara asas seperti modal asas bersama, saiz dana dan perbezaan yang boleh menguntungkan,'' katanya.

Pakar kewangan Islam, Datuk Dr. Nik Norzrul Thani pula pula berpendapat, sudah sampai masanya BNM melihat keperluan perbankan Islam yang memberi perkhidmatan penuh di negara ini, sejajar dengan peranan Malaysia sebagai hab kewangan Islam.

Menurut beliau, perkhidmatan perbankan Islam sedia ada lebih merupakan 'replika' daripada perbankan konvensional.

''Produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang kebanyakan ditawarkan bukan betul-betul tulen sebaliknya mengambil daripada konvensional.

''Bagi saya, perbankan Islam di Malaysia sudah cukup matang dan sepatutnya mempunyai produk dan perkhidmatan tersendiri, bukan meniru apa yang ada dalam konvensional,'' katanya.

Tambahnya, Malaysia sepatutnya mewujudkan satu atau dua lagi perbankan Islam seperti Bank Islam yang berdiri sendiri.

Seorang pemerhati pasaran pula memberitahu, BNM perlu menjadikan cadangan tersebut sebagai keutamaan dalam pelan induk terbaharu.

Jelasnya, perbankan Islam di Malaysia tidak begitu serius dan masih bergantung kepada pengurusan konvensional.

Sambil memberi contoh, katanya, perbankan Islam EON Bank, Hong Leong Bank atau Saddiq milik Standard Chartered yang didakwa tidak beroperasi secara sendiri.

''Operasi mereka tidak spesifik, semuanya bergantung kepada satu operasi bersama perbankan konvensional,'' ujarnya.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Wednesday, July 13, 2011

Peraturan 78 bank menekan peminjam

Peraturan 78 bank menekan peminjam

PERATURAN 78 (Hasil Jumlah Angka) sudah lama digunakan oleh sistem perbankan di Malaysia untuk mengiktiraf keuntungan atau faedah belum perolehan.

Penggunaan Peraturan 78 ini tidak memihak kepada peminjam apabila berlaku penyelesaian awal kerana rebat berkanun yang diberikan semula kepada peminjam tidak menggambarkan baki tempoh pinjaman.

Kesan dari penggunaan Peraturan 78 ini menyebabkan peminjam terpaksa menyelesaikan baki pinjaman tinggi walaupun sudah lama membayar.

Sebagai contoh, peminjam membuat pinjaman 10 tahun dan pada tarikh perjanjian, keuntungan atau faedah untuk 10 tahun dikenakan. Jika berlaku penyelesaian awal, sebahagian dari keuntungan atau faedah yang dikenakan akan dipulangkan kepada peminjam dalam bentuk rebat berkanun.

Isu yang timbul ialah apabila penggunaan Peraturan 78 menyebabkan rebat berkanun yang dipulangkan semula kepada peminjam tidak sepadan dengan jumlah pembayaran sudah dibuat. Mengambil senario itu sebagai contoh, katakan selepas tiga tahun, peminjam membuat penyelesaian awal.

Dengan penggunaan Peraturan 78, peminjam hanya layak mendapat rebat (pemulangan semula keuntungan atau faedah yang dicaj pada tarikh perjanjian) untuk lima tahun saja. Sepatutnya bank perlu memulangkan semula keuntungan atau faedah ini untuk tujuh tahun kerana baki tempoh pinjaman ialah tujuh tahun.

Saya berpendapat penggunaan Peraturan 78 ini perlu disemak semula kerana ia tidak mesra peminjam. Justifikasi kepada penggunaan Peraturan 78 ini perlu disemak semula kerana ia lebih memihak kepada bank yang secara umumnya bank mengiktiraf 75 peratus daripada keuntungan atau faedah ini dalam separuh pertama tempoh pinjaman.

Contohnya, 75 peratus keuntungan atau faedah ini untuk pinjaman yang bertempoh 10 tahun diiktiraf dalam tempoh lima tahun pertama pinjaman.

Atas dasar melindungi peminjam, penggunaan Peraturan 78 juga sudah lama dimansuhkan di negara maju di seluruh dunia. Kini tiba masanya Bank Negara Malaysia (BNM) melihat kembali penggunaan Peraturan 78 di negara kita.

Saya mencadangkan suatu kaedah yang lebih memihak kepada pengguna menggantikan Peraturan 78 ini. Kaedah yang mengiktiraf keuntungan atau faedah ini secara sama rata adalah yang terbaik.

Ini bermaksud, dalam separuh pertama tempoh pinjaman, hanya 50 peratus keuntungan atau faedah diiktiraf (bukan 75 peratus seperti Peraturan 78).

Dalam kes peminjam sudah menyelesaikan pinjaman dalam tempoh tiga tahun (untuk tempoh pinjaman asal 10 tahun), maka rebat berkanun untuk tempoh tujuh tahun perlu dipulangkan kepada peminjam. Isu ini perlu dilihat oleh BNM dan Persatuan Pengguna kerana ia membabitkan pelbagai peringkat masyarakat.

AMIN ALI,
Pensyarah Kanan,
Pusat Pengajian Perakaunan,
Universiti Utara Malaysia.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Peraturan78bankmenekanpeminjam/Article/index_html

Monday, July 11, 2011

The will of the people trumps Government repression and police aggression

Press Release



The will of the people trumps Government repression and police aggression

Looking back at the events of the past few weeks, the Malaysian Government must realise and accept that neither random arrest, nor preventive detention, nor water cannons, nor tear gas, nor rain, nor the threat of any of the above and more, can quell the spirit of the people to exercise their rights to the twin freedoms of assembly and expression.

The two rallies held on 9 July 2011 are eloquent testimony to the will of the people in the face of Government repression and police aggression.

The Malaysian Bar denounces the Government’s over-zealous and excessive show of power in its blatant determination to crush the people’s exercise of their Constitutionally-guaranteed fundamental rights.

According to media and eyewitness accounts, the police used arbitrary, improper and disproportionate physical force, including assaulting some participants physically, wantonly arresting hundreds of individuals and recklessly using tear gas and water cannons on unarmed participants who were gathered in a peaceful and disciplined manner.

The Government must never abuse its power, particularly to undermine the very freedoms that it is responsible to uphold and defend. The elementary freedoms of assembly and expression entitle the rakyat to voice their concerns and grievances, and to call for redress.

The Malaysian Bar calls on the police to adhere to the United Nations (“UN”) Code of Conduct for Law Enforcement Officials, adopted in 1979 by the UN General Assembly, of which Malaysia is a member.

Article 3 provides that “[l]aw enforcement officials may use force only when strictly necessary and to the extent required for the performance of their duty”.

Furthermore, in 1990 Malaysia adopted the UN Basic Principles on the Use of Force and Firearms by Law Enforcement Officials, which mandate that law enforcement officials “shall, as far as possible, apply non-violent means before resorting to the use of force”, and may use force “only if other means remain ineffective”.

Even when the use of lawful force is unavoidable, law enforcement officials must “exercise restraint in such use and act in proportion to the seriousness to the offence”. Another basic principle is that “the deployment of non-lethal incapacitating weapons should be carefully evaluated in order to minimise the risk of endangering uninvolved persons, and the use of such weapons should be carefully controlled”.

The police reportedly fired several rounds of tear gas into the compound of a hospital along Jalan Pudu, one of many acts that day that were antithetical to these basic principles.

The Malaysian Bar calls for a thorough and independent investigation by SUHAKAM, by way of an inquiry on its own motion, into the use of aggression and undue force by the police. We acknowledge the co-operation given by the police to members of the Bar’s monitoring teams during the rallies.

The Malaysian Bar will submit its report on the events of 9 July 2011, along with its recommendations, to the Inspector General of Police shortly.

We also urge the immediate and unconditional release of the six individuals who are still being detained under the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969. These individuals should be charged and tried in open court instead. Furthermore, their habeas corpus applications should be heard expeditiously and without further delay.

From lessons worldwide, it is clear that the voice of the people cannot be silenced. Our Government ignores the wishes and resolve of the people at its peril, and should, instead, rise to the occasion, to embrace and protect its people’s freedoms and rights consistent with a true democracy.

Lim Chee Wee
President
Malaysian Bar

11 July 2011

Gaji minimum: Antara teori dan realiti

Gaji minimum: Antara teori dan realiti
Oleh Mahfar Ali
mafa@bharian.com.my
2011/07/02


Majlis perundingan perlu ambil kira kepentingan majikan, pekerja

KHAMIS lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang membuka laluan bagi pelaksanaan gaji minimum untuk pekerja berpendapatan rendah di negara ini. Perkembangan itu tentunya menggembirakan kumpulan pekerja terbabit, tetapi ada juga pihak terutama majikan yang kurang senang dengan pelaksanaan undang-undang berkenaan.

Bagi majikan, tiga kaedah yang diguna pakai sekarang – penetapan gaji berdasarkan kuasa pasaran serta melalui Perjanjian Kolektif (CA) dan Majlis Penetapan Gaji (MPG) di bawah Akta Majlis Penetapan Gaji 1947, sudah pun memadai apatah lagi undang-undang perburuhan sedia ada memberi ruang mencukupi untuk pekerja dan majikan berunding dalam menentukan kadar gaji yang sesuai. Itu hujah majikan, tetapi bagaimana pula dengan realitinya?

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, daripada tiga kaedah itu, hanya gaji yang ditetapkan MPG adalah gaji minimum, tetapi terhad kepada subsektor tertentu bagi kumpulan pekerja yang mudah terjejas seperti pembantu kedai, pekerja di pelabuhan, hotel dan penyediaan makanan serta pengawal keselamatan.

Gaji yang dirundingkan bersama majikan dan pekerja dalam CA pula hanya meliputi kira-kira tujuh peratus daripada keseluruhan guna tenaga, iaitu pekerja yang menyertai kesatuan sekerja saja, manakala upah yang ditentukan kuasa pasaran didapati tidak berkesan kerana berdasarkan kajian Bank Dunia, kadar gaji di Malaysia hanya meningkat secara purata sebanyak 2.6 peratus setahun sejak 10 tahun lalu – jauh lebih rendah berbanding peningkatan Indeks Harga Pengguna.

Keadaan itu menyebabkan kuasa beli pekerja semakin menurun kerana kos sara hidup meningkat berlipat ganda. Malah, kajian Guna Tenaga Kebangsaan pada 2009 yang membabitkan sampel 24,000 majikan dan 1.3 juta pekerja, mendapati 33.8 peratus pekerja masih menerima gaji bawah RM700 sebulan.

Persoalannya, apakah pelaksanaan gaji minimum dapat melindungi dan menjamin pekerja menerima upah berpatutan berdasarkan kos sara hidup dan keadaan ekonomi semasa?

Mengikut Fasal 2 rang undang-undang berkenaan, gaji minimum bermaksud gaji pokok dan ini bermakna sebarang pembayaran elaun seperti elaun lebih masa yang diasaskan kepada gaji pokok akan dapat meningkatkan pendapatan keseluruhan pekerja. Selain itu, gaji pokok juga akan dapat memastikan pekerja menerima caruman KWSP serta PERKESO yang lebih tinggi dan ini dapat menjamin masa depan pekerja serta keluarganya.

Bagaimanapun, ada juga pihak bimbang penetapan gaji minimum akan menjejaskan daya saing negara hingga menyebabkan pelabur asing berpindah ke negara lain yang menawarkan kos buruh lebih rendah.

Mungkinkah kenaikan upah ini juga akan menyebabkan banyak syarikat dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutama di luar bandar terpaksa ditutup berikutan peningkatan kos operasi?

Menjawab persoalan ini, Subramaniam dalam pertemuan dengan pengarang media menjelaskan pandangan itu cuma teori kerana Singapura, misalnya, tidak menghadapi masalah sedangkan gaji pekerjanya lebih tinggi berbanding pekerja dalam sektor sama di negara ini.

“Saya diberitahu, dalam sektor tertentu gaji cuma 10 peratus daripada jumlah perbelanjaan syarikat. Daya saing bukan saja membabitkan gaji, sebaliknya kualiti pekerja lebih penting. Tidak guna jika gaji murah, tapi pekerja tidak ada kemahiran dan komitmen.

“Majikan juga sepatutnya meningkatkan penggunaan teknologi, tetapi apa yang berlaku banyak syarikat masih bergantung kepada tenaga kerja asing kerana mudah mendapat bekalan pekerja dari luar yang sanggup menerima gaji rendah hingga menjejaskan peluang rakyat tempatan mendapat pekerjaan,” katanya.

Namun, adakah rakyat tempatan sanggup menjadi pembantu rumah? Ini juga mencetuskan kebimbangan banyak pihak kerana penguatkuasaan undang-undang berkaitan penetapan gaji minimum turut meliputi pekerja asing, termasuk pembantu rumah.

Dalam meredakan kebimbangan ini, Subramaniam menjelaskan Majlis Perundingan Gaji Negara boleh menyarankan kadar dan liputan gaji mengikut sektor, jenis pekerjaan dan wilayah serta membuat syor bagi mengecualikan mana-mana sektor atau golongan pekerja yang tidak sesuai diliputi di bawah perintah gaji minimum.

Apakah ini bermakna pelaksanaan gaji minimum tidak akan membabitkan pembantu rumah? Mungkinkah juga penetapan gaji minimum akan dibuat mengikut sektor dan wilayah bagi melindungi syarikat kecil, terutama di luar bandar? Bagaimana pula kesannya terhadap inflasi dan pertumbuhan ekonomi negara?

Inilah antara isu yang mesti dipertimbangkan Majlis Perundingan Gaji Negara sebelum menentukan kadar gaji minimum kerana kita tidak mahu dalam usaha untuk membaiki kehidupan pekerja berpendapatan rendah, ada pula pihak lain yang terpaksa menanggung risikonya.

sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gajiminimum_Antarateoridanrealiti/Article/

Karnival Harmoni SPS











Barisan Sukarelawan Pusat Bantuan Guaman Pulau Pinang di Karnival Harmoni peringkat daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang pada Ahad 10 Julai 2011 yang lalu.