Thursday, December 13, 2012

Akta pantau pusat kecantikan bakal diwujud

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Kementerian Kesihatan sedang menimbang untuk mewujudkan akta bagi memantau aktiviti pusat-pusat kecantikan dan mengambil tindakan jika berlaku sebarang salah laku, kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, pada masa ini tiada sebarang peruntukan undang-undang di bawah kementerian bagi mengambil tindakan terhadap mana-mana pakar kecantikan tidak bertauliah yang melakukan aktiviti di luar bidang kerja termasuk penyuntikan, yang hanya boleh dilakukan oleh doktor perubatan. "Kementerian memang dalam kajian wujudkan akta baharu untuk pantau pakar kecantikan dan terapi. Bila mereka jalankan kerja-kerja di luar bidang, ia adalah satu jenayah. Kita akan bincang lebih lanjut untuk pastikan penguatkuasaan berkesan," katanya menjawab soalan tambahan Senator Noriah Mahat pada persidangan Dewan Negara hari ini. - BERNAMA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121211/dn_31/Akta-pantau-pusat-kecantikan-bakal-diwujud#ixzz2Ew0Nyxo4 © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: