Malaysia perintis kewangan Islam

Oleh AZMAN IBRAHIM ekonomi@utusan.com.my KUALA LUMPUR 15 Nov. - Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) mengiktiraf Malaysia sebagai salah sebuah negara perintis sistem kewangan Islam dunia dengan pengenalan dana kewangan Islam atau sukuk. Menurut Pengarah Urusannya, Christine Lagarde, sehubungan itu, usaha dan peranan yang diambil Malaysia dalam sistem kewangan Islam wajar menjadi contoh negara-negara lain terutamanya negara Barat. Malah, kata Lagarde, sistem kewangan Islam mempunyai ruang dan platform tersendiri dalam arus globalisasi pada waktu ini. "Saya tidak menafikan bahawa sistem kewangan Islam mempunyai peranan tersendiri walaupun terdapat beberapa negara seperti Perancis yang mengetepikan sistem kewangan Islam. "Saya bukan seorang pakar dalam kewangan Islam dan tidak arif untuk memberi komen mengenai sistem kewangan itu. "Namun, berdasarkan pengamatan saya selama ini, terdapat ruang untuk sistem kewangan Islam di dunia ini, selain ia mempunyai platform tersendiri," katanya. Beliau berkata demikian kepada dalam syarahan umum selama 40 minit bertajuk 'Asia dan Janji Kerjasama Ekonomi' anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di sini, semalam. Syarahan umum tersebut berkisar pengiktirafan IMF terhadap pe ningkatan peranan kepimpinan ekonomi di rantau ini. Hadir sama pada majlis itu ialah Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Ia merupakan lawatan sulung Pengarah Urusan IMF itu ke Malaysia. Beliau dalam misi lawatan ke tiga buah negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Filipina dan Kemboja. Semalam, Lagarde juga telah mengunjungi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya. IMF ialah organisasi dianggotai 188 negara yang menumpukan pada pemupukan kerjasama kewangan global, menjamin kestabilan kewangan, mempermudahkan perdagangan antarabangsa dan mengalakkan pertumbuhan ekonomi lestari di seluruh dunia. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121116/ek_01/Malaysia-perintis-kewangan-Islam#ixzz2DylngK6g © Utusan Melayu (M) Bhd

Comments

Popular Posts