Tuesday, January 15, 2013

JKSM halusi kaedah kendali harta al-Mafqud

PUTRAJAYA 14 Jan. - Satu kaedah yang sesuai akan dikenal pasti untuk mengendalikan harta pemilik yang tidak diketahui sama ada masih hidup atau mati (al-Mafqud) yang kini dianggarkan bernilai berbilion ringgit. Kaedah yang sedang diperhalusi oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) itu amat penting bagi menyelesaikan permasalahan pembahagian harta kepada waris berikutan status pemilik yang tidak diketahui. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, secara umumnya, apabila seseorang (umat Islam) meninggal dunia tanpa waris, hartanya akan terus ke Baitulmal. “Jadi dalam situasi itu (al-Mafqud), yang mana sepatutnya kita tempatkan harta tersebut dan juga cara pengurusan serta pentadbirannya agar tidak menyalahi hukum agama," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan perjumpaan dengan pegawai JKSM di sini hari ini. Dalam undang-undang pusaka Islam, orang yang hilang atau ghaib tanpa kita ketahui sama ada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia disebut sebagai al-Mafqud. Mafqud berasal daripada perkataan Arab, bermaksud ‘hilang’. Sehubungan itu, Jamil Khir berkata, JKSM akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mewujudkan jawatankuasa teknikal bagi mengenal pasti pendekatan yang selaras dengan hukum agama. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130115/dn_17/JKSM-halusi-kaedah-kendali-harta-al-Mafqud#ixzz2I65xxRGj © Utusan Melayu (M) Bhd

Al-Mafqud - Committee to address issue of missing persons' assets

PUTRAJAYA (Jan 14, 2013): A committee will be formed to find solutions to the issue of the assets of al-mafqud, or missing persons whose status (dead or alive) is unknown. Minister in the Prime Minister's Department, Datuk Seri Jamil Khir Baharom said the committee would be set up by the Malaysia Syariah Judicial Department with the cooperation of the Malaysia Islamic Development Department (Jakim). "However, no time frame is given in finding the solutions but a suitable duration is expected," he said after a working visit to the Syariah Judicial Department and meeting its officers, here, today. Jamil Khir said that in this country, al-mafqud assets in the form of land, cash, movable assets, vehicles and shares had to date, amounted to billions of ringgit. "With regard to land, for example, the owners cannot be traced and the annual quit land not paid up but the land titles are available. These cases are considered grey areas. "We want to see solutions, including from the syariah stand because as a general rule, when a person dies without leaving an heir, his assets will go to the Baitulmal (Islamic treasury), but in such (al-mafqud) cases, the management and administration of the assets will be decided through the committee," he said. In another development, Jamil Khir said the Syariah Judicial Department had met the 2012 KPI (Key Performance Indicators) as it managed to dispose of court cases that were more than two years old. "We want cases in the syariah courts to be disposed of fast. If there are still backlogged cases, what are the source and reasons? "If it's staff shortage, we must think of increasing the number or hearing the cases at night or on weekends," he said. – Bernama source: http://www.thesundaily.my/news/588659

Saturday, January 12, 2013

Rangka tanggungjawab korporat Islam diperkenal

Malaysia bakal memperkenalkan rangka kerja bagi tanggungjawab sosial korporat Islam (i-CSR) tahun depan yang akan menjadi garis panduan kepada pelaksanaan aktiviti CSR bagi institusi Islam tempatan dan antarabangsa. Rangka kerja itu adalah yang pertama di dunia yang bertujuan memenuhi keperluan pertumbuhan kewangan Islam dan jangkaan pasaran global pada masa depan. Ia sedang dirangka oleh Institut Penyelidikan Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (ARI UiTM) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), Sebelas Maret University, dan Universitas Muhammadiyah Surakarta, Indonesia. Ketua Projek i-CSR ARI UiTM, Profesor Madya Dr Faizah Darus, berkata rangka kerja i-CSR itu akan berlandaskan prinsip dan menepati nilai dan kepercayaan Islam. Beliau berkata, buat masa ini, institusi Islam mengguna pakai garis panduan CSR konvensional yang pelaksanaannya berdasarkan pengalaman negara Barat. Justeru, katanya wujud keperluan untuk membangunkan i-CSR berdasarkan kepada prinsip Syariah sebagai pelengkap kepada operasi pengurusan institusi berkenaan. Rangka kerja i-CSR yang akan dibangunkan ini adalah menyeluruh dan ia bukan saja boleh diguna pakai oleh institusi Islam di Malaysia malah di seluruh dunia, katanya ketika dihubungi BH baru-baru ini. Menurut beliau, rangka kerja i-CSR ini menjadi rujukan terbaik kepada institusi Islam dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat mereka. Faizah berkata, pada peringkat permulaan usaha menyediakan rangka kerja itu, pasukan penyelidik akan memberi tumpuan kepada perbankan Islam. Katanya, meskipun rangka kerja itu direka untuk rujukan perbankan Islam, ia masih boleh diguna pakai oleh semua institusi Islam lain. Rangka kerja CSR Islam ini akan menggabungkan konsep tauhid dan ibadat dengan prinsip maqasid al-syariah dan maslahah dalam usaha untuk menyediakan garis panduan dan keutamaan dasar dan aktiviti CSR supaya sejajar dengan prinsip syariah, jelasnya. Faizah berkata, bagi membolehkan rangka kerja itu diguna pakai oleh institusi Islam di Malaysia dan di seluruh dunia, ia perlu mendapat sokongan dari Lembaga Penasihat Syariah dan Bank Negara Malaysia. Pembangunan rangka kerja itu, katanya akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa. sumber: Rangka tanggungjawab korporat Islam diperkenal, Berita Harian, 31 Disember 2012