Tuesday, February 19, 2013

New Islamic Financial Services Act to enforce management of syariah non-compliance risk

KUALA LUMPUR: The new Islamic Financial Services Act (IFSA) 2012 will statutorily enforce the management of syariah non-compliance risk and require Islamic financial institutions to ensure that their aim, operation, business, affairs and activities are syariah-compliant at all times. “This is perhaps one of the most distinctive features of the IFSA 2012,” said International Islamic Banking Liquidity Management Corp chief executive officer Prof Datuk Dr Rifaat Ahmed Abdel Karim in a statement. The act, which is pending Royal Assent, requires that any failure to abide by this statutory requirement has to be immediately notified to the regulator and the syariah committee of the financial institution. Furthermore, the financial institution is required to immediately cease continuing with the business or activity, which is the cause of the non-compliance, and submit a plan for the rectification of the non-compliance to the regulator within 30 days. “This strict provision is in line with the principal regulatory objectives of the act, which aims to promote financial stability and compliance with syariah,” he said in his lecture on The Significance of Supervision and Regulation in Islamic Finance at the International Centre for Education in Islamic Finance. The new act, which is expected to come into force this year, seeks to consolidate the Islamic Banking Act 1983 and the Takaful Act 1984. “When it comes into force, it will be a landmark law, perhaps the only omnibus Islamic finance legislation in the world,” he added. In addition, the act will lay the foundation for a comprehensive regime to promote a robust and resilient Islamic financial system in Malaysia. - Bernama source: http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/6/business/12675789&sec=business

Rizab Bank Negara berjumlah RM428.6 bilion pada 31 Januari

KUALA LUMPUR Feb. 8 - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM428.6 bilion (bersamaan dengan USD140.2 bilion) pada 31 Januari 2013. Dalam satu kenyataan hari ini, aras rizab ini memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan ialah 4.2 kali hutang luar negeri jangka pendek. Ia berkata, rizab antarabangsa itu terdiri daripada rizab mata wang asing (US$126.8 bilion); rizab Tabung Mata Wang Antarabangsa (US$900 juta); Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$2 bilion); emas (US$1.9 bilion); dan aset rizab lain (US$8.6 bilion). Keseluruhan aset BNM, termasuk rizab antarabangsa, berjumlah RM478.07 bilion. Aset lain bank pusat itu termasuklah kertas kerajaan Malaysia (RM2.18 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM28.69 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM9.49 bilion); dan aset-aset lain (RM9.16 bilion). Modal dan liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta); dana rizab am (RM14.37 bilion); rizab lain (RM10.25 bilion); mata wang dalam edaran (RM73.02 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM186.96 bilion); deposit kerajaan persekutuan (RM7.09 bilion); deposit lain (RM4.26 bilion); kertas Bank Negara (RM148.42 bilion); peruntukan SDR (RM6.33 bilion); dan liabiliti lain (RM27.28 bilion). - BERNAMA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130208/dn_31/Rizab-Bank-Negara-berjumlah-RM428.6-bilion-pada-31-Januari#ixzz2LMgEgqLP © Utusan Melayu (M) Bhd

Memahami simptom-simptom stress dalam kewangan

DR. MOHD. NAHAR MOHD. ARSHAD - TIADA ada belenggu yang lebih menjerat melainkan apabila seseorang itu hidup berlebih daripada kemampuannya. Asas utama dalam membina kestabilan kewangan adalah untuk berbelanja mengikut kadar kemampuan diri. Namun, dengan trend yang membudayakan hidup berhutang untuk berbelanja, ramai yang gagal pada perkara asas ini. Isu ini biasanya berlaku kepada golongan berpendapatan tengah di mana mereka mempunyai akses kepada kredit dan pada masa sama terpaksa mengimbangkan antara keinginan dan kemampuan. Hidup secara bersederhana wajar menjadi panduan tetapi apabila keinginan menguasai diri, kemudahan kredit yang ada sering disalah guna sehingga menjerumuskan diri ke kancah hutang. Jadi bagaimanakah kita dapat mengetahui kita sebenarnya hidup melebihi kadar kemampuan? Tidak mempunyai tunai mencukupi untuk memenuhi keperluan-keperluan asas adalah petanda terakhir kepada musibah kewangan diri. Namun, terdapat beberapa petanda awal yang perlu kita sedari sebelum musibah di atas melanda. Tidak mempunyai simpanan kecemasan adalah petanda awal yang perlu diambil perhatian. Menabung dengan sikit-sikit lama-lama menjadi bukit itu sesuatu yang hambar, tetapi ia bukanlah sesuatu yang kompleks untuk dilaksanakan. Pun begitu, masih ramai kecundang dalam perkara ini. Berapa banyakkah jumlah untuk simpanan kecemasan? Mempunyai simpanan sebanyak tiga bulan kadar perbelanjaan adalah sesuatu yang munasabah, manakala mempunyai simpanan enam bulan kadar perbelanjaan adalah sesuatu yang ideal. Bayangkan sekiranya anda hilang pekerjaan, selama manakah anda dapat menampung gaya hidup sekarang? Maka, kegagalan untuk menyimpan sedikit dari jumlah pendapatan merupakan antara petanda kepada musibah kewangan yang bakal menanti. Petanda seterusnya adalah apabila bayaran hutang rumah lebih daripada jumlah pendapatan seminggu. Misalnya, seseorang yang mempunyai pendapatan bulanan RM4,000, peruntukan hutang rumah sewajarnya tidak lebih dari RM1,000. Jika lebih, stress kewangan akan meningkat berikutan desakan untuk memenuhi keperluan-keperluan lain. Jumlah baki kad kredit kekal sama dengan tahun lepas merupakan petanda stress kewangan yang berikutnya. Jika jumlahnya terus meningkat dari bulan ke bulan, seseorang itu sudah terjerumus dalam krisis kewangan. Ini merupakan petanda stress kewangan yang penting kerana hutang kad kredit adalah mahal dan melibatkan perbelanjaan gaya hidup seperti percutian. Tidak seperti hutang rumah yang boleh meningkatkan ekuiti seseorang, hutang kad kredit biasanya melibatkan perbelanjaan untuk sesuatu yang kurang produktif. Petanda stress kewangan seterusnya ialah apabila seseorang itu membeli barangan yang mahal melalui tawaran pembiayaan tanpa faedah dengan harapan dia mampu melunaskannya nanti. Sama ada tawaran ini melibatkan beli sekarang dan bayar tanpa faedah sehingga tahun depan; atau; tiada bayaran bulanan selama enam bulan;, meskipun menarik tetapi boleh memerangkap. Masalah biasanya bermula apabila seseorang itu gagal melunaskan bayaran penuh mengikut masa ditentukan. Caj riba yang dikenakan biasanya tinggi serta menjadi lumrah di mana caj dikira bermula dari tarikh pembelian mula dibuat. Petanda yang berikutnya ialah apabila seseorang itu menggunakan satu kredit kad untuk membuat bayaran kad kredit yang lain melalui pemindahan baki. Ya, pemindahan baki dapat mengurangkan beban caj yang dikenakan tetapi jika pindahan baki dibuat untuk meningkatkan had siling hutang, itu adalah petanda yang tidak sihat. Petanda yang terakhir ialah apabila seseorang itu berfikir: ''Aku tidak sepatutnya membeli barangan ini tetapi ...; Cara fikir sebeginilah yang sering memerangkap diri sendiri. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130212/ek_04/Memahami-simptom-simptom-stress-dalam-kewangan#ixzz2LMfr8iYO © Utusan Melayu (M) Bhd

Ekonomi negara atasi unjuran

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Malaysia mencatat prestasi yang baik pada 2012, dengan Ernst and Young mengunjurkan pertumbuhan 5.1 peratus setahun penuh, meningkat daripada 4.5 peratus mengikut unjuran awal, kata Peneraju Pasaran Malaysianya, Azwan Baharuddin. "Penyumbang utama pertumbuhan ini termasuk pengembangan dasar fiskal dan sokongan kukuh kerajaan yang merangsang pelaburan dan perbelanjaan pengguna," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, pelaburan sangat pesat, berkembang lebih 20 peratus pada suku ketiga, didorong oleh sokongan kerajaan yang kukuh menerusi projek infrastruktur, manakala penggunaan swasta juga mengekalkan pertumbuhan yang padu pada suku ketiga pada 8.5 peratus. "Walaupun kami menjangkakan pertumbuhan akan menyederhana pada suku pertama 2013, dasar kerajaan yang menyokong dalam pembangunan bakat dan penerimaan teknologi, akan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan transformasi dan pertumbuhan ekonomi jangka panjang," katanya. Katanya, di peringkat rantau ini, pasaran pertumbuhan pesat (RGM) berada pada momentum pertumbuhan tinggi, dijana oleh Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). RGM mengurangkan halangan perdagangan sejak 20 tahun lepas, membuka ekonomi masing-masing kepada perdagangan serta pemindahan teknologi, katanya. Beliau seterusnya berkata, dalam dekad akan datang, hubungan dua hala antara ekonomi membangun Asia akan terus meningkat memandangkan permintaan yang semakin tinggi untuk produk pengguna canggih hasil daripada pasaran kelas pertengahan yang meningkat. Azwan berkata, syarikat Malaysia secara konsisten memberi tumpuan ke atas dagangan di rantau ini, dengan banyak syarikat memilih untuk meluaskan perniagaan masing-masing di luar negara, terutama Indonesia dan Vietnam. "Hubungan perniagaan yang kukuh ini pastinya akan merangsang momentum pertumbuhan Malaysia. "Ia juga sejajar dengan perancangan rantau ini untuk menjayakan AEC yang bermatlamat mengubah rantau ini menjadi pusat pengeluaran dan pasaran tunggal menjelang 2015." Azwan berkata, Malaysia boleh menjangkakan permintaan kukuh yang berterusan ke atas komoditinya dan kedudukan pasaran domestik yang kukuh akan membantu merangsang peningkatan pendapatan pada 2013. "Daya pulih kewangan negara, faktor rizab antarabangsanya yang tinggi dan aliran pelaburan asing yang sihat, akan terus menjadi pemacu transformasi ekonomi Malaysia bagi menjadi negara maju menjelang 2020," katanya. - BERNAMA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130216/ek_01/Ekonomi--negara-atasi-unjuran#ixzz2LMfRhtyp © Utusan Melayu (M) Bhd

Harta pusaka tertunggak RM52b

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Sebanyak RM52 bilion nilai harta pusaka tertunggak dengan majoritinya milik orang Islam gagal diwariskan kepada individu yang berhak di seluruh negara. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Seminar Hibah Peringkat Kebangsaan 2013, Ariffin Sabirin berkata, hasil anggaran industri perancangan harta pusaka di negara ini, jumlah tersebut meningkat daripada RM40 bilion pada 2007 dan semakin bertambah ekoran peningkatan nilai hartanah serta kes tuntutan harta pusaka yang semakin banyak. Jelasnya, jumlah tinggi itu juga ekoran sebahagian besar umat Islam ketika ini tidak memahami isu perwarisan harta dengan baik hingga membawa kepada perbalahan antara waris. Katanya, umat Islam sering terkeliru kerana menyangkakan wasiat adalah instrumen terbaik membahagikan harta. Sedangkan tambah beliau, wasiat mempunyai kekangan tertentu bagi umat Islam dan tidak efektif bagi melaksanakan hasrat pembahagian harta kecuali kepada bukan waris pada takat maksimum satu pertiga. "Namun menerusi hibah iaitu salah satu daripada instrumen perancangan harta di dalam Islam, masalah perbalahan antara waris ini dapat diatasi kerana tuan punya harta dapat menentukan dengan tepat siapakah yang akan mewarisi hartanya serta formula agihannya. "Sehubungan itu, orang Islam yang jatuh di bawah struktur faraid kritikal seperti pasangan Islam yang tidak mempunyai anak atau yang mempunyai anak perempuan sahaja ataupun pasangan yang mempunyai anak angkat, mereka perlu memahami dan menggunakan instrumen hibah ini bagi mengelakkan masalah harta pusaka dalam kalangan waris," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Seminar Hibah Peringkat Kebangsaan 2013 di Dewan Auditorium Institut Sosial Malaysia di sini hari ini. Majlis tersebut disempurnakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan dihadiri lebih 200 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai pesaka kecil seluruh negara, perunding kewangan, imam dan nazir masjid serta wakil majlis agama Islam negeri. Dalam pada itu, beliau yang juga Penasihat Kumpulan Syarikat Wassiyyah Shoppe memberitahu, Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat yang berkecimpung dalam industri perancangan harta pusaka secara syariah kini merupakan penyedia dokumen hibah terbanyak di negara ini. "Sejak 2004, sebanyak 5,000 dokumen hibah disediakan manakala lebih 120 perintah pengesahan hibah berjaya diperoleh daripada mahkamah syariah seluruh negara. "Malah sehingga 31 Disember tahun lalu, nilai harta hibah milik pelanggan yang bakal diuruskan Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd. adalah sebanyak RM1.2 bilion," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130217/dn_17/Harta-pusaka-tertunggak-RM52b#ixzz2LMes6iwz © Utusan Melayu (M) Bhd

KWSP umum dividen 6.15%

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2012. Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini berkata, kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011. "Ia juga mencatatkan rekod baharu berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada anggota KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya. "Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011," katanya. Menurut beliau, pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan. Katanya, walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah. Selain itu, beliau berkata, selaras dengan Alokasi Aset Strategik (AAA) yang diamalkan KWSP, sebahagian besar aset pelaburan KWSP terus dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah dan stabil. Pelaburan ekuiti adalah 38.77 peratus daripada jumlah aset pelaburan pada 2012, manakala baki 3.59 peratus dan 2.42 peratus masing-masing diperuntukkan untuk instrumen pasaran wang dan hartanah dan infrastruktur, tambahnya. "Walaupun KWSP melabur dalam pelbagai pelaburan, sebahagian besarnya dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah, kadar pulangan pelaburan tahunan (ROI) KWSP melebihi enam peratus bagi tiga tahun berturut-turut. "Ekuiti menjana ROI dua digit sebanyak 10.06 peratus manakala pulangan daripada instrumen berpendapatan tetap melebihi 5.50 peratus di sebalik suasana kadar faedah rendah semasa," katanya. Katanya berikutan beberapa transaksi sekali bayaran (one-off) pasaran modal pada 2012, pendapatan daripada pinjaman dan bon menunjukkan peningkatan tertinggi berbanding 2011. Pelaburan dalam kelas aset ini menyumbang RM9.68 bilion kepada pendapatan pelaburan kasar, naik 33.62 peratus atau RM2.44 bilion berbanding 2011. Selaras dengan kadar faedah yang rendah, Samsudin berkata, KWSP beransur-ansur mengurangkan pendedahannya dalam aset berpendapatan tetap konvensional dan mengalihkan aset yang telah matang kepada aset yang menghasilkan pulangan lebih tinggi seperti ekuiti dan hartanah dalam had risiko yang boleh diterima. Bersandarkan pertumbuhan stabil dalam kedua-dua pasaran ekuiti domestik dan global pada 2012, ekuiti menyumbang RM13.91 bilion pendapatan bersamaan 44.84 peratus pendapatan pelaburan kasar, katanya. Bagi pelaburan dalam sekuriti kerajaan Malaysia dan bon sama taraf; hartanah dan infrastruktur; serta instrumen pasaran wang pula, masing-masing memperoleh RM6.26 bilion, RM595.63 juta dan RM574.91 juta. Menurut Samsudin, aset pelaburan KWSP setakat 31 Disember 2012 berjumlah RM526.75 bilion, melepasi setengah trilion serta meningkat 12.31 peratus daripada RM469.04 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Peningkatan itu sebahagian besarnya disumbangkan caruman tahunan bersih pencarum dan majikan serta prestasi pelaburan yang konsisten dan menggalakkan dalam semua kelas aset, katanya. Dengan peningkatan jumlah keahlian, KWSP memerlukan RM4.46 bilion untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2012, peningkatan 9.34 peratus daripada RM4.08 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2011. Antara urus niaga utama pada 2012 ialah perluasan pelaburan hartanah KWSP dalam dan luar negara termasuk projek Battersea Power Station di London dan memuktamadkan pembelian 932 hektar tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dengan haga RM2.28 bilion untuk membangunkan sebuah kawasan perbandaran baharu. Sejajar dengan strategi diversifikasi untuk mengoptimumkan pulangan jangka panjang kepada pencarum, jumlah pendedahan KWSP di luar negara setakat 31 Disember 2012 ialah 15.7 peratus daripada jumlah aset pelaburan, menurut kenyataan itu. Pada 2012, tambahan US$7.1 bilion pelaburan telah dibuat dalam ekuiti global, bon global dan hartanah. Samsudin berkata, dalam menguruskan dana berjumlah lebih setengah trilion ringgit, KWSP berdepan cabaran besar untuk terus memberi pulangan kukuh di tengah-tengah persekitaran kadar faedah yang rendah, ketidaktentuan berterusan ekonomi global serta kekangan dalam pasaran modal domestik. "Bagaimanapun, sebagai dana persaraan, KWSP akan terus berpandukan objektif pelaburan jangka panjang dan strategi pelaburan berhemah bagi memastikan kemampanan dan pulangan konsisten untuk kesejahteraan persaraan anggotanya. Pencarum KWSP boleh mendapatkan penyata kira-kira masing-masing bagi menyemak pengkreditan dividen 2012 sama ada di kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai esok. Pencarum berumur 55 tahun dan ke atas pula boleh mengeluarkan dividen tahunan yang telah dikreditkan ke dalam akaun mereka yang menjadi antara pilihan bayaran di bawah Skim Pengeluaran Umur 55 Tahun. - BERNAMA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130218/dn_04/KWSP-umum-dividen-6.15#ixzz2LMegSPGs © Utusan Melayu (M) Bhd

Bon, ekuiti tarik minat pelabur

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Pasaran bon dan ekuiti Malaysia dijangka menarik minat pelabur asing pada tahun ini, sekali gus mengekalkan momentum pertumbuhan pada tahun lalu, menurut penganalisis ekonomi Standard Chartered Bank (StanChart). Perancang Strategi Pelaburan Kanan StanChart (Pengurusan Kekayaan Kumpulan Perbankan Penggunanya), Manpreet Gill berkata, salah satu faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelaburan disebabkan kestabilan Ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini. Katanya, Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar AS pada kadar RM2.90 pada akhir tahun ini. Malah, pihaknya menyarankan keselesaan bagi pelabur asing untuk memilih bon dalam mata wang tempatan Asia (kecuali Yen) dalam tempoh matang jangka panjang berbanding bon dalam mata wang AS. "Kami mencadangkan supaya pelabur mempunyai pilihan untuk memilih pelaburan tempoh matang pendek bagi bon yang menggunakan mata wang dolar AS," katanya dalam sidang media mengenai tinjauan ekonomi 2013 di sini hari ini. Hadir sama pada majlis ialah Ketua Perancang Strategi Pelaburan StanChart (Pengurusan Kekayaan Kumpulan, Perbankan Pengguna), Steve Brice. Sementara itu, mengenai pasaran komoditi dunia, Brice berkata, harga emas akan terus meningkat dan menjadi pilihan pelabur sepanjang tahun ini. Kata beliau, pihaknya menjangkakan harga emas dunia mampu melonjak sehingga AS$1,900 (RM5,700) seaun pada tahun ini. "Bagaimanapun, minyak, besi dan beberapa komoditi lagi tetap menjadi pilihan pelabur dunia kerana terdapat permintaan tinggi berikutan pemulihan ekonomi dunia," ujarnya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130112/ek_01/Bon,-ekuiti-tarik-minat-pelabur#ixzz2LMeFFZXz © Utusan Melayu (M) Bhd

Tahap kesedaran perlindungan harta intelek masih rendah

KOTA BHARU 14 Jan. - Tahap kesedaran rakyat, khasnya di kalangan peniaga di negara ini, terhadap hak mereka untuk mendapatkan perlindungan harta intelek masih rendah. Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Abdul Manan Ismail berkata, daripada 137,183 syarikat yang memohon mendaftar untuk mendapatkan sijil perlindungan daripada perbadanan itu tahun lepas, 65,516 adalah syarikat tempatan manakala 71,667 adalah syarikat asing. Katanya, pengusaha asing lebih menyedari kepentingan mereka mendapatkan perlindungan di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan cop dagangan berbanding syarikat atau pengusaha tempatan. "Oleh itu, kita (MyIPO) sedang melancarkan gerakan penerangan dengan mengadakan kempen di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran di kalangan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran Harta Intelek di sini hari ini. Antara fokus perbincangan dalam seminar itu ialah mengenai sistem perlindungan harta intelek di negara ini yang merangkumi cop dagangan, paten, reka bentuk perindustrian, hak cipta dan petunjuk geografi selain menyentuh perkembangan harta intelek dan perkongsian pengalaman antara peserta. Abdul Manan berkata, MyIPO sebuah agensi yang ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 2008 telah mengadakan 156 program kempen kesedaran dalam dan luar negara. "Di bawah Bajet 2013, kerajaan memberi komitmen berterusan menyokong pembangunan harta intelek dengan menyediakan peruntukan RM19 juta. "Peruntukan itu ialah untuk memperkenalkan model Penilaian Harta Intelek yang bertujuan melatih penilai-penilai harta intelek tempatan terutama bagi pihak perbankan," katanya. Penilaian itu boleh dijadikan sebagai instrumen untuk menilai harta intelek secara komersial dan dijadikan cagaran bagi mendapatkan pembiayaan dari institusi kewangan, katanya. Katanya, berdasarkan perangkaan, MyIPO mendaftarkan 107,008 syarikat cop dagangan daripada 137,183 permohonan syarikat dari dalam dan luar negara sejak 2008 hingga 2012. Abdul Manan berkata, MyIPO turut mengenal pasti produk yang dikeluarkan rakyat Kelantan yang boleh didaftar di bawah petunjuk geografi atau reka bentuk perindustrian Rombongan pegawai agensi itu turut meninjau kawasan perusahaan industri budu di Kampung Geting, Tumpat dan perusahaan songket di Kampung Penambang di sini, bagi melihat dari dekat potensi perusahaan itu mengikut piawaian sijil cop dagang harta intelek yang diluluskan. - BERNAMA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130115/ek_08/Tahap-kesedaran-perlindungan-harta-intelek-masih-rendah#ixzz2LMe3cKdy © Utusan Melayu (M) Bhd

RM15 trilion transaksi elektronik

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Sejumlah 300 juta transaksi kewangan dengan nilai hampir RM15 trilion dilakukan oleh rakyat Malaysia menerusi saluran elektronik pada tahun lalu. Penolong Gabenor, Bank Negara Malaysia, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, ia termasuklah perpindahan wang, pembayaran bil, pembelian barangan serta pembayaran pelaburan dalam pasaran kewangan dengan saluran paling popular adalah perbankan Internet. Katanya, pertumbuhan pesat transaksi dalam talian sejak sedekad lalu menyebabkan bank pusat menekankan aspek keselamatan semasa melakukan transaksi bagi memastikan kepentingan pengguna tidak diabaikan. Beliau berkata, transaksi yang selamat juga amat penting kepada ekonomi terutama dalam mengekalkan kestabilan monetari dan kewangan. "Keyakinan pengguna merupakan asas penting kepada perbankan Internet sejak beberapa tahun lalu, namun kita tidak boleh memandang ringan kepada aspek keselamatan dan ia perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. "Kecanggihan teknologi dan inovasi bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna malah turut membuka lebih banyak peluang kepada penjenayah untuk mencipta kaedah-kaedah baharu untuk melakukan kesalahan siber," katanya semasa melancarkan Kempen Kesedaran Penipuan Perbankan Elektronik di sini hari ini. Kempen anjuran Persatuan Bank-Bank Malaysia itu merupakan satu inisiatif yang menghimpunkan kesemua bank-bank di negara ini dengan kerjasama CyberSecurity serta polis untuk memerangi penipuan dalam talian. " Kita semua tahu pihak bank telah melakukan pelaburan besar untuk meningkatkan sistem keselamatan masing-masing, namun pelanggan juga perlu memainkan peranan sendiri untuk mengelakkan diri daripada terjerat dengan penipuan siber," katanya. Sejak sedekad lalu, pembayaran elektronik telah meningkat secara purata sebanyak 23.4 peratus setahun. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bank-Bank Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, walaupun wujud lebih banyak kesedaran di kalangan orang ramai mengenai isu penipuan secara online, bank-bank berpendapat bahawa usaha memerangi penipuan sedemikian tidak leka. "Kami menyedari keperluan untuk memberitahu orang ramai secara berterusan supaya mereka sentiasa menyedari dan mendapat maklum balas mengenai penipuan terbaharu. "Sebagai penyedia perkhidmatan bertanggung jawab sosial, bank-bank telah membelanjakan jumlah wang yang banyak di dalam belanjawan tahunan masing-masing bagi memastikan keselamatan perkhidmatan e-perbankan yang ditawarkan," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130116/ek_01/RM15-trilion-transaksi-elektronik#ixzz2LMdo8aqU © Utusan Melayu (M) Bhd

Misi Akta Halal masih jauh

Oleh DR. AHMAD HIDAYAT BUANG - AKTA atau Undang-undang Halal yang diuar-uarkan dalam media cetak dan elektronik sebagai mendapat kelulusan Kabinet dan sebagainya tidaklah semudah sebagaimana yang digambarkan. Perbincangan yang dianjurkan oleh Bahagian Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyerlahkan beberapa masalah dasar yang masih belum dapat diselesaikan. Cadangan akta ini adalah untuk menyelaraskan semua peruntukan undang-undang berkaitan urusan halal dan memberi Jakim kuasa perundangan berkaitan halal terutama dari segi pengeluaran sijil halal, pemantauan dan penguatkuasaan. Perkara pokok yang dijelaskan menghalang pelaksanaan cadangan Akta Halal ini nampaknya masih berkait rapat dengan persoalan kuasa negeri khususnya dalam perkara agama Islam sebagaimana yang ditetapkan Perlembagaan. Memandangkan cadangan Akta Halal ditafsirkan sebagai perkara yang berkaitan agama Islam maka ia terletak di bawah bidang kuasa negeri dan oleh itu Parlimen tidak berhak untuk membuat undang-undang yang berkaitan dengannya. Hujah untuk menyamakan perkara halal ini dengan kewangan dan perbankan Islam pun tidak dapat diterima, memandangkan perkara mengenai perniagaan dan perbankan memang jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan terletak di bawah senarai Persekutuan. Begitu juga alasan untuk menyamakan dengan urusan tanah tidak dapat diterima kerana terdapat peruntukan dalam Perlembagaan yang berkaitan penyelarasan pentadbiran tanah. Oleh yang demikian mengapa tidak dibiarkan sahaja urusan halal ini ditangani oleh pihak negeri, tanpa campur tangan Kerajaan Persekutuan. Mengapa pihak Jakim perlu bersusah payah mahu mencadangkan satu undang-undang atau akta yang jelas sukar untuk dilaksanakan? Jikalau dalam perkara-perkara lain seperti Mahkamah Syariah, perkahwinan, perceraian, wakaf, zakat, baitulmal, fatwa dan lain-lain boleh diuruskan oleh pihak negeri sebagaimana biasa mengapa tidak pula urusan halal? Bahkan mengikut pengamatan penulis, sudah ada pun peruntukan mengenai makanan halal di dalam undang-undang negeri terutamanya Enakmen Jenayah Syariah. Daripada segi fatwa pula sudah banyak pandangan dan nasihat agama dikeluarkan mengenai perkara halal. Tambahan pula pihak negeri sendiripun mahu menguruskan perkara halal sebagaimana dengan kewujudan sijil-sijil halal negeri. Jawapan kepada persoalan ini harus dilihat dari segi keberkesanan undang-undang. Sudah banyak rungutan mengenai urusan pentadbiran agama Islam di Malaysia akibat kepelbagaian dari segi undang-undang, pentadbiran, proses dan amalan. Sungguhpun perkara ini telah di atasi namun masih terdapat beberapa perkara yang kerap kali dibangkitkan di media massa. Jika dilihat secara kos-efektif dan keberkesanan pentadbiran sudah tentulah perkara ini adalah lebih baik jika ditadbir secara bersepadu dan terselaras. Namun begitu realiti undang-undang dan institusi yang diwarisi sejak dari dahulu menjadikan urusan agama itu diuruskan secara tersendiri oleh negeri-negeri. Mungkin ada kebaikan atau keunikan tertentu di dalam sistem yang diamalkan kini. Itu tidak dapat dinafikan. Sungguhpun demikian, akibat perubahan masa terdapat perbezaan dalam urusan halal ini dengan urusan keagamaan lain. Jika pada masa dahulu urusan halal dan haram adalah perkara keperluan persendirian umat Islam, namun kini ia sudah menjadi satu industri, satu bentuk perniagaan multinasional dan internasional. Urusannya lebih hampir kepada industri kewangan Islam. Oleh yang demikian meletakkan urusan halal dalam situasi masa dahulu mungkin akan menjejas keberkesanan urusannya dari segi proses, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang. Berbeza dengan urusan agama lain, urusan halal ini sejak dari dahulu lagi diuruskan oleh Jakim kerana melibatkan agensi-agensi kerajaan lain terutama dalam perkara import dan eksport. Apatah lagi untuk melindungi kemaslahatan masyarakat Islam daripada penyelewengan dan penyalahgunaan logo halal oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh yang demikian mahu tidak mahu urusan halal ini perlu ditangani oleh satu pihak di peringkat Pusat, khususnya apabila melibatkan pihak badan perniagaan yang bersifat merentas sempadan negeri-negeri dan antarabangsa. Memang tidak dinafikan bahawa pada masa kini pihak Jakim bagi pihak Kerajaan Pusat telah diberi tanggungjawab bagi menguruskan urusan halal seperti pengeluaran sijil dan penguatkuasaan logo halal. Namun tanggungjawab ini hanya berpunca daripada arahan eksekutif dan bukan daripada kuasa undang-undang melalui akta tertentu. Ini kerana urusan produk dan makanan halal di Malaysia melibatkan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) dan pihak kerajaan tempatan. Kementerian-kementerian dan jabatan ini mempunyai kuasa melalui akta mereka bagi menjalankan tanggungjawab dan fungsi masing-masing. Oleh demikian Akta Halal ini boleh memberikan Jakim kuasa undang-undang yang dikehendakinya menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya dalam urusan halal. Memang tidak dapat dinafikan kerjasama yang erat diberikan oleh agensi kerajaan lain kepada Jakim untuk menjalankan tanggungjawabnya dalam perkara halal. Sebagai contoh Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan baru-baru ini telah mengiktiraf penggunaan logo halal Jakim dan Majlis Agama Islam negeri sebagai logo halal yang boleh dipamerkan oleh badan perniagaan. Begitu juga kakitangan Jakim dilantik sebagai pegawai penguat kuasa di bawah Akta berkenaan. Namun begitu Akta diletakkan di bawah KPDNKK. Perlembagaan Malaysia telah digubal sejak 50 tahun lalu. Dalam tempoh masa itu kita melihat banyak pindaan dibuat kepada Perlembagaan. Tujuan pindaan ini dibuat adalah bagi menyesuaikan Perlembagaan berkenaan dengan perkembangan semasa. Sebagai contoh utama ialah pindaan kepada perkara 121 (1A) Perlembagaan Malaysia pada 1988 terhadap bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar kes-kes yang berkaitan dengan undang-undang Islam secara eksklusif. Kita melihat selepas pindaan ini Mahkamah Syariah berkembang menjadi institusi agama Islam yang mantap dan kukuh. Persoalan halal haram dalam kerangka Perlembagaan mungkin sesuai pada masa dahulu. Dengan perkembangan perniagaan dan industri halal pada masa kini kerangka ini mungkin lagi tidak sesuai. Ramai pihak kurang selesa dengan pendekatan pindaan Perlembagaan ini bagi membolehkan penggubalan Akta Halal kerana melibatkan banyak perkara yang sensitif dan seterusnya menjadikan usaha yang murni ini sesuatu yang sukar terutama dalam keadaan politik semasa yang tidak menentu. Namun begitu didapati banyak perkara berkaitan kemaslahatan umat Islam di Malaysia pada hari ini nampaknya bukan dihalang oleh kehendak masyarakat atau rakyat, dan bukan juga oleh pengaruh politik atau pemerintahan, tetapi halangannya banyak kepada aspek-aspek kuasa dan teknikal perundangan serta pentadbiran. Jika dilihat kepada pengalaman negara-negara Islam lain yang cuba untuk melaksanakan prinsip-prinsip Syariah dalam pemerintahan dan pentadbiran negara, kegagalan berlaku bukan kerana tiada kehendak atau peruntukan undang-undang, namun berpunca daripada kekurangan kepakaran dalam sistem pentadbiran yang menyokong usaha-usaha itu. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130117/re_02/Misi-Akta-Halal-masih-jauh#ixzz2LMdX9DLS © Utusan Melayu (M) Bhd

Basel III: bank asia pasifik penuhi syarat

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Bank-bank di Asia Pasifik diunjur menjadi peneraju pelaksanaan Basel III pada 2013, demikian menurut Standard & Poor's Ratings Services (S&P). S&P berkata, kebanyakan bank di Asia Pasifik dapat mematuhi syarat baharu reformasi modal Basel III tanpa kesukaran yang ketara, terutamanya disebabkan modal teras yang kukuh. Antara anggota Jawatankuasa Basel mengenai Pemantauan Bank (BCBS), kebanyakan negara di Asia Pasifik sudah menerbitkan set akhir peraturan modal Basel III berkuat kuasa bulan ini. Berikutan itu, bank-bank di Asia akan mengguna pakar peraturan modal baharu mendahului rakan global mereka; Amerika Syarikat (AS) sudah menangguhkan pelaksanaan dan jadual waktu reformasi modal Basel III, dan draf akhir masih dalam perbincangan di Kesatuan Eropah. "Syarat baharu modal Basel III yang dilaksanakan oleh pengawal atur di Asia Pasifik sudah laksanakan lebih ketat berbanding di kebanyakan negara lain," kata penganalisis kredit S&P Naoko Nemoto dalam satu kenyataan. Beliau bagaimanapun berkata, bank dalam sistem pertumbuhan tinggi seperti India dan China berhadapan cabaran dalam mengekalkan atau menambah nisbah modal untuk seiring dengan pertumbuhan aset risiko. "Berdasarkan andaian tertentu, kami menganggarkan kekurangan modal bank besar di kedua-dua negara mampu mencecah kira-kira AS$100 bilion pada 2019. "Selain itu, beberapa bank dalam pasaran matang dan bermargin rendah seperti Jepun dan Taiwan, perlu meningkatkan kapasiti pendapatan dan keupayaan untuk menjana modal bagi memenuhi standard minimum Basel III bagi nisbah modal Ekuiti Bersama Tahap 1," katanya. Reformasi modal Basel III akan menggalakkan bank-bank mengukuhkan modal, yang merupakan faktor penarafan yang positif. Selain itu syarat modal yang lebih tinggi akan melindungi sistem perbankan daripada risiko yang berkaitan dengan akses pertumbuhan kredit dan inflasi aset yang merupakan risiko di Asia Pasifik. Sementara itu, reformasi modal boleh memaksa bank-bank memberi tumpuan ke atas usaha mereka untuk mengoptimumkan penggunaan modal dan penetapan premium harga mencukupi, dengan potensi kesan ke atas pelbagai sektor. - BERNAMA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130122/ek_02/Basel-III:-bank-asia-pasifik-penuhi-syarat#ixzz2LMdIScAA © Utusan Melayu (M) Bhd

Tingkatkan nilai kewangan Islam

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Pemain industri perbankan dan kewangan Islam perlu aktif mengeluarkan lebih banyak produk yang diberi nilai tambah bagi memenuhi permintaan pengguna, sekali gus merangsang perkembangan industri tersebut. Pemegang Kursi Kehormat Tun Ismail Mohamed Ali di Universiti Sains Islam Malaysia dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam, Dr. Zamir Iqbal berkata, pembiayaan perumahan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan antara produk yang perlu diberi nilai tambah bagi memenuhi permintaan pelanggan. "Pembiayaan PKS merupakan satu segmen yang sangat penting untuk diberi nilai tambah kerana industri tersebut merupakan enjin pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Sekiranya industri PKS berkembang, ia pastinya memberi pulangan sebenar kepada negara. "Manakala, pembiayaan rumah pula membolehkan lebih ramai memiliki kediaman sendiri dan kejayaan produk ini telah dibuktikan di Amerika Syarikat. Walaupun masih terdapat kelemahan yang tidak ketara, namun secara umumnya produk tersebut amat berjaya," katanya. Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan bertajuk "Potensi Kewangan Islam: Apa yang perlu dilakukan bagi merealisasikannya", di sini hari ini. Yang turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd., Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. Tambah Zamir, selain pemain industri, kerajaan serta badan kawal selia juga perlu memainkan peranan penting dalam perkembangan industri perbankan kewangan. Katanya, perkara yang paling penting adalah memastikan rangka kerja kawal selia serta kepentingan pengguna diberi fokus utama. "Aspek perundangan adalah perkara yang utama bagi memastikan pengguna tidak teraniaya dan tertipu, sudah banyak syarikat yang menggunakan jenama perbankan Islam bagaimanapun gagal mengeluarkan produk yang benar-benar menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan," katanya lagi. Dalam pada itu, menyentuh mengenai prospek masa hadapan industri tersebut, Zamir berkata, industri perbankan dan kewangan Islam mempunyai prospek yang sangat cerah kerana permintaan terhadap produk-produk yang ditawarkan semakin meningkat. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130206/ek_03/Tingkatkan-nilai-kewangan-Islam#ixzz2LMcmU5Wd © Utusan Melayu (M) Bhd

Value of Islamic financing

VIJAYANTHRAN RAJANTHRAN - WHILE Malaysia has become an internationally renowned centre for Islamic finance, the general public appear to have a very limited (if not flawed) understanding of it. Most non-Muslims (and some Muslims) appear to be under the impression that there are only some terminology differences between the two, the main one being interest rate being termed as profit rate in Islamic finance. Such a shallow understanding overlooks the fact that Islamic finance emphasises justice in financial transactions. Justice is a highly-regarded value in Islam. The prohibition of interest in Islamic finance (IF) is due to it being viewed as an unjust practice. This is because, among others, the party providing the capital (financing) is able to enjoy a fixed return irres­pective whether the venture financed fails or succeeds. However, it must be highlighted that most financing done by Islamic financial institutions (IFIs) currently are not based on profit-sharing modes of financing but sales-based transactions. This is mainly because the risk involved in equity-based financing is deemed to be too high for the risk appetite of financial institutions. A sale or trade-based transaction with the profit factor included may appear very similar to a conventional lending transaction. However, a trade involves an underlying asset and changing of ownership of the asset, and impacts the real economy. The conventional finance system being motivated purely by profit, and also greed at times, allows finance to exist for its own sake and in isolation of real economic activity and can lead to situations like economic bubbles and related financial problems. For the individual customer taking financing, while the cost (in terms of finance pricing) may be the same between IFIs and conventional banks, many features and practices of IFIs are fairer to the customer due to the underlying value of justice in Islamic finance. For instance in IF, the penalty for late payment is about 1% compared with about 8% charged by conventional banks. Further, because the penalty is only to deter customers from delaying payment and not to profit from the customer’s hardship, the penalty fees collected are used by the IFIs for charitable purposes. There is also greater transparency when dealing with IFIs compared with conventional banks where, for instance, the selling price of a financial transaction states clearly how much the financing will cost to a customer during the tenure of the financing and enables the customer to make a more informed decision whether to take up the financing. In a conventional transaction, customers are sometimes not fully aware of the terms and conditions. I myself being formerly employed by a conventional bank have seen this happen. Terms like minimum prescribed rate and penalty rate, clauses that were previously stated clearly in the Letter of Offer, were subsequently put under the attachment (which is in a smaller font than the Letter of Offer). Often, this was done purely on advice of sales personnel so that they (the sales personnel) do not have to go through the difficult clauses with customers and therefore have a higher chance of closing the sale. The customers are usually told that the terms and conditions in the attachment are standard clauses applied by all banks, and the customers are left to decipher the terms and conditions which are in fine print on their own. Such practices are less likely to happen in IFIs because they are not purely motivated by profit but values of justice and transparency. Further, if you were to encounter any unfair terms, an IFI is more likely to consider removing the unjust term because the value of justice overrides the pursuit of profit. In comparison, conventional banks are usually not willing to accommodate a legitimate request, until of course you report to Bank Negara or blow up the issue in the media. There may be a fear among non- Muslims that practising Islamic banking means they become Muslims. Islamic banking is not about propagating the religion of Islam, but about providing an alternative form of banking which is based on the universal value of justice, and should thus be viewed positively. Islamic banking can be likened to eating a halal burger, which may taste like a normal burger. However, if we know that it is more nutritional and better than a normal burger, aren’t we better off opting for the halal burger? At the very least, our choice of opting for Islamic finance will result in conventional banks being forced to adopt fairer banking practices if they want to retain customers. VIJAYANTHRAN RAJANTHRAN Cheras, Selangor source: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/1/17/focus/12575288&sec=focus

Islamic finance future brighter than ever

KUALA LUMPUR: The future of Islamic finance following the global financial crisis in 2008 is even “brighter than before”, said the Regent of Perak Raja Dr Nazrin Shah. The industry has expanded by 15% to 20% per annum since the 1990s and now amounts to over US$1.2 trillion (RM3.61 trillion) globally, said Nazrin, who is also the Financial Ambassador of Malaysia’s International Islamic Financial Centre. “While this is less than 1% of global financial assets, it is expected to quadruple in the next decade,” he told participants at the launch of a book co-authored by lawyers from the ZICOlaw network entitled An Introduction to Islamic and Conventional Corporate Finance. “Whereas before, oil-rich countries had few avenues to invest their surpluses in Islamic instruments, today, these are a distinct and rapidly growing asset class. “At present, there are more than 300 Islamic financial institutions worldwide operating in more than 75 Muslim and non-Muslim countries.” Nazrin added that the demand for syariah-compliant financial instruments among religiously-observant households, while the amount of global liquidity being mediated through Islamic finance was also growing. Citing the Jan 5 issue of The Economist, which acknowledged Malaysia as “the world’s most important Islamic finance centre” and the first-ever issuer of sovereign sukuk in 2002, he said other countries, including non-Muslim ones, have followed in Malaysia’s footsteps. “Since that time, other countries have started issuing Islamic bonds but Malaysia has remained the market leader. In the first three quarters of 2012, we were responsible for 80% of global sukuk issuances.” However, he warned that the industry should not rest on its laurels. “The nature of success is that one has to be constantly on the move, constantly thinking, planning and innovating, and constantly improving against a rising tide of competition. “Indeed, success is something that is better seen in the rearview mirror just in case it blocks our view of the road ahead. “We should not forget that although we have made a very strong start, the Islamic financial system is still a work-in-progress.” Some areas for improvement, he said, included the liquidity of secondary markets and developing longer-term debt maturities so it can be a viable alternative to conventional finance. source: http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/1/16/business/12581158&sec=business

Islamic banking on uptrend and continues to grow despite challenges

PETALING JAYA: Challenges or not, Islamic banking is set to continue its growth momentum this year. Underpinning this is the planned conversion of development financial institutions (DFIs) into full-fledged Islamic banks, a growing demand for Islamic finance, a strong sukuk market and anticipated mergers among Islamic banks. Industry observers and players reckoned that these factors would spur the growth of the industry and hot up competition among the players, both existing and new. Statistics concur with this. According to the Ministry of Finance (MOF) 2012/2013 Economic Report, Islamic banking continued to expand in the first seven months of 2012, with total assets increasing 20.6% to RM469.5bil, representing 24.2% of the country's banking system assets. As at end-September 2012, Malaysia still dominated the global market with 74% of global sukuk issuance, a Bank Negara report indicated. Syed Abdull Aziz: Each player has its own unique value proposition and market strategy.’ Syed Abdull Aziz: Each player has its own unique value proposition and market strategy.’ Ernst & Young Malaysia director for Islamic Banking Group (Global Financial Services) Muhammad Syarizal Rahim told StarBiz there were several factors that would spur this growth momentum despite the challenges present. According to him, the game changer in the country's bid to double its share of Islamic banking assets by 2020 and the contributing sustained growth trend in 2013 would be the conversion of DFIs into full-fledged Islamic banking institutions by 2015. This would, among others, involve the conversion of existing DFI loan and deposit products into Islamic products. “It is projected that the demand for sukuk instruments will continue to grow, outpacing global supply and providing opportunities for Islamic banks to establish and grow their Islamic fixed income advisory platforms. “The anticipated consolidation among Islamic banks will also continue, including the creation of a mega Islamic bank. This trend will ensure the continued strengthening of Islamic banks and will be crucial for their planned expansion to be regional players,'' Syarizal noted. With a total Muslim population of about 60% of the total population, he said there were significant opportunities for the Islamic banking players in the country to increase their market penetration. He added, however, that there were a number of key challenges for the Islamic banking players in achieving their growth prospects. Although the overall profitability has improved, he felt the operating expenses were still higher for Islamic banks. The largest operational cost tended to be for human capital, he said, noting that there was also a need to increase technology enablement so services could be delivered more effectively and efficiently. Apart from this, Syarizal said Islamic banks would need to better manage their asset quality, with risk and governance often a complex and sensitive factor in deciding revaluations or disposals. As for competition, Maybank Islamic Bhd CEO Muzaffar Hisham said the bank welcomed it, as it was confident of its services, corporate philosophy and ability to maintain market leadership. Towards this end, he added that the bank was also committed to improving efficiency and customer satisfaction amidst increasing competition in the market. “We have successfully expanded our domestic market share in both deposits and financing, 22.9% and 25.9%, respectively, for 2012. Our profit before tax has also recorded a 43.8% year-on-year growth in the first nine months of last year. We are cementing and establishing our domestic leadership in Islamic banking and aggressively pursuing a regional push,'' he noted. To differentiate itself in the area of Islamic banking, Muzaffar said the bank would continue to strive in providing innovative syariah-compliant solutions for the benefit of its customers. Last year, Maybank Islamic had extended its Premier Mudharabah Account-i to small and medium enterprises, business banking and corporate segments. He said the bank had also launched the new variable rate of mortgage financing under the concept of Commodity Murabahah. Besides this, it had enhanced the bank's Ikhwan credit card offerings via the Ikhwan Visa Infinite launch. It had also introduced the M2U Savers-i, an online savings account for the convenience of opening, accessing and closing accounts from anywhere in the world. Meanwhile, OCBC Al-Amin Bank Bhd director and CEO Syed Abdull Aziz Syed Kechik concurred with Muzaffar, saying that competition in Islamic banking would continue to intensify and was a good thing. The industry's attractive growth rate across various markets would attract more players, with the healthy competition driving further improvements in the industry. In terms of differentiation and strategies employed in Islamic banking, he said: “Each player has its own unique value proposition and market strategy. For home-grown firms, the entrenched and well-established position coupled with various home market advantages provides the solid base to grow further. “For offshore-owned entities, meanwhile, the capability to tap into their international/regional group resources and network provides some degree of advantage in growing the Islamic finance business base across borders.” SOURCE: http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/1/21/business/12560117