Tuesday, February 19, 2013

Rizab Bank Negara berjumlah RM428.6 bilion pada 31 Januari

KUALA LUMPUR Feb. 8 - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM428.6 bilion (bersamaan dengan USD140.2 bilion) pada 31 Januari 2013. Dalam satu kenyataan hari ini, aras rizab ini memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan ialah 4.2 kali hutang luar negeri jangka pendek. Ia berkata, rizab antarabangsa itu terdiri daripada rizab mata wang asing (US$126.8 bilion); rizab Tabung Mata Wang Antarabangsa (US$900 juta); Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$2 bilion); emas (US$1.9 bilion); dan aset rizab lain (US$8.6 bilion). Keseluruhan aset BNM, termasuk rizab antarabangsa, berjumlah RM478.07 bilion. Aset lain bank pusat itu termasuklah kertas kerajaan Malaysia (RM2.18 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM28.69 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM9.49 bilion); dan aset-aset lain (RM9.16 bilion). Modal dan liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta); dana rizab am (RM14.37 bilion); rizab lain (RM10.25 bilion); mata wang dalam edaran (RM73.02 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM186.96 bilion); deposit kerajaan persekutuan (RM7.09 bilion); deposit lain (RM4.26 bilion); kertas Bank Negara (RM148.42 bilion); peruntukan SDR (RM6.33 bilion); dan liabiliti lain (RM27.28 bilion). - BERNAMA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130208/dn_31/Rizab-Bank-Negara-berjumlah-RM428.6-bilion-pada-31-Januari#ixzz2LMgEgqLP © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: