Tuesday, August 13, 2013

Pasaran wang: Kadar jangka pendek ditutup kukuh

KUALA LUMPUR 14 Jun - Kadar jangka pendek ditutup kukuh hari ini dengan Bank Negara Malaysia (BNM) terus campur tangan dalam pasaran wang untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Kadar semalaman kekal tidak berubah pada 2.92 peratus sementara kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing pada 2.97 peratus, 3.01 peratus dan 3.04 peratus. Lebihan mudah tunai dalam operasi konvensional telah dikurangkan kepada RM15.529 bilion daripada RM22.039 bilion yang dianggarkan pada awalnya sementara dalam sistem perbankan Islam ia berkurangan kepada RM4.480 bilion daripada RM7.273 bilion sebelumnya. Terdahulu, BNM telah mengemukakan empat tender konvensional semalaman dan empat tender Al-Wadiah. Bank pusat turut menerbitkan tender lewat konvensional untuk sejumlah RM15.6 bilion dan RM4.5 bilion tender Al-Wadiah, kedua-duanya untuk wang tiga hari. - BERNAMA 0Share 0Share 0Share 0Share 0Share 0Share 0Share Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130614/ek_05/Pasan-wang:-Kadar-jangka-pendek-ditutup-kukuh#ixzz2bv49BOLM © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: