Agih kekayaan melalui wakaf

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Wakaf, sebagai instrumen awam Islam, mempunyai potensi untuk menjadi sumber pembiayaan dan mekanisme agihan kekayaan, titah Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah. Baginda bertitah, wakaf atau khazanah Islam, mewujudkan hubungan yang lebih erat antara industri kewangan Islam dan tanggungjawab sosioekonominya, dan boleh dilihat sebagai mekanisme pelaburan simpanan dengan dana dialihkan daripada penggunaan dan dilaburkan dalam aset produktif. "Prinsip yang tertanam dalam struktur wakaf membezakannya daripada asas-asas gaya Barat dan badan amal. "Pengguna secara inovatif itu telah membantu membuka potensi ekonomi serta objektif dermawan. Dengan kesemua manfaat yang jelas ini, wakaf perlu diberikan kedudukan yang lebih penting dalam industri ini," titah baginda dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Perisikan Kewangan Islam 2013 di sini hari ini. Raja Nazrin yang juga Duta Kewangan bagi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia bertitah, di Bahrain, Bank Negara Bahrain dan institusi kewangan Islamnya mewujudkan dana wakaf pada 2006, dengan pulangannya digunakan untuk membiayai latihan, pendidikan dan penyelidikan dalam pelbagai peringkat dalam industri kewangan Islam. "Di Malaysia, Johor Corporation atau JCorp merupakan contoh entiti korporat yang telah membangunkan program-program tanggungjawab sosial secara meluas menerusi cabang peniagaannya, Waqaf An- Nur Corporation," titah baginda. Raja Nazrin bertitah, ramai pengulas menekankan tarikan semula jadi kewangan Islam, memandangkan sistem kewangan konvensional banyak kali menunjukkan kecenderungan untuk menjadi tidak stabil secara mendadak sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Baginda bertitah sistem kewangan Islam telah menunjukkan ia kurang terdedah kepada ketidakstabilan, selain kurang terdedah kepada krisis. "Kekecewaan terhadap dunia kewangan dalam selepas krisis kewangan global menawarkan peluang kepada kewangan Islam sebagai sistem kewangan yang lebih berdaya tahan terhadap punca yang menyebabkan krisis itu berlaku," titah baginda. Raja Nazrin bertitah, dalam ekonomi Islam, seperti dalam kewangan Islam, agihan sumber mempunyai matlamat yang jelas, iaitu untuk menggalakkan keadilan sosial. Kurangnya urus niaga sekunder dalam pasaran sukuk global merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh industri kewangan Islam. "Terbitan Sukuk telah berjaya, dan sering kali terlebih langgan, namun kurangnya dagangan menyebabkan pelabur mengambil sikap simpan dan pegang instrumen itu sehingga matang. "Selain itu, masih wujud ketidakseimbangan yang nyata dalam pembangunan infrastruktur sukuk membabitkan bidang kuasa yang mengekang urus niaga merentas sempadan," titah baginda. Raja Nazrin bertitah ini menyebabkan dagangan sukuk sebahagian besarnya berjalan di peringkat negara dan serantau, yang mengehadkan keupayaan sukuk untuk berada setanding dengan sekuriti pendapatan tetap konvensional, yang didagangkan di peringkat dunia. "Bagi membolehkan sukuk berkembang menjadi alat pengurusan kecairan yang penting, pasaran sekunder perlu dibangunkan secara lebih mendalam," titah Raja Nazrin. - BERNAMA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20131112/ek_01/Agih-kekayaan-melalui-wakaf#ixzz2kPAy5RgQ © Utusan Melayu (M) Bhd

Comments

Unknown said…
Hello Dear, Permohonan Pinjaman Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: gloryloanfirm@gmail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah. Tawaran kami sebanyak $ 3,000.00 kepada $ 20,000.000.00 juga memohon maklumat lanjut {Lengkapkan borang di bawah pinjaman} Nama anda: =========== NEGARA: =========== NEGERI =========== ALAMAT: =========== GENRE: =========== Jumlah yang diperlukan: ========== = TEMPOH: =========== NOMBOR TELEFON: =========== ============= nama Puan Glory Hubungi kami di e Ini -mel: gloryloanfirm@mail.com Salam
Akaun yang lebih baik bagi syarikat-syarikat yang sah.
Balas

Popular Posts