Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. (Peguambela & Peguamcara, Pesuruhjaya Sumpah)

Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. mengendalikan kes-kes mahkamah melibatkan tuntutan sivil dan pertuduhan jenayah di samping menyediakan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah untuk urusan mengikrarkan surat akaun berkanun, afidavit dan ekshibit, surat akuan bersumpah, bon, jaminan tanggung rugi / indemniti, Borang A pusaka kecil dan Amanahraya. Pejabat Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. terletak di Sungai Petani, Kedah dan merupakan firma guaman yang memberi khidmat nasihat guaman dan litigasi bagi kes-kes jenayah, undang-undang kontrak & komersial. Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. juga mengendalikan semua kes perlanggaran dan kemungkiran perjanjian, pemalsuan tandatangan dan penipuan dokumen, tindakan undang-undang dan saman oleh pihak bank dan institusi kewangan serta koperasi, kes kebankrapan dan penggulungan syarikat serta semua kes melibatkan kewangan dan perbankan Islam. Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. juga berpengalaman mengendalikan kes-kes pencerobohan tanah, pindah milik tanah secara salah atau tipu, undang-undang pentadbiran, penjualan dan pemindahan hartanah. Di samping itu, Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. juga berpengalaman mengendalikan kes-kes saman fitnah / saman malu melalui akhbar, media sosial seperti Facebook, Blog dan lain-lain lagi. Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co., turut mengendalikan semua kes melibatkan undang-undang pewarisan dan harta pusaka, faraid, undang-undang amanah, tanah wakaf, perceraian dan pertikaian rumahtangga serta hak penjagaan anak. Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. juga berpengalaman mengendalikan kes pembuangan / pemberhentian kerja melibatkan undang-undang buruh di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan serta pemungutan semula hutang dan pinjaman di peringkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi, termasuk permohonan injunksi, semakan kehakiman, deklarasi dan kes-kes rayuan terhadap keputusan Majistret dan Hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia. Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat guaman boleh dihubungi melalui email - mohamadsofee@yahoo.com atau panggilan telefon di 012-6925029 (panggilan/sms) atau talian 04-4241383.

Comments

Popular Posts