Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. (Peguambela & Peguamcara / Pesuruhjaya Sumpah / Peguam Syarie)

Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. mengendalikan kes-kes mahkamah melibatkan tuntutan sivil, pertuduhan jenayah dan juga kes-kes mal serta jenayah Syariah, di samping menyediakan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah (untuk urusan mengikrarkan surat akaun berkanun, afidavit dan ekshibit, surat akuan bersumpah, bon, jaminan tanggung rugi / indemniti, Borang A pusaka kecil dan Amanahraya). Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. merupakan firma guaman di Sungai Petani, Kedah memberi khidmat nasihat guaman dan litigasi bagi kes-kes jenayah termasuk kes rasuah, rogol, mencuri, dadah, senjata api, senjata tajam, penipuan, pukul, wang palsu, rokok haram, sindiket, pemerdagangan manusia, kes duti kastam di samping semua kes-kes melibatkan undang-undang alam sekitar, undang-undang kontrak & komersial. Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. juga mengendalikan semua kes undang-undang siber, kes-kes pendakwaan di bawah kesalahan akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia - SKMM, perlanggaran dan kemungkiran perjanjian, pemalsuan tandatangan dan penipuan dokumen, tindakan undang-undang dan saman oleh pihak bank dan institusi kewangan serta koperasi, kes kebankrapan dan penggulungan syarikat serta semua kes melibatkan kewangan dan perbankan Islam. Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. juga berpengalaman mengendalikan kes-kes pencerobohan tanah, pindah milik tanah secara salah atau tipu,  undang-undang pentadbiran, penjualan dan pemindahan hartanah. Di samping itu, Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. juga berpengalaman mengendalikan kes-kes saman fitnah / saman malu melalui akhbar, media sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain lagi. Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co., turut mengendalikan semua kes Syariah melibatkan undang-undang pewarisan dan harta pusaka, faraid, undang-undang amanah, wakaf, perceraian dan pertikaian rumahtangga, harta sepencarian, hak penjagaan anak, mutaah dan nafkah serta hibah termasuk kes pendaftaran dan pengesahan pernikahan di luar sempadan / negara. Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. juga berpengalaman mengendalikan kes pembuangan / pemberhentian kerja melibatkan undang-undang buruh di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan serta pemungutan semula hutang dan pinjaman di peringkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi, termasuk permohonan injunksi, semakan kehakiman, deklarasi dan kes-kes rayuan terhadap keputusan Majistret dan Hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia. Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat guaman boleh dihubungi melalui email - mohamadsofee@yahoo.com atau panggilan telefon di 012-6925029 (panggilan/sms) atau talian 04-4241383.



Comments

Dr Purva Pius said…
Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

BORROWERS APPLICATION DETAILS


1. Name Of Applicant in Full:……..
2. Telephone Numbers:……….
3. Address and Location:…….
4. Amount in request………..
5. Repayment Period:………..
6. Purpose Of Loan………….
7. country…………………
8. phone…………………..
9. occupation………………
10.age/sex…………………
11.Monthly Income…………..
12.Email……………..

Regards.
Managements
Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com

Popular Posts