Malaysia sasar terus jadi peneraju perbankan Islam global

JOHOR BAHRU: Malaysia disasar terus menjadi peneraju pasaran sukuk dan perbankan Islam global dengan adanya persekitaran serta prasarana lengkap dalam industri terbabit di negara ini. Pengarah Eksekutif Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA), Prof Dr Mohamad Akram Laldin, berkata peningkatan kepercayaan masyarakat juga turut membantu menyemarakkan pertumbuhan perbankan Islam hingga 25 peratus setahun. Katanya, Malaysia menerajui perbankan Islam yang sudah bertapak lebih 30 tahun dan isu fiqah berkaitan kewangan Islam sudah diselesaikan, dan kini lebih kepada peringkat pemantapan serta menambah baik produk yang lebih inovatif. "Bidang Kewangan Islam global berkembang pada kadar 20 hingga 25 peratus dan ia begitu laju dan di Malaysia lebih 60 peratus produk kewangan Islam adalah Sukuk berbanding bon konvensional, dan ini satu petanda baik. "Malaysia adalah antara negara pertama dan menjadi pengeluar sukuk terbesar dunia berbanding Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi," katanya pada majlis perasmian Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara Ke-8, di sini, hari ini. Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohamad Aziz dan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut. Mohamad Akram berkata, antara kelebihan Malaysia bagi terus menyokong dan mengukuhkan kedudukan dalam pasaran Sukuk termasuk prasarana dan persekitaran kewangan Islam lengkap seperti pasaran modal, perbankan, takaful, pengurusan aset Islamik serta pasaran wang. "Satu lagi kelebihan Malaysia ialah memiliki pengawal selia yang mantap dan peraturan serta garis panduan yang lengkap, selain sistem perundangan yang mampu menampung institusi kewangan Islam. "Banyak negara Islam masih dalam peringkat awal iaitu mendapatkan lesen bagi mewujudkan bank bercirikan Islam dan mereka boleh belajar daripada kita, selain banyak berkongsi dengan negara lain," katanya. Mohamad Akram berkata, antara negara yang sedang berkembang pesat dalam pasaran Sukuk termasuk UAE, Arab Saudi, Bahrain, Indonesia, Jepun, Hong Kong dan beberapa negara Eropah. (sumber: Berita Harian, 28 Mei 2014)

Comments

Dr Purva Pius said…
Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

BORROWERS APPLICATION DETAILS


1. Name Of Applicant in Full:……..
2. Telephone Numbers:……….
3. Address and Location:…….
4. Amount in request………..
5. Repayment Period:………..
6. Purpose Of Loan………….
7. country…………………
8. phone…………………..
9. occupation………………
10.age/sex…………………
11.Monthly Income…………..
12.Email……………..

Regards.
Managements
Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com

Popular Posts