Sunday, June 22, 2014

Menjuarai sistem kewangan Islam dunia

Oleh Ram Al Jaffri Saad PADA minggu lepas, Utusan Malaysia me­laporkan mengenai pencapaian ne­gara dalam sistem kewangan Islam. La­poran ter­sebut mendedahkan jumlah aset perbankan Islam di negara kita yang mencecah hampir RM500 bilion. Ini telah meningkatkan imej negara sebagai peneraju sistem kewangan Is­lam dunia yang pada masa sekarang berada pada tangga ketiga dunia selepas Iran dan Arab Saudi. Pemangkin pertumbuhan pesat pasaran kewangan Islam Malaysia disumbangkan oleh pasaran sukuk dan takaful yang kukuh. Malah negara menguasai lebih separuh da­ripada pasaran sukuk dunia sejak 2007. Bagi pasaran takaful pula, negara berada pada kedudukan kedua selepas Arab Saudi dengan nisbah pasaran sebanyak 26 peratus. Bagi penulis, pencapaian ini cukup membanggakan. Ia mampu memberi motivasi kepada pengamal kewangan Islam untuk terus berusaha meningkatkan pasaran kewangan Islam pada masa akan datang. Sasaran negara untuk menguasai lebih 40 peratus dalam kewangan Islam menjelang 2020 bukan lagi suatu khayalan. Ia mampu direalisasikan. Malaysia sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam mempunyai landskap komprehensif dalam memajukan kewangan Islam. Pasaran mo­dal Islam yang diterajui oleh Bank Negara telah menjadikan persekitaran negara kondusif bagi para pelabur Islam dan bukan Islam. Selain itu, kemunculan organisasi se­perti Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA), Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IBFIM) dan Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) membantu perkembangan sistem kewang­an Islam di negara ini. Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, sistem kewangan Islam berkembang dengan pesat. Jumlah institusi kewangan Islam bertambah di lebih 75 negara. Malah, negara maju seperti Britain dikhabarkan telah menerima pakai sistem kewangan Islam. Aset kewangan Islam dunia dilaporkan berada sekitar dua hingga tiga peratus atau hampir satu trilion dolar Amerika Syarikat daripada jumlah keseluruhan aset kewang­an global. Pertumbuhan progresif hampir 25 peratus setiap tahun dilihat sebagai potensi besar bagi menggantikan sistem konvensional pada masa akan datang. Dalam konteks Malaysia, sejak penubuhan Bank Islam yang pertama, kemudiannya dilestarikan dengan liberalisasi pasaran perbankan Islam, kewangan Islam terus berkembang pesat. Kesan segera liberalisasi pasaran ke­wa­ng­an Islam menyaksikan penubuhan bank Islam asing berlesen pertama dalam negara pada 2005. Ia telah menggalakkan denominasi ringgit dalam pasaran sukuk domestik. Natijahnya, keyakinan para pelabur tempatan dan luar negara terhadap pasaran modal domestik dapat diperkukuhkan. Sejak itu, kewangan Islam melonjak maju dengan begitu baik. Kewangan Islam mempunyai potensi sangat besar untuk terus dikembangkan kerana sering mendapat pengiktirafan dari luar dunia Islam. Ini kerana kewangan Islam mempunyai sumber pembiayaan yang baik, lebih telus mencerminkan kedudukan ekonomi sebenar, kurang spekulasi dan mampu mewujudkan perkongsian serta kestabilan dalam tempoh jangka panjang. Institusi-institusi kewangan Islam juga tidak terkena tempias semasa krisis ekonomi global yang membadai Amerika Syarikat dan negara-negara besar Eropah. Ini telah mengukir persoalan di benak ahli-ahli ekonomi sekular yang ingin tahu kelebihan sistem kewangan Islam ini. Ringkasnya, kekuatan kewangan Islam ditunjangi beberapa faktor. Pertama, kewangan Islam bersumberkan al-Quran dan Sunnah yang melengkapi kehidupan manusia. Sudah pasti sistem ini sempurna dan sangat sesuai dipraktikkan di seluruh dunia sama ada di negara Islam mahupun bukan Islam. Kedua, ia amat menekankan keadilan dalam setiap aspek pentadbiran dan pengurusan. Ia menggariskan kaedah, prinsip dan etika yang perlu difahami dan diamalkan bagi memastikan setiap urusniaga mahupun aktiviti ekonomi berjalan dengan saksama antara pihak-pihak yang terlibat. Pengharaman riba dalam setiap urusniaga membawa pengertian bahawa setiap urusan pembiayaan tidak boleh mempunyai elemen faedah atau nilai tambah. Ia mestilah adil kepada pihak pembiaya dan penerima biaya. Tidak boleh ada pihak yang mendapat untung sedangkan pihak lain terpaksa menanggung kerugian. Pengharaman riba ini tidak berlaku dalam sistem kapitalis. Malah mereka beranggapan bahawa sistem pinjaman dengan amalan riba adalah yang terbaik bagi menjamin perkembangan ekonomi negara. Ternyata mereka silap memahami akan perkara ini dan mereka telah menerima padahnya. Ketiga, kewangan Islam melarang sebarang bentuk spekulasi berunsur penindasan. Keempat, kewangan Islam menekankan aspek perkongsian untung dan rugi. Tidak seperti sistem kapitalis, pembiaya kewangan Islam mewajibkan pihak pemberi biaya (bank) turut sama terlibat secara langsung dengan aktiviti ekonomi pelanggan. Akhir sekali, kewangan Islam juga mengharamkan aktiviti jual beli hutang. Ini kerana wujudnya elemen yang tidak pasti dalam aktiviti tersebut. Pengharaman ini telah mengukuhkan daya tahan sesebuah institusi kewangan Islam terhadap krisis kegawatan ekonomi. Justeru, sebagai sebuah negara Islam yang menjadi peneraju kepada negara-negara Islam dunia, perkembangan pesat kewangan Islam harus diurus dengan baik agar poten­sinya terus dikembang dan diperkukuhkan. Seharusnya negara secara berterusan mempromosikan kewangan Islam dan menjadi model sang juara kepada negara-negara lain dalam pengurusan kegawatan ekonomi. Moga suatu hari nanti Malaysia akan menjadi juara kewangan Islam dunia. PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan Islam, Pusat Pengajian Perakaunan (SOA), Universiti Utara Malaysia. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140528/re_07/Menjuarai-sistem-kewangan-Islam-dunia#ixzz35LwVUDyJ © Utusan Melayu (M) Bhd

1 comment:

Dr Purva Pius said...

Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

BORROWERS APPLICATION DETAILS


1. Name Of Applicant in Full:……..
2. Telephone Numbers:……….
3. Address and Location:…….
4. Amount in request………..
5. Repayment Period:………..
6. Purpose Of Loan………….
7. country…………………
8. phone…………………..
9. occupation………………
10.age/sex…………………
11.Monthly Income…………..
12.Email……………..

Regards.
Managements
Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com