Pemahaman konsep wakaf masih rendah

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Tahap pemahaman konsep wakaf masih rendah termasuk dalam kalangan pemikir dan pakar ekonomi Islam walaupun konsep itu telah wujud beratus-ratus tahun dahulu. Pengarah Bank Pembangunan Islam (IDB) bahagian Asia Tenggara, Kunrat Wirasubrata berkata, orang ramai lebih mengaitkan konsep wakaf ini untuk tujuan pembinaan sekolah agama, masjid dan tanah perkuburan semata-mata. Beliau berkata, disebabkan hal itu tanah wakaf kurang dibangunkan dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi dan sosial melalui tanah wakaf tidak dirasai. "Misalnya pada 2010 tanah wakaf di Malaysia berkeluasan 11,511 hektar, namun kurang daripada satu peratus tanah itu dibangunkan. "Tanah wakaf boleh juga digunakan untuk membangunkan hospital atau pelbagai aktiviti ekonomi. Malah, bukan Islam juga boleh mendapat faedah daripada sebarang aktiviti yang dijalankan. Konsep itu bukan untuk membiayai aktiviti berkaitan agama sahaja," katanya pada sidang akhbar bagi mempromosikan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-10 di sini hari ini. Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Datuk Anan C. Mohd., sebagai berkata, sehingga hari ini pihaknya telah membangunkan 11,091 hektar tanah wakaf dengan nilai pasaran RM1.18 bilion.Tambah Kunrat, konsep wakaf akan diberi tumpuan semasa berlangsungnya WIEF di Dubai pada Oktober ini, dan berharap cabang ekonomi Islam itu akan diberi perhatian sepertimana cabang-cabang ekonomi yang lain. Belia berkata, wakaf tunai yang semakin diterima juga dilihat sebagai kaedah terbaharu yang boleh mempopularkan lagi konsep wakaf. Tambahnya, IDB sendiri telah memperkenalkan Dana Pelaburan Hartanah menggunakan konsep wakaf dengan sumbangan daripada ahli-ahli IDB terdiri daripada institusi perbankan dari pelbagai negara Islam termasuk Malaysia melalui Amanah Raya Bhd. Antara projek-projek hartanah yang telah dibangunkan melalui dana tersebut ialah Pusat Warisan Muslim British di Manchester, England dan Pusat Amanah dan Pendidikan Islam di Jerman. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140827/ko_03/Pemahaman-konsep-wakaf-masih-rendah#ixzz3Bm8zdWv4 © Utusan Melayu (M) Bhd

Comments

Dr Purva Pius said…
Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

BORROWERS APPLICATION DETAILS


1. Name Of Applicant in Full:……..
2. Telephone Numbers:……….
3. Address and Location:…….
4. Amount in request………..
5. Repayment Period:………..
6. Purpose Of Loan………….
7. country…………………
8. phone…………………..
9. occupation………………
10.age/sex…………………
11.Monthly Income…………..
12.Email……………..

Regards.
Managements
Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com

Popular Posts