Tadarruj bangunkan kewangan Islam

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI - KETIKA menulis artikel minggu ini, penulis berada di Sudan atas jemputan memberikan syarahan mengenai pengalaman Malaysia dalam membangunkan sistem kewangan Islam. Ini merupakan kali pertama penulis menjejakkan kaki ke bumi Sudan. Sememangnya peluang ini amat penulis nanti-nantikan untuk melihat sendiri bagaimana perbezaan pembangunan ekonomi dan kewangan Islam di antara Sudan dan Malaysia - dua negara terawal memperkenalkan Sistem Perbankan Islam bebas riba dan unsur-unsur lain yang diharamkan syariah sekitar awal 1980an. Sejarah awal perbankan Islam di Sudan menyaksikan negara di bawah pimpinan Presiden Jaafar an-Numeiri telah melakukan proses Islamisasi secara revolusi. Ini dilaksanakan seawal 1984 dengan arahan Presiden Numeiri yang didukung gerakan Ikhwan al-Muslimun untuk mengubah seluruh sistem ekonomi dan institusi-institusi perbankannya kepada sistem Islam. Namun pergolakan politik yang berterusan termasuklah perubahan kerajaan melalui beberapa siri rampasan kuasa (coup d’etat) telah mengekang pembangunan perbankan Islam secara berkesan. Faktor mengekang lain termasuklah tekanan antarabangsa seperti daripada Bank Dunia yang pada waktu itu amat skeptikal terhadap pengembangan perbankan Islam yang ditanggapi suatu sistem amat asing. Mengikut kajian penulis, model pembangunan Kewangan Islam yang berasaskan revolusi seperti di Sudan, Pakistan dan Iran gagal atas banyak faktor. Selain aspek ketidakstabilan politik, isu lebih mendasar adalah kerana konsep perbankan Islam pada waktu itu masih terlalu asing dan belum banyak penyelidikan terperinci dilakukan. Kegagalan pendekatan revolusi dalam membangunkan sistem kewangan Islam ini juga amat terkait dengan faktor kekurangan modal insan berkemahiran dan infrastruktur yang sesuai berbanding sistem kewangan konvensional yang sudah lama bertapak sejak ratusan tahun. Berbanding Sudan yang mengambil pendekatan revolusi dengan cuba melakukan Islamisasi total ke atas seluruh sistem ekonominya, termasuklah menukar institusi-institusi perbankan konvensional kepada perbankan Islam sepenuhnya, Malaysia mengambil pendekatan berbeza secara evolusi. Malaysia bermula dengan penggubalan Akta Bank Islam 1983 dengan memberi peluang sebuah bank Islam beroperasi, di samping bank-bank konvensional sedia ada. Seterusnya lesen perbankan Islam dikembangkan kepada seluruh bank-bank tempatan lain melalui pendekatan ‘tingkap’ atau Islamic window 10 tahun selepas kejayaan Bank Islam pertama. Bukan itu sahaja, Malaysia turut membangunkan pasaran modal Islam, takaful dan pelbagai infrastruktur lain yang dapat menggalakkan kepesatan pembangunan sistem kewangan Islam paling komprehensif. Malaysia kini bukan sahaja menjadi pusat kewangan dan perbankan Islam yang disegani seantero dunia, bahkan turut menjadi model rujukan kepada kebanyakan negara-negara Islam lain yang turut aktif mengembangkan pelbagai produk dan institusi berasaskan prinsip syarak. Antara faktor terpenting yang mendasari kejayaan negara ini ialah komitmen kerajaan mengambil kira pendekatan secara bertahap dalam pelaksanaan syariat Islam. Pendekatan bertahap atau diistilahkan syarak sebagai tadarruj ini amat menepati kaedah dan ciri-ciri perubahan dikehendaki Islam. Menurut Dr Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya Al-Khoshoish Al-Ammah Lil Islam, yang dimaksudkan dengan tadarruj ialah suatu pendekatan secara bertahap atau beransur-ansur dalam memastikan perlaksanaan hukum syarak dijalankan secara berkesan dan sempurna. Pendekatan ILAHI ini turut mengambil kira tabii manusiawi dan konteks realiti semasa dalam pelaksanaan syariat Islam. Dalam hubungan ini mungkin ada baiknya untuk ditelusuri strategi al-Quran yang mempersiapkan masyarakat Arab yang begitu kental terbudaya dengan pengamalan riba itu, akhirnya meninggalkan amalan tersebut dengan rela. Apa yang jelas, al-Quran tidak terus melarang dan menghukum. Sebaliknya al-Quran mendidik mereka dengan terlebih dahulu menyedarkan mereka tentang keburukan riba (Ar-Rum:39) dan menyamakan amalan tersebut dengan nilai-nilai zalim amalan Yahudi (An-Nisa’:160-161). Kemudian melarang mereka bermuamalah dengan mengenakan faedah atau caj tambahan (Ali-Imran:130) dan akhirnya barulah diharamkan sama sekali secara konklusif (Al-Baqarah:275-281). Ketika itu mereka telah cukup bersedia sehingga dengan rela membuang saki-baki riba yang masih ada pada mereka. Begitulah salah satu contoh pensyariatan hukum ALLAH yang jelas mempertimbangkan proses perubahan secara bertahap agar kesannya lebih berkekalan dan menyeluruh. (sumber: http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/dr-asyraf-wajdi-dusuki/tadarruj-bangunkan-kewangan-islam-1.39236)

Comments

Dr Purva Pius said…
Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

BORROWERS APPLICATION DETAILS


1. Name Of Applicant in Full:……..
2. Telephone Numbers:……….
3. Address and Location:…….
4. Amount in request………..
5. Repayment Period:………..
6. Purpose Of Loan………….
7. country…………………
8. phone…………………..
9. occupation………………
10.age/sex…………………
11.Monthly Income…………..
12.Email……………..

Regards.
Managements
Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com

Popular Posts