Thursday, January 22, 2015

Manfaatkan dana kewangan islam

DR. RAM AL JAFFRI SAAD BANYAK persoalan ditimbulkan oleh ma­syarakat berkenaan pem­bangunan pasca banjir di negeri Pan­tai Timur – Kelantan, Terengganu dan Pahang. Persoalan juga menjurus kepada apakah pe­ranan dana kewangan Islam seperti zakat, wakaf dan baitulmal dalam membantu mangsa-mangsa banjir ini. Seperti yang diperjelaskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dalam Utusan Malaysia baru-baru ini, masyarakat Islam yang terjejas dalam bencana banjir adalah golongan yang layak menerima zakat. Mereka tergolong dalam kumpulan asnaf al-Gharimin. Siapakah al-Gharimin ini? Golong­an asnaf ini ialah orang yang berhutang dan mereka yang meng­alami kemudaratan seperti ditimpa musibah banjir. Sehingga hari ini, terdapat beberapa pusat zakat negeri telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Antaranya Lembaga Zakat Selangor, Majlis Agama Islam Kelantan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan lain-lain. Usaha-usaha dan langkah yang dibuat oleh pusat zakat dalam membantu mangsa banjir menun­jukkan bahawa dana kewangan Islam memainkan peranan pen­ting dalam pembangunan ummah. Cakap-cakap negatif yang sering dilemparkan kepada pusat zakat harus dibuang jauh-jauh. Namun, persoalan yang penting ialah bagaimana peranan dana kewangan Islam boleh terus diperkasakan pada masa akan datang? Adakah kutipan zakat pada masa ini mencukupi untuk menampung peningkatan jumlah asnaf yang semakin bertambah? Adakah dana-dana lain yang boleh digunakan bagi membantu umat Islam? Persoalan sebegini tentunya me­ngundang pelbagai jawapan untuk dirungkaikan. Jika dilihat kepada jumlah kutipan zakat, boleh dikatakan ada peningkatan yang ketara sejak beberapa tahun kebe­lakangan ini. Sebagai contoh, kutipan zakat di seluruh negara direkodkan berjumlah RM2 bilion pada tahun lalu. Jumlah ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Namun, apa yang dikhuatiri ialah jumlah peningkatan ini tidak selari dengan peningkatan bilang­an asnaf dan jumlah bantuan yang wajar diberikan kepada golongan ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pernah menyuarakan kebimbangannya mengenai peningkatan jumlah asnaf tidak selari dengan peningkatan jumlah kutipan zakat. Kebimbangan beliau ini benar-benar menjadi realiti setelah negara dilanda musibah banjir. Golongan asnaf zakat meningkat secara mendadak akibat bencana ini dan sudah semestinya jumlah dana yang perlu dihulurkan adalah besar. Jika sebelum ini asnaf diberikan bantuan sejumlah wang tunai de­ngan amaun tertentu, maka selepas bencana banjir jumlah tersebut mungkin tidak sesuai lagi. Jumlah ini perlu ditingkatkan. Peningkatan jumlah ini sudah pasti memerlukan lebih banyak dana zakat perlu dikumpulkan daripada orang ramai. Justeru, rakyat di seluruh negara yang masih belum membayar zakat secara sah kepada institusi zakat wajar berbuat demikian. Sebagai contoh, rekod Majlis Agama Islam Kelantan menunjukkan jumlah kutipan zakat sehingga 7 Januari 2015 adalah lebih RM2.2 juta. Daripada jumlah ini sebanyak RM960,000 telah diagihkan kepada asnaf. Jumlah kutipan RM2 juta ini boleh dikatakan agak sedikit jika dibandingkan dengan jumlah orang Islam yang layak mengeluarkan zakat di Kelantan. Logiknya jika makin ramai pihak tampil membayar zakat, jumlah ini boleh ditingkatkan sehingga berjuta-juta ringgit lagi. Ini sedikit sebanyak dapat membantu umat Islam dan pembangunan rakyat di sana yang dianggarkan telah meng­alami kerugian secara keseluruhannya melebihi RM500 juta. Selain dana zakat, wakaf tunai juga merupakan satu lagi bentuk dana yang boleh menjadi pemang­kin kepada usaha pembangunan masyarakat pasca banjir. Wakaf tunai boleh dibuat dengan mewakafkan sejumlah wang tunai ke dalam satu tabung amanah yang boleh ditubuhkan secara khusus di bawah pengurusan organisasi wakaf. Dana wakaf ini boleh digunakan bagi tujuan pembiayaan aktiviti-aktiviti kebajikan dan pembangunan untuk manfaat awam. Usaha juga wajar digerakkan oleh majlis agama Islam negeri di seluruh negara bagi mewujudkan baitulmal negara. Baitulmal merupakan satu institusi yang berfungsi sebagai pemegang amanah perbendaharaan awam bagi orang Islam. Peranan utamanya ialah bagi me­ngendalikan aset untuk kepenting­an umum. Dengan wujudnya baitulmal negara ini, harta umat Islam di seluruh negara boleh diuruskan dengan lebih efisien dan efektif. Kekangan yang ada pada masa ini seperti perbezaan undang-undang dan pengurusan antara negeri dipercayai menjadi antara faktor harta umat Islam tidak mencapai tahap produktiviti yang baik. Justeru, dengan adanya baitulmal negara, perbezaan ini dapat diminimumkan. Ini sudah pasti membuka peluang yang lebih besar untuk harta tersebut dikembangkan. Produktiviti harta yang me­ningkat akan membolehkan umat Islam terutamanya yang ditimpa musibah seperti banjir mendapat manfaat daripadanya. PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan Islam, Pusat Pengajian Perakaunan (SOA), Universiti Utara Malaysia. - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/manfaatkan-dana-kewangan-islam-1.45962#sthash.kFqEqH9v.dpuf

1 comment:

Dr Purva Pius said...

Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

BORROWERS APPLICATION DETAILS


1. Name Of Applicant in Full:……..
2. Telephone Numbers:……….
3. Address and Location:…….
4. Amount in request………..
5. Repayment Period:………..
6. Purpose Of Loan………….
7. country…………………
8. phone…………………..
9. occupation………………
10.age/sex…………………
11.Monthly Income…………..
12.Email……………..

Regards.
Managements
Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com