BUDAYA DAN TREND JUDI MODEN
" O you who believe, truly intoxicants and gambling and divination by arrows are an abomination of Satan's doing; avoid them in order that you may be successful. Assuredly Satan desires to sow enmity and hatred among you by means of intoxicants and gambling, and to hinder you from the remembrance of Allah and from prayer. Will you not then desist? " (Al-Ma'idah: 93-94)"
Judi atau apa sahaja yang dikaitkan dengan judi adalah dilarang sama sekali dan dalam istilah kaedah darurat pun judi tidak termasuk dalam kategori yang dibolehkan. Jika babi boleh dimakan ketika darurat sekadar untuk mengisi perut yang terlalu lapar untuk mengelak mudarat yang lebih besar, namun judi tidak dibenarkan sama sekali walaupun dalam keadaan darurat.
Sebagai contoh, oleh kerana seseorang itu jatuh miskin atau muflis, maka mengambil kaedah darurat, pergi berjudi, tikam ekor atau beli loteri dengan harapan kalau menang boleh bayar balik hutang dan sebagainya. Atau oleh kerana terlalu kerap dikejar Ahlong, maka meminjam kaedah darurat seperti makan babi ketika terlalu lapar, adakah dalam perkara ini dibolehkan seseorang itu berjudi untuk membayar hutang, menyara anak, membeli keperluan keluarga dan sebagainya serta untuk mengelak daripada gangguan Ahlong?
Jawapannya adalah tidak boleh dan tidak dibenarkan sama sekali di mana kaedah darurat tidak terpakai di dalam masalah judi ini. Ini adalah kerana penyebab kepada akibat miskin dan muflis tadi adalah disebabkan oleh diri sendiri dan diri sendirilah perlu bertanggungjawab untuk memperbaiki dan memulih semula keadaan dengan mencari rezeki secara halal dan bukannya secara haram seperti berjudi, melacur dan sebagainya.
Jika dahulu untuk berjudi, aktiviti ini dilakukan di tempat-tempat sembunyi, tertutup, di dalam hutan, di tepi pantai dan sebagainya, namun hari ini orang berjudi secara profesional di kasino, kelab dan sebagainya. Amalan berjudi juga diangkat ke filem dan ditayang secara terbuka kepada masyarakat di TV seperti drama Las Vegas dan lain-lain, yang menunjukkan seolah-olah berjudi tidak salah selagi mematuhi undang-undang, diurus secara sistematik dan merupakan perniagaan yang sangat menguntungkan.
Di Barat, tokoh judi dihormati kerana empayar kekayaannya dan industri judi berkembang pesat serta membuka peluang kepada banyak pihak menceburinya. Pelaburan di dalam sektor ini juga telah membantu pertumbuhan ekonomi negara dan bebas bersaing dengan penyumbang lain. Berjudi sudah menjadi budaya dan trend korporat di sana di mana aktiviti ini bukanlah bertujuan untuk mengejar keuntungan semata-mata malahan sebagai mengisi masa lapang, memenuhi kepuasan peribadi dan mempunyai imej bisnes tersendiri.
Judi juga melalui proses transformasi yang hebat dan dengan ledakan teknologi ICT hari ini, judi moden telah mengambil tempat judi tradisional. Hari ini skop dan dimensi judi diluaskan kepada medium yang lebih interaktif, menarik dan bersifat infotainmen melalui saluran sms, internet dan sebagainya. Pasaran judi semakin terbuka dan golongan sasarannya terus bertambah meliputi kanak-kanak dan orang dewasa. Dengan umpan hadiah yang lumayan, judi moden ini mudah mendapat perhatian dan minat orang ramai tidak kira lelaki atau wanita dan miskin atau kaya.
Contoh paling terkini ialah peraduan sms yang dikatakan mempunyai unsur judi yang dianjurkan oleh sebuah gergasi telekomunikasi negara. Peraduan yang mengumpankan 100 hari 100 Cambry ini telah berjaya menarik ramai orang untuk bertaruh merebut hadiah mewah berkenaan. Jika benarlah peraduan ini mempunyai elemen judi dan berjaya mencapai objektif penganjurannya, maka kita telah berjaya melahirkan 100 penjudi hebat tahun ini dan mungkin juga dekad ini kerana 100 orang penjudi berjaya dikumpulkan serentak dalam masa hanya 100 hari sahaja dan ini adalah rekod serta pencapaian yang menakjubkan.
Namun begitu, ramai yang menarik nafas lega apabila Panel Kajian Syariah Jakim telah mengarahkan penganjur menghentikan sementara peraduan berkenaan sehingga keputusan muktamad dibuat pada 17 Jun nanti. Ini adalah untuk membolehkan ahli panel meneliti terma dan syarat peraduan sama ada menyalahi hukum syarak atau tidak. Ini adalah ekoran banyak rungutan dan rasa tidak puas hati orang ramai yang terperangkap dengan eksploitasi melampau peraduan ini sehingga ada yang kerugian sehingga ribuan ringgit.
Judi sememangnya satu ancaman dan sangat berbahaya kepada masyarakat Islam jika sudah sebati dan menjadi budaya atau cara hidup. Judi umpama candu yang ketagih, sia-sia dan melalaikan orang ramai kerana seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja biarpun terpaksa menggadai harta dan wang ringgit untuk memperolehi kekayaan dan kemewahan secara segera. Judi juga akan menyebabkan kita leka dan alpa serta mengharapkan sesuatu yang tidak pasti umpama menunggu ayam bertelurkan emas.
Amalan berjudi jika dibiarkan mampu mempengaruhi dan menyerang minda dan psikologi seseorang. Tabiat ini menggalakkan kita bergelumang dengan angan-angan serta impian kosong tanpa berusaha dan mencuba nasib untuk mendapat sesuatu yang besar dengan usaha atau kos yang kecil. Judi juga boleh memporak perandakan rumah tangga, keluarga dan masyarakat apabila terlalu asyik dengan mimpi palsu di siang hari. Realitinya juga judi kalau kena gayanya dan bernasib baik boleh menjadikan seseorang itu kaya raya sekelip mata ataupun sebaliknya.
In his well-known book, The Lawful and the Prohibited in Islam, the prominent Muslim scholar, Sheik Yusuf Al-Qaradawi, states: "While permitting a variety of games and sports, Islam prohibits any game which involves betting, that is, which has an element of gambling in it. We have already quoted the saying of the Prophet, " He who says to his friend: 'Come, let us gamble,' must give charity. " It is not lawful for the Muslim to seek relaxation and recreation in gambling, nor is it lawful for him to acquire money through it. There are sound and noble objectives behind this strict prohibition of gambling:
1. The Islamic teachings urge the Muslim to follow Allah's directives for earning a living, to use natural laws and direct means for the attainment of his objectives, and to employ such causes to produce the desired effects. Gambling, which includes raffling or the lottery, on the other hand, makes a person dependent on chance, 'luck' and empty wishes, taking him away from honest labor, serious work and productive effort. The person who depends on gambling loses respect for the laws of causation which Allah has established and commanded people to use.
2. In Islam, an individual's property is sacred; it may not be taken from him except through lawful exchange or unless he gives it freely as a gift or in charity. Accordingly, taking it from him by gambling is unlawful.
3. It is therefore not surprising that gamblers develop hatred and enmity towards one another, although they may claim that losing does not trouble them. There is always a winner and a loser. The loser may seem composed but behind his composure is frustration, anger, and regret: frustration due to disappointment, anger at the loss of money, and regret for not having played a winning game.
4. Gambling has its own compulsion. The loser plays again in hope of winning the next game in order to regain his earlier losses, while the winner plays again to enjoy the pleasure of winning, impelled by greed for more. Naturally, luck changes hands, the loser becomes the winner and the winner the loser, and the joy of winning changes into the bitterness of loss. Thus the gamblers may persist at playing the game, unable to bring themselves to leave it; this is the secret of the addiction to gambling.
5. Because of this addiction, gambling is a danger to the society as well as to the individual. This habit consumes gamblers' time and energy, making them non-productive idlers and parasites on society, who take but do not give, who consume but do not produce. Moreover, due to his absorption with gambling, the gambler neglects his obligations towards his Creator and his duties towards his community. It often happens that a gambling addict sells his honor, religion, and country for the sake of the gaming table, since his devotion to this table dulls his sense of values and kills all other devotions.
[ http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543134 ]

Comments
Aku teringatkan lagu Datuk M Kilau
" 1 ringgit, 2 ringgit,tigaaaa ringgittttt !"
Kalau diimbaskan kembali, kita dari kecik pun dah didedahkan dengan budaya judi. Ingat tikam tikam kat kedai Apek atau mamak sebelah rumah kita dulu? Yang ini patut dihapuskan dulu, sebab nampak sahaja kecik tetapi pengaruh judi ini akan terbawa bawa hingga ke judi yang lebih besar ?
Berjudi bukan boleh kaya. Harta kekayaan judi pun bukan boleh dibawa mati.. tengok mendiang Goh Tong, apa yang dibawak nya ?
Tapi, kehidupan kita sebenarnya pun satu perjudian, keputusan nya hanya Allah sahaja yang mengetahui nya...Wallahuallam !!
DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor
Terima kasih mengimbau kembali nostalgia main tikam - tikam masa kecil dulu. Kerana nakkan hadiah baju, robot, sticker, mainan dll kita pun 'tikam'. Memang benar kita diajar asas judi sejak kecil lagi.
Tentang kehidupan pula, biarlah perjudian kita berbaloi.
>Encik Azli,
Terima kasih, saya sentiasa menantikan bicara tokoh terbaru dari saudara.