Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. (Peguambela & Peguamcara, Pesuruhjaya Sumpah & Peguam Syarie)

Firma guaman Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. mengendalikan kes-kes mahkamah melibatkan tuntutan sivil, pertuduhan jenayah dan juga kes-kes mal serta jenayah Syariah, di samping menyediakan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah di Sungai Petani, Kedah.

Visi firma guaman Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co ialah menjadi sebuah firma guaman terkemuka dan memiliki pengamal undang-undang yang berkaliber di Malaysia serta menjadi rujukan perundangan terunggul dalam semua aspek dan disiplin perundangan negara.

Misi firma guaman Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co menyediakan perkhidmatan perundangan yang berkualiti, diyakini dan berprestasi tinggi; meningkatkan pengalaman, kemahiran dan akses perundangan kepada peguam-peguam; dan menyediakan khidmat nasihat dan bantuan perundangan kepada semua lapisan masyarakat secara berkesan.

Moto firma guaman Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co ialah menyediakan perkhidmatan perundangan yang menyeluruh dengan tema "Peguam Bekerja Anakguam Selesa".

Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. memberi khidmat nasihat guaman dan litigasi bagi kes-kes jenayah termasuk kes rasuah, rogol, mencuri, dadah, senjata api, senjata tajam, penipuan, pukul, wang palsu, rokok seludup, sindiket, pemerdagangan manusia, kes duti kastam di samping semua kes-kes melibatkan undang-undang alam sekitar, undang-undang kontrak & komersial. 

Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. juga mengendalikan semua kes undang-undang siber, kes-kes pendakwaan di bawah kesalahan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia - SKMM, perlanggaran dan kemungkiran perjanjian, pemalsuan tandatangan dan penipuan dokumen, tindakan undang-undang dan saman oleh pihak bank dan institusi kewangan serta koperasi, kes kebankrapan dan penggulungan syarikat serta semua kes melibatkan kewangan dan perbankan Islam. 

Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. juga berpengalaman mengendalikan kes-kes pencerobohan tanah, pindah milik tanah secara salah atau tipu, undang-undang pentadbiran, penjualan dan pemindahan hartanah, anggapan kematian, probet serta surat kuasa harta pusaka. 

Di samping itu, Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. juga berpengalaman mengendalikan kes-kes saman fitnah / saman malu melalui akhbar, media sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain lagi. 

Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co., turut mengendalikan semua kes Syariah melibatkan undang-undang pewarisan dan harta pusaka, faraid, undang-undang amanah, wakaf, perceraian dan pertikaian rumahtangga, harta sepencarian, hak penjagaan anak, mutaah dan nafkah serta hibah termasuk kes pendaftaran dan pengesahan pernikahan di luar sempadan / negara. 

Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. juga berpengalaman mengendalikan kes pembuangan / pemberhentian kerja melibatkan undang-undang buruh di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan serta kes melibatkan pemecatan kakitangan kerajaan / agensi kerajaan. 

Di samping itu turut mengendalikan kes berkaitan pemungutan semula hutang dan pinjaman peribadi atau syarikat dan institusi kewangan, perlaksanaan penghakiman dan perintah mahkamah. 

Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. berpengalaman mengendalikan semua kes di peringkat Mahkamah Rendah (Sivil & Syariah) dan Mahkamah Tinggi (Sivil & Syariah), Mahkamah Perusahaan, termasuk permohonan injunksi, semakan kehakiman, deklarasi dan kes-kes rayuan terhadap keputusan Majistret, Pendaftar dan Hakim / Pesuruhjaya Kehakiman selanjutnya memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia. 

Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat guaman boleh dihubungi melalui email - mohamadsofee@yahoo.com atau panggilan telefon di 016-2560786 (panggilan/sms/whatsapp/telegram).

#peguambela&peguamcara
#peguamsyarie
#pesuruhjayasumpah
#peguamsivil
#peguamjenayah
#peguamhartanah
#peguammahkamahperusahaan
#peguamhartapusaka
#mohamadsofeerazak&co




Comments

Anonymous said…
Very good 👍👍👍
Anonymous said…
Selamat maju jaya

Popular Posts