Jabatan Bantuan Guaman (JBG) - Bantuan Guaman Kepada Masyarakat Yang Kurang Kemampuan
Anda ada masalah perundangan? Buntu mencari bantuan?
Jika ya, andalah orang yang kami maksudkan. Jabatan Bantuan Guaman (JBG) merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang menawarkan bantuan guaman bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Berapakah pendapatan yang layak menerima bantuan guaman?
✔️Kategori I
Sumber kewangan tahunan yang berjumlah RM30,000 dan ke bawah;
✔️ Kategori II
Sumber kewangan tahunan melebihi RM30,000 tetapi tidak melebihi RM50,000
Bagaimana cara untuk saya mendapat bantuan guaman?
Sila hubungi 22 cawangan kami yang berdekatan anda untuk menetapkan temujanji khidmat nasihat.
Layari portal kami www.jbg.gov.my untuk maklumat lanjut.
JBG, kami sedia membantu anda
Comments