Dr. Mohamad Sofee Razak (Peguam Sivil & Peguam Jenayah & Peguam Syarie)


Dr. Mohamad Sofee Bin Razak merupakan Peguambela & Peguamcara dan Pesuruhjaya Sumpah serta Peguam Syarie di Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co.

Dr. Mohamad Sofee Razak adalah lulusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Teknologi MARA pada tahun 2001 dan seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Komunikasi Massa di universiti yang sama dan tamat pada tahun 2005 dan selanjutnya berjaya menamatkan pengajian tertinggi beliau iaitu di peringkat Doktor Falsafah (P.hD) dalam bidang kewangan dan perbankan Islam pada 2019 di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAM) atau sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti INSANIAH.

Dr. Mohamad Sofee Razak memberi khidmat nasihat guaman dan litigasi bagi kes-kes jenayah termasuk kes rasuah, rogol, mencuri, dadah, senjata api, senjata tajam, penipuan, pukul, wang palsu, rokok seludup, sindiket, pemerdagangan manusia, kes duti kastam di samping semua kes-kes melibatkan undang-undang alam sekitar, undang-undang kontrak & komersial. 

Dr. Mohamad Sofee Razak juga mengendalikan semua kes undang-undang siber, kes-kes pendakwaan di bawah kesalahan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia - SKMM, perlanggaran dan kemungkiran perjanjian, pemalsuan tandatangan dan penipuan dokumen, tindakan undang-undang dan saman oleh pihak bank dan institusi kewangan serta koperasi, kes kebankrapan dan penggulungan syarikat serta semua kes melibatkan kewangan dan perbankan Islam. 

Dr. Mohamad Sofee Razak juga berpengalaman mengendalikan kes-kes pencerobohan tanah, pindah milik tanah secara salah atau tipu, undang-undang pentadbiran, penjualan dan pemindahan hartanah, probet serta surat kuasa harta pusaka. 

Di samping itu, Dr. Mohamad Sofee Razak juga berpengalaman mengendalikan kes-kes saman fitnah / saman malu melalui akhbar, media sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain lagi. 

Dr. Mohamad Sofee Razak turut mengendalikan semua kes Syariah melibatkan undang-undang pewarisan dan harta pusaka, faraid, undang-undang amanah, wakaf, perceraian dan pertikaian rumahtangga, harta sepencarian, hak penjagaan anak, mutaah dan nafkah serta hibah termasuk kes pendaftaran dan pengesahan pernikahan di luar sempadan / negara. 

Dr. Mohamad Sofee Razak juga berpengalaman mengendalikan kes pembuangan / pemberhentian kerja melibatkan undang-undang buruh di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan serta kes melibatkan pemecatan kakitangan kerajaan / agensi kerajaan. 

Di samping itu turut mengendalikan kes berkaitan pemungutan semula hutang dan pinjaman peribadi atau syarikat dan institusi kewangan, perlaksanaan penghakiman dan perintah mahkamah. 

Dr. Mohamad Sofee Razak berpengalaman mengendalikan semua kes di peringkat Mahkamah Rendah (Sivil & Syariah) dan Mahkamah Tinggi (Sivil & Syariah), termasuk permohonan injunksi, semakan kehakiman, deklarasi dan kes-kes rayuan terhadap keputusan Majistret, Pendaftar dan Hakim / Pesuruhjaya Kehakiman selanjutnya memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia. 

Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat guaman boleh menghubungi firma guaman Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. melalui email - mohamadsofee@yahoo.com atau panggilan telefon di 016-2560786 (panggilan/sms/whatsapp/telegram).

#peguambela&peguamcara
#peguamsyarie
#pesuruhjayasumpah
#peguamsivil
#peguamjenayah
#peguamhartanah
#peguammahkamahperusahaan
#peguamhartapusaka
#mohamadsofeerazak&co



 

Comments

Anonymous said…
Terbaik Dr. Sofee
Anonymous said…
Dr Sofee dulu sekolah Irshad kan?

Popular Posts