Institusi Islam boleh guna urus niaga hadapan mata wang asing berasaskan Wa'd

Institusi Islam boleh guna urus niaga hadapan mata wang asing KUALA LUMPUR 25 Ogos - Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk membenarkan institusi kewangan Islam menggunakan urus niaga hadapan mata wang asing untuk tujuan lindung nilai berasaskan 'wa'd' (janji) yang mengikat pihak pemberi janji itu. Bagaimanapun, tiada sebarang bentuk balasan (yuran) dibenarkan untuk dikenakan ke atas pihak yang menerima janji, dengan mengambil pandangan bahawa pembiayaan tunai awal untuk urus niaga hadapan mata wang akan membawa kepada janji dua pihak yang tidak dibenarkan syarak, kata BNM dalam kenyataannya di sini hari ini. Bank Pusat itu berkata, langkah tersebut adalah selari dengan pendapat majoriti ulama yang berpandangan bahawa wa'd satu pihak tanpa sebarang bentuk balasan dibenarkan dalam urus niaga hadapan mata wang. BNM berkata, keputusan tersebut dicapai pada mesyuarat majlis kali ke-102 yang berlangsung pada 22 Jun lepas. Pada mesyuarat itu, MPS juga membuat keputusan bahawa bayaran manfaat takaful daripada dana risiko peserta (dana yang mengumpul 'tabarru' (sumbangan) untuk membayar tuntutan peserta), boleh dilakukan. BNM berkata, ia bagaimanapun tertakluk kepada peristiwa khusus, yang bukan sahaja terhasil daripada kerugian kewangan yang ditetapkan atau musibah, dibenarkan, dengan syarat ia dipersetujui oleh pihak yang berkontrak iaitu peserta takaful. Keputusan itu dibuat selari dengan ciri-ciri kontrak takaful yang dimeterai berasaskan konsep 'tabarru' dan 'ta'awuni' di kalangan peserta. BNM berkata, kedua-dua konsep itu membolehkan para peserta bersetuju terhadap peristiwa yang membolehkan manfaat takaful dibayar. Terma dan syarat yang menggariskan peristiwa tersebut mestilah dinyatakan dengan jelas kepada semua pihak berkontrak dengan takaful, katanya. Oleh itu, BNM berkata, dengan persetujuan semua peserta skop pembayaran manfaat takaful daripada dana risiko peserta tidak terbatas kepada kematian, kecacatan atau musibah semata-mata, malah boleh diperluas untuk memenuhi mandat-mandat yang dipersetujui dalam kontrak. Ciri-ciri produk takaful juga hendaklah selari dengan prinsip syariah dan memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0826&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm berita berkaitan: MPS benarkan institusi kewangan Islam urus niaga wad 2010/08/26 MAJLIS Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia memutuskan membenarkan institusi kewangan Islam menggunakan urus niaga hadapan mata wang asing untuk tujuan lindung nilai berasaskan wad (janji) yang mengikat pihak yang memberikan janji itu. Bagaimanapun, tiada sebarang bentuk balasan (yuran) dibenarkan ke atas pihak yang menerima janji, dengan mengambil pandangan bahawa pembiayaan tunai awal untuk urus niaga hadapan mata wang akan membawa kepada janji dua pihak yang tidak dibenarkan syarak, kata bank pusat itu dalam kenyataannya, semalam. Bank pusat berkata, langkah itu sejajar dengan pendapat majoriti ulama bahawa wad satu pihak tanpa sebarang bentuk balasan dibenarkan dalam urus niaga hadapan mata wang. Bank pusat itu berkata, keputusan berkenaan dicapai pada mesyuarat MPS kali ke-102 pada 22 Jun lalu. Pada mesyuarat itu, majlis berkenaan turut memutuskan bayaran manfaat takaful daripada dana risiko peserta (dana yang mengumpul tabarru (sumbangan) untuk membayar tuntutan peserta), boleh dilakukan. Ia bagaimanapun tertakluk kepada peristiwa khusus, yang bukan saja terhasil daripada kerugian kewangan yang ditetapkan atau musibah dibenarkan, dengan syarat ia dipersetujui peserta takaful. Keputusan itu dibuat sejajar dengan kontrak takaful yang dimeterai berasaskan konsep tabarru dan taawuni di kalangan peserta. Bank pusat berkata, kedua-dua konsep itu membolehkan peserta bersetuju terhadap peristiwa yang membolehkan manfaat takaful dibayar. sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MPSbenarkaninstitusikewanganIslamurusniagawad/Article Friday August 27, 2010 No fee for unilateral wa’d currency hedging By ELAINE ANG elaine@thestar.com.my Upfront cash payment can lead to a bilateral concept, says council PETALING JAYA: Islamic financial institutions can enter into forward foreign currency transactions for hedging purposes based on unilateral wa’d (promise) but no fee is to be charged on the promisee, according to Bank Negara’s Syariah Advisory Council. The unilateral wa’d carries a binding effect on the promisor. Islamic banks tend to levy a payment when a wa’d is made to enter into a forward foreign currency hedging contract to reflect the parties’ commitment to the transaction. However, the council, whose rulings are binding on the country’s Islamic banks, said in a statement that such fees were not to be charged on the promisee in view that upfront cash payment for forward currency transaction would lead to a bilateral wa’d which was not allowed by syariah. This is in line with the view of the majority of ulamas who opined that unilateral-binding wa’d without any consideration was permissible in a forward currency transaction. The decision on the application of wa’d in forward currency transactions was made in its meeting held on June 22. A bank official who declined to be named said the move ensured that Islamic financial institutions were now more compliant with the syariah ruling.“This is good for the industry as a whole,” he said. An industry observer said Islamic financial institutions might build the charges into their fee or pricing structure itself. “Therefore payment of the fee is deferred as part of the pricing for the underlying transaction,” he said. The council has also resolved that the payment of takaful benefits from participants’ risk fund (which pools participants’ tabarru’ (donation) contributions to meet claims by participants), can be made contingent upon specific events beyond those arising from a defined financial loss or a misfortune. “This is allowed subject to the agreement by the contracting parties, that is, the participants,” the council said. The decision is made in line with the feature of the takaful contract which is established based on concept of tabarru’ and ta’awuni among the participants. These two concepts allow participants to agree on the events leading to payment of the takaful benefits. The terms and conditions outlining the respective events must be made transparent to all the contracting parties in the takaful contract. Thus, with the agreement from the participants, the scope of events prompting payment of takaful benefits from the participants’ risk fund is not only limited to death, disability or calamity, but can also be extended to cover attainment of the contracted mandate. source: http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/8/27/business/6930385&sec=business

Comments

Popular Posts