MUZAKARAH MEMBINA PERADABAN


Kesediaan UMNO dan PAS sebagai dua buah parti utama yang membela Islam dan umat Melayu sejak merdeka lagi bermuzakarah sesama mereka adalah merupakan langkah paling bijak dan kena pada masanya di kala umat Melayu Islam hari ini masih berada dalam keadaan dilema, serba salah, tercari-cari kedudukan sebenar mereka dan dalam semua keadaan masih lagi ketinggalan dalam segala aspek sama ada ekonomi, pendidikan, politik, teknologi dan sebagainya.

Ini adalah kesan daripada keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 baru-baru ini yang menunjukkan tanda protes, marah, emosi dan terjemahan rasa tidak puas hati pengundi sehingga mereka tergamak menggadai maruah ketuanan Melayu dan kedaulatan agama Islam itu sendiri yang kini dilihat memakan diri sendiri atau senjata makan tuan. Hak dan keistimewaan Melayu nampaknya semakin terhakis dan longgar ekoran bahagian itu kini terpaksa dikongsi dan dirasai oleh semua.

Perkembangan dan kedudukan agama Islam itu sendiri pun ketika ini tidak ke mana dan perlaksanaannya semakin rapuh, bahkan turut ditentang dan dipertikai melalui pelbagai insiden yang berlaku biarpun Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Kedudukan orang Melayu dan Islam di negara ini yang semakin tercabar secara terbuka adalah antara faktor menyebabkan Pas sedia bermuzakarah dengan Umno walaupun mempunyai ideologi politik yang jauh berbeza.

Ini menunjukkan bahawa sudah wujud persefahaman dan profesionalisme dalam kerangka pemikiran serta asas perjuangan kedua-dua parti berkenaan dalam membela umat Melayu Islam di negara ini biarpun permulaan muzakarah ini bukanlah bertujuan untuk mengenepikan hak serta kepentingan mana-mana pihak dan jauh sekali bermaksud cubaan bermain isu dan sentimen agama atau perkauman di negara demokratik ini.

Walaupun ada yang memandang sinis dan tidak serius dengan permulaan penyatuan kembali umat Melayu Islam kepada landasan dan wadah yang cukup signifikan ini, namun begitu tidak kurang juga yang memberi sokongan serta berharap agar agenda besar landskap politik dan geopolitik negara ini dapat direalisasikan sesegera mungkin bagi merungkai segala masalah dan persoalan yang masih membelenggu umat Melayu di negara kita.


Rujukan

Kedudukan Islam tercabar punca Pas setuju muzakarah, Berita Minggu, 20 Julai 2008

Comments

Muzakarah ini sudah pasti suatu pembuka jalan yang murni. Namun, sudah lebih bertahun polemik & isu muzakarah PAS-UMNO, tiada kesan & kemajuan yang berlaku. Persoalan - mengapa sekarang? Apakah ianya suatu muslihat politik dan bukan atas nama bangsa melayu & islam? Hanya mereka yang bermuzakarah sahaja tahu isi hati. Baik muhasabah diri sendiri.
Salam,

Terima kasih lawat blog abg. Sofee. Maaf, agak terlewat reply pandangan Saiful yang menarik ini. Memang benar pun, hanya mereka yang bermuzakarah sahaja tahu isi hati masing-masing dan untuk itu baik muhasabah diri sendiri terlebih dahulu.

Popular Posts