PENDIDIKAN AWAL GENERASI ULUL ALBAB
Ibu bapa adalah berkewajipan mendidik, membimbing dan memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna dan berterusan. Proses pendidikan bermula seawal bayi dilahirkan ke dunia dan sehubungan itu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang komprehensif dan holistik amat penting dan tidak boleh di pandang ringan oleh ibu bapa.
Abdullah Nasih Ulwan seorang pemikir Islam terkenal dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam (1988) menyebut bahawa cara-cara berkesan untuk mendidik anak-anak ialah: (i) dengan memberikan contoh teladan; (ii) dengan membiasakan si anak mengamalkan perkara baik; (iii) dengan menasihati dan membimbing; (iv) dengan memerhati dan mengawasi; dan, (v) dengan mendenda dan menghukum.
Keadaan ini mewujudkan integrasi di antara rumah dan institusi pendidikan sebagai teras dalam pembinaan watak, personaliti, mentaliti dan fizikal anak-anak sejak kecil sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Untuk itu, pendidikan anak-anak adalah kefarduan ibu bapa yang tidak boleh dianggap enteng dan kompromi sama sekali dalam apa jua keadaan sekalipun.
Pendidikan awal kanak-kanak juga penting dalam mengorak langkah melahirkan generasi agamawan, ilmuwan, saintis Islam dan sebagainya yang profesional, progresif dan futuristik di samping benar-benar berwibawa untuk membentuk pemikiran serta gerak kerja Islam dalam kerangka sains, teknologi dan bidang strategik lain secara yang lebih bersepadu, berintegriti dan berlakunya lonjakan paradigma.
Dalam pada itu, baru-baru ini dilaporkan seramai 186 pelajar yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari seluruh negara dipilih menyertai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab di Terengganu tahun ini. Sebagai sebuah MRSM yang pertama melaksanakan konsep belajar secara penggunaan kemahiran berfikir, MRSM itu hanya memilih pelajar yang benar-benar cerdas dan berkemahiran dalam al-Quran dalam usaha memastikan misi dan visinya dapat direalisasikan.
Sehubungan itu, ini bermakna projek murni MRSM ini akan melahirkan generasi Ulul Albab pertamanya, apabila pelajar terbabit mencipta kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak di samping mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh tiga sehingga lima tahun akan datang. Perintis pelaksanaan program Ulul Albab ini diharapkan akan memberi nilai tambah dalam pembelajaran bersepadu bagi melahirkan generasi terpelajar dan cendekiawan disegani masyarakat dunia.
Dalam pada itu, projek ulung ini akan membuka peluang kepada pelajar program Ulul Albab ini untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam pelbagai bidang profesional dan teknikal seperti mengikuti program perubatan serta lain-lain di universiti negara Asia Barat dan pusat pengajian terbaik di negara maju. Program ini dilihat dan disifatkan tepat pada masanya di saat dunia Islam dilanda krisis ketandusan pemikir dan reformis ummah.
Oleh itu, langkah ini wajar dicontohi dan diikuti oleh sekolah berasrama penuh (SBP) lain di samping sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) serta institusi pendidikan menegah dan rendah lain di seluruh negara agar model, matlamat serta impian ini dapat dikongsi bersama demi kebaikan dan kesinambungan tradisi kegemilangan Islam dapat diteruskan. Ini sudah tentu memerlukan komitmen dan kesungguhan semua pihak bagi memastikan segala yang dirancang dapat dipraktikkan serta mampu diketengahkan ke peringkat global.
Melalui program seperti ini juga adalah merupakan inisiatif terancang umat Islam untuk melahirkan generasi ulul albab yang bersifat Quranik, Eksiklopedik dan Ijtihadik seperti Ibnu Rush, Al-Farabi, Ibnu Khaldun dan lain-lain yang membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berilmu, inovatif dan kreatif yang merupakan komponen utama barisan warga berfikiran kritis, terbuka dan minda kelas pertama. Firman Allah s.w.t:
ÙˆَØ£َعِدُّوا Ù„َÙ‡ُÙ…ْ Ù…َّا اسْتَØ·َعْتُÙ… Ù…ِّÙ† Ù‚ُÙˆَّØ©ٍ ÙˆَÙ…ِÙ† رِّبَاطِ الْØ®َÙŠْÙ„ِ
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat”. (Al-Anfal:60)
Untuk itu juga sistem pendidikan yang sistematik dan sofistikated sangat perlu ke arah memantapkan lagi pembangunan modal insan yang mampu menguasai trend pengetahuan, ilmu, maklumat dan kemahiran sebagai persiapan menuju misi negara maju pada tahun 2020 kelak. Umat Islam perlu bangkit semula daripada krisis kemalapan dan kembali menjuarai tradisi keilmuan dan jaguh intelektual sejagat sepertimana yang telah dibuktikan oleh sejarah umat terdahulu.
Tidak mustahil suatu hari nanti negara Islam berjaya melahirkan lebih ramai saintis, teknologis, usahawan, pemimpin dan teknokrat yang quranik, yang akan memimpin, menjulang dan memacu perkembangan serta pertumbuhan negara serta masyarakat dunia amnya dan Malaysia khususnya setanding negara maju lain di dunia. Ini adalah kerana umat Islam adalah generasi ‘khaira ummah’ atau ‘ummah terbilang’ sebagaimana ternukil dalam surah Ali-Imran, ayat 110: "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah".
RUJUKAN
Abdullah Nasih Ulwan, 1988. Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd
Program Ulul Albab di MRSM dilancar, Berita Harian, 20 Januari 2009
Comments
Adakah anda sedang mencari Kewangan?
Adakah anda sedang mencari Pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda?
Saya rasa anda telah datang ke tempat yang betul.
Kami menawarkan Pinjaman pada kadar faedah yang rendah.
Orang yang berminat sila hubungi kami di
Untuk maklum balas segera kepada permohonan anda, Sila
balas e-mel di bawah ini sahaja.
Whats-app +918256953815
ushaservicesonline@gmail.com
Sila, berikan kami maklumat berikut jika berminat.
1) Nama Penuh: ………
2) Jantina: ………
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:………
4) Tempoh Pinjaman:………
5) Negara:………
6) Alamat Rumah:………
7) Nombor Telefon Bimbit:………
8)Pendapatan Bulanan: ………………………
9) Pekerjaan: ………………………
)Tapak manakah yang anda lakukan di sini tentang kami…………………
Terima kasih dan salam mesra.
ushaservicesonline@gmail.com
+918256953815