SYARAT BARU KAD KREDIT - BANK NEGARA
BNM tingkat syarat pendapatan minimum untuk kad kredit
2011/03/18
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak semula syarat kelayakan pendapatan minimum bagi memohon kad kredit kepada RM24,000 setahun daripada RM18,000 setahun berkuat kuasa serta merta.
Timbalan Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata bagi pemohon atau pemegang kad yang memperoleh RM36,000 setahun atau kurang, mereka boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja. "Bagi pemegang kad sedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad, mereka diberikan tempoh sehingga 31 Disember 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan masing-masing," katanya pada taklimat media di sini hari ini. Pada masa ini, 50 peratus daripada 3.2 juta pemegang kad kredit mempunyai pendapatan di bawah RM36,000.
Nor Shamsiah berkata, pemegang kad juga diberikan sekurang-kurangnya dua tahun bagi menyelesaikan baki tertunggak mereka untuk kad yang dibatalkan bagi tujuan memenuhi keperluan itu.
Katanya, had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad juga tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar kad.
"Pengeluar kad akan berurusan dan berbincang dengan pemegang kad yang terbabit bagi membantu mereka menstruktur semula pembayaran hutang dalam usaha memudahkan pelaksanaan langkah berkenaan," katanya.
Nor Shamsiah berkata, langkah itu adalah usaha berterusan bagi memupuk amalan pengurusan kewangan dan hutang yang berhemat di kalangan pemegang kad kredit.
Sehingga akhir 2010, jumlah hutang kad kredit adalah sebanyak RM30.8 bilion atau lima peratus daripada hutang isi rumah.
Walaupun penggunaan kad kredit terus meningkat, nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) kekal rendah. Sehingga akhir 2010, NPL kad kredit hanya 1.7 peratus jumlah pinjaman kad kredit dan dua peratus jumlah NPL sistem perbankan. - BERNAMA
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BNMtingkatsyaratpendapatanminimumuntukkadkredit/Article/index_html
Comments
Selamat, Mudah dan Lebih Menjimatkan...
Dijamin hutang selesai dalam tempoh 12 / 24 / 36 bulan...
Kaedah ini telah terjamin terbukti berkesan dalam membantu ramai rakan-rakan dan saudara-mara saya dalam menyelesaikan hutang kad kredit mereka. Insya Allah masalah hutang kad kredit anda juga boleh diselesaikan dengan cara sama yang kami akan kongsikan ini nanti.
Apa kata buat masa ini anda layari dahulu website EzPayment2U ini di http://www.ezpayment2u.com
atau boleh ke blog rasmi EzPayment2U di http://www.ezpayment2u.com/blog/
atau ruangan soal jawab lazim berkenaan teknik ini di http://www.ezpayment2u.com/eppfaq
atau boleh juga hubungi saya terus di talian mobile / whatsapp / viber di 0193355399
atau TM HomeLine di 0389275399
atau online discussion menggunakan Yahoo Messenger atau Skype ID: ezpayment2U