Mahkamah Tinggi Sungai Petani




Sejarah baru sistem kehakiman negara tercipta apabila Mahkamah Tinggi Sungai Petani akan mula beroperasi pada bulan Ogos 2020.

Semua kes di Mahkamah Tinggi Sungai Petani akan didengar dan dibicarakan di hadapan Yang Arif Hakim Puan Chan Jit Li dan akan dibantu oleh Timbalan Pendaftar Puan Hizween Azleena Binti Othman Kamal.

Mahkamah Tinggi Sungai Petani akan mendengar semua kes sivil dan jenayah termasuklah kes-kes rayuan dari Mahkamah Rendah (tidak termasuk kes Special Court, Family Court, Construction Court dan seumpamanya).

Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Sungai Petani ialah meliputi semua kes sivil dan jenayah di daerah Kuala Muda, Baling, Yan, Gurun, Kulim, Bandar Baharu dan Sik.

(Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan kes-kes di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Jenayah atau Mahkamah Syariah boleh hubungi kami di Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. (Peguambela & Peguamcara dan Peguam Syarie serta Pesuruhjaya Sumpah) melalui talian telefon: 016-2560786 atau email - mohamadsofee@yahoo.com)

#peguambela&peguamcara
#peguamsyarie
#pesuruhjayasumpah
#peguamsivil
#peguamjenayah
#peguamhartanah

Comments

Anonymous said…
Boleh saya dapatkan nombor telefon Mahkamah Tinggi Sg Petani? Terima kasih

Popular Posts