Tun Rahah srikandi dan ibu mithali negara
Pada tahun 1993 saya pernah ikuti Kursus Kepimpinan Tun Razak anjuran Yayasan Tun Razak selama 2 minggu mewakili SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang.
Semua peserta dipilih dari kalangan pelajar tingkatan enam rendah dari seluruh negara di mana hanya 3 orang pelajar sahaja dipilih dari setiap negeri.
Pada malam akhir kursus semua peserta dari seluruh negara menerima sijil serta cenderahati dari Tun Rahah di sebuah hotel terkemuka di KL.
Hari ini negara dikejutkan Tun Rahah Tan Sri Mohd Noah iaitu isteri Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak telah meninggal dunia.
اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهُا وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِعْ مَدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْت الثوب الابيض من الدنس
Moga Allah ampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.
Tun Rahah adalah srikandi negara yang dihormati kerana telah membuktikan kehebatan seorang wanita dan ibu mithali yang sewajarnya menjadi contoh dan model negarawan kepada rakyat Malaysia.
Srikandi terbilang ini juga adalah ibu kepada Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin
Comments