Apa perlu dilakukan jika terima Saman Pemula?


Apa yang perlu anda lakukan sekiranya menerima Saman Pemula?

Sekiranya anda menerima Saman Pemula yang dilampirkan bersama-sama Afidavit Sokongan dari orang persendirian atau dari pihak bank, syarikat, koperasi, jabatan atau agensi kerajaan dan sebagainya maka terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan:

- baca dan fahami kandungan Saman Pemula dan Afidavit Sokongan tersebut

- pastikan butir-butir dalam Saman Pemula dan Afidavit Sokongan tersebut merujuk kepada anda atau syarikat anda

- pastikan Saman Pemula tersebut mempunyai meterai mahkamah yang sah serta ditandatangani oleh Pendaftar Mahkamah dan Afidavit Sokongan serta ekshibit yang lampirkan telah diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Saman Pemula tersebut mungkin berkenaan distres, permohonan lelongan, harga rezab lelongan, perletakan hak ke atas tanah, saham, pembatalan hakmilik, injunksi, deklarasi dan sebagainya.

Jangan abaikan Saman Pemula tersebut kerana anda perlu memfailkan Memorandum Kehadiran terhadap Saman Pemula tersebut sama ada anda bersetuju dengan kandungan Saman Pemula dan Afidavit Sokongan tersebut dan cuba untuk berbincang selanjutnya melalui cara penyelesaian yang sewajarnya dan satu Penghakiman / Perintah akan direkodkan oleh Mahkamah jika kedua-kedua pihak mencapai persetujuan atau tiada bantahan dalam sesi pengurusan kes sama ada di mahkamah terbuka atau dalam kamar hakim ataupun secara dalam talian eReview.

Sekiranya anda ingin membantah dan tidak bersetuju dengan Saman Pemula dan Afidavit Sokongan tersebut maka anda perlu menafikan dan mencabar kandungan Saman Pemula dan Afidavit Sokongan tersebut dengan memfailkan Afidavit Jawapan / Afidavit Balasan anda terhadap Afidavit Sokongan tersebut di mana Afidavit Jawapan / Balasan tersebut hendaklah diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah dan tidak boleh berdiam diri begitu sahaja kerana jika anda gagal memfailkan Afidavit Jawapan / Balasan tersebut dalam tempoh 14 hari atau tempoh yang diberikan oleh Mahkamah maka Mahkamah boleh membenarkan semua perintah seperti yang dipohon dalam Saman Pemula tersebut ketika dalam sesi pengurusan kes sama ada di mahkamah terbuka atau dalam kamar hakim ataupun secara dalam talian eReview.

Ini adalah kerana terdapat banyak kes-kes mahkamah terdahulu yang memutuskan bahawa jika seseorang itu gagal menjawab dan/atau membalas dan/atau membantah afidavit seseorang maka akan dianggap bahawa seseorang itu telah bersetuju dengan kandungan afidavit tersebut.

Oleh itu pastikan anda memfailkan Afidavit Jawapan / Balasan beserta ekshibit yang berkaitan jika ada sekiranya anda menerima Saman Pemula dan Afidavit Sokongan dari mana-mana pihak dan jangan abaikan begitu sahaja tanpa mengambil apa-apa tindakan selanjutnya.

Anda boleh memfailkan sendiri Memorandum Kehadiran dan Afidavit Jawapan / Balasan di kaunter Mahkamah atau anda boleh mendapat khidmat peguam anda untuk memfailkannya bagi pihak anda di Mahkamah melalui sistem e-filing Kehakiman di mana peguam anda mempunyai akses terhadapnya.

(Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. berpengalaman mengendalikan kes sivil dan kes jenayah serta kes Syariah di semua peringkat mahkamah)

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan kes-kes di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Jenayah atau Mahkamah Syariah atau Mahkamah Perusahaan boleh hubungi kami di Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. (Peguambela & Peguamcara dan Peguam Syarie serta Pesuruhjaya Sumpah) di Sungai Petani, Kedah melalui talian telefon: 016-2560786 atau email - mohamadsofee@yahoo.com

#peguam
#peguambela
#peguamcara
#peguamsyarie
#pesuruhjayasumpah
#peguamkessivil
#peguamkesjenayah
#peguamhartanah
#peguamkessaman
#peguammahkamahperusahaan
#peguamsemakankehakiman
#peguamhartapusaka
#peguamkesrokokseludup
#peguamhartasepencarian
#peguamkessamanbank
#peguamkessamansyarikat
#peguamkesbankrapsi
#peguamkesdadah
#peguamkeskastam
#peguamperjanjian
#peguamkorporat
#peguamfaraid
#peguamkestanah
#peguamhibah
#peguamkeshutang
#peguamkesbank
#peguamkeslelong
#peguamkessaman
#peguammelepaskangadaianbank
#peguamkessamanmalu
#peguamkessamankontrak
#peguammahkamahtinggi
#peguammahkamahrayuan
#peguamkessyarikat
#peguamkesglc
#peguamkesperbankanislam
#peguamkeskoperasi
#peguammahkamahsyariah
#peguammahkamahpersekutuan
#mohamadsofeerazak&co
#drmohamadsofeerazak
#lawyersofee
#drsofee


Comments

Unknown said…
Boleh saya tahu cara untuk membalas kehadiran bagaimana?

Popular Posts