Apa perlu dilakukan jika terima Notis Tuntutan?


Apa yang perlu anda lakukan sekiranya menerima Notis Tuntutan atau Notis Penamatan?

Sekiranya anda menerima Notis Tuntutan atau Notis Penamatan dari orang persendirian atau dari pihak bank, syarikat, koperasi, jabatan atau agensi kerajaan dan sebagainya maka terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan:

- baca dan fahami kandungan notis tuntutan tersebut

- pastikan butir-butir dalam Notis Tuntutan tersebut merujuk kepada anda

- pastikan Notis Tuntutan tersebut adalah dari pejabat Peguambela & Peguamcara serta telah ditandatangani oleh peguam dan bukannya notis dari syarikat atau agensi kutip hutang dan sebagainya

Notis Tuntutan tersebut mungkin berkenaan tuntutan pinjaman bank dan koperasi, saman fitnah / saman malu, saman pelanggaran kontrak pembinaan dan pembekalan, pembiayaan kereta, rumah, pinjaman peribadi dan perniagaan, kad kredit, tuntutan hak milik tanah, saham dan sebagainya.

Jangan abaikan Notis Tuntutan tersebut kerana anda perlu menjawab dan/atau membalas Notis Tuntutan tersebut sama ada anda bersetuju dengan kandungan Notis Tersebut dan cuba untuk berbincang selanjutnya melalui cara penyelesaian yang sewajarnya atau anda ingin menafikan kandungan dalam Notis Tuntutan tersebut.

Sekiranya anda tidak berpuashati dengan Notis Tuntutan tersebut maka anda perlu menafikan kandungan Notis Tuntutan tersebut secara bertulis dan tidak boleh berdiam diri sahaja kerana terdapat beberapa kes rujukan mahkamah tertinggi yang memutuskan bahawa sekiranya anda tidak menjawab dan/atau menafikan Notis Tuntutan tersebut bermakna anda telah bersetuju dengan segala kandungan dalam Notis Tuntutan tersebut.

Oleh itu pastikan anda menjawab dan/atau menafikan setiap Notis Tuntutan yang diterima oleh anda dan jangan abaikan begitu sahaja tanpa mengambil apa-apa tindakan.

Anda boleh menjawab dan/atau menafikan sendiri secara bertulis kepada pihak yang menghantar Notis Tuntutan tersebut atau anda boleh mendapat khidmat peguam anda untuk menjawab dan/atau menafikan Notis Tuntutan tersebut bagi pihak anda.

Jangan abaikan setiap Notis Tuntutan yang diterima begitu sahaja kerana selepas itu pihak peguam akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap anda melalui pemfailan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap anda sekiranya tempoh masa yang diberikan dalam Notis Tuntutan tidak dipatuhi sewajarnya.

(Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. berpengalaman mengendalikan kes sivil dan kes jenayah serta kes Syariah di semua peringkat mahkamah)

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan kes-kes di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Jenayah atau Mahkamah Syariah atau Mahkamah Perusahaan boleh hubungi kami di Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. (Peguambela & Peguamcara dan Peguam Syarie serta Pesuruhjaya Sumpah) di Sungai Petani, Kedah melalui talian telefon: 016-2560786 atau email - mohamadsofee@yahoo.com

#peguam
#peguambela
#peguamcara
#peguamsyarie
#pesuruhjayasumpah
#peguamkessivil
#peguamkesjenayah
#peguamhartanah
#peguamkessaman
#peguammahkamahperusahaan
#peguamsemakankehakiman
#peguamhartapusaka
#peguamkesrokokseludup
#peguamhartasepencarian
#peguamkessamanbank
#peguamkessamansyarikat
#peguamkesbankrapsi
#peguamkesdadah
#peguamkeskastam
#peguamperjanjian
#peguamkorporat
#peguamfaraid
#peguamkestanah
#peguamhibah
#peguamkeshutang
#peguamkesbank
#peguamkeslelong
#peguamkessaman
#peguammelepaskangadaianbank
#peguamkessamanmalu
#peguamkessamankontrak
#peguammahkamahtinggi
#peguammahkamahrayuan
#peguamkessyarikat
#peguamkesglc
#peguamkesperbankanislam
#peguamkeskoperasi
#peguammahkamahsyariah
#peguammahkamahpersekutuan
#mohamadsofeerazak&co
#drmohamadsofeerazak
#lawyersofee
#drsofee



Comments

Popular Posts