Perbankan Islam terus cemerlang

Perbankan Islam terus cemerlang

PEKAN: Sistem perbankan Islam menunjukkan pertumbuhan positif dan berkembang pada tahap tertinggi, menjadikan negara peneraju sistem perbankan Islam di dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia berdasarkan pelan kewangan berkembar yang unik iaitu prinsip syariah sepenuhnya dan selari dengan pelan induk sektor kewangan negara.

"Perbankan Islam dilihat sistem yang berkembang pada tahap tertinggi dan cepat berbanding perbankan konvensional, peningkatannya pada kadar dua digit iaitu 10 peratus setahun.

"Sehingga hari ini 17 peratus aset perbankan negara dihasilkan melalui sistem perbankan Islam," katanya berucap merasmikan premis baru cawangan ke-54 Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) di Bangunan Umno di sini, semalam.

Najib berkata, pencapaian itu juga berikutan komitmen yang ditunjukkan kerajaan dalam memperjuangkan ekonomi Islam berlandaskan syariah.

"Kita juga mampu mewujudkan sistem latihan perbankan Islam dikendalikan Bank Negara. Sehingga kini kira-kira 50 negara lain menunjukkan minat untuk menghantar pelatih mempelajari sistem kewangan Islam di negara ini," katanya.

sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20091212234457/Article/index_html

Comments

Popular Posts