Apa perlu dilakukan jika terima Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan?


Apa yang perlu anda lakukan sekiranya menerima Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan?

Sekiranya anda menerima Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan dari orang persendirian atau dari pihak bank, syarikat, koperasi, jabatan atau agensi kerajaan dan sebagainya maka terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan:

- baca dan fahami kandungan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut

- pastikan butir-butir dalam Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut merujuk kepada anda atau syarikat anda

- pasti Writ Saman mempunyai meterai mahkamah yang sah dan telah ditandatangani oleh peguam dan pendaftar mahkamah serta pernyataan tuntutan juga telah ditandatangani oleh peguam

Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut mungkin berkenaan tuntutan pinjaman bank dan koperasi, saman fitnah / saman malu, saman pelanggaran kontrak pembinaan dan pembekalan, pembiayaan kereta, rumah, pinjaman peribadi dan perniagaan, kad kredit, tuntutan hak milik tanah, saham, injunksi, deklarasi dan sebagainya.

Jangan abaikan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut kerana anda perlu memfailkan Memorandum Kehadiran terhadap Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut sama ada anda bersetuju dengan kandungan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut dan cuba untuk berbincang selanjutnya melalui cara penyelesaian yang sewajarnya dan satu Penghakiman Persetujuan akan direkodkan oleh Mahkamah jika kedua-kedua pihak mencapai persetujuan dalam sesi pengurusan kes sama ada di mahkamah terbuka atau dalam kamar hakim / majistret ataupun secara dalam talian eReview.

Sekiranya anda tidak berpuashati dengan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut maka anda perlu menafikan dan mencabar kandungan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut dengan memfailkan Memorandum Kehadiran dan Pernyataan Pembelaan dan tidak boleh berdiam diri begitu sahaja kerana jika anda gagal memfailkan Memorandum Kehadiran dan Pernyataan Pembelaan maka Mahkamah boleh memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran atau Penghakiman Ingkar Pembelaan ketika dalam sesi pengurusan kes sama ada di mahkamah terbuka atau dalam kamar hakim / majistret ataupun secara dalam talian eReview.

Oleh itu pastikan anda memfailkan Memorandum Kehadiran dan Pernyataan Pembelaan sekiranya menerima Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan dan jangan abaikan begitu sahaja tanpa mengambil apa-apa tindakan.

Anda boleh memfailkan sendiri Memorandum Kehadiran dan Pernyataan Pembelaan di kaunter Mahkamah atau anda boleh mendapat khidmat peguam anda untuk memfailkannya bagi pihak anda di Mahkamah melalui sistem e-filing Kehakiman di mana peguam anda mempunyai akses terhadapnya.

Sekiranya anda telah memfailkan Pernyataan Pembelaan maka Mahkamah akan menetapkan tarikh untuk pihak peguam Plaintif memfailkan Jawapan kepada Pembelaan dan selanjutnya memfailkan apa-apa permohonan interlokutori seperti Penghakiman Terus dan sebagainya dan/atau membuat persiapan perbicaraan penuh dengan memfailkan Ikatan Dokumen, Ikatan Pliding, Fakta-Fakta Dipersetujui dan Tidak Dipersetujui, Isu-Isu Untuk Dibicarakan dan sebagainya.

Jangan abaikan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang diterima begitu sahaja kerana langkah seterusnya yang boleh diambil oleh pihak peguam ialah meneruskan tindakan perlaksanaan penghakiman jika sesuatu penghakiman telah dimasukkan oleh Mahkamah terhadap Defendan melalui perlaksanaan seperti Notis Kebankrapan; Writ Penyitaan dan Penjualan terhadap peralatan serta perabot rumah / kilang / gudang dan lain-lain; perintah Garnishee terhadap akaun bank; Saman Penghutang Penghakiman; perintah komital untuk penjarakan seseorang; prosiding penggulungan syarikat dan sebagainya.

(Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. berpengalaman mengendalikan kes sivil dan kes jenayah serta kes Syariah di semua peringkat mahkamah)

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan kes-kes di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Jenayah atau Mahkamah Syariah atau Mahkamah Perusahaan boleh hubungi kami di Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. (Peguambela & Peguamcara dan Peguam Syarie serta Pesuruhjaya Sumpah) di Sungai Petani, Kedah melalui talian telefon: 016-2560786 atau email - mohamadsofee@yahoo.com

#peguam
#peguambela
#peguamcara
#peguamsyarie
#pesuruhjayasumpah
#peguamkessivil
#peguamkesjenayah
#peguamhartanah
#peguamkessaman
#peguammahkamahperusahaan
#peguamsemakankehakiman
#peguamhartapusaka
#peguamkesrokokseludup
#peguamhartasepencarian
#peguamkessamanbank
#peguamkessamansyarikat
#peguamkesbankrapsi
#peguamkesdadah
#peguamkeskastam
#peguamperjanjian
#peguamkorporat
#peguamfaraid
#peguamkestanah
#peguamhibah
#peguamkeshutang
#peguamkesbank
#peguamkeslelong
#peguamkessaman
#peguammelepaskangadaianbank
#peguamkessamanmalu
#peguamkessamankontrak
#peguammahkamahtinggi
#peguammahkamahrayuan
#peguamkessyarikat
#peguamkesglc
#peguamkesperbankanislam
#peguamkeskoperasi
#peguammahkamahsyariah
#peguammahkamahpersekutuan
#mohamadsofeerazak&co
#drmohamadsofeerazak
#lawyersofee
#drsofee


Comments

Anonymous said…
Assalammualaikum saya baru dapat surat writ saman berkaitan dengan tuntuntan bayaran balik untuk credit card. Saya sebelum ini sudah buat panggilan kepada bank berkenaan untuk memaklumkan yang saya akan start bayar seperti biasa dan tidak dapat untuk membuat bayaran penuh kerana baru bekerja di tempat baru. Sehubungan dengan itu apakah langkah seterusnya, adakah kena hukuman lebih teruk jika tidak dapat hadir ke mahkamah?
Anonymous said…
terima kasih, artikel yang padat. boleh juga ke pet insurance malaysia
loan said…
TAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.




Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
mghfbibdgf@gmail.com

BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
*******************************
1) Nama Penuh:
2) Jantina:
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
4) Tempoh Pinjaman:
5) Negara:
6) Alamat Rumah:
7) Nombor Mudah Alih:
8) Nombor Faks:
9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Tarikh Gaji:
12) Tujuan pinjaman:
13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
mghfbibdgf@gmail.com
Anonymous said…
boleh kah ambil tindakan saman jika nombor pengenalan ic defendant tak diketahui, melainkan nama dan alamat terakhir saja diketahui. tq
QUICK EASY EMERGENCY URGENT LOANS LOAN OFFER EVERYONE APPLY NOW +918929509036 financialserviceoffer876@gmail.com Dr. James Eric

Popular Posts