Hukuman perbuatan pukul atau cederakan orang



Kuala Lipis: Mahkamah Majistret, di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan kepada tiga lelaki selepas mereka mengaku bersalah mencederakan seorang tenaga pengajar pusattahfiz, minggu lalu.

Majistret Siti Aisyah Ahmad juga memerintahkan tertuduh, Wan Haris Wan Ismail, 38, dan Azraen Che Mat Noor, 43, kedua-duanya bekerja sebagai jurukimpal serta buruh Zulkifli Mohd Nasir, 27, menjelaskan denda RM1,000 atau penjara enam bulan, jika gagal berbuat demikian.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-dunya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Pengarah Pendakwaan Pahang Abdul Ghafar Ab Latif memohon hukuman penjara sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat awam supaya tidak bertindak sewenang-wenangnya dan menghormati institusi pendidikan serta tenaga pengajar.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Siti Aisyah memerintahkan kesemua tertuduh dipenjarakan selama 10 bulan dan denda RM2,000 atau jika gagal penjara enam bulan.

Semua hukuman penjara diarahkan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu antara 12 dan 13 Ogos lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Rif'ah 'Izzati Abdul Mutalif pada prosiding itu memohon hukuman yang dapat menunjukkan keseriusan kesalahan dilakukan tertuduh sehingga menyebabkan trauma terhadap pelajar pusat tahfiz terbabit.

Sumber:

https://lm.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fwww.hmetro.com.my%2Fmutakhir%2F2022%2F08%2F872904%2Ftiga-lelaki-dipenjara-lapan-bulan-denda-rm1000-pukul-ustaz&h=AT24HMSUcJStPQYT13QU9TqZRMuJLPfKBlgkYGaPWSkcjA4kJx1xUdwsrbbCl3YJaQt-IuI3BVG6IhZjLk-ChgKQa3tHMp7n3UY-EV8irLYPcFD-6OkM18B_ldxKdaX34urU4tGOVOsTaG2hjQ

Comments

Popular Posts