Jangan tetak orang!




Kuala Lumpur: Peniaga sayur dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari kerana menetak kepala majikan wanita dengan parang, 23 Julai lalu.

Hukuman diputuskan Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi selepas tertuduh E Thomas Gabriel Gomez, 22, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Thomas dituduh menetak mangsa, A Utaiya Sangkar, 33, dengan parang beberapa kali ketika berjumpa mangsa untuk berbincang mengenai tuntutan gaji di hadapan pusat pembuangan sampah di Pasar Borong Kuala Lumpur, pada 10.45 malam, 23 Julai lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun selain boleh dikenakan denda jika sabit bersalah.

Terdahulu, peguam K Komagen memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum kerana ia adalah kesalahan pertama anak guamnya dan tertuduh sudah insaf serta berjanji tidak mengulanginya lagi.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran serta mengambil kira kecederaan dialami mangsa.

Sumber:

https://lm.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fwww.hmetro.com.my%2Fmutakhir%2F2022%2F08%2F871730%2Fpenjara-dua-tahun-kerana-tetak-majikan&h=AT1Xv6RgGS_Mf9uOKfouhvljljEZVeN5SH4z-CNlO4HmAJ_gzJRl-i6uErMOJahRe3f2qXTg2K_w08x6Xw-bEZCSxY7x39U0tQIspls91BXMo21Wx6ESiNvTY_rlz-442BI-QLa-FggiS6WgrQ

(Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan kes-kes di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Jenayah atau Mahkamah Syariah atau Mahkamah Perusahaan boleh hubungi kami di Tetuan Mohamad Sofee Razak & Co. (Peguambela & Peguamcara dan Peguam Syarie serta Pesuruhjaya Sumpah) di Sungai Petani, Kedah melalui talian telefon: 016-2560786 atau email - mohamadsofee@yahoo.com)

Comments

Popular Posts