Sunday, April 04, 2010

SUMBANGAN SKIM PAJAK GADAI ISLAM


Kita sedih apabila melihat masih ramai orang Islam yang terpaksa berurusan dengan institusi pajak gadai bukan Islam atau konvensional yang mengamalkan riba serta caj lain yang tinggi dan memudaratkan peminjam. Ini adalah kerana mereka terpaksa beratur panjang untuk mendapat wang segera bagi keperluan masing-masing biarpun terpaksa berurusan dengan institusi yang tidak Islamik memandangkan pajak gadai mengenakan kadar bunga yang tinggi dan pengadai berhadapan risiko kehilangan barangan kemas yang telah digadaikan akan dirampas jika gagal menebus kembali dan tidak mampu menyelesaikan bunga serta baki hutang tertunggak.


Ada yang menggunakan wang hasil daripada berurusan dengan pajak gadai untuk keperluan keluarga yang mendesak seperti membeli makanan, pakaian dan sebagainya malahan ada yang terpaksa menggadai barang kemas warisan dan hadiah perkahwinan semata-mata untuk membiayai pengajian anak-anak di sekolah berasrama dan di universiti. Keadaan ini menjadikan pajak gadai konvensional begitu dekat dengan masyarakat yang menghadapi masalah kemiskinan dan ketika kesempitan wang yang teramat sangat. Kadangkala mereka malu untuk meminjam daripada saudara mara atau sahabat taulan, manakala masalah birokrasi institusi kewangan bertauliah sedia ada pula yang prosedur pinjamannya sangat ketat, maka jalan paling mudah ialah meminjam daripada pajak gadai konvensional atau lebih malang lagi daripada Ah Long.


Ini adalah kerana di samping lambakan kedai pajak gadai konvensional yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan sejak sekian lama dan proses serta prosedur pinjaman wang yang mudah tanpa dokumen yang rumit menjadikan kedai pajak gadai bukan Islam medan sasaran serta tumpuan utama masyarakat Islam dan bukan Islam untuk mendapat wang yang diperlukan ketika sangat terdesak. Situasi ini juga menjadikan institusi pajak gadai sebagai sumber kewangan mudah kepada masyarakat dan menjadi pusat pinjaman yang paling diminati kerana hanya perlu membawa sesuatu yang berharga yang boleh digadaikan sebagai sandaran pinjaman seperti barang kemas, jam tangan, komputer riba, telefon tangan dan sebagainya.


Dari sudut sejarah, perniagaan pajak gadai di Malaysia adalah merupakan perniagaan tradisi yang dibawa masuk daripada negeri China oleh orang Cina berketurunan Hakka. Industri pajak gadai telah wujud secara rasmi sejak tahun 1871 setelah Pawnbrokers Ordinance 1871 dikuatkuasakan di Negeri-negeri Selat dan pada 2 Januari 1973, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 dan Peraturan-Peraturan Pemegang Pajak Gadai 1972 telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia termasuk Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran pajak gadai di Malaysia serta menjamin industri pajak gadai yang sihat di samping melindungi kepentingan pengguna.


Sehubungan dengan itu, melihat kepada realiti yang berlaku dan masalah yang dihadapi oleh peminjam maka diwujudkan satu alternatif sebagai mengimbangi risiko pajak gadai konvensional dengan penubuhan pajak gadai Islam yang dikenali sebagai Ar-Rahnu. Ar-Rahnu adalah mekanisme di mana suatu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan. Program Ar-Rahnu iaitu pajak gadai berlandaskan syariah yang diperkenalkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sejak 1993 sudah memanfaatkan lebih 4.3 juta kumpulan sasar di mana pembiayaan terkumpul Ar-Rahnu melalui Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) dan Koperasi YaPEIM berjumlah RM5.4 bilion setakat ini.


Perkembangan program ini sangat memberangsangkan khususnya bagi menjana pendapatan kepada penyedia dana dan sebanyak 63 cawangan Ar-Rahnu dikendalikan secara langsung oleh Koperasi YaPEIM Berhad sejak 2000 dan bakinya oleh Bank Rakyat sejak 1993, dua institusi yang diamanahkan untuk mengendalikan program itu. Hasil daripada kejayaan ini, banyak negara serantau menunjukkan minat dan mengguna pakai model Ar-Rahnu dilaksanakan Malaysia kerana konsepnya bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan kepada mereka yang memerlukan modal segera. Walaupun perkembangan perniagaan pajak gadai Islam amat menggalakkan, tetapi menurut Barjoyai (1999), nilai gadaian pajak gadai konvensional menguasai hampir 82 peratus pasaran dengan jumlah pinjaman sebanyak RM1.5 billion, manakala pajak gadai Islam hanya menguasai 15 peratus pasaran dengan nilai pinjaman RM275 juta.


Biarpun begitu, apa yang paling menarik dan membanggakan ialah masyarakat bukan Islam juga turut memberi sambutan menggalakkan terhadap program ini dan merupakan momentum cemerlang skim pajak gadai Islam sejak ditubuhkan di samping penerimaan mereka terhadap sistem kewangan dan perbankan Islam sedia ada yang semakin berkembang. Oleh itu, YaPEIM sebagai institusi yang diamanahkan untuk menjaya skim ini mengunjur membuka minimum satu cawangan Ar-Rahnu di setiap kawasan Parlimen menjelang 2012, yang menggambarkan kesungguhan kita untuk merealisasikan skim pajak gadai Islam di Malaysia sebagai jalan penyelesaian dan alternatif kepada institusi pajak gadai konvensional Islam yang berteraskan riba, berisiko tinggi dan menindas golongan yang memerlukan.

Rujukan

Mustafa Dakian, 2005. Sistem Kewangan Islam: Instrumen, Mekanisme, dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.

4.3 juta dapat manfaat Skim Ar-Rahnu sejak 1993, Harian Metro, 5 April 2010
Al-Rahnu pilihan terbaik ummah, Berita Harian, 30 Januari 2008

Laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan: http://www.kpkt.gov.my/kpkt/fileupload/maklumat_ar_rahnu.pdf

3 comments:

pie_lord said...

Salam, saya terjumpa artikel yang menarik ini semasa mencari maklumat tentang pajak gadai.

Saya minta kebenaran link artikel ini ya.

Terima kasih.

Bishop T.D Jakes said...

Hello,
Saya Juan Diego, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang masa hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? mencari lebih banyak kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu. Kami memberi pinjaman wang kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau yang memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur di rumah pada kadar 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di:
(diegosaintloans@outlook.com)

jessica brown said...

Adakah anda memerlukan pinjaman sebenar? Adakah anda pernah ditolak oleh mana-mana institusi, bank-bank kewangan dan syarikat kewangan yang lain? Jika ya, bimbang lagi kerana @ JESSICABROWNFINANCEFIRM kami adalah syarikat kewangan berpengalaman yang memberikan pinjaman mudah percuma kepada individu yang tulen dan serius, syarikat-syarikat, syarikat-syarikat korporat dan orang ramai pada kadar faedah 2%. Kami mempunyai akses ke kolam tunai untuk memberi kepada Sme dan mereka yang mempunyai rancangan untuk memulakan perniagaan tidak kira betapa kecil. Tetap yakin kesejahteraan dan keselesaan sahaja yang kami berada di sini untuk pastikan. Dapatkan berhubung dengan kami perkhidmatan pelanggan @ email: jessicabrownfinancefirm@gmail.com untuk maklum balas yang cepat dan pantas ......

PEMOHON DATA DIPERLUKAN


1. Nama
2. Negara
3. Alamat
4. Jantina
5. Pekerjaan
6. Jawatan di tempat kerja
7. pendapatan bulanan
8. Jumlah yang diperlukan
Tempoh 9. Pinjaman
10. Agama
11. Adakah anda memohon sebelum dan telah menolak? Jika ya
12. Nyatakan sebab ..........................................
......................................................... ...
......................................................... ...
............................................................
......................................................... ...



Seseorang sedang menunggu untuk bercakap dengan anda